Tuesday, January 4, 2011

DAH DAPAT HADIAH CONTEST ;D

salam

pagi tadi aku baca blog miza yusof. post pasal INI. tak sangka rupanya ada jugak yang sanggup menipu semata2 untuk tambah traffic, tambah duit nuffnang dan tambah follower. tak sangka kan. aku ingatkan tak de orang macam tu. rupanya ada. hoho

alhamdulillah sebelum ni aku dah menang dua contest. satu lucky draw dari miss lullaby. dari hadiah tea dari moscow. selamat hadiah tu dia poskan kat rumah. hoho share la dengan heee. kedua, hadiah saguhati dari cik gaban. hadiah berupa lilin wangi pun selamat tiba di rumah  heee. bagus la. sebab menunaikan janji kepada peserta dan pemenang2. aku respek.

aku pernah buat contest, contest aku suka makan. 32 orang kot join. 3 orang dipilih, dan hadiah aku bagi utk 3 orang. sorang kat sabah, sorang kat kelantan, sorang kat KL. semuanya perempuan. aku pos sehari sebelum aku balik terengganu. hehe tak kira la jauh mana pun diorang duduk, hadiah mesti sampai. kita mesti tunaikan janji kita. betol tak? dulu ada sorang tu, dia tak kasi la pulak link dia, aku bagi 3 hari je untuk contact aku balik, hoho tapi xde. nasib baik kat blog dia ada facebook. aku add facebook dia dan mintak alamat dia. haha aku sayang pulak nak batalkan dia sebagai pemenang dan pilih org lain.. sebab dia layak menang!

tu la orang kata, kalau betol2 niat nak buat contest, atau giveaway, pastikan ada la hadiahnya. aku tau, orang yang selalu join contest ni bukanlah demand sangat nak hadiah mahal2. contoh kereta sebijik je kan. apa2 pun tak apa. kebanyakkan nya join hanya utk suka2, erat silaturrahim.. tapi kalau dah menang, alhamdulillah.

semalam aku menang contest teka lagu. tekan SINI. hadiah yang dijanjikan oleh tuan punya contest iaitu eszwan telah selamat aku terima petang tadi. hadiah berupa topup rm30. lega sangat2! rm30 tuu. thanx banyak2 kat dia! tak sampai 24jam dia tunaikan janji dia :)

dan tadi aku tengok aku menang hadiah saguhati dari contest ni pulak. contest dialog jahanam.
tekan SINI. dapat duit rm25 okay.. huhu thanx yaaaa!! seronok sangat sebenarnya dapat menang ni. keh3

aku memang nak buat contest, tapi tunggu betol2 aku ada duit dulu. haha sekarang kalau buat, aku letak tarikh tutup setahun akan datang je la. keh3!

thanx pada semua penganjur contest, tak kira la apa saja contest yang anda buat.. tunaikan janji anda okay. tak kira la lambat atau cepat asalkan anda contact dengan si pemenang, bukan hilang macam tu aje k! :)

ingat tuu

10 comments:

platipus said...

nk hadiah sikit!

KECIK said...

erk , ade ek manusie camtuh ?

Nurulbadiah Lai said...

wah,.,,share lah kat nurul sket lehh

lavender harum wangi said...

best nya, byk kali jugak menang ek~ huhu bertuah sungguh~ :D

Amir Syahir said...

yep2..biase org baru nk up tipu2 ne..

.:padie_eyla:. said...

tercemar penggunaan blog sebenar nye kan. huhu~

Unknown said...

owh...tahniah la...
sy pun baru menang satu kontest

merahitujambu said...

tahniah dpt menang contest..x penah menang lagi.x de rezeki lagi..

Noor Fatin said...

platipus: hahaha nak hadiah apa?

ameera: yup, ada..wuu

nurul: meh sini meh. keh3

ika: alhamdulillah, ada jgk rezeki. huhu

hiro: tu la pasal. keh3

eyla: betol2! hehe

azmi: insyallah nanti akan menang lagi :)


merahitujambu: insyallah nanti ada rezeki :)

Unknown said...

nak jugak hadiah..

ARTIKEL RAKAN BLOGGER