Friday, January 14, 2011

CONTEST MARI BERSAMA KRITIK BLOG NESCAFE+MILO!

salam

aku nak join contest ni. contest lain dari yang lain okay. keh3 aku punyalah lama perah otak nak fikir, nak kritik blog dia ni, nak hentam puas2. hehhe. keh3 dia nak lebih dari 100 patah perkataan. haa. aku buat 500 patah perkataan okay. biar dia penat baca. haahha XD

contest ni dari salah seorang blogger iaitu azizi atau nama id dia, jiji yu. aku kenal dia kat facebook. dia add dan dari situ kami kenal, dan terjah blog masing2, haha nak kenal dia, pegi terjah blog dia pulak. nanti aku kasi link.


banner contest beliau~ keh3


KRITIKAN UNTUK JIJI YU

1) pasal tulisan. aku berbesar hati berharap agar kau tulis penuh2. jangan shortform2 sangat. keh3 kadang2 aku tak paham. tulis biar penuh2. dan jangan buat tulisan kecik besar kecik besar. aku rasa mata aku kecik besar kecik besar bila baca. keh3. dan tolong ubah perkataan 'buwat' jadi 'buat' boleh?

2) chatbox. tak de pun dalam blog kau. memang tak letak ek? keh3. letak la. senang orang nak tinggalkan jejak. hehe sebab kebanyakan blogger suka tinggal jejak kat chatbox dan bukan kat komen. hehe komen lain la. tinggalkan jejak lain. wee

3) kotak follower. letak kat atas sikit ek kat sidebar tu. sebab agak kebawahan sikit la. hahah kau saja2 nak orang scroll laju2 ek cari kotak follower?? :P

4) nuffnang. letak la nuffnang. hahaha kau boleh search tutorial pasal nuffnang, ramai sangat blogger dah buat. tu sebab aku tak buat. di samping berblogging, di samping dapat pendapatan sampingan. :)

5) bloglist. awat sikit sangat blog dalam bloglist kau? letak la banyak2 sikit. buat post pasal sapa2 nak masuk dalam bloglist kau ke. haha aku mesti nak masuk. aku dah letak kau dalam bloglist. senang nak cari kau nanti. keh3

6) live traffic feed. aku rasa benda tu tak bawa fungsi apa2 pun. sebab dulu aku penah letak. bukan satu tapi duaaa!! hahaa tamak aku dulu weh. orang buat aku pun nak buat. keh3. last2 aku rasa benda tu tak beri apa2 pun. kalau kau ada nuffnang, kau boleh check traffic kau. sejam berapa orang singgah blog kau. kat nuffnang ada semua tu..heee

7) pasal home. blog, tutorials. templates tu. aku tak tau nak komen apa sebab aku pun tak letak so aku tak tau sangat. hehe ok kot ada tu. kalau tak de pun okay. hakhak :P

8) yang kau tulis 'mari mano weh' , tak perlu ada pun tak apa kot. aku rasa la. tu la, cepat2 buat nuffnang!! grrr

9) dan akhir sekali, aku tak puas hati kau letak lambang arsenal. sebab apa? aku minat MU. baik kau letak MU. sejuk perut aku baca. kah3! nanti dah ada nuffnang, kat tempat arsenal kau tu la ada iklan nuffnang :P



cukup la aku kritik kau. hahah kejam kot aku ni. wee dah kau suruh kritik kan? tak apa2, aku kritik dengan ayat yang sopan dan tak mencarut2. harap2 kau boleh terima la apa aku kata, hehe kalau tak terima, cepat2 buzz wall aku kat facebook. hehe

dan maafkan aku kalau tersinggung perasaan kau. sori la ye. mana tau ada kritikan tu kau tak boleh terima ke. :)


sapa2 nak join contest ni, cepat2 la ye sebab tarikh tutup : 20/1/2011

dan ada hadiah yang menanti bagi entry yang terbaik!!

nak tau apa hadiahnya, nak kenal tuan blog ni, nak add facebook dia, nak terjah blog dia, nak join contest ni, apa kata klik SINI saja. mudah kan?

jiji, aku tak kira pun berapa patah perkataan. kau kirakan boleh?

korang, aku boleh jadi pengkritik rancangan pilih kasih tak? err err

3 comments:

Cik tikah said...

kutuk dia puas-puas. dia x cukup bengang pun :p

check mine. agak-agak, dia bengang x. hehe...

http://banyaktehkereta.blogspot.com/2011/01/jom-kutuk-blog-mamat-yang-tak-ada.html

Unknown said...

muahaha..okeh2 aku terime..sebab ko bersopan santon..so aku mmg tak bengang langsong..pasal nuff tu aku tak rety nak wat..ahah

NuSaNa NoSa 91 said...

woooo~ ni betol2 kritikan yg m'bangun.. semoga berjaya yep! ^_^

ARTIKEL RAKAN BLOGGER