Tuesday, July 9, 2013

RAMADHAN

Assalamualaikum =)

hampir 2 bulan rupanya aku tak menjenguk ke laman sesawang ini. yang dulu muka aku je yang selalu update! wakaka peh dah setahun lebih kot aku dah tinggalkan dunia blog ni sikit sikit. bukan la tinggal terus kan. cuma, tak aktif je. 

macam biasa, alasan, busy dengan kerja.

eh serius okay. sangat busy.. dulu masa aku aktif, aku menganggur. apa lagi nak buat selain update blog setiap hari jam 12 tengah malam? 30 entry sebulan. haa  bila dah kerja ni, masa terhad. semua rasa terhad dan aku rasa masa berjalan tersangat la pantas. 

masih terasa lagi bulan ramadhan tahun lepas. masa tu aku berpuasa di TATI, di asrama. hehe tengok, sekarang? eh cepatnya la hai masa berlalu. alhamdulillah, masih diberi kesempatan menikmati bulan ramadhan pada tahun ini =)

apa eh nak diceritakan? aish. oh ye, bulan mei dan jun berjalan seperti biasa. bohong la kalau tiadanya konflik. mesti ada. aish. dan aku rasa 3 bulan yang dulu aku rasa lama gila, sekarang aku rasa macam 3 hari. heh? cepatnya. dan okay dia akan pulang. 

kan start bulan mei aku dah buat list perbelanjaan aku. dan aku dapati duit gaji aku habis banyak untuk makan. maklumlah sehari mesti lebih rm10. tengahari lagi, malam lagi. tolak tambah darab bahagi puratanya mestilah rm10 sehari dan lauk yang sama hari-hari buat aku rasa muak gila.

sampai satu tahap, aku jadi tak tau nak makan apa lagi. 

dan masa tu entah macam mana, aku terus rasa nak memasak! aku pergi mydin beli barang2 dapur, haha banyakk duit habis kat situ jugak. ye la mula2 kan, beras takde, minyak, bawang la dan semua2nya la untuk memasak.

start 18 june aku dah start memasak. aku ni sebenarnya tak pandai memasak pun tapi usaha tu ada. terpercik minyak perkara biasa. memula dulu masak nasi guna dapur okay. peh payah betoi. biasa hidup dengan rice cooker. kadang hangit la apa la. kakaka lawak bila ingat balik dan sekarang dah ada rice cooker! abah dah belikan! semangat dia tengok anak dia hari2 masak. ekekke

setakat ni, aku dah belajar buat sup ayam, ayam masak kicap dan tomyam campur! hikhik! 1st time, biasalah. ada je la yang kurang kan. tapi tu la, pengalaman tu. dah la tanpa bantuan sesiapa. aku sorang2 je tu. kejap kejap tepon mama, tanya mama itu ini. kakakka!

nasi goreng, spiral carbonara tu makanan biasa la yang aku selalu masak. bosan dah. ekeeke tu masakan paling simple dan senang aku rasa. asalkan ada ayam dalam peti ais, jalannn!! ;D

hari hari bawak bekal pergi keja, malam masak sendiri, berhari2 tak guna langsung duit belanja dan aku rasa sangat jimat!! hahah boleh la dapatkan lesen kereta secepat mungkin kalau aku maintain dan tak bosan memasak! wakaka!

alhamdulillah, dulu aku tak nak memasak, tak nak punya tak nak tapi see, perasaan nak memasak tu datang sendiri. mama sendiri tak penah paksa paksa aku. orang lain pulak yang selalu paksa paksa aku. kahkah katanya tak kawin la kau kalau tak reti masak. see, akhirnya, aku boleh memasak. bukan tak pandai, bukan tak sedap. kan. cuma entah. dulu rasa macam mana entah. syukurlah Allah dah bukakan pintu hati. hehe.

dan buat pertama kalinya aku akan berpuasa di subang jaya. pejam celik dah masuk 8 bulan aku kat sini. masuk bulan ke 4 aku bekerja di kilang ni. dan aku semakin hari semakin sayangkan pekerjaan aku.  

dan aku rasa homesick sangat. maklumlah selalu bangun sahur, mama yang masak, mama yang kejutkan, kita bangun makan je. sekarang berpuasa tanpa family, kena masak sendiri. kena atur semuanya sendiri. tak apa la, kita kan dah besar. bukan budak kecik lagi. 

dan sebenarnya aku suka dengan peringkat kehidupan aku pada tahap ini. serius. banyak belajar benda baru. banyak sangat. hanya Allah saja yang tahu apa ada dalam hati ini =)

akhir sekali, selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada semua rakan2 yang membaca entry ini. tak kira siapa pun anda, di mana pun anda berada, anda kenal saya secara peribadi atau pun tidak, selamat bersahur, selamat berbuka puasa, selamat berpuasa, selamat menunaikan solat tarawikh, selamat beribadah di bulan puasa.

maafkan semua orang yang pernah menyakitkan hati kita. sama-sama kita bersihkan hati dari rasa dengki, dendam, menyampah, tak suka, jelik, dan sebagainya. semoga diberikan kesempatan dalam bulan ramadhan untuk menambah pahala, meninggalkan larangan Allah. 

selagi nyawa masih ada, selagi tu masih ada peluang untuk bertaubat. ayuh! nasihat untuk diri sendiri juga yang sering terbabas dari landasan, yang tidak henti henti berharap semoga iman bertambah kuat, semoga Allah tidak pernah sesekali meninggalkan diri ini, yang mengejar syurgaNya.. =)

dan akhir sekali *berapa banyak akhir daa* persembahkan! jeng jeng jeng


die plate rack. yang aku design sendiri! ahaks! walaupun nampak simple, tapi aku bersyukur usaha aku untuk menyiapkan benda alah ni berhasil. puas hati tengok. hiks! 


selamat bersahur korang!!

*masih berfikir nak masak apa untuk sahur kejap lagi*

:P


24 tahun, aku datang :D

ARTIKEL RAKAN BLOGGER