Tuesday, January 25, 2011

JANGAN LA CEMBURU BUTA! ARGH!

salam




aku tulis perkataan ni besar2 dalam bilik aku, ada la sebesar papan hitam kat sekolah.



cemburu dengan perempuan takkan dapat dipisahkan. cemburu dengan lelaki dah jadi macam lelaki dengan rokok. perumpaan yang aku reka sendiri. keh3. ada sapa2 nak bangkang? huuu. nak kata tengah pms., dah habis, tak tau la pasal apa jadi lagu ni. angin ahmar kot. hakhak. sekarang setelah berjaya muhasabah diri, setelah dinasihatkan oleh  setelah dibebelkan oleh mama aku, okay. aku dah paham. kenapa aku tak perlu cemburu lagi. aku nak senaraikan nih. sapa2 yang kuat cemburu tu boleh baca! haha

muhasabah diri yang aku bakal lakukan :

1) hormati perasaan pasangan kita. seperti kita jugak, dia mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita dan kekacakan lelaki lain.

2) terima hakikat sifat cemburu adalah masalah kita sendiri. menjadi tanggungjawab kita untuk mengawal dan mengatasinya sendiri. pilihan di tangan kita sendiri, bukan orang lain.

3) tak dak pasangan suka atau seronok bila dapat tahu pasangan kita curang atau hakikatnya menduakan kita. mungkin sedih, kecewa yang amat sangat tapi tak la sampai buat kita mati. kalau dah itu pilihan dia, redha kan saja. mungkin dia bukan yang terbaik untuk anda.

4) bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. jika dari kecik2 kita memang kuat cemburu, jangan berharap anda dapat buang perasaan cemburu sekelip mata. bagi masa untuk diri sendiri. lambat laun akan hilang jugak.

5) tuliskan apa perasaan kita bila kita berasa cemburu. marah, tak tentu arah, gila, geram, rasa malu, rasa bersalah dan bertindak kasar. adakah anda mahu meneruskan kehidupan bila hari2 anda rasa begini? cepat2 la berubah.

6) cuba fikirkan macam mana kalau cemburu kita meledak gara-gara dia senyum pada lelaki/wanita lain? macam la kita tak pernah senyum pada lelaki/wanita lain? tipu la kan..

7) ramai yang mempunyai perasaan cemburu ini akan salahkan orang lain. dia tak kan salahkan diri dia. mesti salah orang lain punya la.

8) kalau serapat mana pun anda dan pasangan anda, terima lah hakikat bahawa masih ramai lelaki tampan dan wanita cantik.

9) bina keyakinan diri. luaskan pergaulan anda jika anda berasa si dia bukan jodoh anda.

10) kalau pasangan anda hendak curang, anda cemburu berlori-lori pun dia tetap akan curang. anda maki hamun dia, anda bagi penerajang sebijik pun, kalau dah dia memang nak curang, dia tetap akan curang. cemburu takkan menghalang kehendak dia.

tips cemburu ini aku amik dari SINI dan aku olah guna ayat sendiri.

aku ni memang cemburu, tapi selama aku cemburu ni, aku tak penah lagi la pergi serang perempuan tu. cakap dia perampas, perempuan jalang, sundal dan sebagainya. paling angin pun, aku marah si dia ja. buat apa nak salahkan kaum sendiri? kan?

okay. aku nak muhasabah diri banyak2. sebanyak mungkin, supaya aku tak cemburu lagi. yang penting, kata kena percaya pada pasangan. percaya paling penting, tambah2 bila dok jauh ini. kalau benda yang tak diingini berlaku, bukan kehendak jugak kan? kumbang bukan seekor. hehe

tadi mama aku bebel. bebel la kan. dia cakap macam ni :

cuba tengok awek khairul fahmi tu, relax ja., dia percaya ja kat khairul fahmi tu. kalau la tu pemain bola sepak, mama tak tau la. hang mengamuk hari2 kot bila ada orang kata love you kat dia hari-hari.

ok. aku terasa, pengsan sebentar. waaaaa

20 comments:

fara said...

orang cakap cemburu tandasayang :D

Anonymous said...

hurm..saya x cemburu tapi geram..err sama ke??

Faiq Roslan said...

like! like! like!
hehe.. sama2 muhasabah diri..
xmau gado2.. wuu..
ehem2.. nk jadi player bola lambat dah. bowling la. haha

Atsuko said...

gud2...
huhuu~~~

Atsuko said...

gud2...
huhuu~~~

vampire's lovex said...

cmburu sikit2 takpe kot...kena yakin dya syg kita okehhh :)


bru hati aman..hehe

.:padie_eyla:. said...

=.='' saye selalu macam tuuu. kalo die cite pasal girl laen, even terang2 dorg tu kawan, kompem diaaaaaaammm pastu majok. ;( tapi memang takleh elakkk. kan.!

mr.syazwan said...

wan sgt2 cemburu

so dgn ada tips ni insyALLAH boleh

control

thanks

heeeeeeeeee

::Cik Zatie:: said...

cikzatie pun spesis cemburu jgk. tp kdg2 penat dgn diri sendiri = ="

btw, i loikee statement mama fatin. kirim salam mama ye ^^

Unknown said...

kalo kuat cemburu laki pon jadi nyampah..pompuan pon jadi nyampah gak kan...

miera said...

banyak saba mehhh~

Unknown said...

jangan cemburu-cemburu..nanti kena tinggalkan terus baru merana..
cemburu itu perlu tapi berpada-pada..
kalau terlebih cemburu, mcm mana nak bina mahligai esok2..

sya anti golongan yg cemburu buta

CIK CIRA said...

saya pun kuat cemburu =(

CIK CIRA said...

saya pun kuat cemburu =(

CIK CIRA said...

saya pun kuat cemburu =(

Anonymous said...

You can't always control what happens to you. But remember, you can control how you handle what happens to you!

Zeanne said...

haha kurangkan cemburu sis..hehe..eleh perempuan memang kuat cemburu,sama lah..hahaha

oya said...

kene trust each other

►içéq◄ said...

haha.. comel la mama fatin cakap camtu.. XD

Noor Fatin said...

fara: tau xpe..wuu syg mmg la syg..

faizah: lain kot. hehe

cicak: grr!

atsuko: huhu :)

vampire: ya. kena pcaya lebih. huhu

eyla: sama la.. :( mesti rasa sedih. wuuu

wan: bagus2.sama2 kurangkan cemburu. huhu

zatie: huhu pmpuan mmg slalu cemburu. wuu. insyallah :)

jiji: of coz ;D

bighagenjo: thanx! :)

matahati: thanx! belajar dari kesilapan slps ni..

cik cira: wuu. sama2 la kita berubah..

anon: thanx~

anne: hahahah mmg xleh elak kan

oya: dua2 kena jaga hati pasangan..huhu

iceq: tu la pasal. keh3

ARTIKEL RAKAN BLOGGER