Monday, January 3, 2011

SALAH SATU CARA NAIK TRAFFIC- ENTRY MENGUMPAT??

salam

serius, kalau aku blogwalking, tak sah kalau aku tak jumpa entry pasal orang mengumpat ni. tak kira la dia mengumpat sapa2 pun, artis ke, pemimpin ke, blogger ke, kawan2 sendiri ke, musuh2 ketat ke. mesti ada!

dan bila aku tengok komen2, semuanya menyokong2 entry tu. tak de langsung yang bangkang. fuh. memang aku terkejut sangat la kan. walaupun ayat dia macam cili berapi2, semua orang tetap sokong dia...

pasal blogger, bab2 mengumpat ni dah jadi macam hobi. dari satu blog ke satu blog. dari blog pergi twitter, pas tu facebook pun. kebanyakan perempuan la. tapi lelaki pun ada. sama je dua2 jantina ni. tak da lebih tak da kurang. asalkan manusia bukan kucing. kucing tak boleh cakap, tak boleh menaip, so kucing tak boleh mengumpat.

aku pun pernah buat entry macam tu. mesti la pernah. tapi aku rasa lama sangat dah aku tak buat macam2 tu. rasa macam dah semakin matang dah. banyak hal2 lain yang aku tulis yang menyeronokkan bagi aku, pasal kehidupan aku, pasal hal sekeliling asalkan bukan mengumpat.

tolonglah, aku harap blogger2 henti2kan la buat post macam tau. aku tau, bila buat post macam tu, traffic melambung tinggi, nuffnang mencanak2 naik tapi apa korang dapat? berdosa je. orang yang korang mengumpat tu mesti dapat pahala. lagi ramai orang baca entry kamu, lagi banyak dosa kamu dapat, lagi banyak pahala orang yang kamu kutuk dapat.

aku tahu, sesetengah orang hanya nak nasihat, tapi bukan dengan cara tu okay. bukan. kalau kamu nak tegur, ada caranya, pm dia, msj dia kat facebook, msj dia kat blog dia, kat kotak komen, tegur mana2 yang kamu tak berkenan pasal dia, tegur dengan cara elok. insyallah..

apa yang aku baca, masyallah, panjang gila entry dia. siap print screen nama org tu, siap print screen apa yang dia tulis, gambar2 dia, abis segala boifren ke kawan2 dia perli. alahai.. tolonglah kawan, nasihat bukannya susah. senang kalau kita tau caranya :)

tak dak guna pun kalau kamu buat entry2 macam tu, hanya utk sakitkan hati dia, hanya utk buat semua orang pandang jijik pada dia. tak dak gunanya kawan. dia kecil hati, dia sedih, kamu? gembira..

aku nasihatkan kamu2 yang suka buat entry kutuk2 ni, tolonglah hentikan. buat saja entry yang ke arah menasihati, cakap baik2, melayu ada adab kan? ada budi bahasa, melayu kan. yang nak menjatuhkan melayu yang lain pun mestilah melayu jugak. kita takkan dapat lari dari situasi ini.

menasihatilah secara berhemah bukan cara main sembur tak pakai helmet. aku ada kawan, dia pernah nasihatkan aku, fatin, banyak gambar ko tak pakai tudung. buanglah, kan manis kalau pakai tudung. kawan aku yang nasihatkan aku tu ada dua orang, sorang lelaki dan sorang perempuan, bila aku tengok balik album2 lama aku kat facebook, wah, baru aku perasan. aku delete satu2, yang diorang ada bagitau kat album mana. aku delete.

aku terima cara nasihat diorang. sejak tu aku cukup susah nak letak gambar tak pakai tudung, susah kan nak jumpa, last aku letak gambar yang masuk contest teddy bear tu, sebulan yang lepas, itu pun ada anonymous maki aku, kat kotak komen. aku tak balas pun sebab aku rasa dia seorang melayu yang tak penah ada adab.

sekarang keluar mana2 pun aku wajib pakai tudung, susah dah tak pakai. dulu2 memang tak pakai. aku mengaku. tapi semakin lama berumur ni, otak jadi semakin matang, setiap manusia tak terlepas dari melakukan kesalahan.. nak upload gambar kat facebook pun, pakai tudung.. kalau yang tak pakai, aku tak upload pun. ada je dalam simpanan kat laptop. biarlah gambar hanya utk tatapan aku sorang.

aku harap ramai yang sedar pasal benda ni. tolonglah. nasihatkan dia kalau dia salah, kalau dia teruk sangat2, hina sangat2, jijik sangat2 utk tatapan kamu, nasihatkan dia. atau biarkan saja. jangan kutuk2 sampai macam tu sekali. maruah beb. kamu dah pijak maruah2 dia kat depan blogger2 yang lain...

kalau rasa tak mampu nak nasihatkan dia lagi, simpan saja niat kamu utk kutuk2 dia lagi, buat entry pasal lain, makanan ke, kehidupan, belajar, pekerjaan, kalau sampai tak dak sumber langsung, carilah berita2 di kosmo, atau apa2 laman web sosial yang lain..

kita sebagai blogger harus menasihati blogger2 yang lain.. kalau bukan kita, siapa lagi kan? ^__^
maaflah kepada sesiapa yang terasa. samalah2 kita ambil pengajaran. kita manusia tak pernah terlepas melakukan kesalahan tapi kita boleh mengawal diri kita agar tidak dikuasai syaitan..

salam..

10 comments:

lavender harum wangi said...

huhu~ kan bagus kalau semua org pikir ceni... tapi kebanyakannya lebih suka kondem org lain utk kepentingan diri~ ada yg nak bagi nasihat, tapi guna bahasa kasar.. mmg xjln la kalau cmtu.. konfem org xnk dgr nasihat dia kan.. haha, ntah la~ susah nk ckp, lain org lain cara dia :)

aNnE said...

anne baru je baca entri macam ni td...dush..hahaha:)

faiq said...

gud2..pakai tudung pun manis gak

beautiful_rose said...

aku buat entry kutuk diri sendiri buleh? =p








y baik kita ambil jadikan tauladan yang buruk kita jadikan pengajaran.

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

hahaha
ak wt gk..
tp xmention nme la..
n ak mmg xwt nuffnang 2..
hehehehehe

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...
This comment has been removed by the author.
merahitujambu said...

blog untuk ngumpat??apakah??ermm..org suka ke??blakang ckp lain depan ckp lain...

NOOR FATIN said...

ika: betol tu. kita yang kawal diri kita sendiri bukan org lain..

anne: heehhehe byk dh tersebar pasal blog tu

faiq; ya. gud2. keh3

rose: diri sendiri xpe. keh3.. betol tuu

fadh: bleh buat asalkan guna ayat yang elok2 dari berunsurkan nasihat bukan mengumpat. heee

mierahitujambu: ramai yg lebih suka entry mcm tu. semua support! gila. ish23

nora said...

kalau semua ada pemikiran macam u ni
aman dunia oo

NOOR FATIN said...

nora: lain org lain pendapat..wuu

ARTIKEL RAKAN BLOGGER