Wednesday, January 19, 2011

ISTERI JANGAN TERLALU MENDESAK!

salam

semalam aku berkesempatan tengok filem yang meletop-letop hari tu, ngangkung. masa keluar kat pawagam aku tak boleh tengok sebab pawagam jauhhh, kat mesra mall. aku kat chukai. jauh2. aih. sedih kot. wu..

aku tengok filem ngangkung tanpa downloadd!! haha aku tengok kat youtube aje. internet aku laju gila2 kalah unifi, agaga tak dak buffering langsung. button jalan punya la laju tak dan nak ligan. aku pun gembira dan bahagia dapat tengok filem2 dalam youtube tanpa gangguan. terima kasih maxis broadband! aku takkan berpaling tadah. hehe

ngangkung. cerita yang sangat kelakar dan penuh mesej2 yang tersirat. antaranya, isteri jangan terlalu mendesak. kenapa aku kata macam tu?

sebab kebanyakan isteri sekarang suka mendesak suami. nak meja makan baru, tiap2 tahun kalau boleh nak tukar langsir baru, peti ais baru, sofa baru, apa2 semuanyaaaa baruuuuuu. gaji si suami tak la sebanyak mana tapi alhamdulillah setakat ni mereka sekeluarga tak la sampai tak makan. bila si isteri terlalu mendesak nak semua yang baru, si suami mula ambil jalan mudah. antaranya masuk skim cepat kaya dan beli number ekor dan seperti dalam cerita tu, ngangkung.

semuanya jalan mudah semata-mata untuk memenuhi kehendak isteri yang tak penah puas hati dan bersyukur. walau pun mereka tahu cara mereka salah, tapi mereka terpaksa sebab setiap kali balik kerja, isteri selalu mendesak, nak macam2. alahai~~

inilah senario yang benar yang berlaku dalam kehidupan kita. ada la segelintir nya kan. tak la semuanya. hanya segelintir. kesian si suami. bila jadi macam2, salahkan suami. marah suami. semuanya suami. suami yang salah. adesss. kenapa harus begitu?

aku belajar tentang kehidupan ini dari mama aku sendiri. mama aku selalu nasihat aku, jangan sesekali mendesak nak apa2. tak kira la dari sesiapa pun, terutama dari suami nanti. semua kehidupan bermula dari bawah, bukan bila dah kawin, automatik cuci kaki masuk dalam rumah banglo 18bilik. itu kalau kawin dengan orang kaya la. kalau orang lain?

abah start pakai kereta masa aku belajar kat kl, aku form4. 6 tahun yang lalu. selama 16 tahun aku hidup, abah aku cuma ada motor. bayangkan kalau nak balik kampung, dulu masa dok kat kulim, abah aku ulang alik ke kampung. hantar aku dulu, lepas tu balik kulim, ambil mak aku pulak antar ke kampung. masa pindah ke kl, sama2 balik naik bas. penah sekali naik keretapi. macam mana susah pun dugaan balik kampung, balik tak kira masa, mama tak penah merungut. langsung aku tak penah dengar dia merungut2 suruh abah beli kereta.

jiran aku dulu selalu perlecehkan aku ni, kenapa la abah aku tak da kereta. susah sangat ka hidup? masyaallah. tak mati pun kalau tak da kereta. tak mati. kami anak beranak hidup bahagia macam tu jugak. tak penah selama 22 tahun aku hidup, tak penah satu hari tak makan. mama aku dari dulu2 nasihat aku, dan dari kecik2 aku sudah merasa hidup susah tapi alhamdulillah bahagia sampai sekarang.

barang2 dalam rumah aku semuanya abah aku beli masa aku umo setahun dan dua tahun, kekal sampai sekarang. tak penah pun mama aku merungut nak kerusi baru, nak baju baru. nak meja makan baru, nak almari baru. tak penah! apa yang abah aku bagi, itu la yang kitorang guna sampai sekarang. dan tak sangka tahan sampai sekarang. elok lagi keadaannya. insyallah satu hari nanti aku akan buat post pasal rumah aku saja. nanti aku amik gambar2 seluruh umah aku. insyallah :)

penah aku merungut, aku nak handphone. masa dulu2, mama kata abah tak da duit, nak abah buat kerja haram ka semata-mata nak penuhi kehendak anak? aku benar2 rasa terpukul dengan semua itu.

aku harap sangat, aku boleh jadi isteri yang baik, taat pada suami, isteri yang disayangi oleh suami, yang terima keadaan suami seadanya. apa yang mak aku pesan sampai sekarang aku ingat dalam hati dan semoga aku menjadi isteri yang solehah. apa yang terjadi di sekeliling aku benar2 menginsafkan aku.

kepada isteri2 dan bakal2 isteri di luar sana, diharapkan anda faham keadaan suami. jangan terlalu mendesak. ingatlah, kalau suami dah berputus asa dengan kerja sekarang dan berniat untuk melakukan kerja2 haram, anda yang akan menyesal. percayalah.


doa untuk para isteri :)

14 comments:

Unknown said...

Isteri jgn mendesak suami dr segi materialistik, suami jgn mendesak isteri dari segi keperibadian.. Bertoleransi lah dalam rumah tangga dan saling menerima baik buruk masing2..

chewaahh, mcm org berpengalaman pulak XD

noa said...

tetiba mcm ada bau nasi minyak la pulak

tak lama dah kot ni???? jeng jeng jeng

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

nice entry fatin.. =)
n pengalaman kte hmpir sme..
bapak ak beli kete tym ak dh kt matrix which is 4 years ago..
n lg dhsyat nye..
ak ank bongsu dr 7org adk beradik..
better xde kereta dr xckup mkn xde tmpat tggal..

cik fiza said...

sy pn br tgk ngangkung last weekend.. pada sy citer nye sederhana tapi msg nye jelas.. jgn berjudi dan jangan menduakan Allah.. untuk isteri pula perlu pandai kawal perbelanjaan rumah tangga dan kalo tahu suami buat salah, jgn ikut dan biar je..

CahayaCintaIlahi said...

hehe kene belajar untuk tidak mendesak saya nak jadik bakal isteri yang baek la cik fatin.. ngee malu.. ;))

gatai nk tawen huhu

Zeanne said...

hehe btul,jgn tlalu mdesak..ececeh sis blh la jd isteri solehah..amiin..hehe ;p

Puteri Iqa Izyan said...

tgk kat u tube?
caner?
nk jugak. hee

Unknown said...

semoga anda juga tidak menebalkan sikap suka mendesak dlm diri bila kahwin esok2.
fahami perasaan suami yg bertungkus lumus mencari duit utk menyara keluarga

Iryd and Pitt's little diary said...

cam best je citer ni..bagus buat pedoman..:)

Dinaz said...

insyaAllah tak akan mendesak bakal suami i nanti..heee..

platipus said...

untung mak ayah kau dpt ank mcm kau



tkpa..nnt esok dah keje...jgn lupa balas jasa mak ayah..
bg depa rasa kesenangan hasil titik peluh kau...

:)

CIK CIRA said...

tak tengok lagi ngangkung..tak da kesempatan nak tengok

merahitujambu said...

thanks info..nnt jadi isteri leh apply..hehehe

Noor Fatin said...

kee: betol2. masing2 ada peranan :)

nora: aiyark! jeng jeng jeng

fadh: yup. kereta bukan keperluan asas. ada atau xde sma je, :)

cik fiza: betol2. sy setuju :)

cahaya: hehehe xlama kawin la tu :P nak jadi isteri yang baik jugak..weee

anne: insyallah. harap2 bgtu la anne :)

iqa: type ja kat youtube. ngangkung. hehe

mata hati: insyallah. amin, thanx awak :)

iryd: tau xpe. byk pngajarannya :)

dinaz: insyallah. amin. hehe

platipus: thanx dik!! :)

cik cira: awk tgk kat youtube je. hehe

merahitujambu: hakhak bleh3 ;)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER