Tuesday, November 27, 2012

MAKAN MALAM TERAKHIR BERSAMA..

Assalamualaikum ;)

pada 21/11/2012 yang lalu, kitorang satu rumah pergi makan malam bersama-sama dengan lecturer2 kelas ccna kat kerteh. asalnya itu jamuan kelas diorang tapi aku, dayah dan ilah ikut sekali. wahahah.. 

ni la masanya nak makan bersama-sama dengan housemateesss yang tersayang. ini merupakan makan malam yang terakhir, tahu? ;(

kitorang pergi makan kat selera ikan bakar mutiara rasanya. kat kerteh. hehe.. 

aku, dayah, ilah, hana, sarah, umi shikin dan aisyah. dan 3 orang lecturer kelas ccna termasuklah encik tarmizan. hihihi..


Friendship isn't about whom you have known the longest... It's about who came, and never left your side...




Because once upon a time, we were best friends. And, yes, there's been a lot of bad stuff in between. But none of that matters right now, okay? You need me, I'm there. Any time, any place, anywhere




kat kedai makan! aku, ecah dan dayah. hihi..  abang tu baru nak amik order. hee


semua =)





sesampainya hidangan minuman dan kerang!! tu dia.. punya sedapp! aum2!



rugi sapa tak makan kerang weh. serius sedapp gila.. heheheh..


aum2!!


hidangan dah sampai! macam2 ada! hehe


sebelum..

5minit kemudian..

*macam2 ikan ada. ni salah satu* 


selepas.. hebak awok awok ni. huehue



kenyang alhamdulillah ;)


kembar tak seiras..

kehkeh


malam tu, hana balik.. sedih sangat.. esoknya.. sarah balik.. umi.. shikin.. jumaat.. ecah balik.. sunyi gila rumah.. setakat ada aku, ilah dan dayah, takdenya nak kecoh.. kena ada korang..huhu..

terima kasih sarah, hana, umi shikin dan ecah..terima kasih banyak2 atas segalanya, atas pertolongan, bantuan, atas kasih sayang, keprihatinan, keceriaan, pujukan, kegembiraan.. semua-semuanya la. terima kasih sangat2. walaupun hanya 5bulan tapi segala kasih sayang melimpah-limpah bagaikan kenal lama. tak penting pun berapa lama kita kenal.. tapi pentingnya nilai persahabatan tu..

berat rasanya nak berpisah dengan korang semua tahu. sedih. bayangkan pagi2 tak de lagi suara sarah.. tak de lagi nampak hana.. tak de lagi nampak umi.. shikin dan ecah.. sedih.. kekadang tu aku dan dayah jenguk bilik korang tau.. sepi.. huhuhu..

mohon maaf andai ada salah dan silap sepanjang kita bersama.

dengan harapan semoga satu hari kita akan berjumpa lagi. ala shah alam dengan subang bukan jauh mana pun! haha! 

jaga diri baik-baik, praktikal elok-elok, ada jodoh kita jumpa lagi k ^__^ sayang korang.


Monday, November 26, 2012

JOHOR, KAMI DATANG (PART 2)

assalamualaikum ;)

sambung entry semalam! hehe. sebenarnya dua part ni je cerita pasal johor. hehe.. kalau sumbat semua gambar aku rasa 10 part pun tak cukup. tu pasal aku letak sikit2 je. kakakaka banyak2 kang sampai ke lantai jugakk! hehe.

esok pagi lepas bersarapan roti telur di kedai, makanya kami teruskan perjalanan.. ke.. 

LEGOLAND MALAYSIA!

sebenarnya sejak mula dibuka, aku teringin sangat nak jejakkan kaki ke sini. hehe tapi tu la, mengenangkan harga rm140, terpaksa ku tangguhkan hasrat ku dulu.. sebab. nak pentingkan yang lain dulu. hehe

akhirnya dapat jugak ke sana. jangan risau, free je ;p

sampai legoland dalam pukul 11 pagi kot. hehe. cuacaa panass.

beberapa keping gambar yang ingin dikongsi kepada anda.





sesampainya di legoland! hehe

pok ya, encik tarmizan, shikin, najwa, ilah, aku, hana, umi dan wafi.




kami dah sampai!! ;) pintu gerbang legoland. hehe.




snap! snap! snap! perkara yang mesti kena buat! hehe..



dragon ni boleh bercakap tau. dia cite apa entah kat anak dia. kakakak



cuaca kejap panas kejap hujan. kiranya kejap kitorang basah lencun. lepas tu nanti bila dah panas, kering dengan sendiri. 3,4x jugak la macam tu. heeh.. ni knight castle rasanya. xdapat masuk sebab hujan. huu





naik benda ni boleh tengok seluruh legoland dari atas ;)

sori gambar berterabur. aku dah lupa mana kitorang start dulu. kakakak



cantikkan! permandangan dari atas! ;)






besar punya! hehe.. semua diperbuat dari lego ;)




tahukah anda, aku tidak pernah jejakkan kaki ke genting?

tahukah anda, aku tidak pernah naik roller coaster?

tetiba datang sini, ada benda ni la pulak. orang panggil project x. peh. sungguh aku rasa nak lari sebab tak mau naik. mindset cakap dah memang takot. hahahaha tapi dah semua naik, takkan nak tinggalkan aku kat bawah =_=

lepas tu naik jugak la. diorang kata kat genting lagi dasyat. k k k tapi aku rasa yang ni pun dah cukup dasyat! haha..

menggerunkan sebab naik 4 orang. dah tu cerun dia tu tinggi sangat. dah tu siap ada kamera lagi! snap gambar sorang2! blergghhhh!

aku naik dengan encik tarmizan. umi dan wafi. kami naik 4 orang. gambar disnap dan kalau kita nak gambar tu, boleh tuntut di kaunter dengan bayaran rm30 sekeping. aku ada beli gambar tu nak buat kenangan tapi aku tak nak tunjuk kat sini.. HAHAHHA.



time ni la gambar tu diamik. semua buat muka menakutkan. tak penah nak senyum2 dah weh. hahahah muka aku, peh tak apa2, tu la muka pertama aku naik benda ni. hehe. ni gambar dari google.



selain cerunan yang dasyat, part pusing2 ni betol2 buat aku rasa nak terpelanting. peh peh.

tapi bila dah turun, wah rasa puas! hahaha hilang ketakutan. hilang debaran! haha walaupun rasa nak tercabut jantung, tapi rasa seronok. hehe.. lepas ni boleh la naik kat genting pulak. hikhik!


lepas tu kitorang naik pulak dragon ni. yang ni 18 orang punya. so sebabkan ramai, tak de la takot sangat. aku dengan encik tarmizan dok depan sekali. kat kepala. kahkahkah!

amek kauu. nasib aku tak terpelanting. kakakaka

yang ni tak berapa dasyat sangat. mungkin sebab ramai2 kot. project x tadi lagi menakutkan!



sumber : google. sebab rasanya yang ni tak de pun kamera2 tuu. hehe..

kitorang abis masa lebih kurang sejam kat project x je. sebab apa? beratur. menunggu. orang punya ramai. adoyaiiii. terbuang rasa masa.

lepas main tu, masing2 dah kelaparan. so kitorang singgah kat salah satu kafe kat situ. dipanggil piza mania.

so mari kita makan pizza!! hehe


spageti. 4 pinggan. yang carbonara tu tak sedap seperti yang disangka. waa


mushroom sup. ada 8 semuanya. lagi 5 belum sampai. kekekeke


sorang satu air. rm6 tau satu. hahaha


pizza apa entah. haha ada 4 jenis pizza. satu je ni yang amik gambar. huehue.

lepas dah kenyang, jalan2 lagi!! hehe.



besar sebenarnya legoland ni. aku jalan tak abis tau ;( adoi. frust betol.







last sekali naik train. untuk pusing2 tengok sekitar legoland.











ini saja gambar yang dapat dikongsikan kepada pembaca. selebihnya boleh tengok kat facebook ye. hehe.

sampai sekarang rasa ralat sebab xdapat main semua mainan! kul 4.30 petang kitorang bertolak dari legoland dan sampai tati dalam pukul 1 pagi. huhu.. singgah dinner kat segamat.

kesimpulannya trip kali ni memang best. rasa rapat sangat dengan semua orang. rasa bahagia sangat dikelilingi oleh rakan2 yang sayangkan kita. tempuh dugaan sama-sama, suka duka, berkongsi segala perasaan...

semoga satu hari nanti dapat jejak kaki ke legoland lagi! yeay!

oh ya. souvenier kalau nak belikan untuk sedara ke member2 ke, serius mahal. bagi student macam aku la. kalau bekerja gaji banyak mungkin tak rasa apa2 kot. haha aku beli satu keychain lego rm12.95. alaaa kecil coet je. tapi sebab kan nak buat kenangan punya pasal. beli je la. pen dia je rm9.90. mug dan topi rm49.90. baju dia rm89.90. memang tak la nak beli kan. kakakakaka

terima kasih kawan2 ku. love uollss =)

Saturday, November 24, 2012

JOHOR, KAMI DATANG. (PART 1)

assalamualaikum ;)

wah entry sebelum ni ternyata dapat sambutan eh. haha yela sekarang kan musim durian crepe. di mana saja orang tercari-cari durian crepe. terutama hantu durian. haha korang ni dah rasa belum durian crepe? kalau belum, cepat2 la cari okay. hehe.

dah seminggu tak update blog. busy dengan kehidupan. ececeh. busy apa pun cheq tak tau. kemain aku ni. pura-pura busy boleh? hehe..

pejam pelik pejam pelik lagi seminggu aku akan berada di tati. lagi seminggu aku akan menamatkan pengajian aku di sini. lagi seminggu!! peh kejap sangat rasa. serius aku rasa macam baru semalam daftar. haha tak puas rasanya! nak berpisah dengan kawan-kawan lagi.

entry2 selepas ni eloklah aku tulis mengenai kawan-kawan aku sepanjang di sini. minggu2 terakhir kitorang berada di sini. nanti bila rindu sangat, tak pun tunggu lagi 2,3 tahun ke boleh baca balik. kenang balik. ingat balik. *senyum*

16hb hingga 18hb yang lalu kitorang pergi johor! ramai2!! wink wink. haaa entry kali ni nak cerita pasal trip pergi johor tu la. hahha!

yang best sebab semuanya disponsor oleh tati. khas untuk bebudak ssm. ramai yang tak pergi sebab masa ni elaun tak masuk lagi. huhu.. walaupun semuanya ditanggung tapi mesti la nak kena ada duit jugak kan sebab nak shopping! =P

pergi sana bawak duit untuk shopping je. hehe.. untung2!

bertolak pada 16hb jam 11 malam dari tati.. sampai segamat rasanya pukul 4 pagi... dan sampai ke taman universiti untuk bersarapan dalam pukul 7 lebih.. dann.. terus ke homestay yang super duper cantik! aum aum. serius suka gila dengan homestay dia. wkwkwkwkw.

yang pergi, aku, hana, sarah, umi, shikin, ilah, najwa je. yang turut serta, encik tarmizan dan anak dia. wafi, pok usin dan pok ya. hehe. basss besaarr tapi banyak ni je yang pergi. hahaha 

sampai je homestay, rehat kejap, mandi kejap, bersiap-siap, amik gambar sana sini. lepas tu baru keluar rumah. hikhik!


paling suka gambar ni =) tengok sarah sayang aku kan? dia peluk aku. haha! 

aku, sarah, wafi, shikin dan najwa.

turut serta, bantal umi yang tomei. =P


suka gambar ni jugak! nampak kebahagiaan itu =)

hana, sarah, wafi, aku, najwa dan ilah.

bantal umi tidak terkecuali. aku rasa setiap gambar ada bantal umi. serius. lalala


banyakkk gambarr.. haha ini saja yang dapat ku kongsikan. selebihnya anda boleh tengok di facebook =)

lepas tu kitorang pergi plaza angsana johor bahru. 1st time sampai sana ni. okay boleh kata semua orang 1st time sampai johor. aku kali kedua. kali pertama pergi masa form3 kot. huhu.. 

lepak plaza angsana buat apa? main game!!! hahahah habis RM10 main game kereta. boleh tahan =__= sebenarnya aku dah lama sangat tak main game kereta. hahahahaha.. 

cuci-cuci mata sekali sekala. lihat penduduk johor bahru ni. hehe.

makan tengahari pun kat sana jugak. diorang kata, lamanya tak rasa makanan yang bukan dari ganu. hakhakhak! yela, selama ni kat sini semua selera terengganu je kan. huehue.


angsana johor bahru! ;) korang pernah pergi? hehe.

umi, wafi, aku, hana, ilah, sarah dan shikin ;)



kebahagiaan apabila dapat bersama kawan-kawan ;)

lepas makan, kitorang singgah ke destinasi seterusnya. danga bay!!

aku penah sampai danga bay masa pergi johor kali pertama tu, masa tu danga bay sangat best! macam2 yang dijual, sangat meriah. tapi kali ni aku pergi.. sepi.. sunyi.. tak jumpa orang sangat.. kenapa.. aku pun tak tau.. huhu lama sangat tak pergi kan.. 

orang kata malam-malam la best! k. kami salah pilih target. so petang memang tak da apa. sunyi ja. hanya lihat permandangan di sana. snap snap. lepas tu..

hujan lebat! semua basah kuyup berlari-lari dalam hujan. kakakaka andai la boleh dirakamkan semula semua tu, pasti akan menjadi kenangan buat semua. hahha! rasanya kejap sangat kitorang lepak kat danga bay, lepas tu hujan lebatt. terus cepat2 naik bas! hehe..



danga bay!


bentuk jam! cantik!

lepas tu kitorang pergi the zon pulak. tempat yang duti free tu. haha kat stulang laut. kebetulan rasa nak check elaun, rupanya2 elaun masuk! alhamdulillah. walau tak banyak tapi sekurang2nya adalah duit untuk shopping. hehe ;D

tak de la beli macam2 sangat. haha! aku dan najwa sempat makan marry brown lagi. 1st time tu. not bad la. kekekek

lepas maghrib.. kitorang pergi makan kat kedai dengan the zon tu. kat stulang laut. apa entah nama kedai tu, serius aku lupa. tapi keenakan makanan di situ takkan aku lupa. serius sedappp!! hahaha..

ramai makan masa ni. dengan kitorang lagi, sedara umi yang tinggal kat johor pun ada, tuan rumah homestay pun ada. hehe ramai2!

makan nasi + ikan siakapa 3 rasa + tomyam + telur dadar + sayur kailan + udang goreng + ikan bakar, dan macam2 lagi la. serius kenyang gila! hehe..


penuh kedai dengan kitorang je :P


masing2 sudah kekenyangan. hehe.


lepas abis makan, kitorang singgah bazar karat pulak. bazar tu macam uptown la. macam2 ada dijual. best la jugak. jalan-jalan. cuci mata. agak besar la tempat dia. aku beli tudung 5 tone je dua helai. peh 5 tone beb. teruja dengar. rm15 je pun sehelai. kakaka. selalu kan 3 tone je. member cakap 9 tone pun ada! whoaa!

10.30 malam kitorang balik ke homestay. masing2 tido akibat kepenatan. semua pakat sakit kaki. yela, jalan tanpa henti kot. dengan basah lencun je. adoi.. hahaha..

esoknya.. kitorang pergi.. err.. nantikan entry seterusnya. hekhek!

;)

Tuesday, November 13, 2012

DURIAN CREPE

assalamualaikum ;)

10.11.12, tarikh yang cantik kan? hekhek harini dah 13.11.12, maknanya kisah ni 3 hari yang lalu =P

aku jenis kalau teringin nak makan apa-apa, mesti nak beli jugak. macam dulu, teringin nak rasa macarons, dapat hadiah dari jierah, lepas tu teringin nak makan cheesetart, dapat makan kat rumah jiran, teringin nak makan pavlova, dah beli kat yaya, dan sekarang musim durian crepe kan? 

so aku mengidam jugak. peh. aku hantu durian okeh. mana boleh lepas nak rasa durian crepe ni.. bahahah..

aku iklankan kat page bandar chukai, ada beberapa orang pm aku. hehe nasib ada sorang kakak ni kata nak datang chukai, esoknya. so aku order kat dia je la..

2 biji rm5. 4 rm10. aku rasa sangat berbaloi sebab besar, dan tebal okay. hakhak

semestinya sedapp. tu yang nak promote nih!! ;D






tebal kan? hekhek


okay pada sesiapa yang nak tau apa tu durian crepe, sila la google ye, hakhak yang penting dalam tu isi durian. sapa yang suka makan durian, jangan lepaskan peluang anda memiliki durian crepe nii..

sapa2 yang tinggal area paka ke kemaman ke chukai ke, anda boleh order kat kakak ni, dijamin puas hati. FACEBOOK DIA.

k sekian terima kasih, assalamualaikum ;)

Friday, November 9, 2012

LAGI SEBULAN!!

Assalamualaikum ;)

lebih seminggu abu telah meninggalkan semua. doaku tidak putus-putus untuknya. semoga dia ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. sungguh aku sangat merindui dirinya. al-fatihah untuknya ;')

minggu ni adalah minggu paling stress aku pernah alami. sebab apa? sebab design. kahkah ni final project weh. bukan latihan biasa. so nak tak nak kita kena siapkan project dalam masa yang diberikan. dulu chopper aku pun tak siap. kahkah nasib tu bukan project :P

lecturer cuma kasi tajuk. speaker. lepas tu pandai-pandai la kami nak buat bentuk apa. ikut kesesuaian la kan. lepas design kita akan print barang tu jadi realiti. bukan semata-mata dalam komputer okeh. kahkah~

7 orang punya design. ada design lembu, pokok bunga siap dengan pasu, teropong, trojan, rumah, pari-pari dan epal. keh2~

dua minggu masa yang diberikan. minggu ni dan minggu depan. tapi minggu depan kan cuti deepavali dan awal muharram. so pulun la siap cepat2! 



ini la rakan sekelas aku. kami bertujuh. ni kelas kami. best kelas ni. lagi best bila ada internet sekarang. hahahahahha!

sorang je lelaki. dan dialah hero. eh eh.


7 hari aku siapkan speaker ni. mak oii. bukan senang la. susah kot. agak complicated. kita pun baru belajar kan. tak berapa nak mahir sangat kan.. hehe

alhamdulillah, siap jugak. mini apple speaker! tomei tak? hekhek


konon-konon nak ikut logo apple tu, masalahnya sikit je lekuk dia kan, aku lekukkan semua. hahahaha ah tak apa, design sendiri. ;P


harini 9hb kan. maknanya lagi sebulan sebelum kitorang melangkah ke alam praktikal pulak. tu diaaa. kejapnya belajar. dah nak 6 bulan. pheww. macam tak percaya. rasa macam baru daftar je. ahahahah

sedih pulak dah nak habis ni kan. nak berpisah dengan housemate2, classmate2, auww. sedihnya.. T__T walaupun 6bulan tapi banyak sangat kenangan.wuwuwuwu

apa-apa pun sebulan ini akan ku hargai dengan sepenuh hati. habiskan masa dengan kesayangan-kesayangan gua di tati. sebelum masing-masing mencari rezeki di tempat lain. amboi ayat.. hahahah!

tempat praktikal dah dapat. wink wink. jadi orang selangor la ittew =P


sebulan lagi je pateng. sebulan lagi. bergambar la puas-puas kat tati. lepas ni entah masuk lagi ke tak tati ni. hakhak


itu je la kot nak cerita. hahahah adoi.. sejak jadi pelajar ni, jarang sungguh update blog. kehkeh

sekian wassalam ;)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER