Saturday, January 8, 2011

SATAY 30SEN

salam

ada masalah semalam. memang buat aku moody, tambah2 melibatkan kawan, aih. sabar je la. dugaan akan ada selagi kita hidup. wuuu

semalam aku keluar makan kat luar. kat rumah aku air xde la pulak. bayangkan betapa seksa. haha adess. so kitorang keluar makan. destinasinya kat gerai2 depan tnb kat chukai kemaman ni. sapa penduduk chukai mesti tau la kan.

aku order nasi goreng cina tambah teloq mata. sori pakcik. aku terlepas cakap teloqqq. sepatutnya telur. kah kah kah. sengal bukan. aih. lepas ni aku akan cakap egg eye atau eye egg. harap dia paham. mak aku makan nasi lemak, abah makan bihun sup.

kat gerai2 sebelah tu ada jual satay! whoaa. lama kot tak makan satay. kah3. so aku cakap kat abah yang aku nak satay. ikuti perbualan kami

abah: boleh order satay?

pakcik: boleh2.

aku: nak satay 15 na..

pakcik: 15? banyak sangat tu.

aku: banyak? err. ikut la. hehe

pakcik: 10 ok? nanti kalau banyak2 tak habis pulak.

aku: okay!

so tunggu punya tunggu, si abang ensem yang buat satay tu datang. bawak kuah 3 piring. satu pinggan satay. aku tengok awatla menimbun sangat satay tu. tanpa banyak soal, abah tanya berapa rm? dia kata rm10 la.

heh. dalam hati aku gila mahal. satu cucuk rm1!! giler. giler. pastu dia pulak tanya, nak satay rm10 ke?? eh2. nak 10 cucuk je laaaa.. hahaha oo. dia kata ingatkan rm10. heran jugak. haha pastu dia pegi tukar, jadilah 10 cucuk,

dia kata rm3 je. aku kata pulak, murah giler!! haha lepas tu bila abang tu pergi, kitorang makan la. mak aii. satay dia. besar gila. kalau aku jual rm1 secucuk. sebab makan secucuk pun kenyang. hahah. serius. tak tipuu. satay kat kulim 25sen secucuk, sekali aku telan je, dah habis. kah3

sedap pulak tu. daging lembut. aih. sedap2. rasa 10 cucuk macam tak cukup. kalau boleh aku nak 100 cucuk. kah3. murah pulak tuuuuuu.. keh3




perhatian: ni satay kat kulim. berapa sen ntah secucuk. tapi mahal la. kurus2 pulak tu. aku nak gemok gemok. biar macam aku. baru puas makan. hehe


sekarang aku masih termimpi2 satay tu lagi. sedapnya. nyum2. sapa2 yang dok berdekatan dengan chukai tu boleh la pegi cari satay ni kat gerai2 dengan tnb tuu.peh. rasa la. nikmat sungguh. aku tak amik gambar satay semalam. sebab ramai orang kat kedai. malu la.hik3

satay kat tempat korang berapa sen secucuk? gemok ke kurus? bila nak belanja aku makan satay? jawab kesemua soalan. huahua

3 comments:

Aizam said...

lame gile aku xmkn satey.. T__T

Cik Embun said...

fatin... nak sikit.... sedapnyaaaa

NOOR FATIN said...

aizam: meh sini meh. eheheh

cik embun: nganga cepat. keh3

ARTIKEL RAKAN BLOGGER