Tuesday, January 4, 2011

ZAMAN SEKOLAH PALING INDAH RUPANYA~

salam

budak2 sekolah pun dah masuk sekolah. budak2 U pun dah selamat pulang ke kampus masing2. aku? masih di rumah. keh3. belajar dah abis, cuma nak pergi buat clearance je nanti. tapi tak tau bila sebab tak tau bila nak balik kulim..hee

saja aku imbas2 balik album lama2, banyak la jumpa gambar2 masa sekolah dulu. oh indahnya zaman dulu. rindunya pada kawan2. alhamdulillah dapat jumpa balik ramai kawan masa sekolah rendah dengan bantuan facebook. hik3. sampai terjadinya reunion. dan segala2nya la. hehe dulu masa sekolah tak pernah pun plan nak dapat jumpa diorang balik. tak sangka kan..

ada budak2 sekolah darjah 1, menangis2.ada yang seronok, ada yang diam je tak nak cakap apa, ada yang nakal gila. haha aku dulu2, masa darjah 1, pemalu weh. sampai sekarang pemalu lagi. haha mama aku kata dulu2 aku suka sorok tangan bawah meja. sebab xnak jawab apa2 soalan. keh3. aku ingat kawan2 aku masa darjah 1, sofiena, farhanah, safiah, aziemah. dan ramai laa. aku dah lost contact dengan diorang sampai la sekarang. cuma ingat nama aja. hehe

jom2 tengok gambar2 aku masa sekolah. yang sempat aku snap2 guna kamera aku. bukan scan ok. rumah xde printer, haha so kalau kualiti gambar tidak menyenangkan, harap maaf ye. yang putih2 tu flash okay. hik3


1995. tadika kemas simpang tiga keladi, kulim. masa ni convocation. keh3 ni jubah konvo aku pakai buat kali pertama. lepas ni diploma pulak. hik3



masa ni hari sukan. kitorang terlibat dalam aerobik. hehe best. tak ingat dah lagu apa ntah. aku yang ketiga dari kiri


aidi, aku, hazim. masa sekolah. rasanya diorang darjah 4, aku darjah 6. hehe adik2 angkat dulu nih. aidi dah lost contact. hazim dapat contact balik, dia kat oversea sekarang. belajar kat sana.


gambar ni masa ikut rombongan sekolah pegi perlis. haha ni kat taman ular kot. err. lupa2



ni faridah hanis. kawan aku dari kecik2. last aku jumpa dia masa sem berapa ntah. kat stesen bas. dengar kata dia kat ukm sekarang. dah lost contact. dia pun tak de facebook.wuwuw


ni kat depan surau sekolah..:)


ni masa jamuan kelas 6 nilam. masa ni aku bawak kamera. so banyak la gambar aku amik. kah3. gambar ni macam candid la sebab tak bersedia lagi. hehe


ni adik angkat aku dulu, namanya fikri. baju tu aku yang kasi. haha sayang gila kat dia. adik angkat kan. tapi lepas upsr je, dah tak dapat cari dia sampai la sekarang. tak ingat la nama penuh dia. teringin nak cari dia balik.



dengan adila. dia pustakawan dulu. dia sambung degree kat UNIKL MESTECH kot. hehe rapat sampai la sekarang.


bila aku upload ja gambar2 ni kat facebook, masing2 pakat gelak bila tengok gambar2 lama. dulu kalau pakai tudung macam tu, semua rasa paling cun la kan. kah3!! lawak pulak aku tengook. apa2 pun aku pengawas dulu. dari darjah 4 sampai la 6. cuma tak jadi exco pengawas sebab degil. hahaha


sekolah menengah pulak. sekolah menengah aku ada tiga! pindah merata2 lagi kan. hehe form1 aku sekolah kat smk st patrick kulim, lepas tu tak sampai abis form1, aku sekolah kat sg petani. smk bandar sg petani. sampai la masuk form2, sebulan sekolah kat situ, pastu pindah KL pulak. sekolah kat smk taman setiawangsa KL, sampai la abis SPM.



dalam bilik aku. ada poster new boyz. wow. aku dari darjah 5 minat new boyz okay. sampai la sekarang. cuma dah xda la poster kat almari. sticker2 still ada lagi. haha



ni dgn kawan baik aku masa sekolah kat smk st patrick. nama dia nurasyla bt rusli. aku betol2 rindu kat dia, mana la dia kan. sampai skrg search kat facebook tak jumpa. ni je la gambar kenangan kami. pastu dia pindah kat selama kedah, aku pindah kat sg petani. terus lost contact. tengok tudung kembang kat kepala. pasal apa? letak plastik tuu. tak nak bagi kemek. trend masa tu, HAHAH


ni kat depan umah masa kat kl, masa ni form2


gambar kelas form2, kelas 2 amanah.



gambar kelas form 3, 3 cekap. saat paling2 manis. masa ni la. hee



gambar masa form4


hari graduasi masa form5. hehe


dengan budak2 kelas. kelas 5 dinamik, smk taman setiawangsa.


banyak gambar masa ni. aku amik sikit2 aje k :)


jamuan kelas masa form5 kat ampang park kot. makan kfc. tu cikgu kelas kami. hehe


dengan ira farhana. best fren masa sekolah menengah. bakal cikgu ni. hehe


dan bila aku tengok gambar2 ni, buat aku rasa nak sekolah balik. dulu ingatkan masa sekolah la paling teruk, rupanya zaman sekolah la kenangan manis dalam hidup. aku percaya semua akan rasa macam tu kan. hehehe aku selalu usik alisya, suruh dia ingat nama kawan2 sekarang, nanti 10 tahun akan datang, cari diorang kat facebook. kah3


komen anda pasal gambar2 di atas??

11 comments:

platipus said...

fuyoo..pengawas..wewiit

merahitujambu said...

rindunyaa zaman sekolah..sgt2 merindui!!

noa said...

yup

zaman sekolah zaman yg paling terbest sekali

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

lor kt setiawangsa ke..
ak f4 f5 kt ert setapak je kot..
xde la jauh pn..

PrINCeSz YaNa said...

ekekekke kene ingat nama kawan nk cr kat fb ekekekkeke lawak la fatin nie...

tapi betul zaman skolah la paling best sebab xder masalah yg kite kene pikir...

Hanim Mahali said...

teringat zaman zaman sekolah dulu bila tengok gambar ni...

Unknown said...

bestnye ade pic lame2....huhuhu

Unknown said...

minat new boyz ea? mcm adek wan jugek..haha.... penah jmpe dan berslm tgn dgn tomok x?heheheh...wan penah..ngeee

Atika Natasha said...

eh fatin d0k kulim kedah ke?kal0 kulim kedah dekat jela ngn umah ika ha..
btw,nmpak inn0cent jek muka msa sek..hehe

Noor Fatin said...

platipus: pengawas paling degil. hahaa

merahitujambu: tau xpeee! rindu!!

nora: rasa nak balik ke sekolah balik. heee

cik epal: skrg lagi comel! wakakakak

fadh: teknik? dekat je la..huu

yana: hahaha tau xpe! fb la bleh buat jmpa kawan2 lama balik..keh3!

hanim: wuu. rindu betol zaman sekolah

kurekurekecik: penah! haha penah bersalam jgk. 3x dah jumpa dia.. heeee

atika: yup. asal sana. hehe skrg kat ganu. kulim kat mana?

Nurul Iman said...

waaa....windu saat2 ni,...kte xde pic ni...waaaaa...

ARTIKEL RAKAN BLOGGER