Thursday, January 6, 2011

AMARAN HUJAN LEBAT TELAH DIKELUARKAN OLEH JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

salam

aku bangun pagi2, aku tengok hujan punya la lebat. alahai. sejuk gila. macam mana la nak bangun awal ni, asyik tarik selimut ja sebab sejuk. hehe. tu la penangan ketika hujan. hoho dari semalam rupanya hujan turun tanpa henti..

tadi aku bukak laman web jabatan meteorologi malaysia. saja nak tengok berita dalam tu. 1st time bukak. entah kenapa teringin nak bukak. hehe

jabatan meteorologi malaysia dah keluarkan kenyataan. sebenarnya panjang kenyataan tu, aku amik yang atas aje.


ni laman web utama jabatan meteorologi malaysia.

ni ramalan bagi daerah kemaman. ramalan cuaca selama 7 hari. semuanya menunjukkan cuaca hujan :(



hujan makin lebat selebatnya sehingga post ini ditulis. huhu kat bawah blok aku tu dah naik air dah. hujan tak penah lagi la masuk sampai dalam umah sebab umah aku atas bukit. tapi bila bawah tu dah banjir, jadi terputus hubungan la sebab kereta langsung tak boleh redah melainkan jip polis ja. huhu

bagi daerah2 lain dan negeri2 lain termasuk sabah dan sarawak, sila check ramalan kaji cuaca di tempat anda.


samalah2 kita jaga diri masing2 dan anak masing2 agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku..:)

1 comment:

platipus said...

jom kuak lentang dlm banjir

ARTIKEL RAKAN BLOGGER