Tuesday, January 18, 2011

CINTA DAN KHASIAT IKAN KELI~

salam

morning!!! lagi 25minit sebelum tengahari. keh3 sempat update blog sat. pening gak tak de idea. hehe tapi tetiba dapat idea dah. hihi

cerita pasal ikan keli, korang suka makan? ke tak suka?



surat khabar ni sepupu aku yang design, abg masran. hehe dia letak cinta keropok leko. waaaa. padahal bukan..




aku boleh klasifikasikan cinta kami sebagai cinta ikan keli. kenapa? haha sebab dulu masa mula2 bercinta, kitorang suka sangat2 makan ikan keli!! suka sangat2. hahah padahal masa tu aku kat terengganu, dia kat arau. mak aku pulak rajin masak ikan keli. dia pun rajin makan ikan keli yang dia beli kat cafe. hehe boleh kata dua2 selalu sangat makan ikan keli.

aku terpikat dengan ikan keli ni masa aku dok asrama kat msi. sebelum ni, aku tak penah makan pun. kah3 ntah macam mana , termakan kat msi lepas tu terjatuh cinta dan hari-hari aku mesti makan ikan keli. auwww~ ayam terus ku lupakan walaupun dulu cinta aku hanya untuk ayam. haha

dan aku tak sangka aku dapat pasangan pun yang suka makan ikan keli. memang kena la kan. huahua err. tapi nak goreng ikan keli tu yang aku tak sanggup. macam goreng bom!! arghh. aku tak penah goreng sendiri la, aku tengok mak aku goreng pun jadi la. wuuu. takot. macam masak bom!

nak tahu apa khasiat ikan keli?

-protein yang tinggi!!
- kaya dengan asid lemak omega-3 yang membawa banyak kelebihan dalam tubuh manusia antaranya:

*meningkatkan sistem penglihatan
*meningkatkan sistem saraf
*memulihkan radang
*mengurangkan kadar bengkak pada sendi
*mengurangkan risiko sakit jantung
*baik untuk perkembangan otak kanak-kanak.



masakan mak!! sambal ikan keli. aum~


so kepada sesiapa yang tak makan ikan keli, anda boleh mencubanya! sebab dijamin sedap! dan insyallah banyak khasiatnya!



13 comments:

man yusoef said...

dulu ada bela ikan keli kat kg..haha..nak makan, tangkap je..sonang..huhu

faizah yaakub said...

ikan keli..sangat sedappp

aleen aiden said...

ha3,mcm comel je cinta ikan keli. ;)

nora said...

CINTA IKAN KELI

best je bunyi, si dia tau tak cinta korang ni cinta ikan keli

zacky ~786~ said...

cinta ikan keli ?? hahahaa.,.` klakar jerr..

btw : sy suke mkn ikan keli.. hehe

DuniakuAbstrak said...

feveret nih

tapi suka yang mak masak je La

orang Lain masak kureng la

F~CiCAk said...

seminggu 4 kali mkn ikan keli. haha

merahitujambu said...

sy pon suka ikan keli..jst makan ikan keli yg nenek bela je..ehehhe..umah nenek siap ada 3 kolam ikan keli...hehe

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..sy folo blog ini...saya suka ikan keli..masak lemak sedap betul huhuhuh

chiLleD...!! said...

sy pon slalu mkn ikn keli..tp mkn kt kedai..kt umah xpnh lak..mak xska..hehe

maCy said...

keh. cinta sambal tumis. kui3

platipus said...

esok dah kawen, makan ikan keli je laaa

KELI OH KELI said...

wow..ada cinta ikan keli di sini...jomlah tgk blog ikan keli pulak..macam2 cerita keli ada di sini.. ")

err...mungkin satu hari saya akan masukkan cerita kamu dalam blog saya..boleh x?

ARTIKEL RAKAN BLOGGER