Friday, July 23, 2010

SEM7 DAH BERMULA~

salam~

lamanya tak tulis blog... haha rindu giler dgn blog. laptop ni la, buat perangai. hantar kedai seminggu pun tak boleh nak repair. cina tu suruh antar kat kilang compaq. kat mana ntah. masalahnya sebab bila panas, terpadam. tu je~ yang lain2 ok je. hehe aku tak antar pun. lega sebab laptop aku dah xpadam selalu. kadang2 je la. sangat jarang. tak panas sangat pun. tak macam dok kemaman dulu..heee~

ok. sem7 dah bermula. aisey. super senior ni weyh! :)) orang lain sampai sem6 je, aku dah terlajak ke sem7. nak buat macam mana. sayang nak tinggalkan msi.wakakaka! jangan tanya kenapa aku ada sampai sem7. paham2 la ye. sem ni aku amik 19 kredit. banyak x? jadual pun agak2 padat. setiap hari ada kelas. yang best sebab xde langsung kelas malam dan ari jumaat, kelas pagi je. petang xde kelasss.. yeay!!! hahaha.. tu je yang best pun.. fyp? err.. mungkin 3org je kot yang tinggal dari 5 org. nak buat macam na. huhu terima lah hakikat ini..

insyallah, aku harap sgt sem ni last sem utk aku di sini. tak nak extend lagi.wuwuwuw.. tak sanggup dah. segalanya mahal. adess. aku xnak gagal lagi. xnak2. wuwuw~ amin..wish me luck k!

mama dan abah dah balik kemaman. on the way dah sekarang. sedih je kan? semalam aku pegi klinik. amik ubat, aku gastrik semalam. pegi kelas QCI pun kejap je. ni dah ok la sikit. huhu rindunya kat mama dgn abah. raya kot baru dapat jumpa diorang.tu pun bukan hari raya pertama. mungkin lewat..:(( sedihnya. rindu nak makan masakan mama..

bagi aku, masakan mama aku lebih sedap dari masakan dr orang lain..keh3!
*pic ni abah snap masa sem lepas, send kat aku*


kek! yeah~ mama beli aku kek. sempena bsday aku hari tu. lambat sikit. tapi kek sedap. haha dah berambut pendek. dulu rambut dah panjang paras pinggang. tak sanggup nak jaga. penat. haha tembam skrg sebab dok kat rumah. hee



ni puteri kesayangan aku. nama dia alisya. mama mengasuh dia dari dia umo 2bulan. sampai umo 3tahun.pastu dah pindah KL. skrg umo dia dah 11 tahun. dah jadi anak dara pun. dah besar pun. nak sama tinggi dengan aku dah. hehehe syg dia sangat2. hari tu hadiahkan dia tabung sempena besday dia~ aku nak dia jadi pengapit aku masa aku kawin nanti..hahaha


setakat ni, semuanya bahagia di sini. dah makin dekat dgn ~ dah selalu jumpa. hari2 weyh! :)) bertambah2 sayang la sejak2 dah dok dekat ini.. heeee...:P



byee!

Saturday, July 17, 2010

MAAF TAK BOLEH NAK BLOGWALKING BUAT SEMENTARA WAKTU

maaf..
laptop baru nak antar kedai
nak format lain
sekarang dah busy dengan semester baru
dapat bilik baru,
rumate2 baru
blok je lama.. hehe


insyallah,
saya akan cover balik nanti
skrg nak settle kan semua2 dulu~
heeee

alhamdulillah
sem ni rasa senang sikit
sebab apa yang ditunggu dah dapat~
amin.. lega sikit

takecare semua!
wish me luck k!

baru tgk nuffnang!
saya dapat metered earningggggggg! yeay~~
buffered ada satu je
tapi ok la kan.. hik2~ :)

:)

Tuesday, July 13, 2010

2JAM SEBELUM MELANGKAH KE TARIKH 14 JULAI~

salam!

adess..dua hari tak on9. bagai 2tahun. haha macam2 jadi kat aku bila aku xon9..aiyark. haha traffic nuffnang xpayah nak cite la kan. jatuh menjunam macam dari bulan jatuh ke bumi. ahaks.

laptop masih rosak. dah 2hari on xbleh, tapi xtau la kenapa sekarang boleh bukak pulak. haha sempat la aku nak update sikit2 ni..heeee

malam sebelum laptop aku padam, aku tido dgn mama dan abah, kenapa? time tu aku gayut dengan . tgh syok2 sembang, tetiba bunyi krekkk. adeh. aku bangun. tengok xde apa, aku ingat abah aku bangun nak minum air ke. aku baring balik. pastu bunyi lagi kuat. aiyarkk! aku stop call . terus kol mama. mama dtg bilik, bunyi lagi. kat tingkap. wuuu~ serius, bunyi orang dok cuba nak masuk melalui tingkap bilik aku. waaa!! aku terus lari tido dgn diorang. tido bawah ler. esoknya, mama aku tengok tingkap dah renggang sikit.. wuuu~

malam piala dunia tu, yang spain jadi juara tu,, haha aku tido lagi dgn mama aku. abah keja malam. heee. tak de la takot sgt..semalam aku try tido sorang, bunyi lagi, mama tido dengan aku lagi..weee. lagi brapa hari je aku kat sini. kenapalah macam2 terjadii...waaa~ aku risau sebab kat sini kes pecah rumah memang banyak. aku kalau benda2 halus tu aku boleh tahan lagi, dulu masa kat KL pun selalu jadi, tapi xde la sampai aku ajak mama tido sekali..wuuu~~ malam ni tak tau cam na,

aku sakit gigi ni, gigi bongsu nak tumbuh kot, bengkak dah pipi. nak makan pun macam telan duri. adesssss.... besar2 pun mau tumbuh gigi lagi ka?

16julai, insyallah, aku akan jumpa dengan.  kata nak belanja pizza sebab belanda kalah. nasib baik spain menang. hahahaha! tak sabar2, dah 2bulan tak jumpa.

maaf pada kawan2 kat blog ni, aku dah tak blogwalking sebab keadaan laptop tak mengizinkan. nanti balik kulim baru nak format, insyallah, aku akan cover balik semua blog yang aku tak blogwalking. hehe thanx pada semua :)

lagi 2jam nak masuk 14 julai. semoga hari ni hari yang terindah buatku..

salam~

Saturday, July 10, 2010

NURI PILIH BELANDA, PAUL PILIH SEPANYOL~

salam

tengok tv x semalam? buletin utama. aku sempat tengok. aku tertarik nak bercerita pasal ni. muncul pulak burung nuri. kaler hijau. comel. hehee


Namanya, ‘Mani Si Nuri’, seekor burung nuri yang menetas di Malaysia dan kini dipelihara di Singapura, mula menjadi sebutan apabila meneka tepat Belanda menewaskan Brazil pada perlawanan peringkat suku akhir.

Semalam Mani dikatakan meramalkan Belanda bakal menjadi juara dalam edisi Piala Dunia 2010.

‘Mani Si Nuri’ adalah sebagai pembantu tukang tilik kepada seorang tukang tilik dikenali sebagai Muniyappan di Singapura.

Haiwan kecil ini bersama tuannya mencari rezeki di Jalan Serangoon, Little India di Singapura dan pada musim Piala Dunia, kedua-duanya ‘tumpang sekaki’ membuat ramalan keputusan perlawanan Piala Dunia dengan menggunakan daun pakau.


aiyook. mari kita lihat apa sotong ni pilih..


Paul menjadi primadona Piala Dunia kebelakangan ini setelah semua tembakannya untuk pertandingan Jerman benar, termasuk ketika memprediksi Der Panzer bakal ditumbangkan Sepanyol di semifinal.

Paul akhirnya "diminta" membuat pilihan: Sepanyol atau Belanda.

Pada proses "ramalan" yang disiarkan oleh stesen television Jerman dari akuarium di Sea Life kota Oberhausen, makhluk laut itu dengan mantap memilih "Matador".

"Sangat cepat. Tampak jelas bahawa kemenangan adalah untuk Sepanyol," ungkap juru bicara "rumah" Paul.

Cepatnya Paul memilih Spanyol. Hanya sekitar tiga minit! Padahal untuk beberapa pertandingan ia memerlukan waktu "berpikir" sampai 70 minit! hebatkan?

Paul juga dilaporkan membuat ramalan bagi menentukan tempat ketiga Piala Dunia antara Jerman dan Uruguay awal pagi esok dan pilihannya ialah Jerman.

sumber: berita harian online :)

aku pilih SEPANYOL!!!!!

TAG DARI VIVA SAKURA

salam!

tag! yeay~ dapat tag! sebab tak mau jadikan hutang tag, aku nak selesaikan sekarang.. heee dari VIVA SAKURA. nak kenal, klik la VIVA SAKURA.

1. Apakah yang anda akan buat bila anda tahu kawan anda tikam belakang anda?
-apa yg aku boleh buat? berdoa agar dia berubah dan insaf, selebihnya biarkan Allah yang uruskan semua tu. aku sebagai manusia tiada hak nak balas balik.. :)
2. 6 orang dihati anda?
-abah,mama,  alisya, kak ika dan fiza. cukup tak? hee
3. Anda rasa anda comel?
-semestinya tak! haahha
4. Single or taken?
-taken by puyol. eh bukan2,. haha dengan 
5. Blog yang anda suka?
-blog yang happening, yang kelakar, yang best2, yang menarik hati aku utk membaca lagi. hahha


6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
-hari2? tak la. haha sebab xde orang nak sepah kan. aku je dok guling2 atas tu~ wee
7. Lagu terakhir yang anda dengar?
-pasrah-erra fazira. berderai air mata weyh. haha
8. Last text message?
-dan abil. mesej diorang serentak. haha
9. Last phone call?
-
10. Hari terakhir anda menangis?
-malam tadi

11. Senaraikan LIMA warna kegemaran anda?
-pink. hijau muda, biru muda, hitam dan ungu
12. Orang yang terakhir anda ber YM?
-lama gila tak bukak ym. haha rasanya last sekali syaira :))

13. Game yang paling anda suka?
-pacxon. hahaha, best! lawan dgn abah
14. Adakah anda peminat MCR?
-minat lagu diorang
15. Apa perasaan anda jawab tag ni?
-best!
16. Anda rasa tag ni best?
-best jugak
17. Tag 10 rakan anda..(sape2 nak mengtag diri sendiri pun boleh)
-
-syaira
-nana miko
-mat din
-alessandro
-krole
-ana mardia
-fatyhah baharudin
-eika syaza
-ustaz love

(sapa2 yang perasan nama anda di sini, sila jawab okay!) haha :))

thanx viva sakura!

Friday, July 9, 2010

EQURLZ GIVEAWAY~

salam

tertarik pulak nak join giveaway ni,. heheh dari equrlz..



syarat2nya :

1)Mempunyai blog
2)Menjadi follower blog eqa
3)Membuat 1 entri di blog anda mengenai giveaway ni(berserta gambar di atas & link ke blog eqa)
4)Tinggalkan URL entri tersebut di ruangan komen entri ini.
5)Tarikh tutup penyertaan pada 19 Julai 2010.

senang je kan? hehhee
jom2 join!! ada masa lagi ni.. hehehe

KLIK SINI UTK JOIN


thanx eqa!!! :)

SAYANG NUFFNANG!!! :D

salam

hye hye hye!! sila abaikan post yang semalam.

aku sangat2 gembiraaa..  baru call. yeay~ heee selain tu, gembira sebab dapat buffered earnings! dua pulak tu.. dari celcom dan snickers! waaa,, sangat teruja sebab first timeee! hehehe


nampak x? klik utk besarkan..kui2~ maaf terpaksa hitamkan. malu la :P


keyword pada minggu lepas, nampak tak? cam xnampak je. meh aku senaraikan

-pencipta kasut crocs
-cara lilit shawl
-kontest gambar lullaby
-keluarga achik spin
-ustazlove
-gambar candid atie
-kecewa ila damia terkeluar
-ku berlari ke pantai lalu ke hutan
-lydia juju bohsia
-ustaz love

kesimpulannya
-memang ada post tentang kasut crocs kat blog ni. hehe
-shawl? ada jugak cite pasal shawl tapi bukan cara lilit shawl. cite yang aku beli shawl je. hakhak
-kontest tu memang aku ada masuk..wee
-ustazlove salah seorang blogger.
-atie? aku ada kawan sorg je aku panggil atie. orang yang search ni cari atie lain kot..
-ila damia, ada post jugak
-puisi rangga kan? hahaha aku penah buat dulu2, masa mula2 buat blog..weee
-lydia tu anak aku dalam baby adopter. juju tu kawan aku. bohsia tu ntah la, xpenah pulak aku buat post pasal bohsia
-ustaz love lagi? ramai betol cari ustaz love..keh2

keyword pada minggu ni

-idola kecil piala dunia
-logo crocs bermasalah
-fatinlove
-gambar keluarga azzam
-link blog aku
-link blog aku jugak
-mentor 4
-link green contest
-achik spin
-azzam dan fienaz

kesimpulannya:
-idola kecil. yeah~ sejak2 aku tulis post pasal idola kecil dlu, ramai view blog aku. dulu2 ramai yang dok chat tanya pasal azzam. mungkin diorang ingat ni blog azzam kot. hakhak sampai skrg masih lagi jadi tumpuan pasal azzam. heeee

esok genap sebulan aku join nuffnang! hehehehe start 10jun 2010. earning yang aku dapat ada la sikit. tak leh cash out lagi. tak lama lagi kot :P. dan aku seronok sebab status gliterati aku tak hilang. yeay~ dulu2 penah ilang gara2 curang :))

apa2 pun aku seronok sgt join nuffnang! dapat duit, dapat kawan ramai, dapat tukar2 pendapat. best sangat2!! heheehe thanx nuffnang!! sayang kau! haha


psst..lagila aku bermurah hati nak klik nuffnang semua orang..ahaks

Thursday, July 8, 2010

AKU LA MANUSIA PALING BAHAGIA BILA SPAIN MENANG! HAHA

salam.

semalam ada cite titanic. sekali lagi meleleh air mata. rasa sangat kehilangan jack. padahal dalam tv je pun.huahua asal tengok je mesti nangis, tak boleh buat apa dah. haha sebak giler kan. padahal cite tu dah lama dahhh. haha rasanya masa aku umo 9 atau 10 tahun. skrg aku dah 21 tahun weyhh.. minggu depan je :P

aku tak tengok pun bola semalam. pagi2 buta, aku tanya mama, sapa menang? mama kata ntah, xtau pun, pastu dia bukak chat kat 8tv, ada sorang tu tuliss, *german kalah german kalah*. adess.. mama aku kata german kalah daa,, abis sapa menang?

SPAIN LAAAA!!

aku semacam tak percaya. haha aku msj hairi syazwan. dia cakap spain menang 1-0. yeayy~ aku msj , penyokong german mana ni? tido lagi ke? hakhakhak.  balas =D

bukan apa, semua org kata german kan? aku tak berani la kan nak kata yang spain akan menang.. dulu masa portugal dengan brazil kalah, aku kena booo~ cehh.. sabar je la. haha tapi aku minat spain lagi la. paling minat la. portugal sebab ada ronaldo je..kui3

ni aku tempah khas dari facebook. huahua

GOOD LUCK SPAINNN!!

akhirnya sampai ke final~ yeayy!!

peyokong kuat germany woo :P

Wednesday, July 7, 2010

DOA UNTUK SAHABAT SEJATI.

salam

formspring aku, ada 1 soalan yang bertanyakan sapa BFF aku, aka best friend forever aku. dan sila listkan. heee~ dan setelah aku menjalani kehidupan selama 3 tahun di msi, dalam banyak2 kawan aku jumpa, dua org je yang boleh dikategorikan sebagai BFF.

1st: kak ika atau namanya syahidah atikah
2nd: shafizahanim atau fiza

kenapa aku anggap mereka BFF aku?
1st, masa aku susah diorang tlg aku. bila aku xdapat loan. xde duit, mereka tlg aku. bila kita susah, baru kita akan dapat kenal yang mana kawan2 sejati kan?
2n. mereka memahami aku. paham aku. xpenah paksa atau desak. contohnya kalau diorang ajak keluar tgk wayang ke, makan pizza ke, aku kata xde duit. diorang paham. sesetengah org tak paham. kata aku bagi alasan la apa la. diorang dok jauh. cakap besar boleh la kan? haha
3rd.bila aku nangis, aku kecewa, diorang tak penah meninggalkan aku keseorangan. begitu jugak diorang. kami sama2 aku pujuk bila salah sorg kami ada masalah.
4th.fiza dan kak ika tau aku takot macam2. haha dan diorang tak penah nak takotkan2 aku balikkk.. xpenah.
5th. 3tahun kenal, aku dah bukak mata aku besar2 dan aku lihat diorang yg paling layak dalam tempat sebagai BFF di hati aku..

terlalu banyak kenangan indah yang aku dah pahatkan dalam hati. kenangan pahit kami buang jauh2. alhamdulillah, diorang banyak ajar aku erti kehidupan di asrama.

dan aku start pakai broadband pun masa sem2. april 2008. aku kenal diorang julai 2007. sapa paling lama?

aku syg diorang sgt2, fiza dah kerja kat subang. kak ika sekarang tgh praktikal kat batu pahat. aku? masih di msi. hahaha dah jauh semuanya. tapi aku harap ikatan ni takkan putus sampai bila2. aku ingat lagi, bergenang mata aku bila kak ika nak balik johor malam tu. sedih sgt2. aku syg dia sgt2. aku dah anggap dia mcm kakak aku sendiri. fiza pun sama. banyak sgt kenangan manis kami berdua. tido sekatil, makan sama2, kalau nak gi toilet, mesti berteman. macam2 la. ah! indah sungguh kenangan lalu~~~

dan sampai mati pun aku xkan lupa jasa2 diorang dalam hidup aku. dan yang paling penting. diorang suka aku kawan dengan ! yeay! semua dah penah jumpa dgn.weeee.. dan tak lupa jugak bila fiza ajar aku macam na cara2 sopan bila ada kat umah  nanti. haha

jom lihat gambar kami!
sem 3


sem4
sem4
sem6
sem6

sem 6

doa untuk sahabat sejati

Ya Allah, hambaMu ini bukan siapa-siapa,
tak bererti apa-apa, bahkan tak tahu malu kerana terlalu banyak meminta padahal sering alfa. Namun, hanya padaMu hamba panjatkan do'a.
Ya Rabbi, kabulkanlah do'a hamba..

Duhai Yang Maha Kuasa,
Hamba teringat seorang sahabat, ia ada nun jauh di sana,
jagalah sahabat hamba, lindungi ia dari segala alfa dan dosa,
Kuatkan ia dalam mengarungi lika-liku kehidupan,
Jaga ia dalam kesabaran dan kemudahan menjalankan setiap tentangan dan ujian,

Ya Allah jagalah kecantikannya agar ia lebih mulia dari bidadari surga,
tetapkan ia dalam husnul khatimah..

Aamiin Ya Rabbal 'aalamiin


Tuesday, July 6, 2010

IKAN KELI!!

salam

post semalam yang berkenaan dengan award tu, aku xdapat jugak publishkan. so aku peram je la dalam draft. hak3. nak buat cam ne. redha je la. yang penting aku dah buat, cuma tak boleh nak publish ja~ weeeee

arini aku makan... nyum3!! makan ikan keli!! sedap tuuuuuuuuuuuuuu!! sapa masak? of coz la mama aku. aku nak masak??? kalau time mama goreng ikan keli, aku dah lari. hahaha meletop2 macam goreng bom pun ada. haha alahai~


ikan keli di dalam kuali. nyum2


setelah dihidangkan..



pastuuu.. terussss



NGAAAPPPP!!

dan sekarang kenyang sudaahhh~~


ikan keli oh ikan keli.

sedap sangat2~ weee.. mama beli sekilo. ada 6 ekor. rm6. kalau kat tempat korang, brapa ringgit?

Monday, July 5, 2010

BUNTU!


salam.

aku buntu ni. tadi aku siapkan post pasal award. bila publish je, kuar benda alah tu. tengok kat atas. yang warna merah tu. kenapa ek? lepas tu bila aku tick kat kotak tu, bila aku view blog aku, yang ada hanya post aku pasal award ja. mana post2 yang lain? aku dah check setting. aku memang setting 7 post utk satu page di blog. tapi tak da. ada satu post ja. post award tu

tak best la kan. adess. aku save as draft balik la post tu. lepas tu aku view balik, ada balik post2 yang lain. asal letak yang post pasal award tu je, xde keluar pun post2 yang lain~

kenapa ek? ada sapa2 tau tak?? ke aku kena buat post baru pasal award? atau sebab aku ada post yang belum dipublish? aku ada buat post untk masuk contest kisah cintaku. cuma tak publish lagi. lagipun tak siap lagi~~

tolonggggggggggg.. kerjasama anda amat dihargai +__+

Sunday, July 4, 2010

CONTEST HITAM ITU MENAWAN~

salam..

contest lagi!! kali ni dari MISS YANI ABDULLAH. hehe contest hitam itu menawan.


ni banner contest blog beliau~

syarat2nya:

  1. menjadi follower missyaniabdullah..
  2. gamba mesti hitam putih..korang edit la jadi hitam putih
  3. gamba bebas janji hitam putih..
  4. buat entry khas dalam blog korang kenapa korang suka pic itu dan linkkan kepada belog missyaniabdullah
  5. kena letakkan banner contes di side bar belog korang...and mesti linkan pada belog missyaniabdullah
  6. sila tinggalkan link korang di bawah contes ini..senang nak usha
  7. tag kan kepada 5 rakan blogger yg lain
  8. contes bermula pada 1hb Julai 2010 - 31 Julai 2010..keputusan akan diberitahu seminggu dr tarikh tutup.
  9. hadiah menanti anda : 1st place - album gamba 2nd place -coklat

mudah kan?? sebabkan nanti aku nak balik asrama dah, aku join contest ni awal2. hehe



ni gambar yg pertaruhkan. hitam putih x? hak3 sy suka gambar ni sangat2. sebab nampak semua ceria. saya, puteri dan shafiza.gambar ni dirakamkan masa kelas kitorang buat BBQ untk majlis perpisahan MDD6A.gambar tu spontan sebab saya nak amik gambar dgn puteri je tapi shafiza mencelah, nampak macam saya tolak dia kan? haha akhirnya jadilah pic ni~ heee kdg2 nampak saya peluk puteri pun ada...hihi

TAG

Ana Mardia
Fatyhah Baharudin
Nana Usagi
Farysa




thanx cik yani~!

sapa2 yg nak join, boleh click MISS YANI

salam!

SIAPA JUARA MENTOR 4?

salam~


kecewa sebab argentina dan brazil kalah. haha tapi suka sebab spain menang,. pasukan pujaan aku tetap di hati. yeay~~ hehhee jgn sapa2 kutuk spain, aku kutuk dalam bahasa spanish kang! haha

malam ni final mentor 4, setelah aku kecewa shaq, ayim dan ila tersingkir, aku tabah jugak utk menonton final hari ni.ahaks. apa ni... semua yg aku suka semua terkeluar. adessss. yang paling terasa bila ila terkeluar la~ aiyark.. aku harap malam ni ila dapat masuk balik. haha.


ADI, NANI, MOHD.

Mereka ini akan menyanyikan dua buah lagu solo serta lagu duet bersama artis undangan masing2.

Peserta yang layak ke final kali ini ialah Adi Hamiz Johar (Adi), Nurhadzwani Salleh (Nani) dan Mohd Izwan Mohd Nor (Mohd).

Adi diberikan lagu yang dihasilkan oleh Omar K, Mohd. mendapat lagu ciptaan Wandi manakala Nani pula akan menyanyikan lagu ciptaan mentornya sendiri iaitu Azmeer.

aku sokong sapa?? errr NANI!! hehehehe mintak2 la xkalah lagi malam ni.. wuuu~

sama2 kita saksikan malam ni pukul 9 malam di tv3~
gudluck semuaaa!

Saturday, July 3, 2010

CONTEST NAME NOTE FOR CIK GABAN

salam...

contest lagiii!! kali ni dari CIK GABAN. heheh


ni banner contest beliau~

syaratnya adalah :


1. terbuka kepada semua yang ada blog / web sahaja.

2. bkn follower pom buleh join. tapi sila beri nama glemer & jantina ye!

3. snap pitcha yang mempunyai name note "cik gaban"

4. pastu editla pitcha anda tuh dengan meletakkan url blog / web anda.

5. Letak banner di sidebar blog anda. coding boleh di kidnap di bawah header blog.

6. tapi saya nak slogan jugak! sila lengkapkan ayat ini :-
"mentibang haron......"

7. lastly, sila emel ke : jcvc5202@gmail.com dengan tajuk - Contest Name Note For "Cik Gaban" -.

HADIAH:

ANDA BOLEH LIHAT DI BLOG BELIAU~ SGT MENARIKKKK!!

TARIKH TUTUP:

9 JULAI 2010..
*dah xlama..mari2 join!!*



untuk cik gaban. ini untuk anda dari saya.


nampak x? heheh sori la cam xbest ja gambar. ini yang termampu. utk cik gaban.hehe~ :)


slogan:

mentibang haron adalah satu nama yang tak pernah saya dengar dan saya berharap saya akan jumpa dia satu hari nanti dan saya pasti buah hati saya lagi kacak dari dia..

hahahaha sengal!


ok done! cik gaban, saya tak antar melalui emel tau~ saya post kat blog aje.sori. langgar perintah.ahaks. semoga penyertaan saya ini diterima..weeee


kawan2, mari join!! click CIK GABAN


thanx kpd si photographer, my mama. haha

salam!

CONTEST COUPLE PALING HOT

salam :)

contest lagi~ yeay!! haahah contest couple paling hot dari cik NURUL. kitorang hot ke? auww~~ join je. mana tau ada rezeki.heeeeee



ni banner contest beliau~

syarat2nya:


  1. Terbuka untuk semua bloggers yang menjadi pengunjung laman "nurulchumel.blogspot.com"
  2. Mesti menjadi followers blog ini..
  3. Sila lah buat entri tentang tajuk contest ni..sertakan sekali foto anda and kekasih ke, tunang ke, isteri ke, suami ke, or..skandal ke..hehe..whatever la..siblings pun boleh..asalkan dlm foto tu mesti la 2 org..dah nama pun couple..mestilah 2 org kan..
  4. Foto mestilah menarik..kalau rajin, edit2 lah sket gambar tuh..i ni kan pencinta keindahan..so, haruslah anda yang join contest ni mesti wat yang terbaik..oke?
  5. Then, dah siap wat entri tuh, sila lah link kan entri anda tuh ke blog i ni.. *wajib*.. tolong letak link entri anda di bahagian comment yer..promosi kan link ni utk jadi referral yang tertinggi..
  6. Promote banner kat atas tuh pada blog anda ye..lg banyak anda bodek, lebih besar peluang anda utk menang..hehe..
  7. Hadiah??haaa... ♥ Wang Tunai RM 30 serta Special Award dari nurulchumel.blogspot.com utk Entri terbaik..(satu penyertaan shj) ♥ Wang Tunai RM 20 beserta Special Award untuk Referral tertinggi.. ♥ 5 hadiah saguhati berbentuk Award Khas dari nurulchumel.blogspot.com
  8. Hehe..setiap penyertaan hendaklah sertakan sekali no akaun Maybank atau CIMB ye..utk memudahkan urusan penyerahan hadiah..hehe..
  9. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 July 2010..jam 12 tengah malam..

so setelah puas mengedit2, haha ni hasilnyaaa..jeng jeng jeng..sori nurul. banyak gambar sy letak :P




.cewaaah.ahaks

cik nurul, boleh baca kisah kami di  *kalau rajin la..hehe*




referral saya: ana mardia


dan pada couple2 yang nak join...sila click COUPLE HOT!

ok donee!!

salam :) thanx cik nurul!

Friday, July 2, 2010

BULAN JULAI SUDAH TIBAAAA~~

salam~

arini agak moody. xtau kenapa. haha ntah la.normal kot. memanjang moody. aih~

bulan julai telah tiba. dah masuk 2hb pun. pertengahan bulan ni genap la aku 21 tahun, lepas tu 19hb dah start kelas. adess. lepas tu bermulalah kehidupan aku sebagai seorang pelajar, susah sikit la nak on9 dan blogwalking macam selalu. waaaaaa!!!

utk menenangkan hati yang duka lara,, sempena besday yang bakal menjelma, aku mahukan ini!!



pink gitu. tgk, dah 21. waaaa!!



nak ini jugak. senang nak pegi kuliah nanti. kul 7.59 pun sempat lagi nak pegi kelas kul 8pagi.

nak sebesar ini.nampaknya kena sewa lagi satu katil di hostel utk letak yang ni. tak muat letak satu katil dgn aku..huwaaaa!!
nak ini. senang nak bawak pegi jalan2 dgn  nanti. hp, dompet akan ku letak dalam poket.dalam handbag ni aku nak letak tisu je. ahaks

nak ini jugak. pink gitu.boleh pegi queensbay hari2, nak pegi cafe pun senang. hahahaha

nak yang ni jugak.install lagu banyak2 tau.

nak yang ni jugak. pastikan berkilat.
nak kek ni sampai depan umah aku kat kemaman. letak dalam kotak tau. jangan senget.



nak bunga jugak. nak 100kuntum. letak minyak wangi banyak2 sikit.



sapa boleh bagi???? call me k. nanti aku kasi alamat rumah..huahuahuaa~~




harapan semoga kasih sayang bertambah2 banyak seluas lautan2 yang ada kat dunia ni dan semoga menjadi semakin matang.ecececeh.. satu sem lagi je, pastu kerjaaaa!! pastuuuuuuuuuuu.. tettttttttttttttt.... :P

Thursday, July 1, 2010

LOOK STYLE CONTEST BY CIK NAEN

salam

ok kawan2 semua. saya masuk contest lagi. saja suka2! bukan apa, seronok pulak. cuma xde rezeki lagi nak menang. tapi xpe la, sebab join byk contest la sbb dapat banyak kawannn~ hee tu yang best2 dan boleh jugak lihat gambar yang cantik2!

saya diinvite sendiri oleh CIK NAEN, tuan punya contest ini. dan saya berminat utk join..

ni banner contest beliau. melentik kucing tu kan~ ahaks


SYARATNYA2 ADALAH :

1.nampk x banner diatas?...jgn buat2 rabun k!..hehe..copy & paste banner ni n letak kt sidebar korang sambil link kan ke entry ini...sampai kontest tamat k.
2.buat satu entry bertajuk LOok StYle conTeST by cik Naen..(anta banyak2 pom xpe)
3.jd follower n add blog ini dlm blog list utk tahu perkmbangan oke..
4.letak banner dalam entry juga k...
5. yg penting jgn lupe tinggalkan kesan anda di komen atau di kotak menjerit pom xpe..sy xkesah~....
6. dan yg kemudiannya, sila tag 3 kawan or lebih pom xpe utk join kontest ini. sy membuka penyertaan kpd semua warge pndudok alam xkesah la laki pompuan, cina india, nak buat entry bm ke bi ke suka hati uall la...
7.lg satu jgn lupe link kan dari mana km tahu contest ini oke!
PERIHAL KONTEST
senang jew..upload pic korang bersama sesuatu yg korang ase sgt STYLE bersamanye dan itulah kegemaran anda..contohnye pic bersama kereta kesaygn anda ke, bersame camera kesygn ke, pic dengan bola ke, dengan degn koleksi teddybear or whateve yg menunjukkan korang + die = connection
korang nak edit mcmmane pom sy xkesah, n nak upload poloh-poloh pic pom xpe jnji dengn benda yg same lah!..oke!
n jgn lupe cite la cikit nape korang minat sgt dgn bende alah tersebut..


TARIKH TUTUP:
30 JULAI 2010!!




ni gambar yang dipertandingkan. cik naen dah janji jangan gelak. so jangan gelak okay? hahaha







cerita tentang gambar

itu dua teddy bear kesayangan saya! yang warna kelabu tu, abah beli sejak umo saya tak sampai setahun! sekarang dah 21 tahun. hakhak berpuluh2 tahun dia bersama saya. baju dia pun dah hilang. saya syg dia sgt2! sampai xtau nak cakap la. langsung tak boleh renggang. masa sem1 pun bawak pergi hostel sebab tak boleh berpisah dengan bear tu. kitorang panggil nama dia Abbit. penah nangis sebab makcik tido berbantalkan teddy bear itu! *opps kantoi*

teddy bear yang num2 pulak, yang warna pink tu, saya beli sendiri kat bukit mertajam. dengan harga rm60. sayang sgt sebab mahal! haha mesti peluk time tido. tak boleh tido kalau xde. memang akan usung ke mana jua temasuk hostel. tak dapat bayangkan time kawin nanti macam na.


okay? haha terima kasih kepada mama sebab amik gambar ni. haha apa2 pun saya sayang teddy bear sayaaa dan tak de sapa2 pun boleh amik termasuk adik sendiri!! *kalau ada*. heee


TAG 3ORG

ana mardia
usagi nana


korang bertiga memanjang kena tag dengan aku. huahua.maaf :P

sapa2 nak join dan nak tau dengan lebih lanjut, KLIK SINI!


thanx cik naen! :)

salam

LENSA BURUK, THE CONTEST

salam

thanx pada SUE sebab tag saya utk join contest ni. saya tak punya dslr mcm ~ haha bila nak dapat pun tak tau. agak2 besday tahun ni boleh dapat x? hehehehe

contest ini dari Ti Anne Mohd Yassin,


ni banner contest beliau~

syarat2nya :

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Tidak mengira umur.

2. Hendaklah mempunyai blog sendiri bagi memudahkan Ti Anne Mohd Yassin untuk menerjah anda.

3. Perkara wajib adalah menjadi FOLLOWER Lensa Buruk. Bukan Follower tidak akan dilayan.

4. Letakkan banner di atas di side bar blog korang dan pastikan ia terlink terus ke http://annemohdyassin.blogspot.com

5. Tema bagi foto pilihan anda adalah bebas, samada mengenai Landskap ataupun Potrait.

6. Hanya satu foto sahaja layak dipertandingkan. Foto hitam putih layak dipertandingkan. Foto yang di edit secara melampau tidak akan di layan. Ini pertandingan tangkap gambo ye, bukan pertandingan graphic design. =P

7. Pastikan anda menggunakan kamera telefon bimbit di bawah 10 mega pixel dan 2 mega pixel 1.3 megapixel ke atas semata-mata bagi memudahkan penilaian. Kamera digital lain adalah dilarang sama sekali.

8. Pastikan tajuk entri anda ialah, "LENSA BURUK, THE CONTEST" . Sertakan Tajuk foto anda, Model telefon bimbit dan lengkapkan slogan di bawah foto yang anda pertandingkan mengikut format berikut :

Tajuk foto : Si Kunang-kunang Malam ( contoh)
Model Telefon Bimbit : Nokia N96 ( contoh )
Slogan : Saya suka blog Lensa Buruk kerana .......



-Kemudian Tagkan kepada 5 orang rakan anda yang berbakat-

9. Sila laporkan terus di ruangan komen entri ini, bersertakan URL entri di blog anda, sekiranya anda telah mengikuti semua langkah-langkah di atas.

10. Ti Anne akan menerjah blog anda dan akan updates kan setiap penyertaan di dalam entri ini. :) Sehinggalah tarikh tutup penyertaan pada 1 Ogos 2010. :)

HADIAH

Hadiah bagi Pemenang bertuah : RM30. 00 akan di bank in kan trus ke akaun anda. :)


ni gambar yang dipertandingkan..


Tajuk foto : Mak!! Hari nak hujan!!
Model Telefon Bimbit : Nokia 6500
Slogan : Saya suka blog Lensa Buruk kerana cantik, mudah membaca dan boleh menjadi rujukan pada para blogger yang minat bidang photografi ini.


Tag 5 Orang
Cik Chybee
Ana Mardia
Fatyhah Baharuddin
Usagi Nana



pada sapa2 yang nak join, sila click LENSA BURUK, THE CONTEST


done!

salam :)


AWARD DARI KAK IMUN DAN TAG DARI SYIRA

salam :)

thanx banyak2 pada rakan2 blogger yang sukakan entry aku yg lepas. doa kalian aku amat hargai. thanx semuaa. semoga korang semua bahagia :)

arini mungkin aku buat 4 entry. haha pulun kan? weee.. kalau sempat la, kalau x, tengok la setakat mana entry yang mampu aku buat..hik3~ entry ni tentang award dan tag! yeah~~! hutang mesti dilangsaikan..hehe


AWARD

award ni dari kak imun. nak kenal beliau? anda boleh klik KAK IMUN.


jeng jeng jeng!!
1. anda mesti memberi pujian kepada pemberi award ini.
=kak imun, thanxxx!!! hehehe 1st time saya dapat award dari kak imun. thanx sgt2 k. saya sgt2 menghargainyaaa.. :)

2.sila beri award kepada 10 blogger yang lain. (byk tuuuu)
- WAN HAZEL
-NAEN SATIAM HEROIN
-USTAZ LOVE
-BURP
-EIKASYAZA
-PENDI
-MAT DIN
-NARD NADDY
-PUPUT
-SYIRA

3.anda mesti beritahu kepada 10 blogger ini
=sudah.

4.bagaimana anda boleh digelar blog best dan great?
=saya pun xtahu. huhu mungkin sebab saya rajin masuk contest, selalu blogwalking dan selalu follow org.. tulis entry2 yang menarik kot.. hihi



TAG

tag pulak!! dari syira. nak kenal? klik SYIRA

1. adakah anda rasa anda hot?
= tak la, cold je ni. haha

2.upload wallpaper yang anda guna sekarang.


3. cerita pasal wallpaper tersebut..
=wallpaper ni dari sem3 lagi. haha aku suka upin dan ipin! yeah~

4. bila kali terakhir anda makan pizza?
=bulan 5 hari tu..wuuu

5.lagu paling latest yang anda dengar?
=ku ingin kamu, romance

6.apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
=xde buat apa2, just fokus dengan tag ni je. haha

7.selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
=fatin je laa.. xde nama glamour

8.tagged lagi 8 org

-JUNITA ADAM CHEAH
-ZAHARI
-OOPET
-NANA USAGI KECHIK
-YUHANA MIKO
-MIERA
-JUJU

9. siapakah orang no.1 kepada anda,
 insyallah

10.katakan sesuatu kepada orang num 5
=thanx bagi num fon tadi. jangan tukar2 num lagi k. haha

11.no3 hubungan dengan sapa?
=masih tak kenal kekasih zahari, dia selalu menamakan sebagai 'beliau'..

12.bagaimana dengan num 4 pulak?
=oopet? adess.. xtau la pulak dia couple dengan sapa. haha

13.pesanan kepada orang num 6.
=miera, xmau sedih2, nanti kita jumpa tau. agagaga

14.kata2 cinta utk orang num 2.
=miss u!! semoga berbahagia dengan mr F.

15.adakah num 7 dan 8 mempunyai persamaan?
=dua2 perempuan. haha

16.beri 5perkara yang anda tau tentang orang yang mengetag anda ini,
-nama dia nor syahirah bt abdul razad
-belajar kat uitm shah alam
-amik kos medicine
-suka warna pink kot.*layout warna pink*. hehe
-sebaya dengan sayaa~~


17.perasaan anda masa buat tag ini
seronok+penat+sakit perut senggugut. wuuu

18.adakah anda tau razman itu sengal?
razman mana pulak ni? haha sengal la kot.

19.gay or less
gay!! hahahaa



perhatian!! sapa2 yang telah ditag utk menerima award, jikalau anda sudah menerima award ini, sila abaikan award ini yaaaa~ dan kawan2 yang ditag di bahagian tag jugak, kalau pernah jawab, abaikan. tiada paksaan~ weeeee


done!

salam! :)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER