salam!
gaduh? apa yang anda tahu tentang gaduh? err. semua orang tak pernah terlepas dengan perkara ni. kan. termasuk la aku. tipu la kalau aku kata aku tak pernah gaduh dengan sesiapa. setakat ni kalau aku gaduh belum pernah la aku tarik rambut orang tu, penerajang sampai keluar tingkap, gantung dia kat kipas, bubuh lipan dalam spender dia. belum penah lagi la kan. p
kalau depan2, aku banyak mendiamkan diri je. buat tak tau. cerita kat mama atau kawan2 rapat. itu saja. tak bercakap. malas nak pandang. itu saja. kena2 pulak gaduh dengan budak yang memang &%$#&%, itu sekali je la aku pernah hilang sabar. itu sekali je sepanjang aku tinggal kat asrama ni. sampai sekarang aku dapat tau dia memang tak pernah berubah, makin jahat perangainya, biarlah. kalau aku maki dia pun, dia takkan berubah, biar Allah yang balas. :)
dengan sesiapa pun kita boleh bergaduh. dengan kawan2 sebilik, sekelas, dengn pasangan masing2. sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pulak suami isteri.cewahhh!! keh3 aku ada 10 tips untuk elakkan pergaduhan. ni secara umum la ye. bukan spesifik. err
1) KAWAL EMOSI- ' CHILL BRO!!'
- cuba kita kawal emosi kita sikit. cuba bertindak bijak dan jangan tunjukkan perasaan marah walau masa tu korang rasa kalau korang meletop, kalah gunung berapi. selalunya perempuan la kan yang susah nak kawal emosi ni.. keh3 sekurang2nya bila kita kawal emosi, kita takkan mengeruhkan lagi keadaan..
2) JANGAN CARI PASAL- ' KAU APA HAL TAK PUAS HATI WEHH!!'
- dah tau si kawan tu dah tunjuk penumbuk, memang dah berasap2 telinga dia, korang pergi maki hamun dia macam tu pulak. korang memang masuk mulut buaya. hakhak. so bertolak ansur la beb. biar sorang jadi api, kita jadi air. kalau dua2 jadi api, terbakar sekeliling. ish2. tindakan paling bijak adalah berbincang sesama sendiri dan jangan sesekali mencuba untuk mencetuskan sesuatu alasan tidak sengaja hendak mewujudkan pergaduhan antara korang..
3) JANGAN UNGKIT PERKARA LALU- ' AKU TAU KO PERNAH LETAK LIPAS DALAM BUBUR SI MILAH TU KAN'
-kita tak sepatutnya mengungkit kisah lalu. yang sudah tu sudah la. buat apa nak ungkit lagi. mungkin dia dah insaf, biarlah. itu kisah silam dia. kalau korang ungkit, silap2 bergaduh besar la nampaknya.
4) JANGAN BANDINGKAN DIA- ' KO NI SAMA JE PERANGAI DENGAN SI TOTO TU KAN, PERANGAI MACAM BERUK!'
-jangan sesekali kita bandingkan diri kawan kita dengan kawan yang lain. ingat, tak da sapa yang suka dirinya dibanding2kan. itu lumrah manusia. kawal diri kita, kalau tak, korang jugak yang rugii..
5) BUANG SIKAP EGO- 'OHH PASAL TU, AKU RILEKS JE WEH'
- buang jauh2 ego kamu. kalau boleh lupuskan sekali. haha senang. susah sebenarnya tapi kita boleh mencuba untuk kawal. kan??
6) JUJUR DAN SALING PERCAYA- 'SAYA PERCAYA AWAK'
-dua2 ni penting dalam perhubungan persahabatan atau percintaan. jujur adalah kunci utama dalam sesebuah perhubungan. nak dia percaya kita? kita percaya la pada dia. kan? kalau semua tu tak da, bila2 masa saja hubungan akan musnah,,'
7) BERTERUS TERANG- 'SAYA MENGAKU SAYA JUMPA DENGAN KAWAN LAMA SAYA HARI TU'
-jangan sesekali berselindung! itu saja. bercakap la benar walau kadang2 pahit untuk menerima kenyataan.
8) BERSIKAP TERBUKA- ITS OK BRO, GUA TAK KESAH PUN
-jangan terlalu amik serius mengenai sesuatu yang tak penting pun bagi kita. hehe slumber sudah. fikir positif!
9) JANGAN MENGONGKONG-' PERGILAH KALAU TAK LU AKAN MENYESAL'
-kita tak da hak untuk memonopoli dia. tak kira siapa saja. biarkan dia berbuat apa saja apabila dia tidak bersama dengan kamu.cuba fahami diri orang lain. korang pun mesti nak orang faham diri korang jugak kan..
10) SETIA- 'AKU TIDAK PERNAH CURANG'
- setialah pada pasangan kamu. setia sangat penting dalam setiap perhubungan. jangan sampai orang anggap korang murahan dan senang di bawa ke sana sini oleh sesiapa saja dalam satu jangka masa yang singkat.
ni tips yang aku dapat dan aku ingin kongsi kepada semua. ia jugak menjadi panduan utk diri aku jugak. kadang2 kita tak pernah inginkan perkara ni berlaku tapi kita boleh kawal diri kita agar benda ni takkan berlaku. kalau susah sangat, diamkan saja. dulu kawan2 aku penah cakap aku terlampau diamkan diri sampai maruah aku dijaja ke seluruh casa valencia pastu merebak2 ke junior2 dan kaum adam. bagi aku Allah ada.. Dia akan balas. aku tak da kuasa untuk membalasnya. hanya mampu berdoa.
bagi korang pulak?
6 comments:
huhuhuhuhu.....
ak da la suka sgt gado2 nie..
bley la amek ni sebagai panduan...
hehehhehe
thanks....
guys always ego..adeh
tak suka gaduh2 ni..lau blh nk buat kawin skit tu luah je xyah simpan
gado2 xmaen la.. tak baik untk minda..hehe ( ada kene mengena ke ek?..;p)
msalah plg besar yg slalu berlaku bile bgaduh adlah 'EGO'..
dh tau salah xmo mengalah..
org dh mnx maaf tp ttap xmo maaf kn..
anis: hahaha betol2! amik sbg panduan :P
oya: haha pmpuan pun sama :)
merahitujambu: betol gak..huhu
fatin: xbaik utk jantung la. hehehe
fadh: hahaha biasalah tuu
Post a Comment