Oleh Alzahrin Alias
zahrin@bharian.com.my
2011/01/02
FAHMI dan Aimie Harmelia sudah lama kenal hati budi masing-masing.
KUALA LUMPUR: Tempias populariti penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat, turut melanda teman wanitanya, Aimie Harmelia Mohd Hashumi, apabila ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab membuat akaun Facebook mengutuk dirinya.
Bagaimanapun, lepasan pelajar diploma Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang, Kelantan itu yang lebih mesra dengan panggilan Elie berkata, dia dan Khairul Fahmi sudah menduga perkara sebegini akan berlaku dan percaya ia tidak akan menjejaskan hubungan mereka.“Saya tidak berapa terkejut sangat dengan tindakan mereka membuat akuan Facebook mengutuk diri saya kerana sejak awal lagi kami sudah bersedia dan menduga perkara sebegini akan berlaku. Lagipun kami tidak ada masa hendak melayan perkara begini.
“Saya tahu pun daripada rakan. Pada saya biarlah apa orang nak lakukan kerana kita tak boleh hendak sekat sebab tidak tahu siapa yang buat akaun itu. Lagipun benda ini tidak sedikit pun mencalarkan hubungan kami,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu.
Elie berkata, dia bersyukur kerana keluarga kedua-dua pihak memahami situasi yang berlaku dan sentiasa menyokong mereka berdua.
“Keluarga tidak ada masalah, begitu juga dengan Fahmi. Dia sentiasa menasihati saya supaya anggap ini sebagai ujian dalam hidup. Walaupun agak terkilan tapi perkara sudah terjadi tiada apa yang boleh kami lakukan,” katanya.
Ketika ditanya mengenai laman blognya yang menjadi punca utama timbulnya perkara ini, Elie berkata blognya itu ibarat diari hidupnya dan sepanjang dia menulis di dalam blog, tidak pernah sekalipun dia menyakiti dan menyentuh sesiapa.
“Itu blog saya, tulisan saya, apa yang saya tulis adalah hasil nukilan hati saya... Ibarat diari hidup saya. Tak sangka pula ramai yang membaca blog itu dan menjadikan ia satu isu.
“Ada juga yang cuba mengaitkan Fahmi dengan beberapa artis wanita. Saya tidak cemburu atau risau sedikit pun. Saya kenal Fahmi sudah lama dan kami sudah kenal hati budi masing-masing.
“Sebelum Fahmi menjadi pemain utama kebangsaan lagi kami sudah kenal. Saya yakin dia tidak akan begitu dan mustahil perkara ini akan terjadi,” katanya.
Sementara itu, Khairul Fahmi sendiri menyatakan sudah menjadi lumrah dalam perhubungan diuji dengan pelbagai rintangan dan ini sedikit sebanyak dapat dijadikan ingatan kepada mereka.
“Biarlah apa orang nak lakukan dan cakap mengenai kami. Kami tidak ambil pusing kerana kami yang tahu dan kenal hati budi masing-masing.
“Kita tidak boleh nak tutup dan halang kehendak orang, dan yang terbaik kita teruskan kehidupan dengan sebaik-baiknya,” katanya.

psst. aku respek dengan awek khairul fahmi ni. serius. dia tak mudah melatah dengan dugaan2, sampai ada orang buat fan page semata2 utk mengutuk dia tapi dia sikit pun tak mengamuk. memang respek. bertuah sangat2 khairul fahmi dapat awek macam dia. sama2 la kita doakan kebahagiaaan diorang. bukan dengan mendoakan yang buruk2 tentang mereka. kebanyakan orang yang dengki ni orang yang jeles tengok kebahagiaan orang lain. terlalu obses pada khairul fahmi sampaikan terpaksa buat macam2 untk menjatuhkan maruah kekasihnya. aih, manusia jenis apa la tu..
semoga bahagia ye. :)
5 comments:
dinaz setuju dgn tindakan yg dibuat oleh awek fahmi tu..jangan cepat melatah..biarkan mereka dengan cara mereka..
erin: sama2 :)
dinaz: betol2. xrugi pn kalau diorg xmelatah
betul tuu...respect sama elia...nie mesti kes dengki and frust sbb KFCM dah ade awek...he3...neway thanks follow my blog (^^,) selmat tahun baru 2011
kalo aku jd awek die pon aku cye kt fahmi kalo ckp die ada kuar dgn artis..sifat malu lelaki xkn ilang la..kcuali dicabar la..ahhaha..tol x??hihhihi~
adam. hehe thanx! happy new year :)
nana: hahaha yela. :P
Post a Comment