Monday, January 24, 2011

ZAMAN KANAK-KANAK AKU~

salam

aku ditag oleh atie yang kiut miut itu untuk menyelesaikan tag ini secepat yang mungkin. aku dah snap2 gambar2 lama, dah siap upload facebook pun. hakhak. dan aku nak buat post pasal zaman kanak2 aku la. kanak2 je okay. ada jugak tersesat gambar masa darjah 2. hentam saja. weee. jom kita mulakan :


14 julai 1989

-aku dilahirkan di hospital kulim kedah pada pukul 12.01 tengahari. masa tu raya kedua hari raya aidiladha. mama aku masuk hospital pada 13 julai tu, 14 julai dia lahirkan aku. 15 julai mak  lahirkan . erk. tapi kat BM. so tak la sama tempatnya. keh3. masa mula2 aku lahir tu, doktor cakap kat abah aku, yang anak dia ni ada masalah sikit. pasal tangan. abah aku punyalah terkejut, pucat semua ada. ingatkan apa la. rupanya ada jari kembar. hehe ibu jari aku ni kembar. doktor nasihatkan abah n mama aku, jangan potong jari tu, kalau potong, nanti jari2 yang lain boleh reput. hehe aku pun tak nak potong la. biar unik dari orang lain :)


mama dalam pantang


gambar di atas diambil oleh abah aku masa umo aku 26 hari. mama berpantang kat umah tok ah, iaitu ibu kepada mama aku kat pekan darat. masa tu ramai penduduk kampung datang tengok aku. sebab heboh sudah anak mama ada jari kembar. diorang datang la nak tengok. tapi biasalah mulut orang kan, orang mengata la, ada yang terkejut sebab tak penah tengok. menurut kata mama aku lagi, ada adik beradik sebelah abah, yang ada jari kembar macam aku. mungkin keturunan. selama 4 bulan, abah aku ulang alik dari kulim ke kampung. mama kata, setiap kali abah balik kerja, dia dukung aku, acah-acah aku, mesti aku akan gelak terkekek, idak ler terbahak-bahak. haha. tapi kalau dengan mama aku, aku buat tak tau je. kah3! sah anak abah! ;D


lepas pantang ke dua tahun.


gambar ni diambil kat kedai. tengok, kecik2 aku dah berphotoshoot ni weh. bukan sekarang je. ahaks. mama kata, kasut aku yang warna kuning tu,, masa dalam gambar ni, ada lagi mama simpan sampai sekarang sebab kasut tu cantik. mahal pulak tu. mama nak simpan kat cucu dia nanti! hik3! rambut aku dah macam trojan, hehe masa aku kecik sampai la umo 2 tahun 7 bulan, aku dok kat taman tunku putra, masa tu lorong bangau 1/1. hehe purata jiran2 aku masa tu, adalah dari kaum cina dan india. mama kata,diorang sangat baik dengan mama. selalu petang2, mama akan bawak aku jalan2 kat taman tu. aku start berjalan masa umur aku setahun dua bulan. dan masa aku kecik2 jugak la. abah aku tak penah bawak aku keluar waktu malam. abah kata tak boleh nanti kena embun..weeee


dua tahun ke empat tahun


gambar2 ni banyak diambil masa aku kat umah kat lorong bangau 1/1 tu lagi. tak pindah lagi. hehe dan tabiat aku masa kecik2 dulu, aku suka hisap jari kembar dan tarik rambut. kalau tak buat macam tu, aku rasa tak seronok. mesti buat. haha banyak kot gambar macam ni yang abah ambil. hehe


dan aku pulak dulu2 suka makan kicap. mama kata kalau nampak kicap, aku akan usung ke mana saja. haha punyalah suka kicap. nasib baik sekarang ni tak hitam. haha bila besar2 ni aku ok je makan tanpa kicap. aku tak makan sangat kicap skrg. dulu masa kecik2 dah puas sangat kot meratah kicap. hehe


mama kata anak patung tu dah diambil oleh orang yang ambil sampah kat belakang umah. satu hari tu, mama basuh patung tu, sidai kat belakang. tengok2 orang yang dok angkut sampah tu ambil dan buang. dia ingatkan mama memang nak buang. melalak jugak la aku kan. hik3


mama penah kata jugak, masa aku kecik2, aku selalu nak keluar rumah. aku akan ambil kunci dan panjat untuk bukak pintu. kalau mama aku sangkut kunci kat tempat yang tinggi, aku amik penyapu, kait sampai kunci tu jatuh. haha penah sekali aku dah keluar sampai ke luar jalan, jiran datang hantar, masa tu mama sembahyang dalam bilik. sejak tu, mama sangkut kunci dekat kain sembahyang dia, so dah tak boleh la aku keluar lagi..wuu~~


aku dan jari kembar takkan boleh dipisahkan. sekarang tak la hisap macam ni. last aku hisap aku darjah 1 kot. wakaka

abah aku beli teddy bear masa umo aku setahun. dan sampai sekarang umo aku 22 tahun, aku masih tido dengan teddy bear tu.. hehe aku dulu2 banyak teddy bear. banyakkk. tapi semua dah bagi kat orang. yang tinggal satu ni je la. hehe masa ni aku dah pindah kat rumah sekarang. lorong bangau 4, taman tunku putra jugak. hehe umo aku dalam 2tahun 7 bulan.

basikal kesayangan aku. aku suka gila dengan basikal ni. mama simpan lagi sampai sekarang. haha masa mama mengasuh alisya, basikal ni alisya pulak guna. sampai dia dah besar dan ada basikal baru, basikal tu sekarang tersimpan kat stor kat umah. hehe. simpan okay. selagi tak rosak, kenapa perlu buang? hehe


5 tahun ke 6 tahun

masa ni umo 5 tahun. aku kat komtar kalau tak silap. hehe tengok.gigi aku sama rata je kan. haha sekarang dah tak rata. sebab dulu2 aku sangat2 takot doktor gigi. wuu. sebab takotkan doktor gigi, gigi aku tak cantik sekarang. haha tak sama rata. tapi nak buat macam na. dan aku tak terfikir pulak nak pakai braces ke apa ke, biar je la. orang lain ada yang lagi teruk. bersyukur la dengan apa yang ada. :)


ni la jiran kesayangan aku sampai la sekarang. haha bakal nurse okay. rakan sepermainan masa kecik2. tadika sama2. semua sama2 la. hehe dia muda setahun dari aku. selalu kitorang main sama2 la. nama pun jiran kan. ingat dulu masa kami tadika sama2, dia umo 5 tahun, aku 6 tahun, ada budak lelaki india datang kat tadika aku. masa tu aku dengan dia pergi toilet kat luar kelas. budak india tu nak rantai aku. siap bawak aku masuk dalam bilik mandi. aku ingat lagi nih. segar dalam ingatan. haha lepas tu aku cakap tak boleh la,ketat. rantai tak boleh buka. dia tarik2 tak boleh. dia bagi jajan dan 20sen. lepas tu dia pegi kat jiran aku pulak. masa nak tarik, jiran aku tu menjerit2, so cikgu keluar. dan budak india tu terus lari naik basikal. huhu.


lagi satu, paha aku penah melecur sebab main bunga api. sampai sekarang aku fobia langsung tak boleh main apa2 jenis bunga api dan mercun. hehe parut kekal sampai sekarang..wuu.sakit woo


darjah 1 dan seterusnya..


aku rindu sepupu aku, arwah siti rehan. dia meninggal dunia masa aku darjah 3, dia darjah 1. dia sakit barah, masa gambar ni diambil, dia dah sakit. huhu kalau dia hidup lagi, umo dia dah 20 tahun. rindu sangat2, hanya al-fatihah mampu ku hadiahkan..


cukup la kan cerita pasal zaman kanak-kanak. kalau aku cerita zaman sekolah rendah kang, penat korang nak baca, lagipun aku tak jawab lagi tag pasal sekolah rendah. nanti la aku buat. hehee..

mama kata lagi, abah sayang gila dengan aku. sampai kan masa kecik2, semuanya tak boleh. hehe punyalah sayang. hehe sampai sekarang kot XD

zaman kanak-kanak memang tiada masalah. tak dak langsung. percayalah. haha semuanya indah2 belaka. dan semua gambar2 ni masih elok tersimpan dalam album. :) aku dulu tak la nakal sangat pun, biasa2 je. kah3.

ada yang ingin disuarakan? silakan :)

13 comments:

Unknown said...

untungnya la byk gambo ms kecik..kte takde

Nazifa M.Zali said...

nk cari gak la gambo mse kecik.ahakss

Unknown said...

maju nye ko amse kecik..aku baru je nak wat entry camni

Izwanie Eynia said...

psst2.. tuan belog.. sy tag awk.. j0m tgkk..(nada berbisik) ^__^

CahayaCintaIlahi said...

alahai tOmeinye cik fatin ;))

fara said...

wow.. banyak nyer gambar masa kecik.. saya nyer gamnbar masa kecik dah habis kena potong.. heee..

ILA HonEyBuNNy said...

banyaknya gambar masa kecik2....best pulak teringat zaman dulu2 kan...;_)

Ce'gu JAERA said...

mak oii comelnya..... hmmmm

Ce'gu JAERA said...

mak oii comelnya..... hmmmm

Unknown said...

suke mkn kicap? hahaha.. klaka la ko.. :D

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

syomell syangat iaa waktuu kecikk:) suka tgk!

Unknown said...

masa kecik nampak lebih kiut dan comel lah.. ekekeke

Faten Rosli said...

kesian sepupu awk ek,, kecik2 da kena barah. al-fatiha

ARTIKEL RAKAN BLOGGER