Monday, January 17, 2011

CONTEST CINTAI ALAM SEKITAR~

salam

contest yang sangat2 bagus aku pernah join. contest ni banyak buat aku fikir. haa. kan dah berkembang minda aku. hahaha

contest cintai alam sekitar. anda cintai? grr

banner contest beliau


pencemaran alam sekitar bermaksud perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekitar dengan timbunan sampah sarap dan sebagainya.

jenis2 pencemaran alam sekitar adalah:

1) pencemaran bunyi
2) pencemaran udara
3) pencemaran air
4) pencemaran sinaran atau cahaya
5) pencemaran tanah
6) pencemaran haba
7) pencemaran alam marin

cara-cara untuk menangani pencemaran alam sekitar tidak susah. semuanya bergantung kepada kita sendiri. kehendak kita samaada nak lihat alam sekitar kita bersih ataupun kotor. masing2 mesti mempunyai impian untuk mempunyai alam sekitar yang indah di mata masing2 kan? takda sesiapa yang suka tempat mereka kotor.

cara-cara untuk menangani pencemaran alam sekitar:

1)kaedah pelupusan sampah
- serahkan sahaja tanggungjawab ini kepada pihak yang berwajib. mereka lebih mengetahui cara2 untuk melupuskan sampah sarap dan ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar melalui pembakaran secara terbuka.

2) penguatkuasaan undang-undang
- buang sampah merata-merata kena denda. kah3. contoh terbaru, beg plastik. setiap hari sabtu, takkan ada beg plastik di mana2 pasaraya. kalau nak, bayar 20 sen satu. semua orang terpaksa kan. lama2 insyallah penggunaan beg plastik akan dapat dikurangkan.

3) menjalankan proses kitar semula yang telah disarankan oleh kerajaan
-ingat tak iklan kat tv? ada 3 tong kitar semula telah disediakan di hampir seluruh pelusuk negara. yang warna coklat untuk kaca, yang warna biru untu kertas dan yang warna jingga untuk membuang tin aluminium dan plastik!

4) pendedahan oleh media massa
- tv, radio, internet dan sebagainya perlu memainkan peranan penting untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya alam sekitar terutama kepada kanak-kanak.

5) kesedaran semua pihak
- masyarakat, pihak berkuasa, pusat2 perkilangan, pembinaan, perlombongan dan sebagainya mempunyai tanggungjawab bersama untuk menjadikan alam sekitar bebas dicemari oleh pencemaran.

6) pendidikan di sekolah, kempen dan pameran.
- salah satu cara untuk menyebarkan tentang isu alam sekitar ini adalah melalui pendidikan yang dipujuk dari zaman persekolahan lagi. sering kali, guru yang memainkan peranan untuk menjalankan aktiviti yang sihat kepada pelajar. kempen dan pameran mengenai alam sekitar juga membantu pelajar mengetahui dengan lebih lanjut.

7) tanggungjawab diri sendiri
-buang la sampah di tong sampah anda sendiri, bukan di longkang2, sisa2 makanan jangan dibuang ke longkang, kitar semula bahan2 yang ada, kurangkan penggunaan racun serangga. minyak masak ke apa jenis minyak, korang jangan buang ke sinki! air susah dirawat! buang dalam tong sampah!


aku kat bakau tinggi, chukai. hehe bila datang sini, korang akan jenis pelbagai jenis pokok dan tanaman yang korang tak penah jumpa sebelum ni! suasana hijau je, nyaman!



dan akhir sekali, nasihat aku kepada masyarakat, tolonglah jangan cemarkan alam sekitar! tolonglah! patuhi undang-undang yang diperintahkan. kalau bukan kita, siapa lagi? tak kan masa zaman anak cucu kita nanti, bumi dah tenggelam kerana sampah. tak nak kan??????????? semua masyarakat dalam dunia ni mesti punya kesedaran diri yang tinggi!


KERANA KITA, ALAM CIPTAAN ALLAH TERCEMAR. DAN HANYA KITA YANG MAMPU MENGUBAHNYA!!


sekian, terima kasihh :)

nak join? klik SINI

tarikh tutup: 14/2/2011

4 comments:

Dinaz said...

wow hwbat Fatin..gud luck n sama2 kita jaga alam sekitar..cayalah.

Anonymous said...

follow & blogwalking..

mehla jenguk blog ai...

salam kenal!(^____^)

mie said...

gud luck!!
panjang esei..
ehehee

Ammar said...

Terima kasih sebab join contest ni

ARTIKEL RAKAN BLOGGER