salam!
wah. internet sangat la laju. hoho walaupun hujan kat sini makin hari makin lebat, tapi tak ganggu pun internet ni. keh3. yang terganggu adalah aku kerana kesejukan yang amat sangat, nak tido pon tak boleh sebab rasa sejuk sangat2. adesss!
selamat tahun baru kepada semua. mulakan dengan azam tahun baru yang lebih baik dari sebelumnya. semoga tahun 2011 akan meninggalkan 1000 kemanisan pada kita semua :)
semalam 1st time sebenarnya aku pergi sambut tahun baru secara live kat luar. sebelum2 ni kat depan tv aje. haha kat umah aje. yela, dulu kan duduk KL, kalau KL xpayah cakap la kan. sesak gila2 ar. baik duk depan tv. boleh tengok muka artis dekat2, nampak jerawat. hihi.
ok, semalam pergi kat padang astaka kemaman. selalu ada event kat sini. selalu jugak kitorang lepak kat sini. aku pergi dengan family aku la. mana ada kawan kat sini. aku tak pernah nampak pun kawan2 sebaya aku kat sini. adess. haha tapi ok jugak. keluar dengan family lagi best
sampai je sana, aku dan mama aku singgah kat karnival sebelah padang astaka tu. tunggu cabutan bertuah. tapi tak bertuah pun malam tu. ades. hoho sempat rembat 4 helai tudung. buat kali terakhir, hik3. sementara ada duit ni kan. skrg dah tak de duit dah. haha
jom, gambar menceritakan segalanya.
5minit sebelum bunga api meletup. err. aku baru pergi padang astaka ni. hehe
hujan rintik2.
tapi ramai jugak ada. siap pakai payung. kamera aku ni dah la bukan kalis air.
penduduk kemaman sedang menanti saat jam 12 tengah malam
alalala cute nya baby ni. sempat snap gambar dia. asyik pandang aku je. abis la mata dia kena flash. hoho
kamera aku ni, aku angkat tangan tinggi2. aku tak setinggi ni okay. poyo je, hakhak
tengah kira saat2 ketibaan tahun baru!
ramai yang tak lepaskan peluang merakam detik2 terbabit
sama2 mengira
pong pang pong pang. haa, dah keluar , dah tepat pukul 12. bunga api sekali je meletop. hakhak. aku tak sempat rakam. keh2
ramai yang dah balik masa ni
dia pandang aku, aku snap gambar dia. kah2, mintak2 dia tak de blog
lepas tu ada beberapa persembahan utk semua. dari band2 kat kemaman
kelihatan, datuk seri ahmad sabery chik dan balqis idola kecil 3!
argh. masa ni gelap pulak. ades dapat tengok balqis depan mata weh. agak teruja la kan. sebenarnya time aku dok tunggu cabutan bertuah kat karnival tu, balqis dah nyanyi dah kat padang tu. abah la cakap. dia tengok.wuwuwuwu. sempat tengok kejap aje la. wee. sedih dowh.
baju dah la sama warna dengan aku. pattern je lain2. hakhak. kamera pulak kabur2 masa ni sebab hujan rintik2. argh. xpala, aku dah rakam segalanya dengan mata aku sendiri, best woo dapat tengok balqis yang aku minat2 kat depan mata =p
datuk seri ahmad sabery chik pulak menyampaikan dua buah lagu
gelagat seorang pakcik yang menghiburkan hati penonton. hoho.
berduet dengan amirah. aku dah lupa sapa dia. huhu nama je ingat
hoho best masa ni, pakcik tu diajak naik ke pentas. memang gamat la suasana kat sini. macam tengok konsert artis popular. hehe
otw nak balik. ramai dah yang balik..
sempat mengabadikan kenangan kat depan jam besar kat kemaman ni. hehe
aku sampai umah 1.30 pagi kot sebab kitorang pergi makan dulu. hehe
memang best la. haha suka2. mata mengantuk gila tapi gagahkan diri jugak. aku rasa semakin hari semakin best pulak dok kat kemaman ni. haha nak tak nak aku kena belajar jugak untuk mencintai tempat tinggal aku sekarang..heee
haa. tudung2 yang aku dah beli kat karnival tu sepanjang berlangsungnya karnival tu. keh3. ada 13 pasang. fuh! kalau pergi je mesti beli. hakhak
happy sangat bila BEN ASHAARI iaitu blogger terkenal request nak follow twitter aku, sumpah dia memang tak penah sombong :)
ok2. selamat tahun baru ye kawan2 semua. :) dan happy birthday pada yang lahir pada hari ini. hehe.
update: pelakon tiramisu, faizal yusof, bekas suami siti nordiana telah disahkan meninggalkan dunia di hospital pusrawi kerana serangan jantung. sama2 kita sedekahkan al-fatihah kepada beliau. al-fatihah.
2 comments:
banyaknya tudung!lebih 10!haha tudung taun baru ek..hehehe
muka baby tu macam innocent ja..omey nye..hehe
anne: hehe aah. keh2
tau xpe. dia sgt comel!
Post a Comment