Friday, January 14, 2011

HINA SANGATKAH PAK GUARD DI MATA PELAJAR??

salam

good morning everybody!!! dah bangun ke belum ni? baik ngaku. haha aku dah lama dah. pagi2 makan karipap. panas lagi mak baru goreng. nyum2. keh3. hari ini aku dapat idea nak tulis pasal guard. aku nak cerita pasal guard kat u la kan. kenapa mereka selalu dihina? hina sangatkah mereka? baca post ni sampai abis okay~ hehee

dari dulu2 aku memang sakit hati kalau baca apa2 yang tertulis kat lama sosial, tak kira la apa saja, atau pun yang aku lihat sendiri, yang aku dengar sendiri, yang mulut2 orang berkata pa
sal pak guard atau mak guard ni. terutamanya pak guard kat kolej atau universiti.

tak habis2 orang maki diorang, orang hina diorang. dalam facebook selalu sangat aku baca status pasal guard. guard tu itu la ini la. habis semuanya carutan keluar. habis hilang keayuan dalam diri. habis hilang sopan santun dan budi bahasa yang mak ayah ajar dari kecik-kecik. habis hilang sifat malu dalam diri. gara2 guard atau nama saintifiknya pengawal keselamatan.

tugas pak guard apa? tentu la jaga keselamatan! jaga keselamatan tempat. contoh u. contoh msi aku la kan. ramai guard yang ada. tak kira perempuan. lelaki, ada yang muda, ada yang dah tua. boleh kata setiap masa aku nampak diorang. jalan ke sana sini, jaga keselamatan pelajar.

aku pernah rapat dengan seorang mak guard ni. dia ada anak belajar kat poli. dia baik sangat2.
betol. dia selalu senyum kat aku, selalu tegur aku. kadang2 aku rasa malu. sebab sepatutnya aku yang muda ni tegur mereka. kadang2 mereka yang tegur kita yang baru balik dari kelas. m
alu malu. sejak tu aku selalu senyum2 kat mereka. mak guard tu memang baik. masa rumate aku tak de, aku selalu teman mak guard jaga asrama. ground floor. sembang2. dan kenangan yang tak boleh aku lupa, masa tu aku baru balik jalan2, dah malam. rumate semua tak de. aku nak mandi tapi takot. dia yang temankan. tunggu aku depan toilet..waaaaaaaaaaaaaa. maluuuuuuuuuu.

kenapa pelajar selalu menghina guard terutama di tempat belajar???

1) saman. kena saman. nah, melayang rm10, rm20 atau rm50. melayang2.

2) guard tak bagi keluar makan kat keluar tengah2 malam.

3) tak bagi orang luar masuk ke asrama.

4) tahan pelajar yang tak kasi id kad.

5) dan lain-lain. kaji selidik tak habis lagi.

aku buat research pasal hinaan2 ni dan ternyata keputusannya memberangsangkan!! ternyata sangat ramai pelajar yang menghina pak guard dan 99.9% adalah melayu! bayangkan. kaum kita pulak tu. kebanyakan yang datang blog aku ni mestilah melayu. kaum sama macam aku da
n semestinya seagama dengan kita..

nak tengok? check gambar2 kat bawah. aku dah cantum2kan.

ni aku nak cakap, ni semua komen dari budak2 u atau kolej., bukan budak2 sekolah ye. dan bermakna umur mereka 18 tahun ke atas.

komen aku berdasarkan gambar:

1) kenapa perlu benci pak guard? sapa suruh simpan rambut panjang2? kau sedar tak kau tu tengah belajar? bukannya pemuzik atau rockers? salah siapa? pak guard atau dia?

2) yang ni sampai nak tumbuk pak guard, aku tak rasa kecik2 dulu ayah dia ajar tumbuk2 orang. kalau orang tumbuk bapak kau, kau marah tak? ke kau tolong tumbuk sekali?

3) dah kau tau tak boleh balik lambat, sapa suruh outing sampai balik tengah malam? lepas tu salah pak guard? heh.

4) dah undang2 kena pakai kad matrik, pakai aje la. bukan susah pun. dah langgar peraturan. salahkan pak guard pulak. orang lain tak kena tak apa la, nanti diorang kena jugak.

5) hina la sangat pak guard pakai basikal kan? ingat la, kereta kau tak boleh bawak sampai mati. tak boleh bawak masuk kubur okay.

6) rokok? setiap u aku rasa dah terpampang besar2 tulis kawasan larangan merokok. paham2 je la kan. tak paham bahasa memang la jadi macam tu. lepas tu salahkan pak guard.

7) gaji pak guard rm800, sekurangnya gaji yang halal. berlagak la kau rm800 tu kau guna beli handphone je. kalau la allah tarik nikmat tu sekelip mata...


gambar kedua:

komen aku:

1) rajin pulak kau pegi belek taik mata dia. tak de keje dah ke?

2) gila duit? kalau gaji pak guard rm10k, memang gila duit. aih. memang tak de budi bahasa.

3) setiap u buat macam tu. sebab tak nak orang luar masuk sesuka hati. kena faham la kan. kalau salah satu kereta tu penjenayah? ada jugak woo pelajar bawak masuk penjenayah yang dia kata abang la adik la apa la, last2 ada kes. lepas tu, pak guard disalahkan sebab tak ambil berat. grr

4) jap, kalau pakai tudung nampak tengkuk ke?



gambar ketiga:

komen aku:

1) sedap2 kau nak lastik orang. dah cukup handal la kan. kurang ajar betol.cuba orang lain lastik kau, apa kau rasa?

2) rambut stylo? haha mesti warna hijau, tak pun oren. haha ala nanti kau tua jugak. ntah2 lagi hodoh. bangga sangat la kan masa muda ni.

3) dia ghairah nak saman sebab korang stim nak buat kesalahan. tak reti2 nak buat benda elok.

4) bagi salam tapi? dia jeles sebab tak boleh masuk u? kalau masuk u tu hebat sangat ka? dah cukup ilmu ke nak hina2 orang? ilmu dah penuh kat dada?



sampai macam tu sekali pelajar2 hina pak guard. Ya Allah, sedih sangat2 aku rasa. pak guard pun manusia macam kita. semua ni manusia, makhluk Allah, apa hak korang nak tumbuk pak guard? maki hamun? hina2?

sekarang apa yang aku fikir dan nak semua2 orang dalam dunia ni fikir:

1) pak guard tu manusia. ingat ni, MANUSIAAAA! bukan binatang yang boleh kita hentak2, jatuhkan maruah dia, maki hamun, hina2.. diorang jugak makhluk Allah, seagama dengan kita, sebangsa,

2) pak guard menjalankan tugas! tugas dia mengawal keselamatan bukan membiarkan keadaan sekeliling tidak terkawal. dah pihak atasan bagi syarat macam tu, contoh: balik ke kolej sebelum pukul 10 malam, kalau lebih, saman. dia saman la sapa yang langgar peraturan. betol tak? yang kita ni pun jangan la dok langgar2 peraturan, ingat, peraturan u ni bukan pak guard yang cipta. ingat tu. diorang hanya menjalankan tugasss!!

3) pak guard tu bapak orang, mak guard mak orang. kejap, bayangkan apa perasaan korang kalau bapak korang keja guard, lepas tu kena maki2, mesti korang akan cakap, 'kau sapa nak maki2 bapak aku dowh??!!' haa. macam tu jugak orang lain. ingat, diorang ada anak.

4) diorang cari rezeki dengan cara yang halal. bukan mencuri, merompak. bukan. gaji tak la sebanyak mana pun, cukup la sekadar nak sara keluarga diorang. asalkan dari sumber yang halal.kalau diorang nak cepat kaya, diorang tak la keje jadi guard tu, keje merompak je la. itu pintu rezeki diorang. kita yang belajar sampai u ni, ambik sijil, diploma, ijazah, master, phd. jangan la berlagak sangat yeee. sekelip mata Allah boleh tarik segala kenikmatan tu. sekelip mata je.

5) diorang pun ada hati dan perasaan. sama macam mak ayah kita. berdosa kan kita sakitkan hati mak kita, ayah kita.. begitu jugak mereka. berdosa beb. kalau sekali guard tu dah terasa hati dan tak maafkan, memang kau takkan aman sampai bila2,



aku tak kata la semua guard dalam ni 100% perfect. tak la kan. mesti ada yang tak jujur, tak amanah, tapi bukan semua okay. ingat, bukan semua..

aku tak paham, diorang saman sebab kita buat salah! dah kau balik lambat, dah kau rambut panjang, dah kau pakai ketat-ketat, dah kau tak bawak kad matrik, dah kau merokok, dah kau langgar peraturan, saman tetap saman. ada jugak pelajar yang kata, aku takkan halalkan duit yang pak guard saman tu, Masya Allah. lain la kalau dia benar2 tak salah. dan guard jugak bukan bodoh nak saman orang tak tentu pasal!!

orang akan cakap, biarlah aku nak pakai apa saja, bukan guna duit kau!! angkuhnya. semoga allah lembutkan hati dia. itu saja. ingat la kawan2,nikmat yang Allah berikan kepada kita hanya sementara. kalau kita bongkak, takbur, bangga dengan gaji pak guard, kita guna hanya untuk beli handphone baru atau pergi dating kat genting, nescaya Allah akan tarik balik semuanya tu tanpa kita rasa sedar. semuanya kuasa Allah.

apa salahnya kalau kita lemparkan senyuman manis pada guard? apa salahnya? sekurang2nya terubat la penat diorang. betol tak? apa salahnya? tak susah kan? lelaki ensem dengan perempuan cun korang boleh pulak tersengih2 sampai ke telinga, ni pak guard takkan tak boleh?

berubah la kawan2 yang suka hina2 pak guard, sedar la diri tu tak la sempurna mana pun. sedarlah yang kamu setaraf dengan pak guard bila sembahyang jemaah kat masjid, kubur dalam tanah jugak. sedar la. jangan kamu fikir, kubur korang diperbuat daripada emas, dan besi. dan jangan kamu ingat, kamu hebat, kamu sembahyang depan sekali, yang belakang2 semuanya orang yang hina.

7 sem aku belajar kat msi, aku tak penah kena saman. sebab aku tak buat salah. syarat, balik kolej sebelum pukul 9, aku balik sebelum pukul 9. bukan susah pun nak ikut peraturan. ni kadang2 lewat sejam. lepas tu kena saman dan senang2 je korang kata tak nak halalkan duit tu, ewah-ewah.

sedar la diri. kalau korang tak buat salah, takkan nya nak jadi semua ini. takkannya guard nak saman. takkannya. jangan kamu buat taik, kamu tuduh orang sekeliling dan tak mengaku kesalahan.

cakap la elok2, dengan budi bahasa. jangan ingat kalau kita ni tinggi ilmu di dada, bangga dengan pangkat yang ada, tapi kalau tak dak budi bahasa, sampai mati orang tak kan hargai kita. tak ubah seperti sampah. lebih hina dari orang yang korang hina selama ni. ingat la setinggi mana pun gaji korang nanti, pangkat korang ni, tolonglah, jangan hina pak guard!! mereka sama macam kita, semua manusia akan mati. semua manusia allah yang jadikan.

setakat ni saja. boleh luahkan perasaan anda kat sini, kat kotak komen, boleh saja. nak bangkang je, nak sokong ke, silakan. tapi guna la ayat yang berbudi bahasa. kalau nak maki aku balik, pastikan letak nama dan link blog ya? jangan jadi pengecut. sekian terima kasih :)

assalamualaikum :)

31 comments:

Marya Hana said...

kurang hajar betol bdak2 yg xde moral ni.. x hormat org tua!

mmg lah gaji pak guard buat beli henpon diorg je, tapi sekurang2nya cari rezeki yg halal.. nak pastikan keselamatan pelajar terjamin..

Marya Hana said...

kurang hajar betol bdak2 yg xde moral ni.. x hormat org tua!

mmg lah gaji pak guard buat beli henpon diorg je, tapi sekurang2nya cari rezeki yg halal.. nak pastikan keselamatan pelajar terjamin..

Mr. Asada said...

bila terlampau tengok standard dunia, akan hilang rasa hormat, akan lupa untuk jaga hubungan sesama makhluk.

pernah jumpa guard yang terover cara dan pernah jugak jumpa guard yang sangat prihatin dengan pelajar. :)

cik CT said...

ramai org slalu x puas hati kalo dier kene macam tuh,tapi x yah lah smpi nk maki2 org cam tu skali...jage r sensitiviti org len.

shahsyaz said...

i pon bengang jugak dgn pak guard yg melampau2...

tp, be +ve lah..
diorg punyer tugas ialah menegur kita/mengawal keselamatan..

klu xde pak guard, de plak org nk keje jage2 ea???

klu de mmg i respek org tuh r...

( bunyi mcm i mengamok je?? hehehe :)) )

.:padie_eyla:. said...

semua tu normal kot. orang pandang pak/mak guard nie macam org bawah je. takde klas. padahal bukan semua latar belakang pak/mak guard nie low dari kite. ade jugak kalangan dorg yg lagi bgus latar belakang dari kite. ish2.

fikir kan, bile kat padang mahsyar nnt, kite semua samaaaa.

Anonymous said...

isi yang bernas, fatin..

A Fans of Lee Family said...

nice entry fatin..
really love it.. :D
rindu plak tyme kt u dulu..hehehe

lavender harum wangi said...

erk, kerana nila setitik rosak susu sebelenga~ ada segelintir pak guard yg mmg perangai mintak kena maki, tapi tula..xsemua org mcm tu kan~ apa yg penting, sbgai org yg lebih muda, kita tetap kena hormat dorang yg lebih tua kan~ :)

Unknown said...

Hehe.. Kee pun slalu jugak terbakau dgn Pak gad tmpat Kee blajar.. Tapi xde lah sampai nak maki hamun.. Membebebl sorg2 je.. haha.. Kee tak ske pak gad sini satu je, suke menyaman.. parking terkeluar dr box sikit- saman, salah lintas- saman, pakaian tak kena sikit- saman, tak bawak kad matrik- saman.. Kalau saman stakat rm10 tu xpe la.. ni sampai rm50-100. duit makan da la ciput je. Tapi ramai jugak pak gad yg baik2, terutamanya yg dah berumur. Kdg2 kitorg keluar siap tapau makanan lagi tok dorg. Yg kejam2 ni budak2 pakgad baru je, nak tunjuk kuasa la kot ;)

adan said...

yang menghairankan kebanyakannya pelajar U.. pelajar yang boleh di anggap sebagai terpelajar.. pelajar yang ada otak boleh guna akal fikiran.. dorang ingat dorang pelajar U dorang boleh maki hamun pak guard ke? budi bahasa budaya kita.. hormat la orang tua.. maybe istilah "budi bahasa budaya kita" tade dalam pelajar U..

acul said...

emm. dl ms study kat poli ade gak begang ngn 1 pakguard ni tp ni bkn yer nk burukkan yg berkaitan. pakguard ni pakguard muda mane2 yg msk hostel lmbt lg2 pompuan die jual minyak siap mintak no fon kalo x bg name msk buku. yg tu aku xley terima.

tp kes cam kat ats ni biase la tu da name pun pelajar sbb x kenal lg dunia tu camne. cam dak2 skolah gak diorg bajet diorg ni lagi hebat. 1 hari nanti diorg akan kenal dunia gak cam mane.

tricksrex said...

salan singgah sini fatin
yup ni la senario yg bese tgk kalo kat u
tak dinafikan kdg2 ade certain guard ni eksaited lebih sket,nk saman nk mrh tapi kalo difikirkan,tu tggjwb dorg kan.maybe la ade beberapa kerat saje yg over,tp tak semua sama kan?

the same goes to cleaner,even dorg indon (most of them la kat uni) skali pon,tu keje dorg.duit halal dpt dgn cara tu jugak.yg student ni dok maki sana sini pasal cleaner.tak best la camtu kan?

tak kira la guard ke cleaner ke pensyarah ke technician ke kerani office ke, just show some respect..

Ummi AmnaAmzar said...

dulu ms zaman akak belaja pun ramai yg xsuka dengan pakcik guard ni..mcm xhormat je dorang kann..tp akak dn kwn2 hormat semua pakcikguard mcm ayah sendiri..siap boleh pegi raya rumah pakcik2 tu

NS said...

woo. kecian guard tu. tak perlu kot smpai nak sumpah seranah kt dyorg.

pe daaa bdk zmn skg.

sri juju said...

pak guard pun ad prasaan . hrp2 bdk yg buat nehh . insaf ! :))

platipus said...

aku tetap tak suka mak guard tmpat aku..grr

Hanisah Safian said...

ohhh agak kurang ajar di ditu ye!

pakcik2 guard pon kena behave la jugak kan? :)

Unknown said...

wahhh...betul fatin betul..
tp dilla kdg3 ade gak mrh pak guard hostel...tp mrh dlm FB jeh..
tp alhamdulillah takdelah gune perkataan maki2 yg tak elok tuh..cm FCUK ke..B***ANG ke..atau ape2 lah yg berbetuk makian..

and bace fatin punye post..mmg meresap..
bagus fatin bagus..
ini mengingatkan semula budak2 yg tiap hari bergelumang ngn pak guard fkir semula hal nih..:)

gud entry fatin! :)

nur hidayah said...

betul tuh....da dorg y salah nk marag pak gad lak..
pak gad tu wat keje dia je..ape la masalah student nih..
xpe la... at least pak gad2 ni dpt pahale...student2 ngumpat2 nih

Unknown said...

terlebih pandai budak2 tu. hurmmmm.

merahitujambu said...

jangan laa pandang rendah.diorg manusia biasa cm kita jugak

DAUD said...

diorg nk guard nepal kot. huhu

Anonymous said...

hum. macy ta suke gk guard skema dari lect. keke. sbb kitorang nye rules da mmg skema amat melebihi skolah.

tp macy ta kerex ;D

miszes ugly said...

setuju.tapi tak semua pak guard okay.serius.kau tak kene lagi btg hidung.aku pun fikir gak.bygkan pak guard tu bapak kite,nak hina2.gile simpati aku.tapi kalau dah melampau pilih bulu.agak agak la wei pak guard.yang penting bagi aku,kita hormat die.dia hormat kita.respect each other.
to pak guard wat keje biarlah adil,baru org bleh respect :)

tapi pak guard aku dulu cool.
mmg best lah.rindu kat pak guard dulu.
ngeee~~

Unknown said...

guard pun manusia jugak..jalankan tanggungjawab yg telah diamanahkan.

Miss Dee said...

sy respect guard sebab mereka jaga keselamatan students n gaji halal.dari sekolah rendah sy memang baik dgn guards...sembang2 sekali2.....tapi ada satu kes, guard tempat sy belajar pgl sy kuli, orang gaji dan sebagainya depan orang ramai...bukan sekali tapi berulang2 kali...sebabnya sy turun nak tuliskan nama untuk kwn sy time nak outing....dulu ok ja...kawan tunggu kat kereta sy yg tulis..tiba2 hari tu, guard tu sound saya...sepatutnya dia boleh tegur sy dgn cara lebih elok...nasib sy ingat dia jaga keselamatan kami dan dia lebih tua, kalau x mungkin sy dah bersuara waktu tu...perbuatan dia dah memalukan saya..sy harap sy xkan jumpa lagi guard yg perngai mcm tu :)

JUNKO-EL-HIDA said...

salam perkenalan..Baca artikel awk..mungkinkah awk pemenangnya fatin?..weeeeeeeee..dulu saya pernah dgr ayat nie kuar dr mulut seorg warga tua "anak2 sekarang sekolah tinggi2 tp rendah budi..org dulu sekolah darjah 6 jer tp budi tinggi"..satu lagi kita manusia nie selalu x cuba untuk letak diri kita dlm kedudukan diaorg..jika kita dlm keadaan diaorg psti kita akan lakukan perkara yg sama jgak..Ingat x zaman sekolah dulu?..yg paling kita bencikn pasti cikgu disiplin..psl per sbb dia nk cari salah org..tp bila difikirkn kmbali semua itu skrg nie,smua yg dia buat demi untuk mendisplinkn kte nanti..'attitude' yg kte bwk skrg nie la yg akan kte bwk ble dah bkerja..so pk2kn sistem cri salah & bentuk disiplin..

Noor Fatin said...

marya: harap2 la kita xjadi mcm tu. bersyukur la dgn apa yang ada...

asada: ada yang ok ada yang over, tugas kita hormat org tua :)

ct: betol2. dah macam mak ayah kita dah..

shah: bagi sy kalau kita xbuat salah, dia xkan marah. slalu kalau dia marah sbb kita buat salah. hehe :)

eyla: ye, apa sja pangkat dan kekayaan takkan dipandang lagi dah..

nurul: thanx :)

qaseh: thanx! sy baru je abis blaja. tingat jugak ni. hehe

ika: yup. kita sbg yang muda kena hormat mereka. kalau mereka over, jgn layan. xperlu maki2. dosa kita yang bertambah. :)

kee: stiap manusia lain2 ragamnya. biasalah tu :)

adan: smua nya terpelajar. ntah la. xtau la salah didikan ke apa ke yang buat dorg jd mcm ni..

acul: kalau guard ada jenis mcm tu, mmg dia la yg salah. xjaga perlakuan, dan tanggungjwb, terutama yang muda. yang salah tetap salah. cuma kita jgn pulak tambah dosa lagi. laporkan saja kpd pihak yang berkaitan :)

trickrex: tu yg sy pegang. xkira la dia apa pun, kita harus hormat dia..

ummi: bestnya. guard tempat sy siap blanja makan lagi. hehe mmg baik2. sebab kita hrmat pada dia.

ns: tau xpe..isk2

juju: harap2 mcm tu la! heeh

platipus: berubah la tipuss.. berubah la! kekeke

hanisah: yup. sama2 ada peranan masing2 :)

luvyou: ye awak. thanx k! cuma diminta jgn dok maki2 teruk. kita jugak yg dapat dosa..

dayah: org yg mngumpat dah bagi pahala dia pada org yang diumpat.. alahai..

yuki: ntah la..wuu

merahitujambu: yup. sama ja semuanya..

daud: mungkin la. hahah

macy; bagus la macy :P

miszes: yup, hormat tu penting, hehe thanx!

mata hati: masing2 ada tanggungjawab :)

miss dee; spt yang sy kata tadi, xsmua guard jahat, xsmua guard baik. kalau diorg mmg dah perangai mcm tu, abaikan. dia yang bdosa. :)

junko: salam. insyallah. huhu yup. skrg rasanya perlu berterima kasih kpd cikgu disiplin sbb didik kita dgn disiplin. kalau smuanya terlalyu berlembut, bape kerat aje org yang reti hrmat org. huhu thanx! wish me luck :)

JUNKO-EL-HIDA said...

hai..Tq sbb join kontes..Kul 4 petang pengumuman pemenang tau..Be alert keh?..

odahonebizz said...

OdahOne dtg bce entry...congratzzzz!!!

ARTIKEL RAKAN BLOGGER