Sunday, October 31, 2010

I'M LETTING GO~


i'm letting go. but letting go doesn’t mean giving up, but rather accepting that there are things that cannot be.

It hit me all at once.
The pain.

The anguish.
The horror.
The hatred.
Most people cry, I couldn't.
Most people break down, I wouldn't.

I did the only thing I knew how to do, I shut myself down completely.
And in that moment I reached my ultimate goal; I didn't feel a thing.
That moment I stopped living.

If you don't like me, don't judge me, NOBODY said you had to like me

BYE~

JANGAN KECEWAKAN ORANG YANG MENCINTAI KAMU..


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.
20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


Saturday, October 30, 2010

KELANTAN~~

oh

KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN

KELANTAN JUARA!

YAHOOO~~

2-1..

tahniah!

happynyaa~ hakhak..

BAS PELANCONGAN TERBABAS, ENAM MAUT, 21 CEDERA!

KUALA LUMPUR:Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Kilometer 38 Genting Sempah, dekat sini kira-kira 7.50 malam ini (29/10/10)

Kemalangan yang membabitkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.


Bas itu yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.


Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam. Beliau berkata, bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.


Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang maut kerana tersepit di bawah bas.


Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.-Bernama


sumber: metro online.


Ya Allah, satu lagi kemalangan. membabitkan bas lagi. dan berlaku kematian lagi.. 6org!! smg roh mereka dicucuri rahmat.. al-fatihah..

Friday, October 29, 2010

KAMERA BARU~


29/10/10

salah satu impian aku tercapai! yeah~

baca kat SINI utk melihat impian aku sebelum mendapat loan~

setelah mendapat loan hampir sebulan, aku dah settle kan duit fyp, yuran pengajian~

yang balancenya masih di bank.

belanja makan, topup, gayut dengan mama hari2, topup kat mama.

beli jam baru.. beli kasut baru.. dah dua pasang...beli kamera baru.. hee..

plan utk anniversary kami.

dan yang selebihnya nak simpan..

tunggu mama dan abah balik kulim~

nak belanja diorang macam2! hoyeh..

kamera tu rm399. jenama KODAK. baru punya~

suka sangat2. 12 megapixel.

hp aku 1.3 megapixel je tau!!

haha..

dan aku bahagiaa..~

thanx dan mama dan abah sebab bagi cheq beli kamera :P


Thursday, October 28, 2010

PELANGI BERKEMBAR


GAMBAR yang dirakamkan Andy Kyle menunjukkan pelangi berkembar di Sungai Dartmouth, Devon.


DEVON - Seorang jurugambar, Andy Kyle yang berusia 53 tahun berjaya merakamkan gambar pelangi berkembar yang melengkung dan seakan-akan kelihatan seperti sebuah jambatan di Sungai Dartmouth di Devon, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar itu dirakamkan selepas Kyle merakamkan lebih 2,000 imej sejak tujuh tahun lalu sebelum dia berjaya merakam gambar pelangi berkembar.

Imej kedua pelangi itu dikatakan berlaku disebabkan oleh dua biasan cahaya matahari pada titisan hujan. - Agensi


sumber: kosmo online.


semuanya kuasa ALLAH..

SITI NURLINA DAN ANIS NABILA~

gambar aku dan lynna. ni gambar lama sebenarnya. 1st date kitorang~ hee.. kat queensbay. baru tadi aku dapat pic ni! haha. aku rindu dia sgt~ bila la agaknya kitorg dapat jumpa lagi.. nak makan pizza sama2, jalan2 queensbay, lepak tepi pantai, bergurau senda. oh lynna, sumpah aku rindu!

ini anis nabila. aku tak pernah jumpa dia~ tapi bagi aku, dia kawan yang terbaik penah aku jumpa. aku sedih, aku gembira, apa jua masalah, dia 1st orang yang aku cari~ tak kira la pasal sapa2 pun. dia selalu nasihatkan aku. macam2. thanx syg~ aku bahagia kenal kau.. aku harap satu hari nanti aku kau dan lynna akan berjumpa.. :)

poem utk korang~

A Best Friend!
A friend that really cares!
All my secrets i can share!
There when i need a hand!
There to understand!

When i cry!
She will be by!
If i am away!
She will call me day by day!
If i need her at all!
She'll be there to stand tall!
Anything i say will be heard!
She will listen word by word!
If I am late!
She will open the gate!

As she looks in my eyes!
The sparkle she realize!
She is the one that cares!
And the one thats there!

That's a best Friend!!


sapa kata kalau ada boyfriend mesti kawan2 tersayang terabai??


friend forever. :)

SOTONG, PAUL, PERAMAL PIALA DUNIA MATI.



GAMBAR fail menunjukkan Paul membuka tudung sebuah kotak plastik yang mengandungi kupang dan lambang bendera Jerman semasa membuat ramalan perlawanan Piala Dunia antara Jerman dengan England di akuarium Sea LIfe di bandar Oberhausen, Jerman pada 25 Jun lalu.


FRANKFURT - Seekor sotong kurita, Paul di Jerman yang menyebabkan para peminat bola sepak di seluruh dunia terpegun kerana ketepatannya meramalkan beberapa keputusan bola sepak Piala Dunia 2010 mati semasa berumur dua setengah tahun semalam.

Menurut seorang jurucakap akuarium Sea Life yang menempatkan haiwan tersebut, Ariane Vieregge, sotong yang pernah meramalkan Sepanyol sebagai juara Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan itu mati di dalam akuariumnya di bandar Oberhausen, barat Jerman pada waktu pagi.

Sotong itu kelihatan baik apabila diperiksa lewat kelmarin.

Namun, kata jurucakap itu, Paul gagal untuk meneruskan hidup dan ia mati akibat semula jadi.

"Kami semua mula menyayanginya dan akan merasai kehilangannya," kata pengurus akuarium itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan.

Setakat ini, pihak pengurusan Sea Life masih belum memutuskan cara untuk memperingati penghuni yang paling terkenal dalam akuarium berkenaan.

Sotong itu pernah mendapat ancaman bunuh kerana ia meramalkan Argentina kalah kepada Jerman pada pusingan kedua kejohanan Piala Dunia 2010.

"Kami mungkin memutuskan untuk menyediakan kubur kecil buat Paul dalam pekarangan akuarium kami dan mendirikan satu 'makam' sederhana yang kekal," kata pengurus tersebut.

Sotong itu menjadi selebriti semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung pada Jun dan Julai lalu di Afrika Selatan.

Paul bersara daripada membuat ramalan selepas perlawanan menentukan juara Piala Dunia antara skuad bola sepak Sepanyol dengan Belanda.

Selepas perlawanan itu berakhir, sotong itu kembali dengan peranan asal dengan membuatkan kanak-kanak gembira apabila melihat gelagatnya di dalam akuarium.

Paul mendapat perhatian ramai apabila ia berjaya meramalkan dengan tepat tujuh perlawanan melibatkan skuad bola sepak Jerman dalam kejohanan Piala Dunia itu.

Sotong itu memulakan ramalannya dengan membuka penutup salah satu daripada dua kotak plastik yang mengandungi kupang dan bendera skuad yang berentap dalam pertandingan.

Antara ramalan yang dibuat oleh Paul ialah kemenangan Jerman ke atas pasukan Argentina dan kekalahan Jerman ke atas Serbia.

Sotong itu turut meramalkan kemenangan Jerman ke atas England dan kekalahan Jerman ke atas Sepanyol pada peringkat separuh akhir.

Selepas kemahiran meramalnya itu didedahkan, Paul telah dilantik menjadi duta mewakili England yang cuba menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Dunia pada 2018.

Sotong itu dilahirkan di akuarium Weymouth Sea Life Centre, England pada 2008.

Kebolehan meramalkan itu kemudian menjadi ilham pemilik beberapa haiwan lain yang cuba membuktikan ia setanding dengan Paul.

Antara haiwan lain yang mengikut jejak langkah Paul ialah burung bayan di Singapura dan burung kakak tua Lorenzo di Hannover, Jerman. - Agensi


sumber- kosmo online.


paul, rest in peace.

Wednesday, October 27, 2010

VOTE- TRAVEL TO AUSTRALIA GOLD COAST!


nak mintak tolong votee!

untuk kawan baik aku~ dua2 kawan baik aku..

:)

klik SINI.

nanti ada keluar gambar macam ni!

tekan vote yaa~~!

hoyehh.. mari membantu!

:D

Sunday, October 24, 2010

4SHARED BEST~

salam.

esok aku ada test. 4 test. 1 subjek aku dah study, 3 lagi masih tersusun rapi. haha tension. aku dah siap dah buat powerpoint untuk presentation rabu ni~ weee..

semalam ntah macam na, aku bukak 4shared, asalnya nak cari lagu2 maher zain. bila dah sampai 4shared, melekat sudah~ download macam2. lagu la semuanya. haha antaranya lagu maher zain, yuna, romance, lagenda budak setan dan macam2 lagi.

aku rasa bahagia sebab internet laju. dan aku tak perlu tunggu lama2 untk download~ yeah. itu yang aku suka.

esok test. aku? masih di jalanan..ecececehh..

Friday, October 22, 2010

DUGAAN MASA SUBMIT DRAFT REPORT FYP~

salam~~

minggu ni aku samgat2 la busy.. sangat2 la kan.. T__T hanya boleh bukak facebook~ wuu.. tu pun just bukak notification and reply. tu je~ blog xbukak, tagged tak bukak.. ym lagi la, dah bersawang~!

tadi aku dah selamat submit report fyp~ alhamdulillah.. arini kena submit! sebelum pukul 5~~ tapi akuuuuu?? kul 6.10 baru antar! sedihh.. byknya dugaannn~~

pegi cc nak print, cucuk je pendrive, ada note kuar pasal scan virus, aku klik X, pastu tengok2f folder2 aku dalam tu semuanya kosong! arghhh~ aku nak menjerit sgt la masa tu. aku cari la kot2 terhidden files ke tapi xdee..wuu~~  teman aku.. dia sempat beli air tebu utk aku..mghilangkan dahaga!

masa tu dah 4.20! argghh.. lagi 40 minit! aku balik ke asrama~ tu dia aih.. punya jauh nak jalan2.. berlari2 aku..semput~ hahah bergegar jugak la jalan2..wakaka!! nak cepat punya pasal la kan..aku copy report yang ada dalam laptop. kul 4.45 baru aku kuar dari asrama!

lepas tu pegi print kat cc lain pulak.. kedai tu dah la lambat! abang jaga kaunter tu buat derkk aje. mula la aku rasa nak smash! berkali2 aku cakap nak print~ dia cakap xde pun folder tu dalam pendrive~~ argghh. tak kan ilang lagi.. tapi aku ada spare satu lagi pendrive! dalam tu ada gak report tu.. aku dah letak. dia bukak lagi, dia cakap kat aku, xde jugak laa~ cuba cari.. aku belek2, ada jee!! arghh. dia tak nampak ke? adoiiiiiiiiiiiiiiiii.. sabar2!

pastu print. dalam 12 ms, print buat hal pulak dah, masa tu dah 5.10! omg!! aku dah terlewat~ aku call madam fazidah! xjawab pun. aku call supervisor. dia suruh antar jugak.. tak kira la pukul bape pun..janji antar! lega sikit aku rasaa~~

oleh kerana kedai tu ramai pelanggan, print aku abis nak dekat kul 6! adoii~ pastu dia binding..salah binding pulak dah.. terbalik~ huahua sabar je la.. 6.10 baru kuar dari kedai.. total kena rm46!! hambek kau~ kalau xde duit, aku gadai jam je~ haha opsss.. jam aku dah rosak.. act, jarum saaat dah ilang masa nak moto. huahua sebab cermin jam tu pun dah hilang skali.. memang dah tak dapat diselamatkan la..

pastu terus rushing balik asrama~ yeyeh! haha terus antar report. ada kotak kat luar bilik madam. aku letak ja dalam tu. memang kotak tu khas utk budak2 antar report~

balik tuuuuuuuuuuuu,, tak balik terus. pegi makan nasi kandar.. huahua gelak2 dengan ilang tensen akuuu. haha

sakit kepala ni.. tido tak cukup. rehat xcukup. dah tak penah tido petang. balik je kelas direct buat kerja. dengan report, dengan test2! fuh! dugaan2!!

alahaii~ minggu depan presentation fyp pulak! pastu nak kena submit report dengan hardcover sekali. huarghh.. tensen betol!

bila la semua ni akan berakhir.. ecececeh~~!

SENARAI PESERTA CONTEST AKU SUKA MAKAN!

salam~

sori.. lama sgt2 xupdate blog~ sgt busy,, arini baru rasa tenang sikit. hehe

aku nak update nama2 peserta contest aku suka makan!

PESERTA

































thanx join~~!!

entry ni aku akan update selalu~ utk update nama peserta!

:)

tarikh tutup: 11/11/10

Monday, October 18, 2010

JOM JOIN CONTEST MUKA ITIK ITU CUN MISZNORUL


salam~~

bila dah buat contest, join contest orang lain takkan pernah dilupakan~ heeeee.. sesapa nak join contest yang aku buat, boleh lihat sticky post di atas! okay?

ok2~ contest ni dari miss norul. contest muka itik itu cun~

ni banner contest beliau~~hehe
syarat2nya anda boleh lihat di contest beliau yaaa~ heee



ni pic yang aku pertaruhkan~ yeah. aku berbaju putih. sebelah alisya, my sister :)

tapi norul, saya tak cun pun. hakhak..

tag:

nana usagi kechik
atie sengal

tarikh tutup: 31/10/10


mari pakat2 join~~~!! haha..

jom terjah contest ni.. silalah klik SINI.

:)

Sunday, October 17, 2010

kepercayaan itu penting~

kepercayaan itu penting kan?

dalam sesuatu hubungan kepercayaan itu sangat2 lah penting.

tapi skrg kepercayaan  sudah hilang~

saya kecewa.

dan hakikatnya, dalam hati ini,

hanya tertulis nama


biar la Allah dan saya saja yang tahuu..

Thursday, October 14, 2010

cerita 10/10/10 dan 13/10/10

salam~

hyee! apa khabar semua? hehe aku tengah rehat ni haa~ kelas abis awal pulak. tadi ada quiz je. haha kelas kul 11 pulak satgi. xpe2, update blog dulu~ heeee

ok. 10/10/10 hari tu, aku dan  pergi sunway carnival. saja. jalan2 kat situ~ makan2. tengok wayang cite jangan pandang belakang congkak 2! serius best! sapa2 yang belum tengok pergi la tengok. hantu tak seram tapi lawaknyaa, alahai.. tak larat nak gelak~ hehehe




ni heroin dalam blog ni~ agaga aku makan kueytiew sizzling. rm5.50 je! serius sedap! tapi alahai, sakit perutt.wuuu.. black pepper banyak sgt kot! aih..


kat sana, aku jumpa sepupu aku. dia keje kat sana! haha lepas tu aku dan telah bergado~ perang! lama gak la~ sampai balikkk.. keh3. ada la sebabnya. sebabnya terpaksa dirahsiakan.. hehe tapi ati aku memang sedih gak la..


warna hijau tu cadar katil aku. haha


bila aku bukak je, dia tulis macam ni. aku rasa nak nangis, nak meraung semua ada :(


ni meja tulis aku. berselerak! abaikan selerakan itu~ hahaha


alhamdulillah, semalam aku dapat benda yang aku tunggu2 selama ni~ ringan sikit dah beban mak ayah aku. yuran pengajian pun aku dah boleh bayar sendiri. syukur sgt2!! allah makbulkan doa aku jugak.. aminn.. :)

semalam kitorang lepak kat giant~ tetiba masa nak balik ada lelaki melayu ni, panggil kitorang. cakap tak de jual barang, just promosi aje. kitorang pergi la. punya la banyak dia cakap, non stop.. alahai. product dia jual memang bagus. berkenan la aku tengok. tapi harganya hampir mencecah 4k!! auww~ mana la aku ada duittttttttttt~ haha

hampir setengah jam jugakla, dia mengayat kami. termasuk kawan dia lagi sorang, yang tak boleh blah, dia siapkan ucap tahniah kat , sebab nak kawin dengan aku nanti. haha so tadi dia cakap tak jual barang, ni skrg jual barang la pulak, siap dah kuarkan barang tu suruh kitorang bawak balik~ giler ke ape,  pulak dapat baucer 1k. konon2, terkejut la kan~ kalau kitorang beli product tu, 2 barang yang berharga lebih 6k, kitorang hanya akan bayar 2k je. adess, macam xpercaya je~ hahaa!

so pas  kata kitorang xjadi beli barang tu, sebab masing2 masih di bawah tanggungan keluarga, dia pun macam kecewa. haha ala, barang tuu,. kwin pun belum, rumah pun xdee,, nak beli awal2, haha buang tabiat ke ape! haha lawak je la~ balik tu.. kitorang gelak je sepanjang jalan. lawak2! taktik yang diorang gunakan agak tidak berkesan. lalala~


bahagia sgt2! alhamdulillah. aku belanja  makan pizza tadi dan kitorang dah jadi macam dulu balik.. amin. :)

dah2, aku nak study ni, satgi kuiz math pulak.. grr~ haha bye!


pssst, aku plan2 nak buat contest, agak2 ada sambutan tak? hik2!

Monday, October 11, 2010

KENAPA DENGAN JARI AKU NI?

salam~~

sekarang dah pukul 12.10 am. sok kelas pukul 8. *sigh* ni yang aku tension ni. hari2 aku kelas kul 8. alahai~~~ pagi2 muka aku ni la yang bangun awal. pegi mandi. aiyookk. ketika orang lain masih dibuai mimpi, jam loceng aku dah berbunyii!! kringggggggg! arghh~~

assgment banyak. banyak. banyak. dengan quiz, test. dengan report. aku rasa nak report kat jabatan bomba dan penyelamat je, utk selamatkan aku dari semua ini~ huwaaa.. tabah fatin..tabah! anda kuat, sihat dan gagah! gagah? err.. gunalah minyakk.. errr.. abaikan*

jari aku sakit weyh!! :(( aku tak tau kenapa. tak tau kenapa jadi mcm ni. kena gigit ke? ape ke? bengkak. wuu~ sakit laa.. yela,aritu sakit gak. tapi dah surut bengkaknya. skrg sakit balik~wuu.. kenapa eh? allergik makanan ke ape? huahua. aku tak penah allergik bab makan okay? haaha ntah laa..



kurus kan jari i? auw2~ hahaha ni jari telunjuk tangan kanan. abaikan warna biru kat jari tu. tadi aku bosan2, aku conteng jari aku. haha ni normal k.



ni jari yang membengkak. nampak kan? kat tepi tu. kenapa eh? sakit tau~ uwaa. aku tak tau kenapa. dah la tangan kiri. alahai..dah la bengkak sebelah. senget sudah~


bila la agaknya jari ni nak baik ya?? :(

NAK MENANG IPHONE 3G!

salam~~

tadi blogwalking! singgah kat blog matdin jap~ tertarik dengan contest ni.. yuhhuuuu.. iphone 3g tu~ agagaga!!

kad kahwin
Kad Kahwin


sapa tak nak kan? tipu la kan.. free kot~ tak kena bayar. nak tunggu beli memang susah~ tahun bila la agaknyaa. haha ok cuba saja. mana tau ada rezeki :)

Bagaimana untuk menyertai peraduan ini?

Mudah saja, anda hanya perlu letakkan banner dan link di bawah ini ke dalam laman web anda. Kami akan mengira pengunjung yang datang dari website anda ke laman web ini. Peserta yang dapat membawa pengunjung terbanyak akan menerima hadiah iphone 3G dari pihak kami.


Peraduan ini bermula dari 1 Oktober 2010 hingga 31 Oktober 2010. Kami akan umumkan nama pemenang dalam blog ini. Pemenang akan dihubungi untuk proses penghantaran hadiah.

cepat2!! mari ramai2 join contest ini~~

sila klik SINI.

MUSZAPHAR SAH MILIK HARLINA!


SHEIKH MUSZAPHAR menyerahkan cek mas kahwin kepada isterinya, Harlina di Masjid Tuanku Sultan Mizan, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sah menjadi milik Dr. Harlina Mohd. Yunos setelah selamat diijabkabulkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini semalam.

Dengan hanya sekali lafaz, Sheikh Muszaphar telah dinikahkan oleh bapa Harlina, Lt. Kol. (B) Mohd. Yunos Mohd. Ali dengan mas kahwin RM80 sambil disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali.

Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian pengantin sedondon berwarna putih dan rombongan pengantin lelaki membawa sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Turut hadir pada majlis itu ialah ibu bapa Sheikh Muszaphar, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor dan Datin Zuraida Sheikh Ahmad serta ibu Harlina, Habibah Endan, keluarga dan kenalan masing-masing.

Perkahwinan itu turut dihadiri 100 angkasawan luar negara yang dijemput khas pada majlis berkenaan dan persandingan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

sumber: kosmo online

alhamdulillah, selamat pengantin baru kepada angkasawan kita, bersama pasangan. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. sama2 kita doakan. malam tadi, aku tak dapat tgk siaran langsung pada diorang~ wuu.. sedih kan. xpela, nanti aku cari la kat mana2. kalau sapa2 ada simpan video ke rakaman ke apa2 la pasal malam tadi tu, sila2 kasi ke sini, tak pun share link sudahh~~ i likeeee.. <3

ARTIKEL RAKAN BLOGGER