Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TINGGAL 2011

salam..

ni entry tahun lepas. selamat tinggal 2010. nak baca? KLIK SINI, anda dinasihatkan tak payah baca :))))

hari ni hari terakhir dalam tahun 2011. suka tak? ke tak suka? banyak sungguh kenangan pahit dan manis yang aku sempat abadikan dalam blog. yang aku tak abadikan aku tak perasan sangat :))) haruslah diabadikan dalam blog ye. hik hik.

bila baca entry balqis beberapa hari lepas, aku pun teringin jugak nak buat summary untuk sepanjang tahun 2011 ni. jom baca! summary yang aku ingat dan yang aku pernah tulis dalam blog yeeeee. kekekke..

januari 2011

*2011 aku habiskan setengah tahun di kemaman. dari januari sampai la julai 2011. lama kan? haha..
*abah bawak kitorang tengok bunga api malam tahun baru kat padang astaka ;D


* januari bulan terakhir yang aku tinggalkan tabiat ku mengupdate entry lapanpuluhkali sehari. boleh bayang tak? kalau sehari tu mesti nak buat 5 entry. gila!
* bulan januari jugak la aku buat blog baru aku, yang aku khaskan untuk aku join GA dan contest.


* kurangkan dan elakkan dari kopipes entry dari surat khabar online..
*bulan 1 jugak aku mengamuk dengan seorang perempuan. erm. tak nak fikir la, sebab dah lupakan pun. buat tak tau je sekarang. kehkehkeha asalkan dia tau batas dia. tu dah cukup. :) *bulan 1 jugak aku paling rajin update entry. tahniah! :P
* entry bulan 1 berjumlah 95

februari 2011

*aku masih di kemaman. harapan musnah bila tak dapat balik ke kulim sebab abah tak dapat cuti. sebab masa ni memang kitorang ada plan nak balik ke kulim.. erm. sedih :(
*seperti tahun2 yang lepas, ada entry pasal birthday girl, iceq. tahun 2011 pun ada. tahun depan mesti ada :P


*start belajar buat puding caramel. nyum3 ;D


*start menang hadiah contest/ giveaway. yang paling best dalam cocoa colagen sekotak! tapi tak sesuai dengan aku. setiap kali minum, jerawat naik mendadak. pehh. tapi habis jugak la sekotak tu. jenuh menahan sakit jerawat.. wuwuwuw


*start tidur pakai stokin. sampai la sekarang! aku pakai pun sebab satu malam tu rasa sejuk sesangat dan sampai sekarang masih amalkan.
*ada promote blog kawan aku, amirah jaafar.


*birthday abah tak de bulan ni. abah lahir 29/2/1960. hehehehe.. tapi ada entry pasal abah..

*entry bulan 2 berjumlah 35


mac 2011

*ketagih makan satay!! arghhh. serius, satay kat kemaman memang sangat sedap! 30 sen je secucuk. gemuk.. montok! tiap kali abah dapat gaji, mesti dia bawak!


*bulan 3 jugak la, kulit muka aku sangat teruk. mengelupas. banyak jerawat. aku syak akibat minum cocoa colagen dan aku stop pakai sabun taharah masa tu. wawawawawa.


*start pasang iklan heartbeat kat blog.
*masih join segmen di blog ni. cuma contest/GA sudah beralih arah ke blog baru aku.
*start kenal zahidah, pembuat cupcake yang sedap dan kiut miut. aku sempat lagi update entry pasal blog dia dan cupcake, masa tu berangan-angan nak order bila balik ke kulim! hehe..


*tolong jual keychain kat blog. tapi yang dibeli semuanya oleh kawan dia kat arau. haha..


*dapat hadiah jam tangan dari salah seorang penganjur contest. jam tu dah tak pakai sebab tali putus. hee..


*pasang header baru. dapat hadiah header dari anyyss. bukan 1 tapi 2! boleh tengok header lama dan baru di tab koleksi header :)


*entry bulan 3 berjumlah 25.

april 2011

*bulan april aku start buat tutorial
*aku start menang banyakkkkkkk hadiah dari contest/giveaway yang aku join. ada beberapa entry yang aku buat untuk diorang.
*tukar yahoo ke gmail.  yang buat. punyalah susah :)))) start ada akaun gmail.
*abah selalu bawak kitorang makan dan jalan-jalan di sekitar kemaman.


*nak kerja abah tak bagi, abah kata duk rumah abah boleh sara. sob2. balik kulim baru boleh kerja.
*jumpa heliza


*update entry pasal birthday girl lagi sorang, lynna vavavoom. XD

*start pakai sabun resdung permata hijrah dan hasilnya sangat memuaskan :)


*entry bulan april berjumlah 23 sahaja. paling sedikit update blog pada tahun 2011. mungkin kerana malas ;P

mei 2011

*aku buat contest teka teki. sambutan kurang memberangsangkan. mungkin sebab hadiah tak lumayan kot. haha. seminggu je contest tu berjalan. pemenang dapat hadiah lebih dari yang aku tulis di blog tau XD


*start gilakan macaroons. arghhhh. penangan sapa la ni kan..

*bulan ni menang besar bagi aku sebab aku banyak gila menang hadiah contest. aku bertungkus lumus menyiapkan entry dan memerah otak untuk mendapat dalam contest GA 11, yang mana berlangsung 11 hari, 11 penaja, dan apa lagi ek 11. aku pun dah lupa *__* aku menang banyakkkkkk hadiahhh. menang besar. menang besarrr :P


*aku ada buat entry pasal kenangan aku dengan seseorang yang dah lama aku buang dalam hidup aku. sampaikan si gadis pm . muahaha. pm aku sendiri kan boleh. terasa? lagipun aku tak tulis nama dia punnn. letak gambar pun tak. sampai sekarang kuncu2nya si mamat tu masih mengganggu aku. tak de kehidupan yang bahagia, macam tu la :))))


*hujung bulan 5 aku pergi KL. hoyeh. jumpa KLCC, tengok nur kasih the movie kat KLCC. nur kasih filem pertama aku tengok sejak masuk tahun 2011. :(( lepas tu pergi jengka pahang.

*entry bulan mei berjumlah 28

jun 2011

*buat video i love you-stop motion (eggs), sangat sweeetttttttttttttttt. nak tau tak, sejak bulan disember 2010 sampai ke saat ini, aku tak jumpa  pun. 8 bulan kami berjauhan. dugaan, kesedihan, tangisan sangat banyak. aku rasa tahun 2011 aku banyak menangis. sangat2 banyakkkkkkkk! . tapi alhamdulillah, walaupun kami berjauhan, hubungan masih ada, dan tetap ada, dia bersabar menunggu aku..wuu~ rindu gila ar. hehehe..


*1st time makan nasi kerabu sejak dok kat kemaman. hahaha punyala sedap. dulu aku makan tempat lain langsung tak sedap. aku rasa kedai pakcik tu je nasi kerabu dia sangat sedappppp. hehe.


*start pasang iklan churp churp.


*start buat tab menu.

*start pakai tweetdeck. thanks ev!

*masa ni ada sedikit lega dan rasa happy bila abah kata bulan julai kitorang akan balik ke kulim. bermaksud, aku akan jumpa ! ;D *senyum lebar-lebar*
*entry bulan jun berjumlah 30

julai 2011

*bulan yang paling best! banyak kegembiraan! surprise!!!! XD
*masa ni RM10.38 dah ada dalam akaun churp churp. keh3

*balik kulim!!
*kembali bertemu  sangat best. terlalu rindu! hik hik.
*tukar header baru!!


*tempah cupcake kat zahidah. celebrate birthday aku dengan kat kfc. dapat hadiah teddy bear domo dari ! aku kasi hadiah beg kat dia. hehee


*birthday aku 14 julai. birthday 15 julai. wow! celebrate sekali je. keh3


*dapat hadiah macaroons dari jierah! wahhhhhh!! suka sangat! ;D


*pegi padang besar dengan , bukan  je, dengan amul dan er kawan diorang lagi sorang. aku lupa nama.


*buat teka teki lagi. pemenang dapat hadiah keychain dari padang besar.
*kecoh habis pasal putus tunang khairul fahmi dan elia.

*start buat iklan percuma kat blog ni. sapa2 nak tampal iklan, sila ke atassssssss. hehe


*secara rasmi tamat status sebagai pelajar unikl msi lepas buat clearance :)


*entry bulan julai berjumlah 29

ogos 2011

*start bulan puasa. aku dan mama berpuasa di kulim tanpa abah. abah di kemaman :(
*start kerja di tat nasi ayam. bersama. pergi dan balik kerja bersama beliau. semuanya dengan beliau. shift pukul 3 petang sampai 11 malam. best sangat kerja sini. tapi sebulan je la sebab aku tak de transport nak sambung kerja kat situ lagi.. sebab bulan 9  akan balik ke arau..bersahur dengan mama, berbuka puasa dengan kawan2 di tat nasi ayam. kenyang betol kerja kat situ. hehehehe.. alhamdulillah dapat gaji aku gunakan untuk jelaskan bayaran konvo + fotografi dan sebagainya sepanjang aku di KL..


*sebabkan 8 bulan aku tak pernah jumpa  bulan ogos ni hari2 aku jumpa  maklumlah hari2 aku kerja. :))
*lagi saty entry pasal birthday girl. anis nabila!!! time konvo aku jumpa diaaaaa. heee sayang diaa..


*selalu buat entry auto publish sebab tak cukup masa nak update dan promote entry sebab lepas balik kerja je, online kejap lepas tu tidooo
*kena gigit charlie masa kat tempat kerja, sangat sakittttttttttttttttt :((((((((((((((


*dan selamat hari raya! beraya di kampung bersama abah dan mama. dapat hadiah jam tangan dari XD


*entry ogos berjumlah 30

september 2011

*7 september aku start kerja kat kedai kasut. mintak dua kali kot, baru dapat. syukur


*malas nak letak gambar kedai, kalau nak tengok., pegi cari sendiri. hahah*

*banyak entry aku pasal kerja dan bila aku baca balik, aku rasa bodoh sangattttttttt. hahaha..
*makan nando's dengan . hehhe 1st time..


*aku memang busy gila, duit konvo pun dah bayar. kekadang hantar dan amik aku balik kerja. tu yang best! :P
*sebulan kerja aku dah boleh handle semua. jadi manager pun dah boleh.. muahaha..
*dapat gaji, aku simpan untuk ke konvo.
* entry september berjumlah 26

oktober 2011

*beli novel 'biarkan ia pergi'


*anak kucing buat kecoh dalam kedai. terperangkap semalam. habis berak dalam kedai. arghh fobia.

*konvo!!! kat picc. dapat cuti 5 hari. best sangat2. akhirnya berjaya menggenggam segulung diploma. 3 tahun setengah aku berada di unikl msi. dulu masa sem 3, aku betol2 dah putus asa, tapi dengan semangat yang orang lain berikan, aku dapat jugak diploma *sedih*


*staff india sorang kena buang kerja, sebab dia nak cuti, ketua tak kasi. hurm..
*bulan ni ramai pelanggan agak kurang ajar ye. naya je aku kena. muahaha..
*tukar header baru. tempah dengan seorang blogger :)


*entry oktober berjumlah 31

november 2011

*dapat transport baru untuk pergi ke kerja. basikal ;D dari family 


*raya haji di kampung tanpa abah. paling merana aku rasa bila berada di kampung. arghhhhhhhh. aku harap aku takkan jumpa BELIAU lagi! noktah. tak mau. tak mau. serikk gila!


*kena kejar anjing :((
*makan kenny rogers dengan ! 1st timeee. memang berbaloi dan sangat sedap XD


*time ni dah start rasa stress, mula rasa diri dijadikan lembu. cuma pendamkan.
*hujung bulan siapkan surat untuk berhenti kerja. 31.12.2011 aku last kerja.
*menghitung hari lagi sebulan aku nak kerja. yeah
*entry november 2011 berjumlah 30

disember 2011

*aku rasa bukan disember bulan yang paling banyak aku ada masalah, bulan aku sangat stress, menangis dan macam2 la..
*mama demam teruk. lepas tu aku pulak. amik mc 3 hari. tapi ketua tak bagi. sungguh dia tak paham aku. sampai hati. aku dah stop tolong dia punch card, aku terasa sangat2. sejak tu dia dah start dingin. dah tak cakap dengan aku.


*rajin pulak keluar tengok wayang dengan mama


*birthday mama!!! ada entry pasal mama..



*beli kitab terfaktab


*sangat stress di tempat kerja. semuanya aku, aku, aku. aku sabar. sabar, sabar bila diperhambakan. dia kerah tenaga aku macam dah tak da hari esok.
*kemuncak bila dia hina aku macam2, panggil aku bodoh, aku terus cakap aku dah tak nak tolong dia lagi, tak nak gantikan dia jadi cashier, jaga kedai. dan akhir sekali, dia buang aku kerja. ralat dan sangat ralat. yang buang aku kerja pekerja full time. sebab apa? sebab aku dah tak nak ikut cakap dia.orang kata kaum tu memang macam tu, diorang akan simpan kita bila kita sanggup perhambakan diri untuk diorang, bila kita dah tak mau, diorang buang terus. siap ugut aku lagi.
*ramai nasihat cakap tak payah nak kenang lagi kerja tu. bukan salah aku. eh salah aku sebab terlalu ikut cakap orang. berkawan baik biarlah berpada-pada, jangan jadi macam lembu dicucuk hidung. pengajaran untuk aku. hak aku sebagai pekerja, sebagai gadis beragama Islam langsung tak de.. dia hanya persalahkan aku dan putar belit cakap aku buli dia selama ni! HAHAHAHAHA
* aku bekerja sebagai promoter tapi selama aku kerja, aku bukan sekadar promoter, aku la cashier, aku jaga kedai siang malam, tanpa ada waktu pergi mandi, dan solat, cuma makan pun ikut sempat je, aku la cleaner, orang lain langsung tak nak. okay tak apa, selama ni gaji aku dibayar hanya untuk promoter. aku halalkan je tenaga dan duit yang patut aku dapat sepanjang aku kerja kat situ. aku banyak kerja free dari berbayar. tak apa, amik la. aku redha. aku memang suka tolong orang. sampai diorang lenyek kepala aku.
*aku selalu menangis bulan ni. banyak sangat dugaan :(((
*31/12. aku akan balik ke terengganu. kenapa? nak balik jumpa abah dan tenangkan fikiran. terlalu kusut...

selalu orang lain awal rasa susah, rasa stress, tapi aku pulak terbalik. awal tahun rasa senang, akhir tahun banyak sangat dugaan :(((

HARAPAN AKU UNTUK BULAN 2012

*nak dapatkan lesen moto dalam masa terdekat.
*nak dapatkan moto
*nak cari kerja yang ada kaitan dengan kos aku. yang aku boleh gunakan diploma aku.
*nak bahagiakan mama dan abah.
*buang sikap degil, panas baran (start aku kerja aku jadi panas baran, mungkin sebab hari2 dapat pelanggan kurang ajar), keras kepala..
*jadi yang terbaik di kalangan keluarga, buah hati dan kawan2. INSYALLAH. amin..

fakta :

1) entry paling panjang aku penah karang. dan amik masa yang lama. maklumlah rumusan kehidupan 2011 kan. bukan semua ye. sesetengah je. hahaha..

2) entry ni aku karang 2 hari sebelum aku publish. macam biasa. auto publish

3) masa korang baca entry ni, aku sedang dalam perjalanan ke KL bersama mama. abah datang amik kitorang kat KL dan 1/1/2012 kitorang akan bertolak pulang ke terengganu.

4) entry seterusnya masih autopublish sebab aku tak yakin kat kemaman internet laju.. gahahah.

5) terima kasih membaca! ;D

ARTIKEL RAKAN BLOGGER