Saturday, January 8, 2011

OH MAMA!


salam

contest yang best! serius best! keh3. aku pun berbesar hati nak join la. hehee contest ni aku tengok dari blog aizul marcello. hehe

contest dari sudirman!



banner contest beliau~~

contest cerita pasal ibu anda. ibu masing2 okay. tak kira la apa saja cerita, sedih ke kelakar ke, cerita je. nak tau syarat2nya dengan lebih detail lagi.. boleh pergi ke blog beliau. nanti aku kasi link k. hehe


ceritanya bermula dari sekarangg:


nama mama noor fishah bt ismail. mama dilahirkan di pekan darat, pulau pinang pada 18 disember 1965. mama anak bongsu dari 6 adik beradik. anak bongsuu~ konfirm manja. hik hik hik. iklan kejap, okay sambung. mama kahwin dengan abah pada 1 februari tahun 1988. mama kahwin atas pilihan keluarga dan alhamdulillah kekal sampai sekarang, dah 23 tahun mama dan abah hidup bersama. mama mempunyai seorang anak tunggal yang comel. keh3. iaitu aku! okay dah.

mama seorang yang penyayang, ambil berat, pandai memasak, pandai menjahit, suka menasihati, kadang2 garang, dan kelakar. takkan ada sesiapa yang boleh ganti tempat mama. mama cukup manja kan aku. maklumlah anak tunggal. hik hik hik. manjanya pun dia tak pernah la terlalu sporting sampai bebas bagi aku keluar dengan budak2 lelaki. sportingnya bertempat la kan..

tipu la kalau kata mama tak pernah menangis. mesti la ada. pertama, masa tu aku bergado dengan ex aku. err. aku kenal dia masa form4. chatting la kan. dia penah datang rumah. mama kata mama tak suka sangat sebab sikap dia seolah2 tak hormat orang tua. tapi sebabkan terlalu sayang cinta mati la kononnya kan, hubungan itu berlarutan hampir 2 tahun. dia pernah kata kat mama yang dia tak nak aku sambung belajar, atau kerja sebab kalau aku kahwin dengan dia, dia nak aku jadi surirumah tangga sepenuh masa dan dia jugak cakap dia nak beli rumah dekat2 dengan rumah keluarga dia, oh. sejak tu mama kata kalau aku terima dia sebagai suami, konfirm aku kena buang mama. mesti la aku tak nak kan. yang tak boleh lupa, masa aku gadoh dengan ex aku tu, aku menangis2 teresak2, sampai tak tau nak cakap la kan. dia maki hamun aku berlori, berbas2, berbasikal semuanya ada. suka hati dia je kan. aku menangis2 dan mama aku peluk aku dan suruh aku sabar banyak2 dan fikir dia boleh ke bimbing aku suatu hari nanti. sedih sangat..wuu

kedua, pasal ex aku jugak. aih. sebab ex aku jugak la semua ni berlaku kan. masa tu berlakulah kecurangan ex aku dengan betina lain. lepas tu aku sedih sangat2 dan sampai aku tengah makan nasi pun aku masih menangis2. gila aku menangis dulu. kahkahkah. lepas tu entah macam mana, aku tercekik tulang. sakit gila. aku lagi la menangis. alahai. aku rasa macam tak boleh bernafas pun ada. mama terus pergi rumah jiran mintak bantuan, tapi masa tu dah malam dan abah tengah kerja, macam2 mama tolong buat nak bagi tulang ikan tu terkeluar sampai last2 mama pun menangis sekali. wuuuuu malam tu aku tido dengan linangan air mata dan kesakitan.

itu kisah yang paling sedih la aku pernah rasa. sebenarnya banyak lagi dugaan yang melanda keluarga kami tapi biarlah rahsia. hehe

dan aku pernah lihat kekecewaan di wajah mama bila aku dapat upsr 2A. sebab apa? mama kata kalau dapat 5a atau 4a mama nak bagi aku dok asrama. aku tak nakk. sumpah masa darjah 6 aku malas giler belajar sebab taknak masuk asrama. hoho last2 dapat 2A. sedangkan kawan2 dapat 5a dan 4a. sedih tak payah nak cakap la kan. dah la ari2 mama amik aku dari sekolah dengan basikal.

yang best sebab mama selalu support aku dalam segala hal. down macam mana pun aku, teruk macam mana pun aku, mama yang sentiasa bagi sokongan dan dorongan kepada aku. aku memang dari kecik2, aku suka cerita segala macam hal kepada mama. tak kira la walau hal itu sekotor2nya mama mesti akan tauuu.. mama pernah jugak marah orang2 yang nak permainkan perasaan aku je. mesti la pernah kan. hehe yang aku tau, mama langsung tak nak tengok aku sedih walau sesaat.

serius, takkan ada sapa boleh ganti tempat mama. kalau orang lain, boleh dia teman aku tido masa aku demam atau takot hantu? boleh dia tangkapkan rama2, kumbang, spraykan lipas, dan buang jauh2 dari aku? boleh? boleh dia masakkan sedap2 untuk aku? boleh dia nasihatkan aku elok2? boleh dia manjakan aku? boleh dia layan aku sepenuh hati? boleh?? ada ke?? konfirm tak ada, serius!

aku sayang mama aku lebih dari segalanya. kalau orang yang aku sayang, mama aku tak terima, aku mesti pilih mama, bukti? aku putuskan hubungan dengan si ex sebaik saja melangkah ke msi dulu. aku mesti la pilih mama. nak pilih lelaki yang suka maki2? jangan harapp! aku pantang sungguh kalau ada orang marah mak aku, perli ke, peh panas hati weh, mama akuuuu dowh. bukan orang lain. memang aku panas gila2. grrr. bagi aku mama paling penting. sangat2 penting..

azam? err.. aku mesti la nak bahagiakan mama aku. aku kalau boleh nanti nak dok umah dekat2 dengan mama aku. senang la kan sebaorang kulim jugak. hik3. aku nak satu hari nanti mama rasa berbangga dengan kejayaan aku yang aku dapat dengan usaha aku sendiri. aku nak buktikan pada orang2 yang dok mengutuk mama aku, anak tunggal pun boleh berjaya macam orang lain. aku mesti akan utamakan mama aku dan aku taknak langsung lihat dia menangis lagi. aku nak hadiahkan anak2 yang comel2 dan didik macam mama aku didik aku. tak garang, tak lembut sangat. segala2nya la untuk mama akuu..

aku nak mewarisi kepandaian memasak dan menjahit dari mama aku. insyallah.. aku suka sangat2 sebab mama aku suka dengan pilihan aku sekarang iaitu hehe restu mama penting kan dalam sesebuah perhubungan!

cukup la itu saja. hehe panjang sangat la pulak. penat beliau nak baca nanti. heheh.aku suka contest macam ni. kepada orang lain, buat la contest macam ni okay. best. dan bermakna. kalau tak menang pun sekurang2nya dapat jugak luahkan isi hati kita.

jom layan gambar aku dan mama.






tarikh tutup contest ini : 21/1/2011. hadiah yang ditawarkan pulak sangat la lumayan!! d0akan aku agar juri berkenan dengan kisah aku ini dan menambat hati beliau. hehe

klik SINI untuk joinnn!!

mama selalu berpesan. 'kalau nanti dah kahwin, ada mak mentua, layanlah dia seperti mama dan anggap la dia seperti mama. insyallah hubungan akan dirahmati sepanjang hayat ':)

terima kasih sebab sudi baca kisah panjang ini. sudi2lah tinggalkan komen ya.

7 comments:

sudirman said...

yeh..kalau mak tak suka awek..jgn bawa pulang rumah ye..heheheh..dah baca pun..dah masukkan link blog awak ke list contest...tq ye...

platipus said...

muka kau mcam fotostat muka mak kau

Unknown said...

hapepon memang anak mama le ni..muke pon sebijik je kan..ehhe..sdeyh bace sal ex tu..

Faten Rosli said...

nice en3..
terasa sebak bile baca en3 ni.. i love mymum 2.. she is everything for me..

gudluck ^_^

Atika Natasha said...

ish3..ex fatin tuh mlampau kan..nasib baik mak fatin dh bnteras awal2,kal0 tak taktau la..hehe..

KyêrulL said...

Hai~
semoga berjaya dalam contest ni :)

Noor Fatin said...

sudirman: yeah. hehehe sama2 :)

platipus: mak aku mesin fotostat. err

jiji: hehheh thanx!

fatin: betol tu.. thanx!

atika: tau xpa. kalau tak,uwaaaa

kyerul: thanx! :)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER