Wednesday, May 8, 2013

SEJUTA ALASAN UNTUK SENYUM

Assalamualaikum!

wahai para pembaca sekalian, masihkah ada yang setia membaca blog ini? hahaha hamboi ayat. aih. lama kot aku tak jenguk blog ni. sorry im busy. LOL asyik asyik alasan busy, bukan busy dengan kerja tapi sebenarnya malas nak taip. ekekeke

ahh kali ni bagi aku membebel panjang berjela dalam entry ni okay! sebulan dah tak update kan. nak kurangkan upload gambar kat sini sebab nak taip panjang2. kakaka!

oh ye, rupanya sebulan dah aku kerja kat kilang tu. fuyoo aku baru sedar sebulan masa aku sembang2 dengan iceq hari tu. aah kan dah sebulan dah aku bergelar seorang pekerja. cewah. dan pada 1 mei yang lalu iaitu hari pekerja, dapat la aku rasa nikmat cuti sebagai seorang pekerja. wkwkwkwkw wohoo hari pekerja tu la kitorang berjimba jimba kat subang jaya. hekhek aku, nana, iceq dan fazlan! makan sushi king, window shopping!hee

gaji pertama pun dah dapat. alhamdulillah =) aku berpuas hati sebab dapat gaji yang aku mintak. berbaloi dan standard la untuk lepasan diploma dan yang tak pernah ada pengalaman kerja macam aku ni.. hahaha aku mintak sendiri nak gaji banyak tu dan aku syukur sebab kilang approve! wohoo. bagi aku tu dah agak tinggi sebab aku langsung tak de pengalaman kerja. kerja kedai nasi ayam pernah la! hakhak!


aku dah ada satu buku dan setiap hari dalam buku tu aku akan catat segala perbelanjaan duit yang keluar dan yang masuk. hari hari dan setakat ni belum miss. sebenarnya aku dari dulu ada masalah peribadi tak pandai uruskan kewangan sendiri. kadangkala aku sendiri tak tau mana pergi duit duit aku. hahahaha so mama cadangkan bila dapat je gaji pertama, buat macam ni. supaya kita tau banyak mana duit masuk, banyak mana duit keluar. mana duit untuk keperluan, mana duit untuk kehendak.  hahah!

ya ianya baru bulan pertama dan aku masih lagi usaha perbaiki kedudukan kewangan aku. bulan pertama budget dah lari sebab broadband je rm200. sewa rumah lagi. makan lagi. haiyaa. hahah

syukurlah aku ada mama dan abah yang setiap hari tak putus2 nak call, nak sms nasihat itu ini, pesan itu ini. alhamdulillah =)

kalau di tanya kenapa aku suka kerja kat sini, kenapa aku nak sangat kerja kat sini, aku ada jawapanku sendiri. walaupun ada desas desus mengatakan aku sambung kerja kat sini sebab ada adik kesayangan kat sini (eh?), oh aku buat keputusan sebelum aku kenal rapat dengan dia okay. hahaha!

dulu masa aku kat tati, sambung kursus lepasan diploma dalam jurusan industrial design, aku dah letakkan matlamat aku nak buat latihan praktikal kat kilang. yeah kilang. ramai orang memilih syarikat tapi aku pilih kilang. wohoo lepas tu iceq pulak kebetulan kerja kat area subang dan terus aku mintak area subang jaya! haha! aku rasa dalam 30 permohonan kot aku hantar, ada yang balas cakap tak de amik budak praktikal kat sini la, ada yang tawar masuk logistik la. dan masa tu serius aku tak tau apa itu logistik! haha! dan banyak yang tak replyy.

dan masa kilang aku yang sekarang ni, call dan aku serius langsung tak duga yang aku akan dapat praktikal kat sini. dan masa tu la baru aku nak google bagai nak cari rumah sewa la apa la semua2 la. ekekek

pejam celik, masuk bulan 5 ni dah 6 bulan aku kat sini. dah 6 bulan aku menetap di subang jaya ni =)

sebenarnya aku suka dengan kerja aku. suka.. masa mula2 aku dapat tau aku dapat production department, aku pun eh, biar betol? haha! aku datang kat kilang dengan 0 pengalaman, zero knowledge. aku kutip sikit2 dan aku mula rasa aku semakin selesa dengan kilang ni!

dan macam-macam aku belajar. semuanya benda baru dan aku gunakan ilmu yang aku dapat masa kat unikl dulu, untuk kerja di sini. akhirnya rezeki aku kat sini. ya, aku dapat tau aku dapat kerja kat sini pun masa hari terakhir aku praktikal. haha kalau tak dapat? tak apa, Allah dah susun atur semuanya. =)

aku masuk kerja 3.4.2013, masa tu tak silap aku PM umum pembubaran parlimen, kan? ke bukan? eh lupa lupa. hihi!

dan sampai sekarang aku suka sangat dengan kerja aku. aku suka dengan jawatan yang diberikan, segala kerja yang diberikan, aku suka. bayangkan kita suka dengan kerja kita, kita mesti boleh buat dengan senang hati, ye dak? kita mesti ada rasa semangat nak belajar lagi dan lagi kan? bayangkan kalau kita rasa kerja ni tak best, semua yang nak dibuat, semua tak suka.

dan aku suka. terima kasih Allah. walaupun aku sendiri tak menduga aku dapat kerja ni yang akhirnya ada related dengan diploma aku, aku bersyukur. dulu masa mula mula aku masuk dip, aku pernah tertanya, kenapa aku amik engineering?padahal masa spm aku amik kos akaun kot. kahkah. aku tertanya. masa aku fail dalam exam, masa pointer aku teruk, masa mara aku kena sekat, aku sering tertanya, kenapa aku amik engineering? kenapa?

dan ya, inilah sebabnya. kita tak tau apa yang akan jadi selepas 6 tahun dari tahun 2007. dan sekarang baru aku paham, baru aku mengerti dan aku dah boleh jawab dah kenapa aku amik engineering dulu tu. 

Allah dah susun atur elok elok. usaha, doa dan tawakal, insya Allah, nak senang mintak pada Allah, nak apa saja mintak pada Allah, Allah always with us.

dah sebulan kerja, maknanya ada lagi 5 bulan utk confirm. kat sini 6 bulan tau utk confirmation. ahah dan aku rasa sebulan tu kejap sangat so aku rasa 6 bulan tu mesti jadi sekejap sangat! hakhak!

dan aku rasa masa aku start praktikal dan sampai kerja ni la, aku banyak la belajar speaking! wakaka! dulu2 mana ada! kekok kot. tapi kat sini ye la, budak2 nepal ada yang tak pandai cakap melayu, beruntunglah diorang tau jugak english sikit2 so english jadi pengantaraan, kalau yang tak tau langsung, guna bahasa isyarat je la! kakakakaa! lepas ni kalau aku jumpa omputih, tak la aku rasa nak lari lagi! muahaha!

oh ye, menyentuh pasal pru13, tahniah lah pada yang menang. haha kepada yang belum, insyaAllah, Allah tahu yang terbaik. dont worry. doa banyak2! usaha! 

ini kali pertama aku mengundi. yee dan budak2 1989 pun semuanya kali pertama boleh pergi mengundi kan. aku dengan senang hatinya mintak cuti pada hari isnin sebab nak balik kulim nak mengundi! kakkakaka

aku mengundi kat dewan bandaran kulim. aku sampai pun dah tengahari. so suasana agak lengang sampaikan aku sorang je masa nak buang undi kat saluran 4 tu. eh mana pergi yang lain? mana pergi anak anak muda lain? akkakaka

aku balik kampung hari sabtu tu. naik bas kat puduraya. boleh dianggap perjalanan cik kiah jugak lah sebab keluar dari rumah pukul 6 pagi semata mata takot tak dapat sampai ke puduraya sebelum pukul 10. hahaa! semangat!

dari rumah aku naik bas ke ktm subang jaya, pastu ke kl sentral, pastu masjid jamek, pastu plaza rakyat. pastu baru sampai puduraya. *pengsan*

dah sampai jeti ( penang sentral), naik pulak bas ke kampung aku. esoknya hari mengundi, naik bas dari kampung ke jeti, pastu amik pulak bas ke kulim. haaa tu diaaa. tak nak lepaskan peluang ni sebab kali pertama!

dan yang bestnya aku dapat jumpa yuhana! haha terima kasih banyak2 kepada yuhana sebab datang jumpa aku. wohoo kenal bertahun2 tapi baru tahun ni dapat bersua muka! hehe tak apa, ada rezeki kita jumpa lagi okay! ;D

hari mengundi tu aku keluar makan dengan cik puan muda aya dan seterusnya jumpa mak angkat aku. serius dia cantik woo dan nampak muda dan aku memang sayangkan dia. bertuah dapat kenal dia =) 

dah dah aku nak lekatkan gambar jari aku kat sini walaupun pru13 sudah lama berlalu. ekekek


kenangan woi!

saya sudah, anda??

*caption paling lambat*

aku pun tak tau aku ni dah banyak sangat membebel ke hape kat entry kali ni. lama kot tak update. sapa la yang baca entry aku lagi kan. haha maklumlah dah tak aktif! =P baca tak baca, aku tetap nak taip lagi! wakaka!

so sekarang aku dah jadi orang subang jaya dan sesapa nak jumpa aku, boleh dah roger2! hakhak! sini senang pengangkutan awam, so tiada masalah bagi aku untuk keluar. dan kat sini jugak senang nak jumpa artis sebab kat mydin usj tu selalu je ada artis datang buat show. kalau bosan bosan duduk rumah, aku pergi la tengok! hiks!

aku anak tunggal. mama dan abah tak pernah ajar aku erti senang, erti kemewahan dan aku bersyukur. kalau dari dulu agaknya aku dilimpahi dengan kemewahan, mungkin aku tidak jadi seperti sekarang. sungguh bahagianya dapat memiliki mama dan abah seperti ini. 

aku akan buktikan pada mama dan abah dan jugak pada orang lain, walaupun aku penah gagal dalam exam, pointer aku dulu sangat rendah tapi aku masih boleh berjaya. insyaAllah mungkin bukan sekarang tapi satu hari. matlamat dan impian tu ada. tengah berusaha untuk merealisasikannya. apa saja dugaan, ujian, semua datang dari Allah.

orang nak cakap apa pun, cakap la. bagi aku, Allah ada. =)


...sitting and waiting is one of the most miserable occupations known to man - not that it usually is known to men; women do it much more often..


terima kasih kerana membaca entry ini. ingatlah kata kata ini,

..walaupun kehidupan memberi seribu alasan untuk kita bersedih, carilah sejuta alasan untuk buat kita tersenyum..

=)

salam sayang,

fatin vroom vroom.

eh?


Saturday, April 6, 2013

MAKBUL =)

Assalamualaikum =)

berjumpa lagi kita pada entry kali ni! maaflah, kemalasan untuk update entry setiap hari kembali lagi. tak boleh buat apa la kan. wkwkwkw!

alhamdulillah, aku dah dapat kerja tau =) kat kilang yang sama yang aku praktikal dulu! hehe punyalah suka kan. sebenarnya memang aku nak sangat kerja kat kilang tu memandangkan aku dah banyak belajar macam-macam kat sana. sayangnya kalau tak teruskan kat situ. memula dapat offer kerja department lain, tapi alhamdulillah dapat offer kerja kat department production jugak (sama macam praktikal dulu) dan jawatan yang tidak disangka. rezeki Allah bagi =)

happy jugak sebab dapat kerja yang sama bidang. engineering juga. aku habis diploma hujung tahun 2010, 2011 aku kerja dalam 5bulan kat kedai nasi ayam dan kedai kasut. lepas tu menganggur lagi, sampai la bulan 6 2012 aku masuk belajar di tati. amik kursus. habis praktikal mac 2013 dan april 2013 sambung kerja di situ.. lega!

banyak bulan jugak la menganggur. aku rasa setahun lebih pun ada. kadang2 rasa macam putus asa tapi tu la, kita nak kan sesuatu, kita mesti usaha! usaha punya usaha, doa dan tawakal, Allah bagi rezeki ini. 

secara rasminya aku menetap di subang jayaaaaaa.. wohoo! dah jadi orang subang sekarang ni.. wkwkwkwkkw!

bye kemaman. ada rezeki kita jumpa lagi. ekekekek


lorong rumah aku. tengok semua pink. arrow pun. kemain. haha comel jek. ni rumah kat kemaman ye.



baru 3 hari kerja, ada pertandingan bowling oleh company kat summit. wohoo best weh! ;D rugi sapa tak join. aku dah la bertahun-tahun tak main bowling. memang la dulu2 ada main jugak. 1st time aku main masa form5 kot. masa tu kat ampang. lepas tu kat kulim je la. tapi tu la hati tak minat nak main nak buat macam mana. hewhew

mula2 rasa tak nak join sebab yela kita kan tak pandai main bowling. risau dengan kita-kita sekali masuk dalam lane tu. heh. tapi pergi jugak la. ni la masanya nak kenal staff2 yang lain, nak beramah mesra, nak eratkan silaturrahim. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. walaupun kalah tapi kemanisan persahabatan tu amat bernilai =)

tapi kalau tak masuk longkang, tak best la kan? err


rovskibowlingteam! wearefamily!

05042013

sekarang rasa kehidupan pun dah busy. tanggungjawab pun dah bertambah. semoga dipermudahkan urusan olehNya =)


xoxo

Thursday, March 21, 2013

SEGMEN : SAYA SUKA MAKAN



assalamualaikum =)

sebenarnya dah 9 bulan aku tinggalkan dunia contest/giveaway. blogger sezaman aku dulu pun nampaknya macam dah tak da yang join je. wuwuwuwuw its okay. beberapa hari yang lepas sempat la aku join beberapa giveaway. saja bosan-bosan bila menganggur ni kan? eh.

kali ni aku nak join segmen saya suka makan! hahaha haa sat, kalau bab makan, serah kat aku. mampu bercerita hingga titik yang terakhir, wkwkwkwkw

segmen : saya suka makan oleh nasuha.


banner segmen.

kalau anda nak join pun boleh.. hanya perlu KLIK SINI dan join!

okay mari kita mulakan cerita!

makanan kegemaran aku sekarang adalah kenny rogers! restoran pilihan fatin vavavoom masa kini. err err

aku start kenal kenny rogers hujung tahun 2011. masa tu selalu dengar orang sebut kenny rogers dan harganya pun boleh tahan, dapat je gaji terus ajak kawan pergi makan. hamboi kawan gitu.

dan.. peh!! sedapp.. memang kena dengan selera aku. tapi tu la harganya boleh tahan. tapi selalunya makan berdua saja. around rm53 sekali dengan tax. okay la kan. berbulan-bulan sekali.

aku tak tau kenapa tapi aku suka sangat makan kenny rogers. i love food and i love this restaurant so much. walaupun aku tak pernah try makanan dia yang lain lagi. err err.

sebab selalunya aku akan amik 1/4 quarter meal + perisa bbq + 3 sides dishes + chocolate muffin + ice lemon tea. tu je la yang aku selalu order. kui kui

dulu2 aku tak berapa pandai order 3 sides dishes ni tapi sejak aku tau ada macaroni cheese, aku mesti nak pilih yang tu. lagi satu garden pasta salad. err err dua2 memang ohsem dan lagi satu aku akan piih secara random. kahkah

baru 5x makan kenny rogers dalam masa 2 tahun ni dan nak lagi!! ^__^



LOKASI : JUSCO PERDA
TARIKH : 11/11/2011
PARTNER : MR F



LOKASI : QUEENSBAY, PENANG
TARIKH : 24/10/2012
PARTNER : MR S


LOKASI : BERJAYA TIMES SQUARE, KL
TARIKH : 23/12/2012
PARTNER : MISS SYAZWANI


LOKASI : THE PARADIGM MALL
TARIKH : 26/1/2013
PARTNER : MISS NANA USAGI KECHIK DAN MISS SADELINE VATERIA



LOKASI : QUEENSBAY, PENANG
TARIKH : 13/3/2013
PARTNER : MY MAMA

 2bulan sekali pun dah cukup bagi aku haa. mana boleh makan selalu. nanti jemu. makan jarang2. nanti makan lagi bila dah rindu sangat. LOL

aku pernah sekali amik 1/2 chicken dan aku kekenyangan sangat. sebab hari tu aku tak makan langsung. malam tu tak boleh tido sebab aku simbah kuah bbq banyak sangat. hakhakhak! panas!

mungkin citarasa kita berbeza tapi hati kita tetap sama. eh.

tarikh tutup segmen ni 31/3/2013 dan jom join reramai!! ;D

nak tag





ARTIKEL RAKAN BLOGGER