Monday, January 31, 2011

BELAJAR ATAU BERKAHWIN?

Salam

Hari ini dah isnin. dah pukul 5.30 petang pun. esok selasa. lusa rabu. errr apa ni? apa ni? haha semalam ahad kan? so abah beli dua paper, berita minggu dan berita mingguan. mesti la beli dua. kalau satu kang, tak best. haha aku tertarik nak tulis post pasal topik ni sejak aku baca dalam paper pancaindera dari mingguan malaysia.

Sesiapa yang dah beli, boleh la baca. sesiapa yang tak beli,meh aku nak cerita.topiknya belajar atau berkahwin. aku tak tau kisah ni berlaku kat mana tapi betol2 menarik perhatian aku untuk share dengan korang.

Kalau remaja berumur 16 tahun ke bawah yang ingin berkahwin, mereka perlulah mendapatkan kebenaran dalm mahkamah. betol tak? kisahnya bermula apabila sepasang kekasih berusia 15 tahun datang ke mahkamah syariah untuk mendapatkan kebenaran untuk berkahwin. hakim syari'e itu berkali-kali menanyakan soalan kepada pasangan berkenaan, adakah mereka betol2 bersedia untuk berumahtangga sedangkan umur mereka baru 15 tahun..

Hakim syari'e tersebut menanyakan satu soalan, sekiranya mereka dibenarkan berkahwin, dimanakah mereka akan tinggal? Ali, pasangan lelaki tersebut menyatakan mereka telah berbincang soal ini dan mengambil keputusan untuk tinggal di rumah Laila, pasangan wanita, kerana menurut beliau, bilik tidur Laila lebih besar dari bilik tidur Ali. Hakmi syari'e tersenyum dan berasa kagum kerana mereka telah memikirkan soal itu dari awal.

Kemudian, hakim syari'e menanyakan soalan lagi, 'Sekiranya kamu dibenarkan berkahwin dengan Laila, bagaimana kamu hendak menanggung Laila sedangkan kamu masih lagi bersekolah?'.Lalu Ali menjawab 'Yang Arif, kami mempunyai tabungan dan sekiranya tabungan tersebut disatukan dan kami berbelanja hanya rm10 sehari dan membawa bekal ke sekolah, kami akan dapat menampung kehidupan kami setelah berkahwin sehingga selesai peperiksaan PMR'.

Hakim benar2 kagum dengan jawapan pasangan tadi yang bersungguh-sungguh ingin berkahwin dengan pasangannya itu. dan hakim bertanya lagi,

'Oleh kerana kedua-dua kamu akan mengambil peperiksaan PMR pada hujung tahun ini, bagaimana kamu hendak pastikan yang Laila tidak akan hamil ketika tempoh tersebut?' Lalu dengan penuh senyuman dan kesungguhan, Ali menjawab ' Yang Arif jangan khuatir, kami telah pun melakukannya dan nasib kami baik kerana Laila tidak hamil langsung!'. Hakim terkejut dan menarik muka masam kerana tidak kagum langsung dengan jawapan itu.

Dalam hal ini siapa yang patut bertanggungjawab? pasangan itu atau kedua ibu bapanya? sehinggakan mereka sanggup melakukan perbuatan itu sebelum berkahwin. ibu bapa sekarang susah sangat kan nak bagi anak2 berkahwin dalam usia yang muda. betol tak? kebanyakkan mengharap anak mereka belajar di peringkat yang lebih tinggi, memperoleh kejayaan dan membalas jasa mereka. tetapi kalau sudah berlaku perkara tersebut?

pada pandangan aku la kan, peranan ibu bapa penting dalam mengawal situasi anak2. jangan bagi anak keluar sesuka hati dengan orang yang tak kenal. jangan terlalu sporting dan jangan terlalu mengawal. sebab ia akan memberi tekanan pada anak2. selalulah dekat dengan anak2 supaya mereka tidak akan pernah berasa tersisih.

si anak pulak, jangan terlalu ikut hawa nafsu. terutamanya kaum wanita. pandai2 la jaga diri kalau nak pergi sana sini dengan orang yang baru kenal. kalau boleh elakkan la. sebab kebanyakan lelaki suka amik kesempatan apabila lihat wanita ini lemah.. elakkan berjumpa kawan yang baru kenali, yang kita tak tau hati budi dia macam mana. elakkan la!

utamakan pelajaran, utamakan keluarga. bukan semua pasangan yang bercinta akan gagal dalam pelajaran. yang penting hati. semuanya bergantung kepada niat!

bagi korang macam mana? aku betol2 terkejut bila baca topik tu. sampai macam tu sekali. tak penah terfikir. hoho. moga2 kita dan keluarga kita dijauhkan dari semua itu. amin..

sumber: pancaindera mingguan malaysia. topik belajar atau berkahwin. diolah sikit2 guna ayat aku. aku tak copy sebijik2 okay!

BLOG BARU AKU!! ;D

salam!

semalam aku update satu post je. internet lembap gila. maklumlah hujan lebat kat sini. alahai. sejuk gila. rasa tak mau mandi dua tiga hari. haha! sejukkkkkkkk. banyak kawasan dalam malaysia ni hujan kan? kat johor dah banjir pun..wuu. jaga la diri anda masing2 okay! terutama kepada pelajar2 yang balik cuti tu, assignment jangan dilupa. haha assignment dengan pelajar bagai isi dengan kuku., takkan pernah boleh dipisahkan. haha!!

hari ini aku nak rasmi blog baru aku! haha dah lama kot buat. sekarang baru nak rasmi. sori ya kawan2, hakhak. tetiba rasa nak buat pulak blog tuu. blog tu aku khaskan untuk giveaway dan contest saja. bukan apa, aku tengok ramai blogger2 yang buat dua blog, satu blog peribadi, dan satu lagi blog untuk join contest dan giveaway. aku selalu sangat bukak blog diorang untuk mengetahui ada tak giveaway atau contest yang baru.

antaranya: cute mum, miza yusof dan nadia

ok la kan? di samping dapat lebih luaskan pergaulan, insyallah boleh dapat hadiah yang menarik kalau bertuah. dapat tak dapat soal kedua. hehe boleh jugak kenal blogger2 yang lain yang suka join giveaway dan contest. hoho betol tak? err aku akan update selalu contest2 terkini kat sidebar. insyallah. sementara aku kat rumah ni, aku akan update secepat mungkin. hoho..

sesiapa yang nak tengok blog tu, boleh la layari


nama tu aku ambil sempena aku yang sangat sukakan contest. blog ni kan fatinlovefaiq. blog kedua fatinlovecontest la. semua sekali la. contest ke giveaway ke. takkan nak tulis link panjang2. ye dak? penat nak hafal nanti. hakhak.

ikut korang ler nak follow ke tak. sebab yang ni betol2 blog rasmi aku. yang kedua hanya sampingan. contest dan giveaway sahaja! hoho. aku ramai sangat kena tag dengan orang, sampai aku tak tau nak join yang mana satu. hakhak so bila aku buat macam tu, boleh la ramai tag aku untuk join giveaway/contest dan aku akan tag korang balik. hoho

ok korang. sesiapa yang suka join giveaway dan contest, boleh la buka blog baru aku~ kehkeh

update: contest dan giveaway yang ada kat sidebar kat blog ni akan tetap ada sampai la diorang dah abis umum pemenang, baru aku akan remove. contest/giveaway yang baru aku akan update di blog baru :)

Sunday, January 30, 2011

BUKAN KENA BAYAR MAHAL PUN KAN!

salam~

tadi aku check keyword nuffnang. ada orang taip *fasha sandha jangan jolok sarang tebuan* dan *jangan jolok sarang tebuan fasha*. kahkahkah gelak guling2 aku. sebabnya aku memang ada buat post pasal tajuk tu. klik SINI. tapi bukan la kisah fasha sandha. hahaha alahai. kisah pasal tu aku rasa tak perlu aku ulas lagi. malas nak amik tahu. biar je la. anggap je la dugaan. tu saja.

^__^ V peace!

huhu sesiapa yang ada facebook tu, boleh la join grup INI. klik dulu. baru tau grup apa. hakhak. semuanya bermula dari laman sosial myspace, lepas tu sekarang dah menular di kalangan2 blogger2 pulak. alahai. cepat betol. apa yang anda tulis di myspace, kat blog pun anda tulis. alahai. banyak dah aku jumpa. ada sorang dua aku tegur. lepas tu senyap macam tu aje.

korang suka tak kalau ada orang taip perkataan macam ni? ni antara gambar2 yang aku ambik kat grup tu dan yang aku cari kat google. aku tak kenal pun diorang. aku amik sebab nak jadikan contoh.


ni kat blog. aku tak nampak sangat tulisannya. gelap. anda zoom, anda dalam lihat apa yang dia tulis..

blog.

blog.

blog.

blog.

aku rasa yang ni paling teruk! lidah aku terbelit kalau aku baca sampai habis.

tagged kot. ke myspace ntah.


alahai..

formspring.


forum.

blog.
blog.

blog.


ni baru berapa persen saja. sebenarnya beribu2 yang suka tulis perkataan macam ni. kenapa? aku ada baca, diorang kata kalau tulis macam aku tulis ni, ayat skema. skema kah? peh, aku budak skema la. hakhak. bukan apa. skema skema jugak. jangan sampai merosakkan bahasa melayu. hari-hari laung bahasa jiwa bangsa tapi bila buat macam ni. alahai..

kebanyakan memang la budak sekolah. aku dulu pun penah jumpa jadi budak sekolah. tapi tak pernah lagi la aku nak tulis macam ni.. ni dah teruk sangat. semuanya berubah dan paling diorang suka tambah W kat belakang. kenapa? apa jadi apew, mana jadi manew, gila jadi gilew, aku jadi aq, aque, ak, macam2 la. bila aku baca walau pun dalam hati, aku rasa jugak lidah aku terbelit-belit.

wahai blogger2 baru atau pun lama, tolonglah, jangan menulis blog guna ayat macam ni. tolonglah. sebab sumpah tak paham. nak orang datang blog kita, nak tambah follower, nak orang komen apa yang kita postkan, tapi tulisan? alahai. aku kadang2 pangkah je sebab aku baru baca perenggan pertama dah tak paham. apa yang aku nak komen lagi kan? sakit kepala kalau baca sampai habis.. alahai..

jangan ingat kami yang tulis macam ni, tulisan yang bagi semua orang paham, adalah orang yang kolot okay. tak ikut peredaran zaman. semua ayat nak ditukarkan dalam bahasa sendiri. sampai buat orang sakit hati, meluat nak baca dan lantas memangkah blog anda saja. anda mesti tak nak kan? mesti tak nak diri sendiri merungut sebab tak ada orang nak komen post kita kan? betol tak?

berubahlah, jangan risau, korang takkan kena bayar mahal pun kalau tulis penuh2, bagi orang paham. kalau nak shortform sangat, okay la kot, mungkin sebab kejar masa nak cepat2, yela, busy sangat kalah menteri.. tapi biarlah orang paham. biarlah orang rasa selesa dan rasa sayang kat blog kita, rasa selalu ja nak baca blog kita.. jangan la menyakitkan hati blogger2 yang lain. kalau nak tulis kat myspace, pergilah. sekarang ramai dah kot yang tak aktif kat myspace. ramai yang aktif kat facebook dan blog. ni blog okay. kalau tak nak orang baca blog anda, privatekan saja. tak pun tak payah blogwalking atau pergi follow orang. dok diam2 sudah~ senang.

aku tulis penuh2 macam ni kat setiap post aku, tiap2 bulan aku bayar broadband tetap rm138. belum penah maxis mintak rm500++ sebab aku terlebih had tulis perkataan. tak kan? korang pun mesti sama kan? kan? tulis la penuh-penuh.tak salahkan? orang pun suka, anda pun senang hati dan lebih rasa semangat nak tulis blog..

sesiapa yang terasa anda menulis macam tu, cepat2lah ubah bahasa anda. bahasa jiwa bangsa. bahasa menunjukkan peribadi kita. tolong tolong tolong berubah sebelum ada orang bongkarkan sapa yang tulis macam tu. kang jadi kontroversi pulak. haha

sapa setuju? ke ada yang lebih selesa baca blog yang tulis ayat macam tu? rujuk kat gambar2 kat atas.

sapa2 yang rasa aku dah print screen dia punya blog, boleh pm aku kat komen. haha ^__^

nasihat kepada blogger2 yang suka tulis macam ni. ;) sayangilah pembaca blog anda! hehe

Saturday, January 29, 2011

MYDEMCOMIC DIALOG CONTEST!

salam

aku masuk contest lagi. contest ni benar2 menarik jiwa aku. hakhak sebab aku suka contest yang mencabar macam ni. perah idea semata-mata nak buat dialog. hehe kan best kalau banyak contest macam ni~ lalalala contest dari mimi.


ni banner contest beliau~

ada tiga jenis gambar yang dipertandingkan. boleh je kalau nak buat gambar A, B dan C. nak pilih salah satu pun boleh. ikut korang la kan. sebab idea aku mencurah-curah dan nak rasakan lagi mencabar, aku buat kesemua gambar!

ni hasilnya :

A

B
C
terpulang kepada cik mimi untuk memilih mana2 gambar yang anda rasakan yang terbaik. hehe saya buat semuanya!

nak tag,  dan padie eyla.

tarikh tutup : 31/1/2011

klik SINI untuk join!


korang rasa ok tak dialog tu? hehe

WANITA PERLU TAHU RAHSIA CINTA LELAKI~

salam!

morning!! opss. dah 12.38 tengahari. morning apanya. haha aku bangun awal okay. cuma lambat sikit online ni. haha. tetiba aku nak buat post pasal lelaki. post ni ditujukan khas buat kaum wanita supaya mereka lebih mengenali lelaki. untuk aku jugak kan. bila aku baca kat google, aku terfikir nak share dengan korang. hehe

lelaki dan cinta. wanita banyak rahsia cinta. lelaki pun ada tau! banyak pulak tu. hakhak jom kita bongkarkan. wanita, sila baca dan pahamkan. hik3

1) si gadis tidak perlu cantik untuk menjadi gadis idaman bagi setiap lelaki. cukuplah dengan hanya mempunyai budi bahasa yang tinggi.

2) lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh si gadis. maknanya, si gadis jangan membuat kesimpulan awal bahawa si lelaki tau segala2nya tentang anda.

3) 'ermm.. tengok la dulu'. apabila si lelaki memberi ayat yang macam ni, itu bermaksud, mereka tidak setuju dan tidak merelakan. si gadis haruslah memahami dan jangan mendesak berulang kali.

4) walaupun si lelaki bersikap romeo, tetapi dalam hatinya tetap ada teman istimewa terutama kalau si gadis itu adalah cinta pertamanya.

5) kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata wanita dan tidak mustahil mereka juga akan menitiskan air mata kerana cinta.

6) lelaki biasanya tidak gemar dipikat tetapi lebih gemar memikat.

7) apabila si lelaki memulakan perbualan dengan serius, si gadis patut memberi sepenuh perhatian kepada si lelaki tadi. jadilah pendengar yang setia.

8) jika si lelaki merenung si gadis, ada dua perkara dalam fikirannya, samada memuji atau mengkritik.

9) si lelaki akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan gadis yang selama ini dipuja-puja. mereka suka gadis yang mendatangkan cabaran kepada mereka.

10) lelaki boleh gila bayang semata-mata melihat si gadis pujaannya itu tersenyum.


anda harus ingat:

lelaki sering memikirkan gadis yang meminatinya tetapi jangan pelik jika si lelaki tidak menyukai gadis tersebut.

TETAPI!!

jika seseorang lelaki itu serius dalam perhubungannya, dia akan mencintai gadis itu lebih dari si gadis itu mencintai dia.



adakah ini lelaki idaman anda?? *gambar sekadar hiasan*

heee

Friday, January 28, 2011

IN A RELATIONSHIP WITH ROBERT PATTINSON~

salam

korang busy ke? haha sebelum sambung blogwalking, aku saja nak post gambar aku bersama kekasih baru. LOL. habis macam mana?  aku jatuh hati kat mamat ni XD


gambar ni diambil kat taman petang tadi. waktu kami sama2 bersiar2 di waktu petang. bahagia betol dengan dia. sampai peluk bukan main erat. hakhak.


nama dia robert pattinson. aku harap tak de sapa kenal dia, sebab aku tak nak orang rampas dia dari aku lagi. orang ni bukan apa, pantang tengok aku bahagia sikit, mula la nak kacau daun! grr!!

baru tadi declare sebagai kekasih. syhh. diam2 sudah ek. aku dah block dari baca post ni. erk. boleh ke? boleh kot. huahua.

semoga kami bahagia =p

*caption kat bawah tu tipu je, pergi kat facebook, ada application dia. kah3*

lengan aku nampak kecik gila. pinggang ramping! hahahahahahah..

oh robert pattinson, i love you

FOLLOW FOLLOW FOLLOW! AHAKS

salam

hai hai hai. aku okay je. sihat walafiat. korang? aku tak sangka ada orang melatah pasal post tempoh hari. hakhak aku google je terus jumpa. dasyat betol internet ni. kalah mami jarum. argh. abaikan.

tadi aku check follower aku. dah 793 setakat ini. setakat pukul 6.30petang. hoho alhamdulillah. tak sangka ramai yang follow blog yang tak seberapa ni. thanx korangggggggg~ kalau ada apa2 yang tak kena pasal post ke, chatbox ke, atau keberatan blog ni ke apa ke, bagitau aku okeh. mesej je kat ruangan komen. aku private. kot2 nak cakap hal2 peribadi ke yang tak nak aku publish bagitau ja tau!


terima kasih kepada 793 blog yang dah follow blog ni.termasuk yang selebihnya yang follow secara private. terima kasih. terima kasih.


baru aku tau kita boleh check berapa follower yang kita dah follow. hakhak kenapa la baru hari ini aku tau. kenapa!! adoi. haha


aku dah follow 880 blog! banyak kan? hehe sebab kalau sapa2 yang follow aku, confirm aku akan follow korang balik! tu pun kalau korang tinggal jejak kat chatbox atau ruang komen la. kalau ada yang aku tak dapat jejak. memang aku tak boleh nak follow balik~ grr


lagi 87 blog tak follow aku balik. haha. tak kisah la. :)

errr. sebenarnya follower2 kita ni la yang banyak bagi idea pendapat dan teguran pasal blog kita ni. aku suka follow blog orang sebab macam2 info aku akan dapat. macam2! apa yang aku tak tau aku boleh jadi tahu! ala follow ramai2 pun, bukan berat blog korang. ye dak?

tak de kesan buruk pun dalam hidup aku kalau aku follow blog orang banyak2. hakhak :)

korang dah follow orang berapa orang? cuba check. pi kat dashboard, tekan manage yang kat bawah sebelah kiri. hehe tengok angka atas sekali! try okay!

BUBUR KACANG DAN ANGIN YANG KENCANG!

salam

aku rasa makin cinta pulak dengan template, background dan header yang baru ni. yang baru aku rasmi semalam. hik3! aku tukar sebab aku nakkan kelainan, nak bagi pembaca lebih selesa bila bertandang jat blog aku. banyak sangat dah widget aku dah buang. hoho post kat depan ni pun aku cuma buat 3 post saja. letak banyak2 buat berat blog aku je. hehe terima kasih atas komen2 dari blogger yang tertarik dengan blog ini. thanks sangat2 okay! aku akan cuba selesakan pembaca blog ni. huhu

aku tak nak guna pink lagi dalam blog. sebab nampak macam budak2 la. aku dah 22 tahun okay. nak berubah jadi matang. kahkah. tu sebab aku guna warna biru ni. tak nak terikat dengan pink je. hoho dan faiq pun puji sebab tak de warna pink lagi. haha warna biru nampak lebih matang sikit la. dari sebelum ni..

semalam aku dan mama dan abah pergi makan kat jeti lama. kat bandar chukai. sapa2 yang tinggal kat chukai, tau la kot tempat ni. hoho best kot. angin dah la kuat. kerusi2 yang tak de orang duduk abis terpelanting sebab angin kencang. hik3!

jom lihat gambar :

abah. dia yang bawak kami ke sini. ngeee


mama :)

mesti la ada aku. mana boleh tak bawak. nangis guling2 kang. haha


best gila makan kat sini. santai rasanya. udara segar, nyaman, angin kencang.. nasib baik berat kalau tak dah lama terpelanting. ngeh3


aku makan bubur kacang dengan roti. satu set tu. roti tu aku makan dulu sebab lapar, dan baru teringat nak tangkap gambar. hoho lagi satu roti abah. hehe abah pun makan bubur kacang.


mee kari. ni mama yang makan. mama kata sedap dan penuh dengan macam2 dalam mee tu. selalunya mana ada macam tu. haha!

lama gak lepak situ sampai angin dah gelap tanda nak hujan. lagi la kencang angin bertiup! aku takot teh o ais limau aku terbang je. hakhak


ada jugak orang memancing kat tepi2 tu. siap dapat ikan. haha dengan si kucing pulak buat aksi nak bunuh diri. haha ada budak perempuan ni dok halau2 kucing. kucing tu pergi duduk kat tebing2 tu. aku lari terus la. takot kucing tu terjun je. mesti tak dapat diselamatkan. T___T aku tak sanggup nak tengok.huuu harap2 kucing tu selamat la.

jangan lupa beli majalah RAPI bulan februari 2011 sebab ada kisah pasal ben ashaari dalam tu.. mama aku dah beli dah pagi tadi. hakhak mama kata dia selalu jugak buka blog ben ashaari masa dok google2. aiyook. mama aku pun BW okay. :D

segala komen anda amat aku hargai. nak blogwalking nih! jom!

Thursday, January 27, 2011

BLOG BERWAJAH BARU!!

salam

tu diaaaaaaaaaaaaa. pecah rekod aku tak update blog langsung hari ini. hakhak ni dah pukul 11 malam. baru nak update ni haa. heheh :)

sebenarnya aku tukar template baru, background baru, header baru. sumpah pening main code html ni. sakit hati pun ada. putus asa pun ada. geram! geram! geram! asyik pangkah je sebab malas dah nak buat. kah3!

header blog tu 90% dari dia yang buatkan. hehe gambar awan tu kat taman tasik kulim. gambar dari . dia yang amik. aku amik pic tu sebab cantik sangat2. sampai abah n mama pun kata cantik.. pandai orang yang amik tu. agaga. lagi satu sebab kitorang sama2 orang kulim. letak la gambar awan kat kulim XD

dia yang masukkan gambar, buat tulisan. aku edit sikit2 ja, dan terus upload kat sini. tu pun bermasalah jugak tadi. header kecik sangat la apa la. adoi. tension. sampai ke malam aku dok menghadap header nih je. alahai~~ tu pun nampak tak center sangat kan. elok la dari tadi. lagi buruk! haha

template aku ubah sikit. hehe dan background ni aku cuma upload gambar yang aku amik dari google je. tu pasal nampak petak2 kan. perasan x? aku buat tile! haha best jugak main2 template designer ni. agaga! banyak sangat background dalam tu. sampai aku tak tau nak pilih yang mana. tu yang aku amik gambar google ja tu. hik3!


hanya tinggal kenangan. hahaha


3bulan aku guna header ni. 3bulan aku tak tukar template, main2 code html dan tukar background. hari ini aku tukar semuanyaaaa!!

pendapat korang macam mana? ok tak? lambat loading tak? sebab bila aku bukak, laju je loading, terus ada background, terus sidebar tu penuh. tak tau la korang macam mana pulak kan XD aku takot blog jadi lambat je. kah3!

sila tinggalkan pendapat anda di sini. mungkin ada idea yang bernas untuk lajukan lagi blog ni. bagitau la ye. apa2 saja. aku terima. hehe.

Wednesday, January 26, 2011

HOMEMADE : BEDAK SEJUK

salam

post ketiga untuk hari ini. hakhak sebelum ni post pasal keratan akhbar kosmo dan aku masuk contest. haha kali ni aku nak cakap pasal bedak sejuk. tau apa tu bedak sejuk? takkan tak tau? grr..

banyak kelebihan pakai bedak sejuk ni, antaranya melicinkan kulit muka,memberi kesegaran pada kulit,mengurangkan kadar pengeluaran sebum/minyak pada kulit,menanggalkan sel kulit mati,bantu sejukkan kulit, dan membersih dan menegangkan wajah.

dari kecik2 aku memang diajar pakai bedak sejuk sebelum tido. memang susah sangat nak tinggal. aku dan bedak sejuk memang takkan dapat dipisahkan. pergi mana2 pun bedak sejuk mesti bawak. haha kalau tak pakai bedak sejuk, muka aku punyalah berminyak2. dah la minyak mahal sekarang. xde pulak tu. haha. sekarang ni aku cuma pakai sabun taharah dan bedak sejuk saja untuk muka. tak de krim2 ke apa2 ke. xde. haha

kitorang tak perlu beli bedak sejuk kat kedai sebab boleh buat sendiri. kawan2 dan jiran2 mesti pelik bila tau kitorang buat sendiri bedak sejuk ni. laa,, boleh buat ke? ingatkan ada kat kedai je. memang la. idea ni datangnya dari abah aku dan mama dan abah start buat bedak sejuk sendiri pada tahun 1993.

kiranya sejak kecik2 memang aku dah biasa buat bedak sejuk ni. titik2 atas kain batik ke, kain pelikat ke, mesti selalu berebut kon daun pisang tu. mama mesti buat 3 sebab tak nak berebut2 nanti.tau2 je la aku ni kan XD dah dua hari lepas mama buat lagi. sejak2 dok kemaman ni kitorang tak penah buat lagi. maklumlah stok bedak sejuk banyak lagi. hehe sampai rasa nak abis baru buat..weeeee

jom tengok prosesnya


pertama sekali, rendam beberapa tin susu beras. tak kira la beras apa pun. beras nasi la kan. rendam dalam satu bekas. macam ni. haha yang ni mama baru je rendam. 7jan haritu, siap catat tarikh takot lupa. keh3 rendam sehingga beras tersebut menjadi hancur. tapi ingat, setiap dua minggu, kita kena harus tukar air dalam tu. selalu la basuh beras tu. supaya beras tu nanti tak jadi busuk sangat2 dan masam. kena rajin okay, bab rajin ni aku serah kat mama aku. aku tak sanggup. ahaks.kalau korang tak basuh, nanti pakai bedak sejuk, muka akan jadi gatal-gatal. sebab air dalam tu kotor. euwww~ mama aku rajin basuh2 beras tu.. heeee

rendam selama 5 bulan. lebih kurang la.nak blender pun boleh. kalau nak cepat2 beras tu hancur. ingat tu. selalu basuh beras tu, jangan biar 5 bulan baru korang nak basuh. korang akan muntah bila bukak bekas tu nanti. haha! lepas blender, rendam lagi sekali. sampai betol2 hancur. selalula tukar air okay. rendam la lebih kurang sebulan.

perbezaan beras yang baru rendam dan setelah lama direndam. hehe

lepas tu toskan tepung tadi. tepung beras tu la. bukan tepung gandum. grr! buang air yang kat atas2 tu, ambil tepung nya saja. pastikan cair. jangan ler beku korang tuang dalam bekas. nak titik macam mana nanti. hehe macam gambar kat atas, bancuhan tepung yang sudah siap untuk dititik kan. hehe

daun pisang jangan lupa. haha daun pisang la baru best. tak la guna sampai semua ni. guna sikit2 sudah. guna semua kalau korang ramai. hehe


buat bentuk daun pisang tu jadi bentuk kon. lepas tu masukkan tepung dalam lubang kon tu. pastikan boleh titik. pastikan tepung tu keluar sebijik2. muncung tu bukak sikit sudah. kecik2 la molek kan. jangan besar gedabak. hehe. sediakan apa2 kain yang panjang dan besar dan lebar. jangan titik kat lantai pulak!

itu tangan mama aku. banyak dah dia titikkan. hehe


aku pulak. baru buat sikit dah sakit pinggang. benda ni kena perlu fokus yang sangat tajam. yela kalau terlelap ke, pandang ke tepi sikit ke, titik tu akan jadi double. haha so pastikan betol2 bersedia. hehe

hasil yang dapat disiapkan pada waktu petang

comel kan? haha


zoom dekat2. bulat2 je. comel. hehe cuba tengok salah satu tu,. terdouble. mungkin sedikit terleka. hehe tipu la kalau tak de yang jadi double kan. triple pun penah tau. haha!

ini hasilnya bila dah abis tepung tu. ni kira sikit la ni. sebab selalunya mama buat sampai 3 helai kain. hoho yang tengah2 tu apasal ntah. haha titik tepi2 je. keh3. biarkan semalaman di ruang tamu.

esok tu kikiskan bedak tu. kikis slow2 k. kikis laju2 boleh menyebabkan bedak pecah2. hancur nanti. haha kalau nak bagi wangi semerbak, letak ja daun pandan. banyak2. haha kalau kat kl dulu, abah selalu beli bunga melur. lagi wangi!!!


lepas tu pakai la. haha yang ni simpan dulu sebagai stok sebab yang lama ada lagi.. heee. selama aku pakai la apa yang mama buat ni, tak penah muka aku jadi gatal2. tak penah langsung. hehe masa pindah kat sg petani dulu, mama tak buat. bedak sejuk dah abis. abah beli kat kedai, dah la besar gedabak. bila pakai je. tu diaaaaa. sepanjang malam garu2 muka. sampai aku tak sanggup nak pakai dah. dah la berbau.. wuuuu. abah kata sebab orang tu basuh beras tak bersih. sebab tu gatal2. mungkin dia jarang basuh2 beras macam abah dok buat.

kitorang tak penah lagi la plan nak jual pun. haha selalu kasi je kat sedara mara terdekat. nak buat ni memang merenyahkan tapi seronok bila pakai apa yang kita buat dengan hasil tangan sendiri dan tak memudaratkan langsung. hehe kita tau sendiri kan apa yang kita buat. hehe

so korang? bila nak try? terutama pada surirumah di luar sana. try la! haha masa kat kl dulu, ada orang selalu kata, tak main la bedak sejuk, orang sekarang pakai krim mahal2. haha biar la. sekurang2nya selamat muka masa depan nanti..errr

mungkin ni petua aku kot yang menyebabkan muka aku susah nak naik jerawat, susah sangat kot nak ada. kalau ada satu dua je. lepas tu hilang. haha aku cuma bergantung pada bedak sejuk dan sabun taharah. itu saja :)

aku rela tak de handphone kat sebelah tapi aku tak rela kalau tak de bedak sejuk kat muka masa nak tido. adoi. rasa macam tak lengkap. keh3 :))

sapa2 yang rasa low class pakai bedak sejuk ni, sila pangkah blog ni sekarang! terima kasih

CONTEST KAMI POSE COMEY..

salam

join contest ni. saja2 je. hakhak hadiah yang ditawarkan adalah apple iphone. fuyooh. haha join je, kalau ada rezeki, alhamdulillahh..

contest dari amni, contest pose comey.


banner contest pose comey


aku pertaruhkan gambar ni:


gambar ni diambil oleh  masa kitorang budak2 sk kulim buat reunion kat kulim. semua ni kawan2 masa sekolah rendah dulu dan bila umo 21, kami buat reunion. haha

dari depan, aku, rozhanis, faizal,
belakang: natasha dan leman

leman dengan faizal tak de blog.pergi cari diorang kat facebook. ahaks


saya join contest ni sebab kami memang comel XD

hadiah utama:

handphone apple iphone

atau

rm100 + topup rm50

tag:

ana mardia
mujahadah
cucu cik embun
fatyhah baharudin

tarikh tutup: 25/2/2011

klik SINI untuk join

ENAM PATUNG WANITA SILIKON DIJADIKAN TEMAN~

salam

selamat pagi!! baru pukul 9.40 pagi kan? aku dah lama bangunn. keh3 awal pulak hari ini..weeee..
aku buat post pertama pasal salah satu berita di dalam akhbar metro hari ini.


DAVE HOCKEY bersama salah satu daripada enam patung wanita silikon yang dibelinya untuk dijadikan hobi.


OTTAWA, Kanada - Seorang lelaki berusia 57 tahun, Dave Hockey membelanjakan wang sebanyak AS$25,600 (RM78,246) untuk mengembara ke seluruh dunia dengan enam patung wanita silikon, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia membawa patung silikon itu ke beberapa lokasi menarik di Stonehenge, Britain, Grand Canyon dan Niagara Falls di Amerika Syarikat (AS).

Bapa dua anak itu berkata: "Isteri saya memahami ia (patung-patung itu) merupakan satu hobi."

Hockey juga kini menghasilkan filem dokumentari pengembaraannya selama tujuh minggu dari rumahnya di Nova Scotia, Kanada ke San Diego, AS untuk berjumpa dengan pemilik patung lain.

Semasa pengembaraan itu, dia juga membawa patung silikon yang cantik Bianca yang dibeli dengan harga AS$ 3,246 (RM9,921) yang pernah muncul dalam filem Lars and the Real Doll. Patung itu turut dibawa untuk aktiviti terjun udara, menaiki kuda dan menjadi pembonceng motosikal Harley Davidson.

"Saya membeli patung pertama pada November 2006 kerana ia kelihatan menarik dan cantik. Lelaki yang menyatakan patung tidak cantik sebenarnya pembohong," katanya.

Dia sanggup berkelakuan sopan di depan patung wanitanya dengan mengungkapkan kata-kata meminta berjalan di depan patungnya selain membeli kasut dan aksesori lain untuk mencantikkan patung tersebut.

Beberapa patung itu seberat lebih 40.91 kilogram dan dia memerlukan sebuah kerusi roda untuk membawanya memasuki hotel dan di kawasan tarikan pelancongan.

Hockey kini dalam proses terakhir untuk menyunting dokumentari yang dihasilkannya itu tetapi dia berharap akan dapat menyiapkannya dalam masa enam minggu lagi. - Agensi

sumber: kosmo online


aiyook, aku nampak macam perempuan betol2 kan. hakhak tak nampak macam patung langsung. keh3. tapi tu la macam tak best sebab tak gerak2. kaku macam tu. seram jugak kalau lama2 tengok..weee

Tuesday, January 25, 2011

JANGAN LA CEMBURU BUTA! ARGH!

salam




aku tulis perkataan ni besar2 dalam bilik aku, ada la sebesar papan hitam kat sekolah.



cemburu dengan perempuan takkan dapat dipisahkan. cemburu dengan lelaki dah jadi macam lelaki dengan rokok. perumpaan yang aku reka sendiri. keh3. ada sapa2 nak bangkang? huuu. nak kata tengah pms., dah habis, tak tau la pasal apa jadi lagu ni. angin ahmar kot. hakhak. sekarang setelah berjaya muhasabah diri, setelah dinasihatkan oleh  setelah dibebelkan oleh mama aku, okay. aku dah paham. kenapa aku tak perlu cemburu lagi. aku nak senaraikan nih. sapa2 yang kuat cemburu tu boleh baca! haha

muhasabah diri yang aku bakal lakukan :

1) hormati perasaan pasangan kita. seperti kita jugak, dia mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita dan kekacakan lelaki lain.

2) terima hakikat sifat cemburu adalah masalah kita sendiri. menjadi tanggungjawab kita untuk mengawal dan mengatasinya sendiri. pilihan di tangan kita sendiri, bukan orang lain.

3) tak dak pasangan suka atau seronok bila dapat tahu pasangan kita curang atau hakikatnya menduakan kita. mungkin sedih, kecewa yang amat sangat tapi tak la sampai buat kita mati. kalau dah itu pilihan dia, redha kan saja. mungkin dia bukan yang terbaik untuk anda.

4) bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. jika dari kecik2 kita memang kuat cemburu, jangan berharap anda dapat buang perasaan cemburu sekelip mata. bagi masa untuk diri sendiri. lambat laun akan hilang jugak.

5) tuliskan apa perasaan kita bila kita berasa cemburu. marah, tak tentu arah, gila, geram, rasa malu, rasa bersalah dan bertindak kasar. adakah anda mahu meneruskan kehidupan bila hari2 anda rasa begini? cepat2 la berubah.

6) cuba fikirkan macam mana kalau cemburu kita meledak gara-gara dia senyum pada lelaki/wanita lain? macam la kita tak pernah senyum pada lelaki/wanita lain? tipu la kan..

7) ramai yang mempunyai perasaan cemburu ini akan salahkan orang lain. dia tak kan salahkan diri dia. mesti salah orang lain punya la.

8) kalau serapat mana pun anda dan pasangan anda, terima lah hakikat bahawa masih ramai lelaki tampan dan wanita cantik.

9) bina keyakinan diri. luaskan pergaulan anda jika anda berasa si dia bukan jodoh anda.

10) kalau pasangan anda hendak curang, anda cemburu berlori-lori pun dia tetap akan curang. anda maki hamun dia, anda bagi penerajang sebijik pun, kalau dah dia memang nak curang, dia tetap akan curang. cemburu takkan menghalang kehendak dia.

tips cemburu ini aku amik dari SINI dan aku olah guna ayat sendiri.

aku ni memang cemburu, tapi selama aku cemburu ni, aku tak penah lagi la pergi serang perempuan tu. cakap dia perampas, perempuan jalang, sundal dan sebagainya. paling angin pun, aku marah si dia ja. buat apa nak salahkan kaum sendiri? kan?

okay. aku nak muhasabah diri banyak2. sebanyak mungkin, supaya aku tak cemburu lagi. yang penting, kata kena percaya pada pasangan. percaya paling penting, tambah2 bila dok jauh ini. kalau benda yang tak diingini berlaku, bukan kehendak jugak kan? kumbang bukan seekor. hehe

tadi mama aku bebel. bebel la kan. dia cakap macam ni :

cuba tengok awek khairul fahmi tu, relax ja., dia percaya ja kat khairul fahmi tu. kalau la tu pemain bola sepak, mama tak tau la. hang mengamuk hari2 kot bila ada orang kata love you kat dia hari-hari.

ok. aku terasa, pengsan sebentar. waaaaa

PERHATIAN!!


mungkin sehari, mungkin sebulan. mungkin setahun. doa-doakanlah.

*entry paling pendek aku penah tulis*

FASHA SANDHA DAN JEJAI SAH PUTUS CINTA

salam

mari kita lihat keratan akhbar metro yang menarik perhatian aku pada hari ini.


KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.
“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.
Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.
“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.

“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.

Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.

sumber: metro online

HANYA TINGGAL KENANGAN



sumber: google


nora danish sempat update twitter beliau sejam yang lepas.

Setelah dituduh bermcm mcm akhirnya terjawab. I really hope n pray selepas ini tiada lagi cerita yg mengaibkan org. Tq.


err. segalanya sudah terjawab. jejai pun dah membuat kenyataan dan semoga fasha dan jejai berjumpa dengan pasangan yang lebih baik.

If you don't know,then ask me. If you don't agree,then argue with me.If you don't like,then say it to me.But don't keep silent and judge me.

Monday, January 24, 2011

NORA DANISH NAFI DAPAT RUMAH MEWAH 10 BILIK!

salam

hot jugak pasal nora danish hari tu. kisahnya mendapat hadiah dari bekas mertua beliau, iaitu berupa sebuah rumah mewah yang ada 10 bilik itu la~ alahai bertuahnya badan. sapa yang sanggup hadiahkan rumah mewah 10 bilik tu ek? bestnya kan. haha tido la bilik mana kau suka~ hik3

tetapi nora danish menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh murai.com.my itu. dia menafikan kebenaran itu lantas menulis sesuatu di twitternya.


Bila pula I dapat rumah 10 bilik? Pls don't believe all dis. Thank u.


kalau tak de angin, takkan pokok bergoyang? err err sapa la yang bawak keluar kenyataan tu ek? alahai. dia sendiri pun tak tau menahu. tapi alangkah indahnya kalau dapat yang betol2 punya. hadiah dari bekas mertua pulak tu! khas buat nora danish dan anaknya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram. bertuahnya badan.



apa2 pun nora danish makin hari makin hot,dan makin hari makin cun.. XD

sumber: murai.com.my dan twitter noradanish

ZAMAN KANAK-KANAK AKU~

salam

aku ditag oleh atie yang kiut miut itu untuk menyelesaikan tag ini secepat yang mungkin. aku dah snap2 gambar2 lama, dah siap upload facebook pun. hakhak. dan aku nak buat post pasal zaman kanak2 aku la. kanak2 je okay. ada jugak tersesat gambar masa darjah 2. hentam saja. weee. jom kita mulakan :


14 julai 1989

-aku dilahirkan di hospital kulim kedah pada pukul 12.01 tengahari. masa tu raya kedua hari raya aidiladha. mama aku masuk hospital pada 13 julai tu, 14 julai dia lahirkan aku. 15 julai mak  lahirkan . erk. tapi kat BM. so tak la sama tempatnya. keh3. masa mula2 aku lahir tu, doktor cakap kat abah aku, yang anak dia ni ada masalah sikit. pasal tangan. abah aku punyalah terkejut, pucat semua ada. ingatkan apa la. rupanya ada jari kembar. hehe ibu jari aku ni kembar. doktor nasihatkan abah n mama aku, jangan potong jari tu, kalau potong, nanti jari2 yang lain boleh reput. hehe aku pun tak nak potong la. biar unik dari orang lain :)


mama dalam pantang


gambar di atas diambil oleh abah aku masa umo aku 26 hari. mama berpantang kat umah tok ah, iaitu ibu kepada mama aku kat pekan darat. masa tu ramai penduduk kampung datang tengok aku. sebab heboh sudah anak mama ada jari kembar. diorang datang la nak tengok. tapi biasalah mulut orang kan, orang mengata la, ada yang terkejut sebab tak penah tengok. menurut kata mama aku lagi, ada adik beradik sebelah abah, yang ada jari kembar macam aku. mungkin keturunan. selama 4 bulan, abah aku ulang alik dari kulim ke kampung. mama kata, setiap kali abah balik kerja, dia dukung aku, acah-acah aku, mesti aku akan gelak terkekek, idak ler terbahak-bahak. haha. tapi kalau dengan mama aku, aku buat tak tau je. kah3! sah anak abah! ;D


lepas pantang ke dua tahun.


gambar ni diambil kat kedai. tengok, kecik2 aku dah berphotoshoot ni weh. bukan sekarang je. ahaks. mama kata, kasut aku yang warna kuning tu,, masa dalam gambar ni, ada lagi mama simpan sampai sekarang sebab kasut tu cantik. mahal pulak tu. mama nak simpan kat cucu dia nanti! hik3! rambut aku dah macam trojan, hehe masa aku kecik sampai la umo 2 tahun 7 bulan, aku dok kat taman tunku putra, masa tu lorong bangau 1/1. hehe purata jiran2 aku masa tu, adalah dari kaum cina dan india. mama kata,diorang sangat baik dengan mama. selalu petang2, mama akan bawak aku jalan2 kat taman tu. aku start berjalan masa umur aku setahun dua bulan. dan masa aku kecik2 jugak la. abah aku tak penah bawak aku keluar waktu malam. abah kata tak boleh nanti kena embun..weeee


dua tahun ke empat tahun


gambar2 ni banyak diambil masa aku kat umah kat lorong bangau 1/1 tu lagi. tak pindah lagi. hehe dan tabiat aku masa kecik2 dulu, aku suka hisap jari kembar dan tarik rambut. kalau tak buat macam tu, aku rasa tak seronok. mesti buat. haha banyak kot gambar macam ni yang abah ambil. hehe


dan aku pulak dulu2 suka makan kicap. mama kata kalau nampak kicap, aku akan usung ke mana saja. haha punyalah suka kicap. nasib baik sekarang ni tak hitam. haha bila besar2 ni aku ok je makan tanpa kicap. aku tak makan sangat kicap skrg. dulu masa kecik2 dah puas sangat kot meratah kicap. hehe


mama kata anak patung tu dah diambil oleh orang yang ambil sampah kat belakang umah. satu hari tu, mama basuh patung tu, sidai kat belakang. tengok2 orang yang dok angkut sampah tu ambil dan buang. dia ingatkan mama memang nak buang. melalak jugak la aku kan. hik3


mama penah kata jugak, masa aku kecik2, aku selalu nak keluar rumah. aku akan ambil kunci dan panjat untuk bukak pintu. kalau mama aku sangkut kunci kat tempat yang tinggi, aku amik penyapu, kait sampai kunci tu jatuh. haha penah sekali aku dah keluar sampai ke luar jalan, jiran datang hantar, masa tu mama sembahyang dalam bilik. sejak tu, mama sangkut kunci dekat kain sembahyang dia, so dah tak boleh la aku keluar lagi..wuu~~


aku dan jari kembar takkan boleh dipisahkan. sekarang tak la hisap macam ni. last aku hisap aku darjah 1 kot. wakaka

abah aku beli teddy bear masa umo aku setahun. dan sampai sekarang umo aku 22 tahun, aku masih tido dengan teddy bear tu.. hehe aku dulu2 banyak teddy bear. banyakkk. tapi semua dah bagi kat orang. yang tinggal satu ni je la. hehe masa ni aku dah pindah kat rumah sekarang. lorong bangau 4, taman tunku putra jugak. hehe umo aku dalam 2tahun 7 bulan.

basikal kesayangan aku. aku suka gila dengan basikal ni. mama simpan lagi sampai sekarang. haha masa mama mengasuh alisya, basikal ni alisya pulak guna. sampai dia dah besar dan ada basikal baru, basikal tu sekarang tersimpan kat stor kat umah. hehe. simpan okay. selagi tak rosak, kenapa perlu buang? hehe


5 tahun ke 6 tahun

masa ni umo 5 tahun. aku kat komtar kalau tak silap. hehe tengok.gigi aku sama rata je kan. haha sekarang dah tak rata. sebab dulu2 aku sangat2 takot doktor gigi. wuu. sebab takotkan doktor gigi, gigi aku tak cantik sekarang. haha tak sama rata. tapi nak buat macam na. dan aku tak terfikir pulak nak pakai braces ke apa ke, biar je la. orang lain ada yang lagi teruk. bersyukur la dengan apa yang ada. :)


ni la jiran kesayangan aku sampai la sekarang. haha bakal nurse okay. rakan sepermainan masa kecik2. tadika sama2. semua sama2 la. hehe dia muda setahun dari aku. selalu kitorang main sama2 la. nama pun jiran kan. ingat dulu masa kami tadika sama2, dia umo 5 tahun, aku 6 tahun, ada budak lelaki india datang kat tadika aku. masa tu aku dengan dia pergi toilet kat luar kelas. budak india tu nak rantai aku. siap bawak aku masuk dalam bilik mandi. aku ingat lagi nih. segar dalam ingatan. haha lepas tu aku cakap tak boleh la,ketat. rantai tak boleh buka. dia tarik2 tak boleh. dia bagi jajan dan 20sen. lepas tu dia pegi kat jiran aku pulak. masa nak tarik, jiran aku tu menjerit2, so cikgu keluar. dan budak india tu terus lari naik basikal. huhu.


lagi satu, paha aku penah melecur sebab main bunga api. sampai sekarang aku fobia langsung tak boleh main apa2 jenis bunga api dan mercun. hehe parut kekal sampai sekarang..wuu.sakit woo


darjah 1 dan seterusnya..


aku rindu sepupu aku, arwah siti rehan. dia meninggal dunia masa aku darjah 3, dia darjah 1. dia sakit barah, masa gambar ni diambil, dia dah sakit. huhu kalau dia hidup lagi, umo dia dah 20 tahun. rindu sangat2, hanya al-fatihah mampu ku hadiahkan..


cukup la kan cerita pasal zaman kanak-kanak. kalau aku cerita zaman sekolah rendah kang, penat korang nak baca, lagipun aku tak jawab lagi tag pasal sekolah rendah. nanti la aku buat. hehee..

mama kata lagi, abah sayang gila dengan aku. sampai kan masa kecik2, semuanya tak boleh. hehe punyalah sayang. hehe sampai sekarang kot XD

zaman kanak-kanak memang tiada masalah. tak dak langsung. percayalah. haha semuanya indah2 belaka. dan semua gambar2 ni masih elok tersimpan dalam album. :) aku dulu tak la nakal sangat pun, biasa2 je. kah3.

ada yang ingin disuarakan? silakan :)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER