Thursday, January 20, 2011

PTPTN : HELAH DALAM SISTEM UJRAH!

salam

mood tak okay sangat, senggugut. wuu..sakit sangat2. aiyark. mama kata kalau tak nak senggugut jangan period la..wuuu. pengsan*

aku nak share pasal sesuatu info yang aku lihat ramai dah orang share kat facebook. merujuk kepada note yang telah ditulis oleh saudara eddie ka, (klik nama untuk ke facebook beliau). ada keraguan sebenarnya dalam ptptn. aku pun tak pasti. harap pihak2 tertentu bagi penjelasan sebab benda ni dah tersebar, lagipun aku buat pinjaman MARA. so aku tak tau sangat pasal ptptn ni. just nak share dengan blogger2 sekalian.

aku copy paste note yang ditulis oleh beliau :)

1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

WaLlahu a`lam.


sumber:


http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656


Bacaan berkaitan:

http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/859-ptptn-baru-berasaskan-ujrah--ulasan-saya.html




apa pendapat korang? terutama pelajar yang membuat pinjaman ptptn untuk pembiayaan pendidikan anda? kongsi pendapat anda. :)

20 comments:

Unknown said...

x pinjan ptptn, pama yg tanguung..hehe

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

sistem lame 3% 2 kne darab hutang semasa..
means tahun 1st 24000*0.03=720
jdik jmlah hutang dh jdik 24720..
let say die byar 200 sebulan..
so after 1year 24720-2400=22320
so tuk thun ke2 22320*0.03=669.6
jmlah hutang 22320+669.6=22989.6
thun ke3 22989.6-2400=20589.6
20589.6*0.03=617.70
20589.6+617.7=21207.3
so jumlah bayran tambahan tuk 3 thun dh 2007.3 dr hutang asal..
bkn nye andai kte nk langsaikan dlm mse 5thun trus 24000*0.03*5 cm yg dlm artikel ni..

Unknown said...

Nampak sangat riba dia.. tapi dah darurat, nak sambung belajar.. terpaksa lah -.-

noa said...

pening gak pasal benda2 ni

takut nk bg comment, nanti bg personal opinion org lain ingat fakta la pulak

Noor Fatin said...

shaheila: bestnya. keh3

fadh: aduh. apa ko terang aku pn xpaham. hehe aku pn cuma share artikel dari org lain. kebenaran atau x aku xpasti :)

kee: huhu tau xpe.

nora: sama la. pening gak. hehe

lavender harum wangi said...

grrr... yeke? xtau pun~ dah isi dah borang nya.. hari tu lagi dah dpt pasal ujrah ni~ :(

shahsyaz said...

permohonan sy x diluluskan..

ape citer tuh???

0_o

MSS said...

ahh..persetankan ini semua..=_="

hahaha
=P

mrpeneutralisasipilu said...

anak muda kena sokong progam 100 hari pakatan rakyat memerintah persekutuan untuk mengahpuskan PTPTN....

hak seorg warga malaysia layak mendapat pendidikan percuma..

rujuk balik perlembagaan...

PriNceghOstz said...

mmg tahu,,tp tak leh wat ape..
Mr.O pon tpkse pnjam...=(

Unknown said...

ohoho..ni baru aku nmpak camne sistem ptptn ni..ade satu je care nak haposkan benda ni..eheh

Farhan Zulhusmi said...

banyak tu....isy2....cm mane nie??
owh katakan tidak...
cm mane nak kumpul duit nie....
kata kan tidak....
jp2..aku wt ke pinjaman ptpn...hehehe....

Izwanie Eynia said...

uwarrghhh!! apsal byk sgt n0mb0r tu?? huhu.. kesimpulannya pt mmg ambik riba.. nk wt cmna,, tu ja sumber kewangan nk biaya skola.. huhu

A.I said...

isu nih dah lama, aku pon pening nak pk!
but what others way that we have?
nothing rite??
no natter what, terpksa jugakk! sobss.

chiLleD...!! said...

xsgka rupanya mcm tu..ingatkan btol2 nk bntu pelajar yang mmbuat pinjaman..huhu..bagi sya, law dh keje t, wat pinjman ngn bank, n byar sume skali sekaligus..sbb byr blik PTPTN mc xda penghujung..pakcik sya dh bertahun2 byar dlm rm50 sebulan,,tapi xda kesan pon..mcm xpnah byar..huhu

kay_are said...

pulak dah.. cam2 ye.. nasib xde gne ptptn 2.. kalau x, susah gak r..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..sib bek sy tak pinjam PTPTPU nie..tp wife sy pinjam..lg 5 tahun dia kne bayor huhuhhh

zazaw said...

naseb tak pinjam PTPTN

deCrewz said...

Jai loan mara je..he3

AJ said...

berkongsi pengalaman saya,rasakan macam ada udang di sebalik batu di sebalik pelaksanaan penurunan dan sistem ujrah ini .

Muslihat PTPTN|Aduan dibuat kepada Biro Pengaduan Awam

http://www.eyriqazz.com/2011/01/muslihat-ptptnaduan-dibuat-kepada-biro.html

ARTIKEL RAKAN BLOGGER