Monday, January 10, 2011

PAGE SETUJU DAN PAGE TIDAK SETUJU ANA RAFFALI MENANG AJL25~

Salam

kecoh malam semalam selepas pengacara mengumumkan siapa yang menjadi juara AJL 25. memang kecoh. kat twitter lagi la. hehe ada artis yang macam pandang sinis, ada artis yang menyokong, ada artis yang cakap itu rezeki dia.macam2 la kan gelagat artis2 kat twitter semalam termasuk kawan2 aku yang lain..hehe

bangun pagi tadi aku saja la search ana raffali kat facebook. banyak grup yang dibuat atas nama ana raffali dan tak sangka akhirnya muncul dua grup baru yang baru dibina semata2 kerana ana raffali.


KAMI TIDAK BERSETUJU ANA RAFFALI MENANG AJL25

members: 2000++


ada jugak yang menyokong.


KAMI BERSETUJU ANA RAFFALI MENANG AJL25

members: 160++


sampai macam tu sekali diorang protes. haha aku rasa biarlah mark tutup je facebook march ni supaya tak de lagi page macam ni. haha sama kes yang berlaku pada gf khairul fahmi dulu tu.. aku tak pernah pun tengok grup2 macam ni kat friendster dulu apatah lagi myspace! haha

protes macam na pun, ana raffali tetap menang. bagi aku la kan, mula2 aku tak percaya jugak kenapa ana raffali menang. sebab masa diorang cakap komposer dan penyanyi adalah sama, aku ingatkan yuna dah. tak mustahil la kan kalau yuna menang. tetiba pengacara cakap ana raffali. aku yakin semua kaku depan tv. ntah2 tutup tv terus. keh3

semuanya adalah pilihan juri. juri yang menilai. bukan ana raffali yang menjerit2 nak dia menang. betol tak? semua yang bertanding mengharapkan mereka menang, tapi adatlah bertanding. ada menang ada kalah. malam ni rezeki ana raffali. malam lain mungkin rezeki artis lain.

aku belajar engineering. so aku tak tau sangat pasal melody, lagu, tarian, persembahan. tak tau langsung. yang aku tau.. whoaa. shahir hensem! whoaa, bunkface best. whoaa. muka noh hujan kena apa tu. whoaa. siti nur haliza cantik.. whoaa. faizal tahir tak lemas ke. itu saja komen aku boleh bagi. haha aku tak tau nak komen melody lagu macam na. kalau ditemuramah pun aku akan cakap, best! sedap! haha itu jer.

ada sebab la kenapa ana raffali menang. semuanya hanya juri yang tahu, sebab tu diorang pilih dia sebagai juara. semua tak jangka hafiz akan menang vokal terbaik kan. haha macam aku jugak. wee.. macam aku jugak yang langsung tak jangka ajl tahun lepas, tutup radio terus sebab artis pujaan aku tak menang. macam tu jugak tahun ni. keh3

doakan yang terbaik buat dia. buat ana raffali. dia artis baru. fikir positif okay. kalau ada yang buat protes kat tengah jalan pun, dia tetap menang! ingat tuuu~~


ok, ni page rasmi kat facebook. page ana raffali



lagi satu laman sosial beliau.


dari yang tak penah kenal ana raffali, boleh kenal. yang tak penah sebut nama beliau, dah sebut nama beliau di merata2 laman sosial.

jangan marah, hari ini kita tak dapat cuti pun. hehe

5 comments:

Hakeem Yusof said...

http://hakeemkira.blogspot.com/2011/01/kami-benci-ana-raffali-juara-ajl-25.html

merepek je yg buat page tu

Dinaz said...

ekceli memang Ana Raffali memang good perfomance pon...walau aku suka Yuna tapi yg menag tetap jd Juara kali ini..cayalah ana!

Anonymous said...

shahir mmg ensem n besh!...hehe2...

oya said...

meroyan sume x puas hati..

Noor Fatin said...

hakeem: tu la pasal..huhu

dinaz: yup. persembahan ana memang menyerlah sangat2. memg beliau layak menang!

seny: hehehe dia mmg ensem..

oya: tu la..huhu

ARTIKEL RAKAN BLOGGER