Saturday, April 24, 2010

good luck!

utk kawan2 yang disayangi..
ini saya =p



salam..

kehadapan blog yang disayangi, setelah sekian lama aku tak melawati diri kamu ini, arini aku ingin meluahkan sesuatu kepada kamu, tak lama lagi aku akan mengambil peperiksaan akhir utk semester 6 di unikl msi kulim kedah, second last sem. dimana sem depan adalah sem yang terakhir bagi aku..iaitu sem 7. waaa, sudah nak dekat 3tahun setengah aku kat sini. hehe tapi nak buat macam na, tak de rezeki utk aku grad pada tahun ini. sedih memang sedih, tapi tak pe la, redha je la. mungkin skrg bukan rezeki aku lagi..


blog, banyak sangat dah kenangan manis dan pahit yang aku tempuhi kat msi ni, dari sem1 sampai sem6. banyak sgt2.tapi yang paling teruk dengan budak kelas aku sendiri. salah sorg darinya. dulu aku baik je ngan dia, walau aku macam dah dapat detect perangai dia yang suka burukkan2 orang, talam dua muka, tapi aku diamkan je. skrg dia fitnah kitorg satu kelas santau dia, sedih kan blog? aku pun tak tau la apa masalah dia. kitorang xde pun halau dia dari bilik. aku tau dia selalu baca blog aku~ kalau dia baca entry ni, aku harap dia hentikan fitnah2 itu semua. sebab ia akan memburukkan lagi keadaan bila aku mungkin amik keputusan utk membuat laporan polis. sebab ni kes fitnah dan memalukan. sedih sgt blog. selama aku hidup. 1st aku dapat kawan macam ni. aku tak nampak pun muka dia macam orang kena santau, ntah la blog. dunia duniaaa~~ satu hari dia akan dapat balasannya..

sem ni jugak last aku jumpa budak2 kelas aku.. mdd6a. aku sayang sgt2 kenangan bersama diorang terutama pada sem ni. sem ni kitorg semua budak perempuan sangat rapat. bilik pun sebelah2. tapi blog, hanya utk sem ni je, dah akan berkahir dalam masa 2minggu lagi. sedih sangat2. :(( dengan budak2 laki aku tak rapat. bila la agaknya akan jumpa diorang lagi bila masing2 dah membawa diri nti?

dan ada jugak yang sedih. sebab sem ni aku langsung tak penah jumpa mak dan abah aku. wuu~~ sejak diorang antar aku masa pendaftaran, sampai skrg aku tak penah jumpa diorang. sedih kan. hehe aku selalu call mama dan abah. selalu sangat2. walau jauh di mata tapi dekat di hati. tak sabar2 rasanya nak balik jumpa diorang. hehe~ aku berjaya akhirnya hidup berdikari tanpa bantuan abah dan mama lagi. kecuali kewangan la. hehe

sem ni aku akan amik 6 paper utk final. agak berat,. dan aku rasa 2subjek mungkin akan kantoi. wuu~ carry mark pun teruk, aku dah usaha tapi setakat tu je yang termampu. andainya ada subjek yang kantoi, aku akan berada di msi lagi satu sem. menjadikan diploma aku 4 tahun. hik hik. tapi tak pe la. mama selalu cakap, biar sekarang kita susah, nanti kita akan senang jugak. dengan usaha sendiri.

blog, boleh tolong aku x? aku langsung tak leh tggalkan laptop dan internet aku.. wuu.. final exam aku dah dekat. aku makin menjadi2 melekatkan diri kat depan laptop. hehe risau2, alahai~ ubatilah aku ini.huuu..

ok la setakat ni saja yang aku nak luahkan pada kamu. aku ngah study sebenarnya, lagi 4 hari aku akan melangkah ke dewan exam. huhu


kawan2 semua, doakan aku!! dan utk semua kawan2 aku, yang mengenali diri ini, budak2 kelas MDD6A, budak2 grup 1989 dan para blogger dan semua2 la, gudluck!! lakukan yang terbaik pada exam kali ini! ingat, usaha tangga kejayaan! usaha sendiri jangan melakukan taktik kotor utk lulus dalam exam~


terima kasih dan i love u all~ :)

Sunday, April 18, 2010

Al-Fatihah utk keluarga arwah Achik Spin.

salam.


Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari yang popular dengan lagu 'Janji Kita' terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bersama sepupunya, Salihin Md Salleh, 29, terbabas lalu terbakar dan meletup di KM 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) dekat sini kira-kira pukul 6.15 petang semalam (17 April 2010.)

Achik meninggal dunia di tempat kejadian sebelum api marak membakar kereta MPV yang dipandunya ekoran kejadian malang itu

"Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam," katanya di sini.

Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.

Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.

Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.

Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.

"Saya terlelap sepanjang perjalanan. Tiba-tiba saya terdengar satu dentuman kuat," jelas rakannya Mohd Salihin Shah Mohd Salleh yang turut bersama-samanya ketika kejadian tetapi sempat menyelamatkan diri. Mayat Allahyarham dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini, malam tadi untuk dibedah siasat.

Jenazah vokalis kumpulan Spin, Achik yang meninggal dunia setelah terbabit dalam kemalangan semalam selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said di sini, kira-kira 1 petang tadi. (18 April 2010)

Sebelum itu, jenazah Allahyarham Achik, 27, dituntut oleh ahli keluarga di bilik mayat Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini setelah selesai bedah siasat.

Jenazah disembahyangkan di surau Taman Bukti, berhampiran Taman Desa Ros dan dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 12.00 tengah hari.

Suasana sedih dan sepi menyelubungi rumah mertua Allahyarham yang dihadiri lebih 100 orang termasuk saudara mara dan penduduk kawasan berkenaan.

Antara artis yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Hattan, Siti Nordiana atau Nana, Tomok dan Lan Kristal.

Isteri Allahyarham, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, 29, berkata setengah jam sebelum kemalangan itu berlaku, suaminya ada menelefon meminta beliau dan anak supaya bersiap tapi tidak pula dinyatakan hendak ke mana. "Bagaimanapun tak berapa lama kemudian saya dapat panggilan telefon yang menyatakan suami saya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan. Berita sedih yang sungguh mengejutkan saya," katanya

Emak Allahyarham Badariah Awaluddin, 54, berkata kali terakhir beliau berjumpa Allahyarham dua minggu lepas di rumah salah seorang adiknya.

"Allahyarham nampak pendiam dan tidak seperti biasa. Allahyarham adalah anak kelima daripada sepuluh orang adik beradik. Suami saya (ayah Allahyarham) telah meninggal dua tahun lepas," katanya.

Sementara itu, Siti Nordiana yang merupakan rakan rapat Allahyarham sejak kecil berkata beliau berasa amat sedih kerana dia adalah orang terakhir berjumpa Allahyarham di Angkasapuri, semalam.

Katanya Allahyarham memang tidak ada apa-apa perubahan, cuma Allahyarham lebih banyak hendak berbual dengannya, tidak macam biasa.

"Semasa di Angkasapuri dia tumpang naik kereta Nana pada pukul 5.30 petang semalam sebab keretanya jauh sedikit.....tahu-tahu pukul 6 petang dia sudah meninggal dunia. Nana sangat sedih dan terkejut. Tambah sedih lagi semalam Nana lihat anaknya panggil ayah," katanya.

Hattan berkata ia satu kehilangan kerana Allahyarham masih muda lagi dan aktif.

"Saya rasa sedih dan ia juga kehilangan besar buat Negeri Sembilan kerana tidak ramai penyanyi kelahiran Negeri Sembilan. Saya ucapkan takziah dan harap keluarga Allahyarham bersabar menerima dugaan ini," katanya.

Tomok, 26, pula berkata ketiadaan Allahyarham satu kehilangan besar dalam industri muzik.

"Saya amat terkejut dan sedih apabila mendapat berita itu semalam dan tidak sangka Allahyarham pergi dulu. Saya sudah lama tidak berjumpa Allahyarham iaitu sejak lebih setahun," katanya yang seangkatan dengan Allahyarham.

Lan Kristal, 25, pula berkata walaupun tidak rapat tapi terasa kehilangan Allahyarham.

"Saya dapat tahu berita kemalangan dan kematian Achik dari Siti Nordiana melalui khidmat pesanan ringkas," katanya.

gambar2 :-

kereta MPV Toyota Estima yang dipandu Achik hangus dijilat api.

Keluarga Allahyarham artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin berada di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban..


Isteri Allahyarham Abdillah Murad Md Shaari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, H.M Rose Zaitul Suraini bersama anaknya Puteri Saffiya, 2, menabur bunga di pusara di Makam Tuan Haji Said, Seremban, hari ini..

Ibu Achik Spin, Badriah Awalludin menyiram air mawar di pusara anaknya di Makam Tuan Haji Said, Seremban, hari ini.

Ibu Allahyarham Abdillah Murad Md Shaari, Badriah Awalludin (tiga kanan) dan isterinya H.M Rose Zaitul Surianai (kanan) tidak dapat mengawal kesedihan semasa pengkebumian jenazah allahyarham di Makam Tuan Haji Said, Seremban, hari ini.
Anak perempuan Allahyarham Achik Spin, Puteri Saffiya, 2, dibawa keluar dari bilik mayat Hospital Tuanku Jaafar oleh neneknya Hamidah Alias, sebaik jenazah ayahnya dimasukkan ke dalam van jenazah sebelum dibawa ke masjid untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Seremban..




al-fatihah utk achik spin. kehilangannya saat dirasai..

Sunday, April 11, 2010

SEMERAH CINTA STILLETO



SINOPSIS FILEM SEMERAH CINTA STILLETO
Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota.
Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila.
Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz ke pasar membeli ikan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah. Kejadian tidak disangka berlaku. Pergaduhan besar tercetus antara penjual ikan di pasar sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan.
Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu juga, Leto dibuang kerja. Pada malam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond. Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish).
Yani sebelum ini setiap hari mengganggu Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto. Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya. Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual.
Kebetulan semula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila. Kehilangan stiletto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila berasa bersalah dan berusaha untuk mendapatkan sepasang lagi stiletto.
Pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya. Dalam tempoh pencarian stilletto itu, Stila terserempak ibunya bermesra bersama dengan lelaki lain tanpa rasa malu. Melihat sikap acuh tak acuh bapanya, Datuk Azahar akan tinggah laku isterinya, Stila mengikut Leto pulang.
Stila tidak tinggal di rumah kerana berasa kecewa dan sedih. Di rumah Leto, Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup. Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan kedua ibu bapa Leto.
Dapatkah Stila mendapatkan stilettonya semula? Apakah reaksi Stila terhadap segala tindakan keluarganya? Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto? Segalanya terjawab dalam filem “Semerah Cinta Stiletto” terbitan ke-37 MIG production arahan Ahmad Idham.



ok. sekarang dah pukul 1.20 a.m. aku tak tido2 ag. hehe ntah la~ badan letih tapi xnak tido ag. sok nak pegi umah..err..errr.. haha nanti la aku cite k. haha tgk2 xjadi macam ari tuuu.. haha~ tadi kitoran g kulim landmark central, kulim. mula2 makan nasi kandar. pastu g tgk wayang. tgk la cite yang baru kuar ni~ kat atas tu sinopsis cite tu. semerah cinta stilleto.
aku bagi 5 bintang la filem ni. sebab apa, sebab filem ni ada mesej tersendiri. iaitu, walau pun orang tu susah, tak sempurna, tapi mereka bahagia. berbanding dengan orang yang senang, punya segalanya tapi banyak masalah, tidak bersatu, tidak bahagia.~ huhu sebab tu la tagline dia, *kerana ketidaksempurnaan itu, kebahagiaan baginyaa*
lawak ayat cat farish dalam tu. asyik sebut perkataaan *lekk luuuuuuuuu* jee.. haha adessss.. 
bagi aku, kesenangan hidup tak menjamin kebahagiaan. yela, walau kita ada duit banyak mana sekali pun, tapi kalau hidup kita xbahagia, tak tenang, asyik moody je, tak best la kan~ tapi tak semua la orang yang senang tu tak bahagiaa. ada yang merendah diri. yang baik. segelintir je yang tak ok. heheh..
ok la.tu je nak cite. pada sesapa yang belum tgk lagi cite ni, tgk la~ lisa surihani sangat cantik. farid kamil ensem~ hahaa tapi aku suka lakonan cat farishh.lalalala~~

gudniteeeee...

Thursday, April 8, 2010

alahai rafiqin darwisy!

salam~

satu malaysia dikejutkan dengan kisah si budak yang bernama Rafiqin Darwisy. terutamanya di kalangan2 pengguna facebook.. bak kata orang la kan.. internet di ujung jari. klik je google. taip rafiqin darwisy. beribu2 info yang akan kita lihat. budak ni sangat2 femes. sebabnyaa :



(KLIK UTK BESARKAN)

Budak berumur 14 tahun in di’katakan telah menghina kematian Din Beramboi dengan mengucapkan ‘Al-Fuck Din Beramboi’ melalui laman Facebook beliau.

Rakan-rakan yang prihatin mula mengecam tindakan Rafiqin Darwisy ini tetapi sebagai budak degil dari mana entah, Rafiqin Darwisy mempertahankan tindakan beliau.

bukti sudah banyak. bila2 masa saja bermacam2 tindakan boleh diambil oleh pihak2 yang berkenaan termasuk keluarga arwah.


walaupun dia telah meminta maaf tapi dia seolah2 tidak insaf malah lagi memburukkan keadaan.

ni statement dari afdlin shauki.

ni formspring rafiqin darwisy, tapi xtau la betol ke tak dia punyaa..

salah seorg ahli grup *kami membenci rafiqin darwisy mengutuk kematian din beramboi* upload gambar ni. haha ada orang edit2.. paper yang bertarikh 9 april itu diupload di grup pada tarikh 8 april.hehe


group KAMI MEMBENCI RAFIQIN DARWISY MENGUTUK KEMATIAN DIN BERAMBOI. setakat ni ahli dia 57146 orang.

aku pun xtau sampai bila kes ini akan berakhir. sebab semua orang nak dia buat sidang media mohon maaf pada keluarga arwah dan semua orang. tapi ntah la~ xtau bila akan terlaksana semua tu..

taubat la ye dik~~~ buruk sangat dah nama rafiqin ni kat internet. sila bersihkan nama anda.



al-fatihah kepada keluarga allahyarham din beramboi. semoga rohnya dicucuri rahmat. pemergiannya sangat mendukakan semua peminat2 beliau. al-fatihah.

Tuesday, April 6, 2010

lupakan masalah.. final dah dekat!! :)

salam.

dah lama aku tak update blog. xde masa sgt. selalu menghadap facebook je keje. haha! adesss.. aku salah seorang penggemar facebook. menggilai facebook dari dulu hingga kini. haha

ok. pasal entry blog yang sebelum2 nyaaa~ maaflah kalau first time kot aku mencarut2 kat blog ni. masa aku marah2 ngan ex aku dulu, xde la sampai nak mencarut2. xde la sampai nak tulis entry sepanjang2 nya macam entry yang latest ni~ um.. pada sesapa yang tak kenal aku dengan lebih rapat, yang tak bersama aku dari dulu sampai sekarang, yang tak rapat ngan aku, korang tak kan paham~ aku tau, ramai yang pandang serong kat aku. sebab aku maki2 dia dalam blog. serius, kalau korang berada kat tempat aku, korang pasti marah. mesti ada perasaan marah. dengan selama ni aku berdiam diri, dia boleh senang lenang burukkan aku kat semua orang.. sekarang bila dah terbongkar segalanya2., dia dah tak de kat msi. sampai skrg tak balik2. orang berani kerana benar.. takot krn salah. kalau dia rasa dia tak salah, leh je bawak mak ayah datang jumpa aku ngan kawan2. aku sanggup..~ buat apa nak takot kalau tak salah.


sejak dia xde kat sini, aku rasa aman, hidup aku tenang. dah tak de sgt dah perasaan marah, benci, meluat, menyampah tgk muka dia ari2. 6sem kot aku hadap muka dia ari2~ adesss..
org selalu tanya *ko tak rndu kakak ko ke fatin?* erkk.. lagi bgus kalau dia tak de..

dah2. lagi aku ingat kisah lalu, lagi aku rasa nak marah! huhu sakit ati masih terasa tapi..
lupakan seketika! final exam dah dekat.. heheheh,,, xsampai sebulan je lagi ni.. lagi 3minggu je ni..wuuu.. study2!

berikutnya jadual final exam aku..

28APR-9.AM. ENGINEERING SCIENCE 2.
29APR-9.AM.PENGAJIAN ISLAM.
30APR-2.30.PM.SPANISH
3MEI-2.15.PM.APPLIED MATERIAL
4MEI-9.AM.ADVANCE METROLOGY.
6MEI-9.AM. MACHINE MECHANISM.



haha~ 6 paper.. aih.. adehh. pening2.. sekrg ni rasa serabut gak ar.. dgn byk test, kuiz, asgment, fyp..macam2 aku kena fikir.. huhu takot kang ada yang lupa..hehehe setakat ni subjek yang susah sikit, eng science ngan machine mechanism. huhu takot sangat2 kantoii.. usaha sgt2 dah.. huhu


tak sampai sebulan lagi, aku kena berjuang berhabis-habisan utk sem ni. aku tak nak lg keputusan jatuh, teruk. takot. ari2 aku rindu mama abah aku. aku tak sabar2 nak balik jumpa diorang..wuu.. sem ni aku tak penah balik lagi tau..sedih sgt2.. :( mama dan abah selalu bagi semangat kat aku dari jauh je. tak macam sem2 lain, aku jumpa jugak diorang. sem ni tak de pun :( semua kena buat sendiri. hidup berdikari. e2 belum lagi sem depan. tambah2 bulan puasa. lagi sedih. bila dgr azan je, makan sorang2. sedih gile.


insyallah.. aku akan wat yang terbaik utk sem ni! aku nak sgt2 berjaya. aku xnak hampakan mama abah yang jauh di mata~ aku nak buktikan juga pada semua orang yang walaupun aku penah dapat keputusan yang teruk2 sgt.. tapi aku boleh berjaya.

wish me luck kawan2. pada semua yang akan menghadapi finak exam, gudluck!! buat yang terbaik.. usaha! berperang habis-habisan.. jangan sia2 kan peluang yang kita ada.. gunakan sebaiknya saat ini!! :)


mama & abah: miss you.. :((

takecare. salam.

ARTIKEL RAKAN BLOGGER