ini entry mengenai contest. aku buat research tadi kat google. aku tak jumpa pun orang buat entry pasal ni. tapi kalau ada, maaflah. mungkin aku terlepas pandang. tu yang aku tak perasan. hehe entry ni idea aku sendiri. tetiba idea yang mencurah2 pulak. hakhak. lupakan pasal kisah ana raffali. aku blogwalking tadi boleh kata semua blog cerita pasal AJL25. aku pun tak ketinggalan okay. keh3
ramai yang tau aku suka sangat join contest. suka sangat2. aku start join contest oleh asada. aku rasa contest gambar terbest kot? err. entah lupa dah tajuk contest tu. pun masuk. tu contest pertama aku masuk dan sekarang aku masuk banyak sangat dah. aku tak pernah la nak fikir nak kira berapa contest aku masuk. kalau menang, alhamdulillah. kalau tak menang, tak apa, mungkin tak ada rezeki. cuba lagi.
apa yang aku nak katakan ni pandangan aku secara umum ye. aku tak cakap pun sapa, umum. okay? sapa2 boleh baca. senang je nak tarik perhatian orang ramai untuk join contest atau giveaway, senang sangat la kan. cuma ada yang tak tau, mungkin tak tau atau buat2 tak tau. hehe aku pun pernah buat contest. ada la dalam 32 orang je join. tak ramai. dan aku redha aje la. hehe
pandangan aku:
1) kalau boleh nak buat contest dan giveaway, ejaannya mesti betol. err. betol macam mana? elakkan menulis menggunakan perkataan mat rempit. contoh: kitewww, apewww, nucx, apa2 aje la yang orang tak boleh faham. tulis ayat yang boleh semua orang paham. tak semua blogger ni remaja tau. ada yang dah dewasa, yang dah kahwin, yang anak ramai pun ada.. kalau nak shortform pun, biarlah orang paham. tulis penuh2 pun bukan kena bayar lebih betol tak??
2) follower pulak, boleh aje letak syarat 'wajib follow blog saya'. jangan la tulis, 'wajib follow saya, kalau tak follow, penyertaan anda ditolak serta-merta, saya akan check!' nampak sangat mengejar follower. ikhlas tak nak buat contest sebenarnya ni? orang kadang2 jadi meluat pun ada. aih.
3) jangan pulak suruh follow banyak2 boleh. contoh, klik blog INI, INI, INI, INI, INI, dan INI.
amik hang. habis semua kawan2 dia dia suruh follow. kalau boleh letak satu atau dua pun cukup la. satu blog tuan yang membuat contest dan satu lagi blog orang yang sponsor hadiah. itu ok la kan? jangan pulak suruh follow blog2 yang bakal menjadi juri nanti. kena pulak sampai 6 juri.
4) kalau contest yang melibatkan gambar, jangan kata letak la gambar berapa yang anda suka. serius. ini terjadi kat aku. kesilapan aku jugak sebab tak menghadkan gambar. ia menjadikan peserta menghantar 10 keping gambar sampai aku penat nak scroll lepas tu pening tak tau nak pilih gambar yang mana. haha had la kalau boleh. satu ke dua ke. kalau ada peserta hantar sampai 30 keping gambar dia tengah makan. tak ke pengsan? haha
5) hadiah, aku yakin bukan semua peserta mengharapkan hadiah yang mahal2. contoh dapat kereta ferrari sebijik ke. tak! even korang bagi hadiah topup rm5 pun diorang terima malah berterima kasih lagi pada kita dan menghargai! pastikan ada budget untuk buat contest. kalau anda janjikan topup rm30. tunaikan! pastikan ada. jangan nanti dah umum peserta 1januari, tak de duit nak kasi pulak. suruh dia tunggu sampai 31 januari. adess
6) pasal tarikh tutup, buat la paling kurang pun 3 minggu ke, jangan la buat 2jam. lepas tu mengharapkan ramai2 masuk. aih. macam mana tu? blogger ni bukan 24jam ada depan komputer. bukan 24jam nak berblogging dan blogwalking. diorang pun ada komitmen lain. buatlah 3minggu ke, selalu orang buat sebulan la kan.. insyallah ramai masuk..
7) kalau boleh bagitau siap2 hadiah apa yang korang nak bagi. set pinggan ke, set cawan ke, apa2 je la. itu boleh menaikkan semangat orang nak join! serius. aku pun rasa macam tu. contoh: dia nak hadiahkan domain. aku cepat2 masuk sebab aku nak domain. cuma duit je tak de nak beli. haha macam tu la. bagitau awal2 hadiah., itu sebabnya kita kena buat persediaan awal2 sebelum membuat contest ni.
8) yang paling aku rasa nak GRRR adalah pengumuman peserta. grr. banyak2 kali. tapi aku tak penah lagi la menyerang secara fizikal atau mental terhadap orang yang buat contest ni. setakat rasa angin dalam badan je. contoh: kalau cakap tarikh tutup: 1/9/2010. sampai 24/9 pun tak umum2 lagi. lepas tu sepi macam tu ja. cuma tulis satu post yang pendek,' penyertaan ditutup, nantikan keputusannya tak lama lagi.' sampai 24 hari pun tak umum2, apa halnya? kan? kalau rasa nak umum 28/9, letak tarikh tutup 27hb atau 26hb. kan senang. busy sangat2 pun tak kan la sampai tak de masa langsung nak umum pemenang cepat2. perkara ini menyebabkan orang jadi malas dengan anda. kalau peserta 3000 orang aku percaya 24hari amik masa nak pilih.
9) pasal pemenang jugak, contoh si ali menang cabutan buat ini. si pembuat contest/giveaway kata sila hubungi saya di emel blablabla dengan segera sebelum esok hari. tetiba si ali tu pulak tengah cuti 3 hari, so dia tak dapat la nak view blog tu dan tak tau langsung yang dia menang. ataupun dia tak perasan kat dashboard pasal pengumuman tu. apa kata kalau korang bagitau dia kat kotak komen atau shoutbox?? susah sangat ke?? tak kan? pegi buzz buzz beliau kat shoutbox.cakap dia menang. ni aku tengok ada yang buat dono je dengan mengharapkan si ali datang blog beliau. aih. kalau hati ikhlas nak bagi hadiah kat orang, apa salahnya buat macam tu kan? tak salah pun. melainkan bila anda bukak blog si ali tu, blog beliau telah ditutup dan anda tak dapat menjejaki beliau.
10) lagi satu, bagi la masa sikit untuk pemenang menghubungi anda. contoh yang aku dapat, giveaway dari miss lullaby. masa tu laptop aku rosak. so aku memang tak boleh nak online langsung. aku kadang2 pergi cc. seingat aku dia umum keputusan hari ahad, aku bukak blog hari rabu. aku tengok kat chatbox yang dia ada bagitau yang aku menang giveaway dia. cepat2 aku bukak. waah. dalam tu aku tengok dia bagi masa seminggu untuk aku hubungi dia. cuba kalau sehari ja, memang tak dak rezeki la aku nak dapat hadiah kan. itu memang betol2 ikhlas dia nak kasi. siap ada komen lagi kat entry pasal giveaway tu yang aku menang. kan seronok kalau semua yang membuat contest contohi beliau.
11) jangan ler sesuka hati menukar2 nama pemenang. aih. kesian dowh. ini aku penah tengok la dekat satu blog ni. lama2 dulu la. dia menang contest berkenaan shawl kot kalau tak silap aku. dia perempuan. masa tu orang semua pegi wish kat blog dia, ucap tahniah sebab dia dapat tempat pertama dalam contest tuu. ramai kot. aku pun ada wish. tetiba esok aku tengok, pemenang bertukar!! hoyeh. sebabkan si gadis tadi tak cepat2 menghubungi penganjur contest tu. cepat betol. wah. lepas tu dalam 2 hari lepas tu si gadis tadi online dan dia menulis blog. dia cakap tak de rezeki dia nak dapat sebab internet dia bermasalah dalam 2 hari tuu.serius aku kesian. aih. jangan la buat macam tu. memang contest anda yang punya tapi kita kena jaga hati orang lain jugak kan?
12) jangan menipu pemenang!! kata nak bagi hadiah. tapi 3bulan tunggu tak de jugak. pastikan anda contact2 dengan pemenang. lain la kalau dia nak pegi PLKN. tu la orang kata siap sedia awal2 sebelum buat contest. aku dapat tau ramai pembuat contest/giveaway tak kasi hadiah kepada pemenang. ghaib macam tu je. gila. cuba kalau jadi pada anda sendiri?
ini pandangan dari aku. aku tak mengata2 sesapa. tapi sejak2 aku aktif join contest ni, banyak benda yang aku belajar. serius. dan bukan mudah nak handle contest. tambah2 kalau 1000 peserta. mak aii. haha pening gila. aku yang 32 orang dulu pun pening. hahaha
akhir kata dari aku, buat la giveaway/contest dengan ikhlas dari hati anda. jangan buat kerana terpaksa dan jangan buat kerana nak tambah follower banyakkkkkkkkkkk. ingat, hati yang ikhlas.
kalau ada yang aku salah cakap, sila betolkan. aku mahukan teguran, bukan hinaan, budi bahasa budaya kita. kan?
17 comments:
Bagus entry ni. suka sangat!
point no 12 tu dah banyak kali kena. menyirap darah ni sebab tertipu. hmm, macam mana pun tetap pujuk hati yang Miza tak ada rezeki. Unfollow terus and remove dari bloglist. *sakit hati punya pasal. HAHA
awwwwwww~ nice!
thumbs up! :)
thanks..bole dijadikan panduan utk dinaz buat contest nanti..huhu bila tak tau lg...tunggu!
Siyes, entry ni mmg bagus. 1st time jumpa..respek sgt kat awak..
lulu pernah kena juga...
malas nak heboh, Tuhan kan nampak..
Ada juga buat mcm Miza..
huhu..sakit hati..
tapi tak semua org begitu..
pstt....kalau anjur GA/Contest, ajak eh....ngee....
terima kasih. tak salah mempunyai entry yg lebih kurang sama, kebetulan namanya. lainlah kalau entry surakhabar, memang patut pun lebih 10 org buat entry yang sama.
two thumbs up untuk entry ni.
no 1 4 9 agak menarik point disitu.
rasanya takde apa kot nak ditambah. terima kasih.
ahak ptin..hi yg ak takot nk wat contest ni..huu..
adeh3...
huhuhu~betol2..cipa pnh kne skli..da anta pnyrtaan n owner uh siap wish..tup2 ble tarikh da ttp die soh semk nme kn kt final list.nme xde.da gtau kt komen pon still xde gak ble cek g skli..so aggp jela xde rzki..hihihii
btoi2..mmg lojik sume y fatin cakap ni,hehe2...
Salam.. whoa! walaupun panjang skit, tapi memang informatif.. ooh, baru tahu nak wat contest mcm mne.. hehe.. Bab modal hadiah tu yg problem sikit.. hehe
Anyways, thx sbb follow KBD, Kee follow sini balik ye ;) ciao
muahaha ku nak wat GA nanti follower dah sampai 300 lbeyh2 sikit..aku rase cam bermurah ati la plak..ko ajo aku ek..ahaha aku ajat nak wat GA nak suh orang kritik blog aku..
tp ak plk x minat nk msk contest bagai nih.
hee
tp ak plk x minat nk msk contest bagai nih.
hee
cipa tagged tau..g cni~
http://nurfazilaharsat.blogspot.com/2011/01/love-live-life-green-earth-yes-we-care.html
memang banyak gue tgk seperti yang dikata...
itulah disebabkan lambakan contest..
ehheee
tu diaaa cayalah
miza: nak buat macam na miza, kita pun ada perasaan jugak kan. geram pun ada! haha
hanisah: thanx! :)
dinaz: ok, nanti bleh la sy join. hehe
lulu: sama la. xsmua org mcm tu tapi msti ada jgk antaranya. huhu insyallah, tapi lmbt lagi la. bdget xde. hehe
affan: thanx awak!! :)
natasha: relax la.. heee :)
cipa: harap2 la xde lagi org buat mcm tu..huhu
seny: thanx! lama sy fikir nak buat entry mcm ni :)
wan: kna betol2 ada bdget baru bleh buat. hehe sama la mcm sy. thanx k!
jiji: bleh je. roger kat fb aku k. haha
budak kecik: haha! :)
cipa: thanx cipa. dah simpan link dia. hehe
mie: terlalu banyak. hik3
nora; haha baca dak? :P
wahhhhhhhhhhhhh
takde button like eh fatin??
huuuu..
setuju2
rase mcm nak kopi kat aje.. haha :p
serius bestlah entry nihh..
fatin2..welcome to my bloglist :)
sy pilih mane2 yg rapat dgn sy lah
yg rajin komen belog..huhu :)
sayang kamu ;D
Post a Comment