Friday, January 29, 2010

MANA PERGI?

salam~


aku baru balik kelas bi 3. huhu esok, sabtu dan lusa, ahad. cuti! yeay. ni yang aku tunggu2. aku banyak assignment nak kena buat. aih. nak kena atur betul2. susun jadual. ada quiz lagi minggu depan. huhu memang agak busy la aku ni. kadang2 je on9.. yang lain, tido. hahaha~



tadi aku google2 tentang aku punya blog. banyak la pasal blog aku ada di google. dari blog orang lain. apa saja cerita, mesti ada sumber: (link blog aku). haha. orang ramai view sebab ada kisah idola kecil je. dulu2 tak de sangat orang nak view aku. hihi btw, aku peminat azzam. bukan azzam ek. hehe. cakap awal2. sebab ada yang ingat ni blog azzam. hehe.




sejak2 aku format laptop ni, banyak yang dah berubah. hehe.. laptop aku pulak pakai windows 7 skrg. xfamiliar sangat ar..kekok gak. haha tp sekarang smua ok la.. huhu aku download la ym. syok2 guna baru aku perasan ym aku tu yahoo messenger INDIA.. nape ek? yahoo aku pun yahoo india.. fuyoo~ tak pasal2 aku dapat pengalaman tinggal kat india.. ekeke..


.nampak tak? hehe.. aku sayang nak tukar..ok pulak ym tu..hihi...


ok.. aku baru je bukak friendster. baru start nak aktifkan diri ar kiranya.. hakhak. aku pun masuk la grup 1989. rindu la kan. nak tengok apa yang budak2 grup 1989 discuss.. tapi yang ni yang aku tengok...ada 4post je.. aku ingat satu page dihadkan 4post..
....aku tengok dia kata xde post lagi..waaa~~...grup utaqa frenster pon sama.. baru ada dua post..
seyes.. aku tertanya2..mana post smua?? waaa~ sapa yang delete? dah la beribu2.. haha. aku tulis status kat facebook.. ternyata ramai yang tak sedar kehilangan post2 ini. why? mesti korang lama xjenguk kan.. hihi tapi xpela.. aku pun dah lama xtgok.. haha~ so aku dapat tau, sjak2 fs berubah wajah..semua post2 dikosong2kan. yang ada skarang ,post yang paling latest.. ngeee. aku macam xsemangat je nak masuk. tapi tadi aku tgk, ada gak biela, ieta, iceq, meor. tu je kot. yang lain2 xtau mana pegi.. semua mesti ada di fb..hehe


..aku suka satu je.. post aku seb bek xdireset 0.. hahaha.. skrg ada 27099..keh2..
so, wahai budak2 grup 1989.. ahli yang lama atau baru.. yang tak penah kenal aku atau yang dah lama kenal aku.. cam na ngan grup kita? nak wujudkan balik x?? hehe nak aktif balik x cam dulu2? keh2.. aku rindu semua kenangan tu..adehh... ilang2.. waaaa..sebab aku jumpa kawan2 aku kebanyakkan dari grup 1989.. yang jadi kawan paling rapat walau tak pernah jumpa. yang penah jadi kawan then jadi musuh sampai sekarang pun ada. mcam2 la kenangan yang aku dapat sepanjang aku berkecimpung dalam dunia 1989.. hehe..
ok la.. tu je aku nak update. hehe. aku xmain farmville dah. tak leh bukak la. slow la.. adeh.. huhu..
ok..thanx sebab sudi baca blog ini. rajin2 la komen yaaa~~ =)
salam...

Wednesday, January 27, 2010

setelah sekian lama aku menyepi..~

salam..





kehadapan para blogger sekalian.. anda sihat? ape cer? yeahh.. setelah lama aku menghilangkan diri dari dunia blogging, facebook, dan dunia internet, hari ini aku kembali utk meneruskan perjuangan ku utk menulis blog..kah3~ weyh, rindu gila kat blog aku!!!! hahaha..macam2 aku nak update ni haaa.. baca sampai abis tau.. tau.. :D








apa ek? oo.. laptop aku masuk hospital sebenarnyaaa.. 1st aku g ngan  kat kedai dekat2 ngan msi ni. dah bayar dah pun. suruh format dan masukkan window 7..pastu dia kata tak boleh. banyak masalah. dan lastly selepas seminggu dia pulangkan balik dan cakap motherboard rosak.. waaa!! bayangkan betapa sedihn yaa aku. dah la duit tak de. dia pulangkan balik laptop. dan aku hampa. pastu malam tu jugak aku keluar ngan . pegi taman selasih. abah kasi alamat kedai cina tu suruh pergi. aku penah pegi dulu sebenarnya. tapi dah lupa la jalan. haha. seb bek ada .. aih.. seminggu pastu baru aku dapat laptop aku.. kira semalam la..hehe.. xde pun dia cakap mother board rosak ke apa ke.. n dia install window 7!! pergh.. memang teruja la aku! hahaha..cantiknyaaa.. setakat ni xde masalah lagi la nak gunakannya.. aku suka! hehhe akhirnya aku dapat laptop aku balik! hehe
pastu lepak2 kat tasik kulim. pegi taman selasih. dia yang bawak aku antar laptop kat kedai. cian dia. kitorang merempit malam tu. wheely, wekang semua ada. hahaha~ :P bila nak amik laptop je dia dah balik arau. so aku pegi sendiri la. naik teksi. hehe. kitorang ni asal kuar je. destinasi makan yang menjadi pilihan adalah nasi kandar. hahah dynas la nasmir la haja la.
aku jumpa juju jugak! yeay. kat giant. aku bawak . dia bawak dua kawan dia, kitorang makan nasi kandar (lagi). pastu tengok wayang cite adnan sempit.pastu g main bowling. dan setelah beberapa lama aku xmain bowling, aku dipaksa main pada hari itu..ceh!! hahaha pastu g karaoke. sejam je. haha pas diorang balik, kitorang sambung karaoke 2jam pulak.. hahaha.


dan satu hari jugak . aku saja je lalu depan umah aku. pastu terjumpa lak mak angkat aku atau mak alisya. aih. malu gila.. hahaha so salam2. n terus balik. hehe pastu jumpa jiran lak. adeh kantoi lagi. hakhak. nasib baik tak jumpa mama faiq. haha. aku tak tau la kalau jumpa cam na. aku dah la pemalu. adeh. tapi insyallah satu hari nanti aku akan kesana. bila? ntah. paling awal raya cina ni kot. paling lama tunggu kawin nanti. haha,. ntah la. takot. xde keyakinan. abah aku ari tu ada tepon tanya aku kluar ngan sapa. bila aku cakap ngan kawan, dia asyik tanya sapa dia. aku pun cakap faiq. haha so dia tanya mak aku. mak aku pun dah terang segalanya2. dan nampak dia cam dah bagi green light je. just dia pesan, jgn malukan keluarga je. keluarga faiq pun dah tahu. keluarga aku pun dah tahu. aku sebenarnya tak berani nak tipu ni. haha takottt.. nanti lama2 kantoi jugak. baik cakap dlu. hehe..
err.. lagi2. um. gambar2 aku time kuar ngan faiq semua aku dah upload kat facebook. tak la semua. hahaha yang mana ok je aku letak. yang tak ok aku simpan..lalalala~ :P dan ini ada gambar2 yang aku dah edit2. dan susun2 jadikan satu pic. haha. ok x? =)
study lak. setakat ni ok semua. kelam kabut gak ar. isnin kelas full.. memang terkejar2 gak ar.. marathon aku pagi2 buta sampai malam. adeh. tapi tak ape la. nak belajar kan. kena la korbankan sikit. huhu
setakat ni je kot aku update blog. lain kali pulak aku update k.. hahaha dah malam ni.. ngantok ar.. hehe. eh2. jap2.. sebelum terlupa.. hahaha isk2 macam2 msj aku dapat kat chatbox kat sebelah ni haaa., yang ditujukan utk azzam. adeh. aku bukan azzam laa.. peminat setia azzam je.. hahaha.. dah lama xtgk blog azzam. hehe thanx ya adik2 komen chatbox akak. ramai sungguh peminat azzam. sampai aku pun disangkakan azzam. hehe
ok laaa.. setakat ni jeee.. byeeeee.!!


gambar kat depan pawagam kat giant.. ngan juju dan kawan2..







jeritan : aku xlawat lagi blog sapa2.. maaf.. baru ja start on9. hahaha nanti aku komen2 balik blog korang ehh.. tungguu!! byee

Thursday, January 14, 2010

BUSY BUSY AND BUSY

salam


waahh..sejak2 aku kat msi ni..ni la post pertama yang aku baru nak buat..lalalalala~ lama sungguh aku meninggalkan dunia blogging ini (tak sampai seminggu pun). hehe.. so kebetulan arini tak de kelas. aku nak tulis la sepatah dua kata utk entry aku yang baru ni.


sekarang aku berada di bilik no 2 casa valencia, unikl msi kulim kedah. hehe,. tingkat paling bawah. panas. haha. masa mula2 datang kat msi, aku rasa dah 4x aku melalui zaman kegelapan apabila asrama kitorang 4x tak de elektrik. byangkan isnin tu kelas dari pagi sampai malam. tapi malam ahad tu time tgk anugerah juara lagu (dgr kat radio je) xde elektrik. sampai ke pagi. nasib baik bilik zatil ada elektrikl. boleh la iron jaket kat situ (fiza ironkan) hehe =p


setakat ni. semua kelas aku dah pegi, dan esok last kelas. advance metrology, tak kisah sangat sebab aku join kelas aku sendiri. kelas engineering science je aku belum jumpa lecturer nya. asal aku pegi je tak de, cuba la kalau aku tak pergi. mesti ada. hahaha


pengalaman? waa.. banyak kot..lalalala~ yela..masuk ngan budak2 junior ni. aku dipanggil kakak. waa.. kakak fatin. hehe best2. diorang mesti tanya *akak ni senior ek?* haha. best2..lalala~

setakat ni tak de masalah. budak2 laki setiap2 kelas yang aku pegi pun ok. xde hal la aku tengok tapi aku banyak mendiamkan diri je. malu la..ahaks


apa lagi ya? sekarang ari2 aku makan nasi lauk kupang..haha ketagih dowh. bukan apa, kat kemaman xde,. kat msi je aku jumpa..hahahaha.. best gilak. pastu ayam atau ikan keli. kadang2 time malam makan burger. hehe. semua aku nak makan kat sini. makanan yang aku tak pernah jumpa kat kemaman. hehe


bila sebut pasal kemaman, jiran aku mesej mama aku. dia cakap. kucing2 tu dah xde kat belakang rumah..waaa! tak tau la diorang g mana.. ke ada orang buang kat mana2 ke. aku tau sapa. sebab dalam kawasan tu dia sorang je paling dengki, busuk ati ngan jiran2. umo dah nak dekat 70. tapi isk2. mulut..~~ tua2 tak sedar diri. aku geram gila. mesti kucing2 aku tunggu aku kan..waaa! sangat rinduu.. aku harap sangat xde apa2 yang buruk terjadi pada diorang.


raya cina pulak, sekali ngan cuti mid sem. 9hari.. aku?? aku tak balik kemaman pun. haha aku dok kampung kot. mula2 aku nak stay kat msi dlu. nak dating ngan faiq ari2..yeay! 9hari tuu. aku nak dok kg.. tapi best gak. sebab internet laju kat kg... kg aku dah maju wooo.. dlu2 tak pun..lembap gila,..hahaha~


apa lagi ek? err. sabtu ahad dan isnin aku cuti. isnin cuti hari keputeraan sultan kedah. yeay! 3hari cuti. 3 ari aku nak jumpa faiq. kalau boleh 24jam je aku nak dok ngan dia..kekekke.. best2...lalalal~ 2bulan woo tak jumpa. rindu gila la..aih



arini mak dan abah aku dah balik kemaman. ntah bila la dapat jumpa diorang. bulan 5 nanti kot. time cuti sem. tu pun tak tentu sebab aku nak wat short sem. waaa.. mesti rinduu..wuuuu..



ok la..setakat ni je. nanti aku update la lagi. terutama pasal sabtu ahad dan isnin ni..hahaha..ahad aku akan jumpa jugak ngan juju. kat giant kulim. sapa2 yang rasa berdekatan ngan giant kulim tu, datang2 la ye. heheh~


ok.. byeeee~ takecare smua.

ni rumate2 aku.. gambar ni diambil masa sem4. hehe

fatin, kak ika, fiza, nadya

Friday, January 8, 2010

TAG UNTUK ORANG TERSAYANG~

salam.








pagi tadi aku dah pegi msi. kemas2 bilik. aih. sangat penat. haha! hari ahad nanti aku akan pulang ke msi..dah tido sana.. sebab hari isnin kelas kul 9 pagi..wawawawa








tadi saja view2 blog orang, tetiba aku terjumpa satu tag. dan dia tag aku sekali. haha ni aku nak jawab la ni. tag yang best. nak upload gambar banyak2. hihi





tag dari miera








ni la miera yang comel dan sengal. lalala





1. ADAKAH ANDA RASA ANDA HOT?


oh tidak sama sekali. saya sejuk =p






2.UPLOAD GAMBAR KEGEMARAN ANDA..









3.CERITA PASAL GAMBAR..





gambar ni gambar raya tahun 2009. banyak cerita dalam gambar ni,. 1st, 1st aku raya kat tganu. 2nd, 1st time kitorang pakai baju raya lain2 warna n ketara sangat warnanya. isk2 3rd, xde kameraman, aku guna cermin je utk amik gambar kitorang bertiga. dan cermin tu dah seusia aku. percaya x? hihi








4. KALI TERAKHIR MAKAN PIZZA?






10 november 2009






5.LAGU TERAKHIR ANDA DENGAR?



jika kau ubah fikiran-dayana idola kecil 2






6.APE YG ANDA WAT SLAIN WAT TAG NI?






dengar lagu, online facebook






7. TAG 8 ORG LAEN..


1-junita adam cheah *ieta*

2-

3-nor syaira rosland *syaira*

4-nurul balqis riza bt bakri *bal*

5-nazirah zulkifli *jierah*

6-nabila mohd kahar *biela*

7-sadeline vateria *iceq*

8-nor syahirah radzi *syira*





8. SIAPE NO.1 KPD ANDA?








ieta- dia kawan yang baik, memahami, selalu menasihati, periang, menghiburkan dan comel!! kawan sampai bila2.





9. SESUATU TTG ORG NO.5








jierah- dia penghibur aku sepanjang masa. pengganti yuna dan siti nurhaliza. dan dia sengal!!





10.NO.3 ADE HBUNGAN DGN?




syaira ada hubungan dengan.. errrrr.. tanya dia sendiri la. yang penting budak tu pun kawan aku..lalala




11. NO.4 PLAK?dia single.hihi




12.PESANAN KAT NO. 6?




13.KATA2 CNTA UTK NO.2..


14.NO.7 NGN NO.8, ADA PSAMAAN?

persamaan : satu ukm! kawan baik! dua2 baik! happy! semoga menjadi kawan baik selamanya =)

15-PERASAAN WAT TAG NI?
kelam kabut sebab nak bersiap balik kampung petang ni. hahaha
jeritan: jierah- kalau dah siap blog ko, jawab tag ni!! haha
jeritan- balqis- aku suka pic tu. ko pakai shawl nampak sweet sangat2
jeritan: iceq dan syira-jenuh aku mencari gambar korang berdua. hihi
....mereka orang yang saya sayang...
byee

MASIH ADA SINAR~

salam

ketika menulis post ini, aku sedang ym dengan jierah, juju, hasbullah dan lagi sorang aku tak kenal. haha. bosan gila. so aku ingat nak tulis blog la.kui2

sekarang aku di kulim. sampai semalam. aku bertolak pukul 7pagi. bangun lewat gara2 bergayut sampai 3pagi.hakhak dan sampai ke kulim tepat kul 5petang, sebenarnya kitorang tak pernah sampai secepat itu. tapi tak tau la kenapa ayah aku jadi pemandu kereta drift. laju gilerr. haha. pas tu berhenti makan sekali jer.. mana la tak cepat sampai. waaa~ korang nak tau x? hehe
pagi tu dalam kul 6 pagi, aku kasi kucing2 aku makan. tengah tido lagi masa tu. terus bangun makan. aku dukung anak kucing yang sakit tu.dukung cam dukung baby. menitis air mata ku jua..waaaa!!! tak tau la kenapa, sayang sangat2,. kalau teringat, mesti bergenang air mata aku. hihi macam mana la keadaan dia kat sana? petang tu aku bawak anak2 kucing tu main atas katil aku, waa! best,, lompat2. yang seekor lagi lompat2 kat katil mak aku.haha. kenapa la aku touching sangat fikir pasal kucing nih? aih2, lagi la rindu sebab tadi ada anak kucing mana ntah masuk dalam umah aku kat kulim ni, aku dukung2 dia. sebaya ngan kucing2 aku..keh2. tapi aku tak sayang. aku rasa nak gigit2 dia. so mak aku lepaskan dia kat belakang umah. hihi


ok lupakan cerita pasal kucing. kan dah bergenang mata aku ni.,hakhak. ok pasal msi,. yeay. akhirnya mara nak bagi loan balik. bukan sambungkan..tapi kasi balik duit yang aku bayar rm8k dulu tu. lega sangat2. boleh cover balik. utk sem ni. seronok sangat2. encik azlan dan encik firdaus banyak membantu aku dalam hal ni. aku pun dah boleh daftar sem. dah ambil kunci bilik. dah pergi tengok bilik. serius besar. boleh main ping pong dalam tu. yeah. dah la ground floor. lagi la bestl tak perlu naik tangga lagi. hahahah...


sem ni aku amik 18kredit. waa..tak pernah2 aku amik banyak tu.sem1 je kot. hihi. ni subjek2 yang aku amik

pengajian islam-MMT2
applied material-MDD4
machine mechanism-MDD4
spanish-EIM4A
advance metrology-MDD6A
engineering science 2-MDD2A
technical and communication english 3-MDD3A


aku sekarang kelas MDD6A. tengok, hanya satu kelas je dengan budak kelas aku. yang lain2 semua kelas lain. sem2, sem3, sem4, semua subjek tu bukan aku gagal atau kena repeat. aku baru nak amik. sebab dulu drop2. haha,. dah la aku tak de geng, semua ni sorang2 je nanti aku nak pergi. kena tebalkan muka. bisukan suara. haha,. alahai.... kuatkan la semangat aku nih. kelas memang padat, memanjang kelas malam. adeh. tapi tak pe la. setahun lagi je. aku kena usaha gak kali ni. tak mau la kp lagi..wuu.. banyak sangat dugaan aku dah tempuh..cukup2 la..aku dah tak sanggup tau.


lega sangat2 akhirnya ada jugak peluang utk aku. satu ja lagi peluang. kalau aku sia2kan nyaa. tak tau la nak cakap macam mana lagi. wuu. thanx kat family aku yang banyak sangat2 support aku. bagi aku semangat.  aku bertuah2 sangat2 kenal dia. dan thanx pada kawan2 yang selalu bagi sokongan, junita, jierah, nabila,asyrin, kirin dan lain2. kat facebook tu.. ramai sangat =p thanx sangat2. nasib baik xputus asa lagi..kui2

sem depan wat fyp. pas tu abis dah. tak sambung degree kot lagi. ingat nak kerja dulu. huhu. tapi tak confirm lagi, mana tau tetiba mood belajar aku datang balik.keh2..


apa lagi ek.. cukup setakat ni kot.sok nak g bilik. antar barang. kemas2 bilik. bilik besar! wow! sebelah2 tu bilik tv. yeay1 leh tengok juara lagu *saja nak bgi jierah jeles*.keh2 macam2 la.huhu. thanx pada kawan2 yang byk support aku..

setakat ni saja..lalalala~ takecare smua. gdnitee

Tuesday, January 5, 2010

SELAMAT TINGGAL KEMAMAN *SEBAK*

salam..

ini post yang terakhir sebelum aku menjejakkan kaki melangkah meninggalkan bandar kemaman ini..wuu~ esok pagi2..sebelum subuh.. aku akan bertolak pulang ke tanah air tercinta ku. hihi..


sedar2 tak sedar dah hampir 8 bulan aku berada di kemaman ni. waaa~ waktu yang sangat lama. huhu. 8bulan je. bukan 8 tahun. praktikal 4bulan. lagi 4bulan time cuti sem sebelum praktikal dan 2bulan selepas praktikal. dalam tempoh 8 bulan tu, aku baru balik ke kulim sekali saja sebab nak antar repot praktikal. kalau x.. tak balik la. huhu

selalu nya aku akan bertolak pukul 5lbih pagi. dan akan sampai ke kulim kul 5lebih petang. fuh..bayangkan. dulu time dok kl, 5jam je perjalanan ke kulim. haha. tido se round dah sampai. yang ni tido 4 round pon xsampai2 lagi. adeh. pening2. tambah2 kat grik. aiyark. selalu aku tido kalau sampai kat situ. haha.

sedihnya nak tinggalkan kemaman. sedih..wuu~ rasa tak nak je balik kulim.wawawawawa..bukan sedih nak tinggal umah atau pantai atau apa saja. tapi sedih nak tinggal kucing..wawawawa.. aku selalu cakap kat mak aku. boleh tak nak bawak balik kucing g kulim.. huhu. sedih jer. adeh tapi tu la,. setiap pertemuan pasti ada perpisahan. aku mesti merelakannya walau pun terpaksa.


balik kulim, aku memang busy sikit. nak uruskan itu ini. aih. macam2. kalau nak online pun, malam je kot. serabut aku pun tak habis agi. dengan macam2 masalah. Ya Allah, kuatkan lah hatiku untuk menempuh semua dugaan ini. aku nak sangat sambung belajar lagi. betapa ruginya kalau aku terus mengalah walau banyak sangat dugaan.

kenapa aku merasakan ini kali terakhir aku berada di kemaman ni ek? hurmm~~

sekarang aku tengah gilakan lagu cinta tak bersyarat-element! waaa~ sebak2. lagi sebak bila dengar lagu itu. tak tau kenapa. tapi sebak la..wuwuuwuw~


selamat tinggal kemaman dan kucing *sebak*



rindu akak yang garang ni tauu.. hihi

Sunday, January 3, 2010

SEKITAR GRAND FINAL IDOLA KECIL 2~



salam..

sekali lagi aku ingin bercerita tentang idola kecil 2,.tentang konsert final idola kecil 2 yang ditayangkan malam tadi di tv9. huhu post utk awal tahun 2010 dihiasi dengan idola kecil ja. aih.hehe..

semua dah tahu. dayana menjadi juara idola kecil musim kedua, tempat kedua dimenangi oleh azzam dan tempat ketiga dimenangi oleh ain.


di bawah ini aku sertakan sekali gambar2 sekitar idola kecil 2 yang diadakan di shah alam convention centre. aku pergi semalam. dok depan sekali. hahah..*tipu2*. aku amik gambar ni dari sumber2 yang dipercayai. ngeee..


pengacara idola kecil 2 bersama peserta2 yang tak dapat ke final. dari kiri: sam, jiha, aliff, fienaz dan nurul.

persembahan tasha yang menyanyi sambil menari itu mendapat pujian juri.
menanti komen juri. dari kiri: maulud, dayana dan azzam.dayana ketika menyampaikan lagu jika kau ubah fikiran.azzam ketika menyampaikan lagu baru iaitu kekasihku.azzam menyanyikan lagu aku rindu sayang kamu.arill mendendangkan lagu bertajuk ****** jaket biru (terlupa tajuk penuh lagu tu.haha)ain menyampaikan lagu sembilu.ain menyanyikan lagu baru iaitu bertajuk coklat dan bunga. sangat comel..
dayana menang idola popular dutch lady..
azzam menang rm5000..tempat kedua.dayana selepas diumumkan sebagai juara.
wajah2 kegembiraan.

kelihatan ibu dan bapa dayana.

kepada peminat2 maulud. sedikit hampa sebab aku tak da gambar persembahan2 dia. aisey. aku tak tau pasal apa orang tu tak amik. haha. cuma sekeping je la yang menanti komen juri tu. tapi dia pun ok malam tu.nyanyi lagu zakiah2. ape ntah. best gak..

aku tau ramai yang tak berpuas hati bila dayana menang. haha. terutama budak2 kecik kat luar sana. tapi nak wat cam na. sekurang2nya azzam dapat num2. yeay! kcewa gak sebab arill tak dapat apa2 walau persembahan dia hebat jugak. tapi tu la. rezeki.

problem sungguh time nak wat post ni. haha nak upload gambar punyalah seksa. aih. akhirnya siap jugak post ni. huhu.

ok la. setakat ni ja post tentang idola kecil. apa2 pun tahniah. dan yang tidak berjaya jangan kecewa. muda agi. kecik agi, banyak peluang lagi.hihi.

aku rasa cam entry aku kali ini macam wartawan yang tulis..kah3.. boleh ni jadi wartawan. hakhakhak..

jeritan: happy bsday kpd nurul shuhaida!!! =)

ok..selamat membaca..thanx.. byeeee~

Saturday, January 2, 2010

FINAL IDOLA KECIL MALAM NI!

salam~


aku bukak tirai 2010 dengan post ini. memandangkan aku tak de idea nak tulis apa. aku amik keputusan nak tulis sedikit post tentang idola kecil 2. setelah beberapa minggu idola kecil muncul di tv9 yang menyaksikan penyingkiran sam, fienaz, nurul dan jiha, malam ni (2jan 2010).. idola kecil sudah berada di episod yang terakhir. makanya malam ni..salah seorang peserta idola kecil yang layak ke final akan muncul sebagai juara idola kecil musim 2.


peserta2 yang layak ke final ialah azzam. arill. dayana. tasha. maulud. dan ain.




ni poster dari azzam fan club untuk malam ni.
ni poster dari arill fan club.

aku yang berdebar2. haha,. serius aku pun tak tau sapa yang akan jadi juara malam ni. yeay. kalau aku memang la aku sokong azzam dan arill tapi tasha, ain, dayana dan maulud tidak kurang hebatnya. hihi.
so sapa menang malam ni? aih. jangan lupa tonton konsert final idola kecil 2 malam ni jam 9.00 malam di tv9..dekat di hati..ekekeke~
jeritan: aku baru menview blog hanis zalikha. aku jumpa laman web blog dia dari surat khabar berita harian tadi. aku ingin jadi sepertinya..wawawawa =p
jeritan: selamat hari jadi kepada sahabatku. siti zowiah bt ahmad. semoga ceria2 selalu. aku sayang kat hang..~
jeritan: menghitung hari utk kembali ke msi.. aih. sem depan dok 3orang 1 bilik ke 4orang 1 bilik? adeh.
jeritan: selamat berbahagia kepada bdk2 yang baru kapel. haha.~ den tau. den wat xtau je..lalalala
jeritan: sem depan satu kelas je aku ngan budak kelas aku, MDD6A. subjek lain aku akan bersama bdk2 sem 2, sem3, sem4 dan sem5..auwwww~~
jeritan: salah satu azam aku.. aku ngan ahmad faiq dah berjanji tak kan contact lagi buat selamanya2. harap azam ni tercapai!!
byeee

ARTIKEL RAKAN BLOGGER