Saturday, January 29, 2011

WANITA PERLU TAHU RAHSIA CINTA LELAKI~

salam!

morning!! opss. dah 12.38 tengahari. morning apanya. haha aku bangun awal okay. cuma lambat sikit online ni. haha. tetiba aku nak buat post pasal lelaki. post ni ditujukan khas buat kaum wanita supaya mereka lebih mengenali lelaki. untuk aku jugak kan. bila aku baca kat google, aku terfikir nak share dengan korang. hehe

lelaki dan cinta. wanita banyak rahsia cinta. lelaki pun ada tau! banyak pulak tu. hakhak jom kita bongkarkan. wanita, sila baca dan pahamkan. hik3

1) si gadis tidak perlu cantik untuk menjadi gadis idaman bagi setiap lelaki. cukuplah dengan hanya mempunyai budi bahasa yang tinggi.

2) lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh si gadis. maknanya, si gadis jangan membuat kesimpulan awal bahawa si lelaki tau segala2nya tentang anda.

3) 'ermm.. tengok la dulu'. apabila si lelaki memberi ayat yang macam ni, itu bermaksud, mereka tidak setuju dan tidak merelakan. si gadis haruslah memahami dan jangan mendesak berulang kali.

4) walaupun si lelaki bersikap romeo, tetapi dalam hatinya tetap ada teman istimewa terutama kalau si gadis itu adalah cinta pertamanya.

5) kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata wanita dan tidak mustahil mereka juga akan menitiskan air mata kerana cinta.

6) lelaki biasanya tidak gemar dipikat tetapi lebih gemar memikat.

7) apabila si lelaki memulakan perbualan dengan serius, si gadis patut memberi sepenuh perhatian kepada si lelaki tadi. jadilah pendengar yang setia.

8) jika si lelaki merenung si gadis, ada dua perkara dalam fikirannya, samada memuji atau mengkritik.

9) si lelaki akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan gadis yang selama ini dipuja-puja. mereka suka gadis yang mendatangkan cabaran kepada mereka.

10) lelaki boleh gila bayang semata-mata melihat si gadis pujaannya itu tersenyum.


anda harus ingat:

lelaki sering memikirkan gadis yang meminatinya tetapi jangan pelik jika si lelaki tidak menyukai gadis tersebut.

TETAPI!!

jika seseorang lelaki itu serius dalam perhubungannya, dia akan mencintai gadis itu lebih dari si gadis itu mencintai dia.



adakah ini lelaki idaman anda?? *gambar sekadar hiasan*

heee

8 comments:

Unknown said...

"jika seseorang lelaki itu serius dalam perhubungannya, dia akan mencintai gadis itu lebih dari si gadis itu mencintai dia."

ayat di ats macam mana kita nk tahu lelaki tu lebih mencintai kita???

Noor Fatin said...

setahu sy la kan, kita tgk pada sikapnya. kalau dia betol2 syg kita, dia akan slalu bersama kita, senang susah, mcm2 la. dia xkan penh pinggirkan kita. hoho

Anonymous said...

info yang menarik ;D

ada aku kesah said...

paten :D

Mr.TN_SkY said...

Nice Info :-) sebagai lelaki SkY rse berbesar hati! haha :-p

JELAS SAHABAT BUKAN SEBARANG SAHABAT, SAYANG SEMUA

Mr.TN_SkY said...

Nice Info :-) sebagai lelaki SkY rse berbesar hati! haha :-p

JELAS SAHABAT BUKAN SEBARANG SAHABAT, SAYANG SEMUA

Hanys Najib said...

owwww emmm giyyyyyy!
abe aaron aziz!!!

.:padie_eyla:. said...

nak jawab utk gamba tuu. haha. ya!!! =p

ARTIKEL RAKAN BLOGGER