Tuesday, January 18, 2011

LELAKI,JANGAN PERLEKEHKAN AIR MATA WANITA..

salam

mood aku pun tengah sedih. aku ada jumpa artikel ni kat iluvislam. sangat berguna. dan aku dah tahu kenapa wanita selalu menangis. kenapa air mata sinonim dengan wanita dan bukan dengan lelaki.

hayati kisah ini.


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."


kepada semua lelaki di luar sana, jangan sesekali memperlekehkan air mata wanita. jangan sesekali menyampah bila tengok wanita menangis, jangan sesekali menyindir air mata wanita bilamana dia menangis bila bersama anda. ingatlah, air mata bukan kelemahan kami.


:(

12 comments:

Faiq Roslan said...

air mata wanita adalah kelemahan lelaki. siapa setuju?

Zeanne said...

wanita memang sinonim dengan air mata..sensitif you..hahaha jiwa lembut ;p

rozhanis said...

:')
yeahhh!!airmata adalah kelemahan lelaki...
setuju sangat2!!:)

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

sometimes crying can make you stronger than before..

cHan said...

yeahhhh! sy sokong tuuuu! :)

aurora mokhtar said...

sedihnya...

Iryd and Pitt's little diary said...

i'm truly touch biler baca ni..coz baru ade baby..menitis gak air mata ni..kena suruh hubby saya baca..btw..salam kenal..blogwalking sini..i follow u..:)

FaiZaH Fyn said...

so lelaki tak boleh ckp perempuan suka sangat menangis :)

NS said...

sedih.. ='(

Faten Rosli said...

setiap titis air mata wanita sangat berharga dan mempunyai nilai serta maksud tersendiri.. =)

noa said...

tak tau nape

tetibe ter touching pas baca ni, felling sayu gitu

Zeera Lana said...

da sinonim perempuan dgn air mata
aii pown sensitif u
ckp sikit da nangis
adoiii
but bila da menangis selepas tue akan berasa sgt lega yang amat :)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER