Wednesday, March 30, 2011

PERASAAN INGIN TAHU YANG MENDALAM

salam

semalam agak tidak berpuas hati dengan ending drama samson n delaila. korang tengok tak? dari mula aku tengok dan tak pernah lepas satu episod pun dan tetiba ending dia macam tu je??
:(( tak tau apa sebab samson mati. lepas tu terus tunjuk delaila kat kubur samson dengan anak dia lebih kurang umur 3 tahun lepas tu dengan amir. waaaaa....

kenapa macam tu je? sob sob sob.

abaikan je la. err. semalam facebook diserang lagi dengan spam atau virus yang menjadi-jadi ye! spam kat chat pun rasanya tak reda lagi datang pulak spam yang lain. alahaii..

mula aku tengok kat status sapa ntah, dia juga seorang blogger, serius aku dah lupa, aku ingat dia promote link blog dia tapi aku tak terfikir pun la nak klik sebab masa tu bukan masa blogwalking. so aku abaikan je la.

lepas tu check kat status updates, ramai gila pakat dok update status macam tuuu, wah, aku pun pelik. dah tersebar2, mula2 aku nak copy je status diorang tu letak kat status aku haaaa. hahahah tapi aku abaikan lagiiii. tak tau kenapa aku suka ignore kalau link yang aku tak percaya ni.

dan sehinggalah aku terpandang status ini..

mak aii. spam rupanya. caissss


dua status yang femes sangat2 kat ruang status update aku adalah :
perasaan ingin tahu yang mendalam mengundang tanda tanya sehingga mereka klik link yang diberikan..

romen tepi tangga?? fuyohh!!
aku hampir tertekan status ni, nak jugak tengok sapa yang memuja setan tuuuuuuuuuuuuu. hahaha..


caiss, normal la kan kalau perasaan ingin tahu tu ada dalam diri. tapi yang peliknya, ramai dah keluarkan status bagitau jangan tekan sebarang link kerana semua itu spam tapi ramai jugak yang degil dan tak tau langsung terus klik link tuuu..

nak tau sapa yang klik link tu? korang check kat status updates, kalau ada status seseorang yang update ayat pelik2 macam tu, tu tandanya dia yang klik. haha. sama macam chat. dan sama macam virus kat frenster., sama je. berulang2 cuma yang datang berbeza2 tapi orang sentiasa lupa apa yang berlaku..

sapa2 yang dah terkena benda tuu..

1) CEPAT2 LA TUKAR PASSWORD
- kita tak tau apa akan jadi tapi langkah lebih selamat, tukarlah password. sebab benda ni spam. orang luar pandai bab hack akaun orang ni. takot jugak..

2) TUKAR SETTING FACEBOOK KORANG
-dari http:// kepada https:// >>>> pergi ke Account> Account Setting > Account Security. Klik pada Change dan tandakan pada ruangan Secure Browsing (https)

3) REMOVE STATUS TU CEPAT2
-takot orang lain pun macam korang jugakkk, nak jugak tekannn. haha.. remove cepat2 untuk elak orang lain klik.


kepada semuaa...

1) FIKIR DAHULU SEBELUM TEKAN
- fikir dulu lerrrrr. takkan nak fikir dahulu sebelum buang je kottttttt. kalau ragu-ragu tanya je kawan2 yang lain. jangan terus tekan aje. bahayaaaaa.

2) BERAT-BERATKANLAH TANGAN ANDA UNTUK MENEKAN LINK YANG ANDA TIDAK KENALI
- haa. selama ni ringan sangat tangan anda klik link yang ada kan. so lepas tu berat2kan la tekan link yang mencurigakan. baik jangan tekannn. senang

3) AMIK PENGAJARAN DAN BERHATI-HATI.
- amik pengajaran atas segala apa yang dah jadi, jangan tekan sebarang linkk dan berhati-hati la. facebook korang tak pernah kena hack lagi kan so jangan buat sampai facebook anda kena hack tambah2 dengan orang luar. kang kalau nak kena hack, baru nak menyesal. huhu..

aku ni memang susah sangat2 la nak tekan link yang mencurigakan. ohh dari dulu lagi aku memang macam ni. walau teman rapat sendiri. sebab apa? bukan sebab spam ke apa, dari dulu2 aku selalu terkena link hantu dengan kawan2 sendiri. segala pesen hantu dah aku pernah jumpa dalam link yang kawan bagiiiii. haaa. sejak tuuu aku susah sangat nak tekan. kalau aku tekan pun, aku tutup volume duluuu lepas tu pejam mata sebelah. keh3..

tu la sebabnya yang membuatkan aku tak de sangat sifat ingin tahu yang mendalam. kahkahkah

kalau video yang ada beberapa saat tuu, kalau tag kat aku, sori la aku nak tekan. aku tunggu orang lain komen dulu baru aku tengokkk. 99% nya adalah hantuu!! hahaha..

korang jangan nak tekan link bukan2 lagi, cepuk kang! :P

Monday, March 28, 2011

40 SEN PUN 40 SEN LA! JANJI GEMOK!

salam

korang sihat? aku sihatttttttttt. hehe. biasa la kan. bosan2 ni nak update la blog ni. sekarang ni tengah tak busy, boleh la update blog selalu. esok2 dah busy, blog kembali bersawang la macam dulu2 tuu. haha.

semalam kan kitorang pergi makan satay! satay lagi haaaaaaaaa. bulan lepas dah makan,. bulan ni makan lagi.. setiap bulan, bila abah dapat gaji je, benda pertama yang kitorang nak makan adalah satay! maklumlah, satay kat sini sedap2 dan gemok2 pulak tuu ;D

macam bulan lepas, satay tu berharga 30 sen dan kitorang order 30 cucuk. tapi sebabkan aku dah makan nasi sebelum pergi makan satay tuuu *sebenarnya tak tau pun abah nak bawak pegi makan!*, aku makan 15 cucuk satay je. dan satay yang ke 15 tu betol2 buat aku rasa nak muntah balik sebab kenyang! ;D hik hik hik malam tuu, tak boleh tidooo. haha..

semalam, kitorang pergi makan lagi. satay tu dah 40 sen dah sekarang. order 30 cucuk jugak! hehe. tapi semalam aku tak makan nasi tauuuu. punyalah tak makan nasi sebab nak makan satay banyak2. haha. lepas tu bila dah lapar sangat, boleh la makan lebih :P


aku suka satay kat sini sebab besar, gemok, murah tetapi sedapppp! sumpah, sedap gila, cukup segala perisa, kuah pun sedappp. tak de kurangnya la kat satay ni! nyum3! aku sempat snap pic sebelum makan. hehe

dan bila dah abiss...


hehe sedapp. aku makan 20 cucuk satay. tu pun kenyang giler dah! abah suruh makan banyak2 nanti tak la mengidam lagi. keh3.. nyum2. memang kenyang la semalam..

kalau kat tempat lain, susah nak jumpa satay besar2 yang murah2 tetapi sedapp! kalau ada pun, mesti mahal2. memang sedapp. tak pun kurus3 tetapi tak sedapp. ni perfect sangat la! hehe..

lupa pulak, sapa2 yang dok area kemaman tuu, meh la rasa satay ni. kat gerai dengan tnb tu je. tau kan? cari tnb dulu, lepas tu depan tnb tu ada gerai banyak2. salah satu gerai tu la. hik hik...

bulan depan pulak makan satay.

Sunday, March 27, 2011

CARA KETAWA YANG POPULAR

salam

dua hari tak update blog. internet betol2 buat perangai. dush2! haa. aku dah tumbuk broadband ni. geram3! rasa nak belasah2 ja. hahaha. sabar je la den.

dalam laman sosial ke, dalam sms ke, cara gelak aku mesti lain2. dan aku selalu usha2 profile orang lain, ada je cara gelak yang berbeza dan menarik hati. ketawa tu mampu menghilangkan resah di hati. betol tak? takkan nak nangis sepanjang masa ja kot. hehe. aku sempat kaji sikit2 cara2 ketawa yang popular digunakan oleh orang ramai pada masa kini termasuk aku! dan termasuk orang lain. hik hik..

ketawa ke gelak? sama je kan?

1) HAHAHA..
- gelak standard. ramai gelak hahaha macam ni..

mungkin macam ni rupanya..http://www.emocutez.com

mungkin la...

2) KAHKAHKAH
-gelak galak

erk? entah kenapa aku letak nama gelak galak. hahaha.. mungkin rupanya macam ni..http://www.emocutez.com

aku selalu guna kalau seronok komen dengan kawan2. hehe..

3) HUHUHUHU
-gelak sopan. aku tau pasal gelak ni masa aku form4. ada mamat ni suka sms kawan aku, sikit2 ada huhu kat belakang. haaa. haha..

mungkin dia gelak macam ni..http://www.emocutez.com sopan dan rasa terharu sikit. hehe..

4) HUAHUAHUA
-gelak sawan.

aku selalu gelak macam ni. tapi tak la aku ni sawan. hahaha. kenapa suka macam ni? ni macam gelak besar la. gelak kejam pun ada jugak kadang2. hahaha.

mungkin macam ni gayanya..http://www.emocutez.comteruk kan? haha..

5) KUIKUIKUI
-gelak geli hati

bila geli hati dengan sesuatu benda, mesti nak gelak, kuikuikui. mungkin macam ni..http://www.emocutez.com

6) HIHIHIHI
-gelak ala hantu

hihihihi. buat gaya sikit macam hantu. konfirm seram.. heheh mungkin macam ni..http://www.emocutez.com

7) HIK HIK HIK
-gelak sinis.

hik hik hik. macam gelak sinis la kan. hahaha. mungkin macam ni..http://www.emocutez.com

8) HARHARHAR
-gelak hamzah. kenapa nama gelak hamzah? hehe klik SINI. aku xtau la kenapa dia suka gelak macam tu. kat header pun ada. hehe 1st time aku dengar orang gelak macam ni. so aku namakan gelak hamzah. hamzah, pinjam nama kejap, boleh? hehe..

mungkin gelak macam ni..http://www.emocutez.com


9) HOHOHO
-gelak blur

aku kalau gelak hohoho ni kiranya macam blur sebab tak tau nak balas apa lagi. hahaha. sebab tu aku letak hohoho. bukan hohohohorlicks tu!! heheh..

mungkin macam ni..http://www.emocutez.com

10) KEHKEHKEH
-gelak platipus. err. aku tau pasal gelak ni dari platipus. nak kenal? klik SINI. haaa. hehe platipus, pinjam nama jap? heheheh..

mungkin macam ni..http://www.emocutez.com

ye dak sayang?

11) HUEHUEHUE
-gelak hiro. sapa hiro? klik SINI. hiro, pinjam nama kejap? hahaha. 1st time aku dengar orang gelak macam ni. dari hiro la. atau lebih dikenali dengan nama amir. err..

mungkin macam ni hiro gelak. http://www.emocutez.com ica lari terus. hehe..

12) WAKAKA
-gelak gembira

ni macam gelak over jugak la kan? haha.. sebab dia gembira. ada satu grup nama wakaka. ingat tak? aku ingat alam je. haha..

mungkin macam ni...http://www.emocutez.com

13) HAKHAKHAK
-gelak tak cover

memang tak cover gelak dah kalau macam ni haaa. dasyat. hahaha..

mungkin macam ni kot..http://www.emocutez.com hahahahha..

cukup la 13 gelak yang selalu orang gunakan. waah. tak sampai sejam aku buat post ini. yihaaa. hehe. aku dapat idea nak buat post ni masa tido. aku perasan aku selalu guna bermacam jenis gelak dalam laman sosial atau sms. hehe..

dan 100% nama dan keterangan dari aku sendiri. yeah. sori kepada hamzah, platipus dan hiro sebab guna nama korang. aku tau gelak macam tu pun dari korang jugak kan. hehe..

hanya untuk menghiburkan hati. tiada kena mengena antara yang hidup atau yang mati. terima kasih!

korang suka gelak yang mana?

jangan http://www.emocutez.com aku sudah.. peace.


Friday, March 25, 2011

ANAK TUNGGAL. BEST KE? BEST LA!

salam

seperti yang sedia maklum, aku seorang anak tunggal. aku tiada adik beradik. akulah puteri dalam keluarga aku. anak yang dimanja, ditatang bagai minyak yang penuh, dilambung-lambung, dibelai-belai dengan penuh kasih sayang.. kalau ikutkan, aku anak kedua dari tiga adik beradik. mama aku pun pernah hamil pada tahun 1988, sebelum aku. tapi keguguran. selepas itu aku. dan kemudian pada tahun 2004. tapi keguguran juga. alhamdulillah, mama ada tiga orang anak di akhirat nanti..cuma yang di dunia hanyalah aku..

dari aku kecik-kecik, aku selalu diajukan soalan, best ke jadi anak tunggal? seronok ke? tak sunyi ke? bosan tak? dan soalan yang paling aku rasa nak marah je, 'mesti kau dapat kan apa saja yang kau mintak'. memang aku anak tunggal, tapi aku bukan seorang anak yang jenis suka meminta2 dan menyusahkan mama abah aku. tu saja.

abah aku seorang yang tegas tetapi penyayang. mama aku seorang pendengar yang setia dan memahami. adanya mereka berdua cukup buat aku bahagia. bahagia sangat2.


kelebihan menjadi anak tunggal, bagi aku :

1) barang peribadi atau apa saja milik aku tidak perlu dikongsi.
-bermaksud, katil, almari. handphone, bilik dan segala-galanya tidak perlu dikongsi. abah beli katil double decker masa aku darjah 5 tauu! sampai sekarang aku tido atas katil tuuu. besttt. nak tido ganaz2 ke apa ke, sorang2 je kan. tak perlu berkongsi dengan sesapa dan tidak perlu marah sebab tak de sapa akan selongkar hak-hak peribadi aku dalam bilik.

2) selalu diberi perhatian
-nama pun anak sorang kan, mestilah anak tunggal akan lebih diberi perhatian.. macam aku.. mama dan abah utamakan aku dalam segala hal. hehe.. :)

3) boleh dapat apa yang diidamkan
-tapi bukan dapat apa saja yang aku mintak okay! abah belikan aku handphone lepas spm sedangkan aku teringin sangat nak pakai masa aku form3. punya lama tunggu. dia buat tak tau je. haha.. apa yang dia beli mengikut keperluan dan kemampuan beliau. tapi bila dapat barang yang orang lain tak dapat, mestilah rasa seronok sangat! sampai dah besar, baru aku paham kenapa diorang buat aku macam tu, tak manjakan akuu. sejak aku belajar, aku tak sampai hati nak susahkan family aku lagi. nak mintak duit topup pun tak sampai hati woooo. sampai macam tu sekali ha..

4) tiada tekanan
- aah. tak de tekanan sebab tak kan nak bergado dengan sesiapa dalam rumah. keh3. remote control aku punya, game ke apa aku punya, bilik aku, aku punya, semuanya aku punya. haha.

5) sering jadi perbualan
- anak tunggal kan, kalau amik result spm ke, pmr ke, balik kampung nak raya ke apa ke, mesti orang tanya pasal aku. haha.. :P :P kalau aku tak de, mesti orang akan tanya pasal aku, kemana aku pergi, aku sambung belajar mana, dan dan dan yang paling penting masa aku kecik2, aku selalu dapat duit raya banyak2. sorang pakcik mesti bagi rm10 atau rm5. sebab anak tunggal. not duit mesti tinggi.berdasarkan pengalaman la. sekarang dah besar pun dapat lagi :P



kekurangan menjadi anak tunggal, bagi aku :

1) kena duduk rumah seorang diri dan tido sorang2.
- sudah semestinya aku tido sorang. takkan nak tido dengan mama pulak kan. haha.. aku akan tido dengan mama bila abah keje malam. heee.. kalau mama dan abah keluar, aku kena dok sorang2 la. selalunya aku ikutt tapi kalau aku malas nak ikut, dok sorang2 la. setakat ni abah dan mama tak pernah la tinggal aku sorang2 kat rumah lama2. hehe..

2) pemalu, tak peramah dan sukar bergaul
- yup. aku akui. yela, biasa dok rumah, sembang dengan mama abah je, tetiba masuk asrama, haaa,. jumpa kawan baru, suasana baru dan macam2 la. memang mulut aku terkunci. hahaha.. serius. even kat mana2 pun pergi, dengan sepupu2 sendiri pun, kalau dah lama sangat nak jumpa, aku selalu tersengih2 je la depan diorang, xde modal nak sembang. hahaha. tapi kalau dah biasa, memang meletop la kita borak. kahkahkah. aku peramah dalam laman sosial tapi bila depan2, aku diam seribu bahasa, tapi aku banyak dah belajar bergaul dengan orang ramai ni, sejak dok asrama, sejak praktikal. alhamdulillah, kurang dah sifat pemalu dan boleh bergaul dengan sesiapa saja.

3) tiada tempat mengadu
- kalau ada abang, ada kakak atau adik, kalau ada apa2 masalah, mesti akan mengadu kat diorang dulu sebelum mama abah kan? tapi aku takk. apa saja masalah aku akan kongsi terus dengan mama aku. seburuk2 perangai aku pun, aku akan cerita kat mak aku. tiada rahsia antara kami. hehe..

4) nak lepas geram dengan adik beradik tak boleh
- aku kalau geram, aku selalu merajok dengan mama dan abah je. hehe tu je, bukan aku mengamuk ke apa ke, merajok, contoh, tak makan. merajok la tuu. haha.. kalau ada adik, boleh lepas geram kat adik. keh3! :P

5) penakut
ok. aku penakut segala serangga yang terbang terutama lipas, rama-rama, pepatung, kumbang dan apa saja. yeah! aku memang penakut. biasa mama yang buangkan tapi bila dok asrama, sapa nak tolong buang haaaaaaaaaa. haha.. sampai sekarang masih penakut dan sedang cuba menerima kenyataan untuk menjadi berani.


balance la kan? hehe. tu je aku dapat fikir sekarang..

jom tengok gambar masa aku kecik2, setiap gambar ada kisah tersendiri

kecik-kecik dah berphotoshoot di kedai. hehe.. perasan jari aku? perasan? hehe.

aku dulu banyak mainaaaaaaannnnnn. banyak gila. haha..

gigi aku dulu rata je. lepas tu penakut nak cabut gigi, penakut apa saja tentang gigi, sekarang gigi tak sama. kahkahkah ingat lagi, masa form1, aku kan dah remaja, kurus lagi masa tu, pinggang ramping, aku cakap kat cermin. 'muka dah lawa, pinggang dah cantik, meh kat gigi, failed' hahaa.. aku tak pakai braces pun. biar je la :)

basikal ni ada lagi sampai sekarang. tak buang pun.. simpan untuk cucu mama agaknya :P

teddy bear ni ada lagi sampai sekarang. dan aku masih tido peluk teddy bear ni lagi. abah beli masa aku umo setahun. sekarang dah 22 tahun. aku makin membesar, dia tetap sama bentuknya. hehe..

aku kuat majok. masa ni aku majok dengan abah sebab abah amik gambar sepupu2 aku lagi banyak dari aku.. lepas tu aku lari sambil menangis dan menyorok kat satu bilik dan jenguk kat luar tingkap. abah cari dan jumpa dan snap gambar ni..waaa...

aku dulu penakut ayam jugak. kalau balik kampung, takkan turun dari moto selagi abah tak kejar ayam2 tu semua jauh2 dari aku. hehe. last2 abah bela ayam kat rumah. terus jadi berani dan sayang kat ayam. sampai tido sekali dalam rumah. heheh..


gambar ni aku tak ingat tahun berapa. tahun 2007 kot. sebab aku dah sambung belajar masa ni. heee. kat kampung. sepupu yang amik.. tapi time raya la...

gambar tahun 2009. raya kat kemaman :)


apa2 pun aku bahagia dapat keluarga macam ni. aku tak pernah menyesal ditakdirkan aku menjadi anak tunggal. dan impian aku, aku mahu bahagiakan keluarga aku. aku dah besar, kalau aku tak bahagiakan mereka, siapa lagi? hanya aku. aku la harapan mereka sampai bila-bila. Insyallah..

setiap orang ada kekurangan dan kelebihan. aku bersyukur menjadi diri aku sendiri.

haaa. blogger yang mana anak tunggal? kongsikan kisah anda dan kepada blogger2 yang bukan anak tunggal, kongsikan kisah anda jugak ye ;D

Thursday, March 24, 2011

MENANG TANPA BERTANDING! TOLONG JANGAN PERCAYA!

salam

ini bukan kisah politik okay. menang tanpa bertanding! ahaks. tapi ni kisah yang berlaku kat internet dan kebanyakan orang mesti akan percaya walau tak tau kesahihannya yang sebenar!

dulu, masa lepas spm, laptop pun tak de, aku selalu pergi cyber cafe (CC), untuk online myspace. dulu kan zaman myspace. facebook pun tak de lagi. kui3.. 1st time tetiba keluar ayat congratulations! you have won! setiap kali dapat tu, aku akan klik benda tu. kadang2 teruja la kan tetiba menang. dalam fikiran aku, mesti aku bertuah kan tetiba dapat duit.

tapi tu la, dulu2 tak pandai sangat bab internet ni, tak tau macam mana nak amik duit tu, so selalu abaikan aje. satu hari, aku tau benda tu menipu bila tengok PC sebelah aku pun keluar benda tu. dalam masa yang sama, PC aku pun keluar. aku pun pelik. aikkk.. kenapa dia pun dapat?? sejak tu baru aku tau, aku takkan percaya benda tu lagi.

setelah sekian lama aku guna emel ni (fatin_uniklmsi@yahoo.com), dari aku sem1, bulan 9 tahun 2007 sampai la sekarang. aku selalu sangat2 dalam emel yang bukan2 kat inbox dan kotak spam emel aku ni..

sebab kerap sangat dapat, aku kadang2 bukak jugak. baca apa yang dia tulis. haha..


contoh emel yang aku dapat dalam kotak spam dalam emel. yang bestnya, semuanya ucap tahniah sebab aku menang!! hahaha..

bukan satu beb, banyakkkkkkk. haha. ada sekali tu, aku tanya abah, apsal la banyak sangat dapat emel menang duit ni, padahal tak masuk apa2 punn, abah pesan jangan la sesekali percaya sebab itu semua tipuu. abah selalu pesan jangan bagi num akaun sesuka hati pada orang yang tak kenal. banyak sangat dah orang tertipuu dengan benda2 macam ni tapi yang aku pelik, ramai jugak yang percaya dengan benda ni.. hoho


aku tertarik dengan satu emel ni. dari perempuan melayu dan islam. meh baca


klik untuk besarkan (VERSI BAHASA MALAYSIA)


aku tak percaya langsung sebab bukan untuk aku. cuba tengok TO : UNDISCLOSED-RECIPIENTS... kenapa bukan emel aku kalau betol dia send kat aku kan? hehe..

yang buat aku detect satu2 emel yang penipu adalah yang dihantar kepada UNDISCLOSED-RECIPIENTS, tak kira la emel tu dalam bahasa melayu ke, bahasa inggeris ke, itu saja. bukan main baca menyemak dalam kotak spam aku. kadang2 tersesat dalam kotak inbox.


emel yang lain antaranya...

klik untuk besarkan ( VERSI BAHASA INGGERIS)


selalu bila orang tak tau apa akibatnya, orang mesti akan percaya tapi tolonglah, tanya orang lain dulu sebelum bagi apa2 butir peribadi kat orang yang betol2 kita tak kenal..

pernah aku dapat emel dari yahoo.com, mintak aku kasi nama, emel dan pasword sebab diorang nak verify ke apa benda ntah, aku percaya la. haha. aku pun kasi laaaa. lepas dah kasi beberapa minit, aku rasa macam tak sedap hati, terus aku tukar pasword emel baruu.. haaaa. nasib baik tak jadi apa2 kat emel aku ni. risauuu..


yang ni baru aku percaya..


emel dari jobstreet.. keh3. tengok TO : emel aku kan? wee..


kalau macam tu, okay, aku percaya.

virus2 macam ni selalu menyerang laman web sosial, bukan setakat emel aje. ingat tak, dulu masa kat friendster, ada video perempuan bogel tersebar kat kotak komen. aku pun dapat, dari kawan baik aku, lelaki, setahu aku dia pemalu, tapi apa motif dia kasi video macam tu kat kotak komen aku kan, aku tanya la dia, rupanya virus. sebab sebelum ni, dia tekan video tu dari kawan dia. akibatnya, video dari profile dia akan tersebar kat kawan2 dia pulakkkkk..

sama macam kat facebook, baru2 ni virus chat pulak menyerang haaaaa. aku terpaksa offline kan kotak chat aku sebab dah tak sanggup dapat chat macam tu. hahahaha bukan sorang, ramai kotttt. mungkin diorang tak tau, tapi serius, kadang2 rimasss.. aku takkan sesekali tekan, tak nak aku. rosak facebook aku karang. siap2 haribulan kena buat baruu..wuu.. kepada yang dah tertekan tuu, sabar la banyak2 ye, berhati2 la lepas ni, jangan sesekali tekan link apa2 yang tak berkenaan, yang anda tak tau apa link tersebut...

kaya kaya kaya. haha. yela, hari2 dapat emel kata menang, cabutan bertuah emel la, apa la. haha. padahal aku tak masuk contest atau giveaway dari luar punnnn. semua dalam malaysia je. haha. pelik pelik.

kawan2 janganlah percaya! jangan sesekali percaya! kelak memakan diri andaaaa~~~

amik pengajaran dari kesilapan, jangan mengulangi kesilapan ituu.. langkah terbaik, delete ja semua emel2 kat kotak spam tanpa perlu membukanya. tengok la dulu dari sapa. kalau spam tu, tak boleh percaya sangat. kadang2 aku bukak jugak. tapi alhamdulillah, tak de virus. takot ada emel yang antar virus. lagi bahaya!!


Wednesday, March 23, 2011

TERIMA KASIH PENGANJUR CONTEST!

salam

maaf. aku batalkan sticky post untuk bloglist tu. hehe. lepas ni sapa2 yang nak masuk dalam bloglist aku atau yang dah lama letak aku dalam bloglist korang atau yang selalu komen entry2 aku atau yang selalu tegur kat chatbox, aku akan letak kat dalam bloglist. okay? hehe. sapa2 yang nak masuk, komen je kat mana2 entry. insyallah, aku akan masukkan. :)

entry ni khas aku buat entry penganjur contest yang dah bagi aku hadiah atas apa saja yang aku menang! contest ada, giveaway ada. tak sia-sia aku buat blog baru untuk asingkan contest dan blog peribadi ni. weee.. alhamdulillah. thanks sangat2 yaaa! aku rasa lebih bersemangat nak join contest dan giveaway yang para blogger anjurkan! :)

tadi bangun je tido, ada hadiah atas meja! wow!! bestnyaaa. wee. memang terkejut aka pengsan sebab dapat hadiah yang sangat special dari buah hati aka penganjur contest yang baik hati! :)

aku menang contest tu sebab aku masuk contest ni. meh tengok meh.
6 hari je contest ni ha. kejap je. weee


syarat2nya..


ni jawapan aku! klik untuk besarkan! hehe


dan tak sangka aku menang!yeah!

dan tadi aku dapat hadiah ni...


wow! tertanya2 aku apa ada dalam kotak ni. kui3


jeng jeng jeng. jam tangan!!!! menjerit aku! hehe. tak sangka.

terima kasih banyak2 kepada yad'z sebab pilih aku sebagai pemenang dan bagi hadiah jam tangan ni. suka sangat2 dan rasa terharu giler! ;P akan ku pakai selalu!!

nak kenal yad'z??

klik SINI



hadiah2 lain yang aku dah terima adalah dari..

aku menang saguhati dan dapat rempeyek sebungkus! tak sempat nak amik gambar sebab cepat habis! haha. sedaapppp. thanks!!


selain tu dari mamalyna..


yang ni lucky draw! tak payah buat entry cuma komen kat entry dia je, alhamdulillah, nama aku naik jugak! huhu. thanks mama lyna!!


dapat hadiah:

sudah siap melekat di peti ais rumah aku~ kui2. cantikkan? siap ada sudu. hihi



menang lucky draw lagi dari contest yang shaizhar buat!

dapat topup rm5! dah dapat pun.. heeee. suka2! thanks shaizhar!! ;)



dan menang saguhati contest bifa's collezion!

dapat baucer rm5! aku tak tuntut lagi sebab duit pun tak de nak beli barang yang dia jual. insyallah, satu hari aku akan beli kalau ada duit nanti, mungkin bukan dalam masa terdekat ni la! hehe.. apa2 pun thanks mrs bifa



sebenarnya aku join contest secara suka2 dan contest yang pertama aku join adalah dari blogger yang bernama ASADA, contest gambar terbest kot, lupa dah. hehe. sejak tu memang aku join contest dan giveaway selalu sehinggalah tertubuhnya blog baru aku iaitu NOOR FATIN DAN CONTEST dan sejak tu aku seronok join! ramai woo yang tegar2 join contest! hehe.. kalau kalah, tak de rezeki nak menang, kalau menang, alhamdulillah, rezeki aku! :)

sedang plan mahu bekerja di tempat sendiri.weeee.. moga tercapainya impian itu. amin..


Tuesday, March 22, 2011

BILA KUCING HANTAR EMEL KAT TUAN PUNYA KUCING

salam

kehadapan kakak fatin yang dirindui selalu.. semoga sihat-sihat selalu dan selalu bangun awal pagi tengok dunia yang hijau. tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menyatakan ketidakpuashati saya kepada kakak fatin yang asyik-asyik pilih kasih.

saya tahu la kakak fatin suka sangat dengan jay iswazir dalam program pilih kasih tu, tapi janganlah dengan kami pun kakak fatin pilih kasih. kesian kami. sedih kami diperlakukan macam tu. ingat kakak fatin main pilih kasih ni, boleh jadi juara macam livonia tu??

saya betol2 rasa tergugat bila kakak fatin lebih menyayangi orang lain. kenapa? apa salah saya? apakah kerana saya lelaki, kakak fatin tidak menghiraukan saya? apakah kerana suara saya kuat dan garau, kakak fatin tidak mempedulikan saya? kakak fatin ingatlah, abang faiq tu pun lelaki..

ini buktinya..


suatu hari kakak fatin beri saya makan ikan. masa tu rasa sungguh kasih sayang kakak fatin. sedap. saya pun makan dengan pantas sebab lapar. saya nampak dia dari jauh. saya renung mata dia, terus tak jadi dia datang dekat. kalau tak, selalu saya tak pernah dapat makan ikan, asyik-asyik dia yang dapat makan..

lepas abis makan, tak sempat ikan nak mengalir dalam perut, kakak fatin suruh mama angkat saya. untuk amik gambar, konon-konon photoshoot la ye. terkangkang saya meronta-ronta mintak dilepaskan. argh. sakit. kenapa tak pegang dengan penuh kasih sayang? kenapa kakak fatin tak pegang sendiri? kenapa suruh mama? dan akhirnya kakak fatin candid gambar huduh saya ni dan saya tahu kakak fatin akan letak kat blog. huh.


saya akhirnya dilepaskan. saya berehat seketika. penat. kakak fatin amik gambar lagi. hampir2 saya cakar muka kak fatin masa ni. geram sangat2. saya bukan model la!! kakak fatin paham ke tak? saya renung kakak fatin sebab nak bagi amaran, jangan sesuka hati amik gambar saya. dah la tak buat temu janji. free pulak tu.



sedangkan dia..

bersantai petang2 tanpa ada gangguan pun. tak senonoh pulak tu.

bersenang lenang seumpama tiada masalah. grr. saya pernah sergah dia, dia menjerit, lalu kakak fatin kejar saya dengan penyapu. saya lari sekuat hati. kakak fatin ingat tak?


dia bertambah mengada-ada bila kakak fatin dan mama manjakan dia sangat2., haaaa. belai-belai dia, peluk dia, cium dia. dia bukan main naik lemak. dia pandang saya, dan pernah berkata, 'PADAN MUKA KAU! FATIN SAYANG AKU LEBIH!'


hati saya hancur kak. kenapa sampai begitu sekali kakak manjakan dia? sampaikan kakak pernah cakap nak letak nama dia chacha, macam dalam sinetron marshanda tu.

kalau saya tak diperlukan lagi, saya akan pergi dari sini. tapi saya tak sanggup. dia kekasih saya. dia manja dengan saya bila kakak tiada. bila kakak ada, dia maki-maki saya, lari pergi dekat kakak, langsung tak pandang saya setiap kali makan.

saya mahu menuntut keadilan. kalau tak, saya buat laporan kat persatuan kucing-kucing comel sedunia.

yang taip guna kuku,
MIN.

JOM JOIN BLOGLIST : MENGHARGAI FOLLOWER BARU DAN LAMA

STICKY POST, ENTRY BARU DI BAWAH!



salam

lama aku dah tak rombak bloglist. alhamdulillah, follower aku pun dah 921 followers dah setakat ini. terima kasih semua yang dah follow blog ni!

korang tak perlu buat entry, tak perlu tag orang, nak follow ke tak nak terpulang, sebab bloglist aku umum. sapa2 yang ada blog boleh masukkk bloglist aku.

terutama kepada follower yang dah follow blog ni, sila-sila join!

cuma tinggalkan,

url blog di kotak komen dan bagitau, anda mahu kategori mana, si cantik atau si kacak. lelaki untuk si kacak, perempuan untuk si cantik!

senang kan?

kepada kawan2 rapat aku, kalau nama anda dah ada di bloglist 'berkongsi suka dan duka', tak perlu join bloglist ni sebab nama anda dah ada di bloglist yang khas untuk kawan2 rapat. check dulu ye!

sertakan url blog sekarang! di kotak komen ini yer! tenkiu2!


url blog :

si cantik atau si kacak :


:)

update-kalau seorang blogger ada lebih dari satu blog, nak letak link semua blog anda pun boleh :)

Sunday, March 20, 2011

UNTUK TARIK PERHATIAN PEMBACA, ELAKKAN GUNA BAHASA YANG KASAR!

salam

sambil tengok cerita di tv2, sambil blogwalking, sambil menulis blog. yeah! tetiba idea mencurah-curah pulak malam ni. hoho tengok tak mentor tadi? aku suka persembahan salma! dan minggu lepas, shiha dan ayish! hehe 3 protege tu sedang menapak di hati aku. aku jugak suka aiman sebab dia ensem. sweet je. hakhak

berbalik kepada topik asal, untuk tarik perhatian pembaca, elakkan guna bahasa kasar!

meh aku nak explain. kalau la seorang blogger ni, yang pastinya tegar atau blogger baru yang berjinak2 dalam dunia blog ni, selalu tulis post maki hamun orang lain, tak kira la ex ke, rumate ke, kawan ke, musuh ke, tak kisah sangat la kan. aku tak amik port sangat la. aku pun pernah jugak buat post masa tu. lepas tu rasa tenang. lama dah tak buat. hehe

tapi jenis orang yang suka buat disable right click. aku tak pernah buat dan takkan buat rasanya. hoho. tak tau kenapa. tapi aku tak kisah la orang nak buat ke tak, itu hak mereka. buat pun okay. tak buat pun okay. :) kawan aku pun ada yang buat. contoh : iceq..



contoh: blog iceq. kata-kata yang dia tulis 'function disabled'. ok jugak tu. aku paham

TAPI..

ada blogger menggunakan bahasa kasar ketika buat disabled right click ini! aku selalu blogwalking, dan banyak sangat blog dah aku rantau, cukup aku katakan, jangan sesekali guna bahasa kasar!

contoh:

'woi!! apa curik2 ni haaa.! tak malu ke woi!'
'babi! nak curik pulak kan.'

cukuplah dua contoh yang aku reka sendiri tapi ada jugak blog yang guna perkataan macam ni, seiras macam ni la. aku dah lupa blog siapa. ada siapa2 yang terasa? XD

bayangkanlah, niat si blogger yang datang menerjah ke blog beliau, adalah untuk mengrefresh, contoh macam aku, kalau internet tak okay, aku akan refresh banyak kali, dan tetiba di saat aku tekan right click untuk tekan 'refresh' , tetiba keluar perkataan macam ni, hahaha, terkejut aku. hahah.. patutkah aku bagitau beliau apa sebab aku tekan right click? tak perlu. keh3!

(aku tak biasa tekan F5 untuk refresh)

kalau boleh gunakanlah bahasa yang sopan sikit. yang manis sikit, yang takkan menyinggung perasaan orang lain.

contoh

'aip! namo curik2 ye...'
'hahaha. tak boleh copy!'

ni contoh jugak yang aku fikir sendiri, aku rasa bahasa macam ni okay sikit la berbanding sebelum ni, rasa tercuit hati bila baca, nampak la karakter si blogger tu, sopan dan manis.

aku akan melarikan diri dari blog yang selalu guna bahasa kasar terutama di right click. hehe..

orang yang anjur contest tak perlu buat disable right click. menyusahkan je nak copy banner contest anda tuu! hehe

lagi satu!!

kotak komen!


contoh: blog faiq roslan

tengok dia tulis, ___ orang prihatin.


tapi ada blog yang tulis

'___ orang jahanam
'___ orang nak kena penyepak
'___ orang nak mampus


ada tauu! aku pernah jumpa, aku rasa tawar hati nak komen.. hahaha serius. aku pun terkejut kalau jumpa perkataan macam ni. kang aku komen, aku pulak antara orang yang jahanam. adesss.. perkataan melambang diri sendiri.

tulis la yang manis sikit, yang sopan, yang lawak2..

contoh

'___ orang doakan kami bahagia.
'___ orang yang selalu singgah blog ni
'___orang yang comel-comel.

sweet kan? terbuka pintu hati aku nak komen dengan rela hati tanpa syak wasangka. walau post dia hanya bertulis

' aku bosan hari ni, tak tau nak tulis post pasal apa'.


kadang2 benda ni jugak perlu diberi perhatian. serius, sila amik berat tentang isu ini. walau orang anggap remeh temeh tapi sebenarnya benda remeh temeh macam ni la kita kena alert sikit. ingat, pembaca blog la yang akan menaikkan nama kita, selain post2 yang bernas dan keramahan kita. ingat tuu..

hati kena baik, jujur, kena ikhlas dalam dunia berblogging, baru kita disenangi semua orang. :) gunakan bahasa yang sopan dan menarik di hati semua pembaca!

ada jugak blog yang tulis,

kalau suka like, kalau tak suka, pergi mampuss! *merujuk kepada button like fb*. perghh..

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

ARTIKEL RAKAN BLOGGER