Monday, October 31, 2011

DAPUR MINI YANG CUTE

salam..

yang perempuan mesti suka tengok gambar cute2 kan. hehe ni salah satu benda yang cute2 yang patut korang tengokkkkkkkkkk ;D

dapur mini yang cute! tak tau la kat mana ada jual kan. serius comel gilaaa.. hehe

penciptanya ialah Vitor Xavier dan bertujuan untuk menjimatkan ruang yang digunakan di dalam rumah :) kecil tapi lengkap dengan peralatan memasak!! ;D










salah satu dapur mini yang menjadi idaman wanita termasuk aku. tapi kalau tak reti memasak, tak guna jugak :P *kata kat diri sendiri.. ekekeke*

Sunday, October 30, 2011

JANGAN KURANG AJAR MASA NAK TAWAR MENAWAR

salam.

bila dah terlibat dalam perniagaan ni, seringkali aku jumpa pelanggan yang mintak diskaun atau pengurangan harga. nak mintak diskaun boleh, asalkan barang yang dibeli mestilah berharga RM15 ke atas. pengurangan minimum 40 sen dan kalau boleh jangan lebih dari RM2. kalau boleh la..

setakat ni ramai pelanggan aku dah bagi diskaun, walaupun bukan banyak. Lee dah pesan, jangan bagi banyak sangat diskaun, nanti gaji kita yang ditolak. lagi haru. agak berpatutan boleh la kurang. kalau kasut tu dah lama sangat stok, boleh la kurang. kalau stok baru dan jenama yang bagus, tak boleh la. macam tu.. aku pun ikut je la sebab aku ni pekerja je, bukan tokey punya kedai. tak boleh la buat sesuka hati.

serius sakit hati bila dapat pelanggan yang suka maki hamun dan kurang ajar kalau tak bagi diskaun. bangsa aku dan bangsa yang lain. kecuali bangsa cina. alhamdulillah, setakat ni bangsa cina tak pernah bagi masalah pada aku :)

kalau nak kurang tu, sampai sanggup maki hamun aku atau Lee. memang kurang ajar. boleh pulak cakap, ala kasut ni saya je nak beli, orang lain tak de pun luak nak beli, bagi la kurang!! dah kata tak boleh2, tak boleh la. kita ni pekerja je kan, kalau tokey lain la.

alasan lain, apsal tesco boleh kurang? lagi murah, lagi cantik. ni kalau kat market ni boleh kurang banyak ni. kenapa tak bawak diri anda terus ke pergi tempat yang dikata? kenapa perlu bandingkan harga di tempat kami?

aku nak je cakap, ' kalau market boleh kurang, pergi la beli kat market' tapi aku rasa ayat tu macam kurang ajar pulak. pendam je la. sebab yang selalu maki tu mesti dah tua, dah berumur. hahaha..

selama aku beli kasut sebelum ni kat mana2 pasaraya, susah nak mintak diskaun, semuanya harga tetap kecuali memang dah ada tanda less 70% ke 20% ke, baru dapat diskaun. kalau tak, memang tak de la. kat market lagi la susah nak dapat, tudung ke, kasut ke, susah kot..

aku pulak susah nak tawar menawar bila nak beli apa2 ni, susah, tak terfikir okay, kalau nakkan sesuatu barangan , pastikan ada duit secukupnya.

ni tak, ada pelanggan siap kata, kalau saya tak beli kasut ni, tak de orang lain mau beli la. mintak kurang sampai rm20 sapa nak bagi~

ada seorang makcik ni mintak diskaun sampai rm10. Lee tak bagi la. bagi kurang rm6 pun dia tak nak, tetap jugak nak rm10. yang anak pulak dok nangis2 nak kasut tu. dia tak mau beli selagi kami tak bagi kurang rm10. dia siap pujuk anak dia ' syg, nanti kita beli kasut kat tesco tau., lagi cantikkk. ni kasut buruk ja, xlawa pun'. mulut macam celaka. yang si anak tetap nangis2 nak jugak, dia amik jugak la walaupun muka masam.

kitorang senang, kalau tak nak amik, kami tak paksa suruh amik :)

terutamanya pelanggan melayu, dah la susah nak senyum satu hal, marah2 pulak kalau tak bagi diskaun, siap tak mau beli lagi. awat kalau tak mau beli, nak kami pujuk ka? ish. tua2 dah pulak tu. macam perangai budak2 tak dapat lolipop.

memalukan la.

aku nasihat kat hangpa semua, hormati la penjual. cuba fikir apa perasaan penjual. lagi bagus dalam penjual yang tak memaksa anda beli barang yang anda dah cuba berkali2. kat mana ntah, ada penjual yang paksa amik barang tu jugak sebab pelanggan dah try, pilih itu ini, tanya macam2 last2 tak nak amik, dia paksa tau. tak boleh nak lari la..

tak payah buka bisnes sendiri, pi keja dengan orang yang buat bisnes yang hari2 bertemu pelanggan, tau la hangpa rasa.




hormatilah orang kalau nak orang hormati anda balik. tak kira la tua dan muda. setakat ni aku tak penah lagi la berkasar dengan pelanggan walau rasa sakit hati sangat2. aku boleh kawal lagi semua tu..

kesabaran pun ada hadnya. tolong jangan memalukan kaum masing2 :)

Saturday, October 29, 2011

AHLI NUFFNANG DAN CHURP-CHURP, MARI MENDERMA UNTUK RUMAH AMAN!!

salam..

lepas aku baca je post kat blog sis nisa, aku terus buka akaun nuffnang dan churp churp. hehe untuk menderma ke rumah aman. alhamdulillah, jumlah wang dalam akaun nuffnang dan churp churp mencukupi untuk didermakan. :)

baca ni :)

We at Nuffnang believe that positive change is brought about by positive actions. About a month ago, we made a pledge together with Churp Churp and MilkADeal for the TLC Promise Me Season 2 initiative. Remember this post here? Thanks to the generosity of the community we’ve already raised some money for the pledge, but we still have much more to go and we need your support to fulfill Rumah Aman‘s wish to upgrade its electricity and lightning breaker system costingRM20,000 by 30th October 2011!

It’s time to kick the fundraising into high gear, so we’re trying out something special :) For the first time in the Nuffnang’s history, we’re making it easy for all of you Nuffnangers to make a major difference by contributing just a little bit. Now, you can donate to the fund for Rumah Aman just with a single click of your mouse!

We’ve created a special page at http://www.nuffnang.com.my/tlc-2011, by which you can contribute to the pledge by allowing us to deduct a small amount of your Nuffnang earnings and put it towards the Rumah Aman fund. All you have to do is;

- Log in to your Nuffnang account and head on over to


- Select the amount that you wish to donate from your Nuffnang earnings (you can choose from RM 1, RM 5 or RM 10)

- Hit the submit button, and you’re done!



Isn’t that easy? Together with Churp Churp, our collective communities comprise of over than300,000 social media influencers, so imagine how much we could raise if every one of you donates just RM 1! A little definitely goes a long way in this case :)There are alternative ways you can donate as well! The extremely cute and sought-after Churpies are now on sale (yes, finally!) and you can bring a Churpie/a few Churpies back home for a small fee, where all profits will go towards fulfilling the Promise Me pledge. Click here to find out more.



We want to give disadvantaged boys living in Rumah Aman the opportunity to learn and grow, just like everyone else. With your help, we can make sure the children have the safety and security of a comfortable life, and good education. Every Ringgit you give gets us closer to repairing a home in desperate need of help.



It would be a great honor if all our Nuffnangers could come together and contribute to this fund! Just a little bit is all it takes to make someone’s day, so let us all come together to make a difference for a good cause! :)

If you have any enquiries about Rumah Aman and the TLC Promise Me campaign, kindly write in to our helpdesk at http://nuffnang.com.my/help.

aku dah menderma, korang bila lagi? hehe kalau duit nuffnang dan churp churp tak cukup, anda boleh la menggunakan akaun maybank. semuanya telah tertera di laman web nuffnang dan churp churp..

anda boleh menderma minimum RM1 :) hulurkan bantuan, ringankan beban ^__^

Friday, October 28, 2011

PENUKARAN HEADER BARU!!

salam..

last aku tukar header 18/7/2011. anda boleh baca kisah header aku yang baru dulu2 tapi sekarang dah lama KAT SINI.

hari ni aku nak merasmikan header baru aku. tapi sebelum tu..


terima kasih header lama yang banyak menceriakan hidup aku. hehehehe. 3bulan lebih aku pakai header ni..

dan jeng jeng jeng.. header baru!

ni bukan aku buat sendiri okay. bila aku rasa macam dah bosan dengan header lama, memang macam tu, cukup 3 bulan aku mesti nak tukar header. header2 yang sebelum2 ni pun sama. kahkah. genap 3 bulan aku dah jadi bosan dengan header lama~ heee.. sebabkan aku busy dengan kerja makanya aku betol2 tak de idea nak buat header baru.


bukan senang woo nak buat header. memerlukan masa, mood yang elok, idea yang bernas, idea yang boleh didapati ketika tidur, mandi dan sebagainya~ kehkeh itulah aku.

masa blogwalking, aku terjumpa satu blog ni dan aku pun pm la dia sebab nak tempah header. hehe. cuma RM5!! waahh. murah sangat. aku pun cepat2 la pm dia. kui3~

dalam masa beberapa hari, siaplah header aku. hehehe best sangat. bayar pun guna topup aje. transfer kredit je. senang kan ;D
aku inginkan header yang simple tapi lawa! cute! itu je. hehe sebab entahlah, makin berumur ni, aku rasa tak suka nak ada header yang berat2 dan serabut. hehe tak tau kenapa, lagi simple lagi aku suka! ahaks.

dan itulah hasilnya.

terima kasih banyak2 ye!! :) anda betol2 memuaskan hati saya dengan header yang simple tapi lawa! memang kena dengan jiwa! hehe mama pun puji lawa :)
dia kata senang berurusan dengan customer macam aku sebab aku tak cerewet. haha. aku susah la nak cerewet bab header ni, sebab kalau dah banyak songeh sangat kan, buat sendiri la, buat apa pergi tempah kat orang. kehkehkeh.. betol kan?

siapakah yang membuat header baru aku ni??



ARIF!

sesiapa yang rasa nak tempah header atau template boleh cepat2 PM dia. ala pergi je kat blog dia, ada detail pasal diri dia. hehe header cuma RM5. template RM10. aku berkenan dengan header dia tu tu pasal aku tempah kat dia. haha.

perasan tak cursor aku dah berubah?? dulu kan nama fatin. sekarang cursor tu aku pindahkan ke blog contest aku. arif bagi jugak cursor baru untuk aku. besar lagi haaa. gambar bunga. suka suka! hee~ aku gunakan sekarang ni :)

layout aku belum rasa nak tukar. setakat ni aku tak bosan lagi dengan layout. haha tunggu la lagi 3 bulan baru aku fikir nak tukar XD

eh menu tab banyak aku dah update yang baru, kalau rajin tengok la :)

sebabkan gambar aku masa turun dari tangga, aku buat la ' andai langkahku terhenti', mama tolong sambungkan, ' lalu jatuh tergolek2 macam nangka busuk'. kahkahkah

Thursday, October 27, 2011

LIDAH KUCING YANG..??

salam..

selalu kita tengok mata kucing je kan, pernah tak tengok lidah kucing dekat-dekat? aku rasa macam tak pernah. huahua ala tak sempat pulak nak check lidah kucing aku dulu. kehkeh. tak apa la, kucing  kan adaaaa..

mata kucing memang comel. seronok sangat la kalau orang kata mata awak tu mata kucing, comel.

tapi kalau lidah kucing? comel ke? ahaks

layan gambar lidah kucing~ yang tak suka kucing dinasihatkan jangan tengok.. HAHA..











tak pernah pulak aku terfikir lidah kucing macam ni. tu apa tu? duri ke apa? tajam tak? =,=

lidah kucing yang??? *sambung sendiri*

Wednesday, October 26, 2011

RM 4, RM10 DAN RM50

salam..

dugaan bekerja datang lagi.

mula-mula hilang RM4, duit kaunter. heran kan. duit dalam kaunter boleh hilang RM4. salah aku jugak sebab aku cuai, kunci tinggal kat kaunter masa aku pergi toilet. selalu Lee pesan, bawak kunci, bawak kunci. tapi aku fikir, takkan la pekerja kat sini nak amik betol tak? lagipun diorang pun bekerja, ada gaji.

dah hilang, tak apa la dah ganti.

satu hari Lee cuti, aku ingat lagi aku bawak duit RM17. tengahari, mama hantar makanan. aku siap tunjuk kat mama dalam wallet aku ada RM17. sekeping duit RM10, 7 keping lagi RM1. lepas tu petang tu aku pergi toilet secara tergesa-gesa sebab sakit perut. tapi sempat capai kunci. balik dari toilet, salah seorang staff minta kebenaran nak ke kedai. aku kata okay. sambil2 sms dengan mama, mama mengusik suruh aku belanja dia makan nasi kandar. aku pun tergerak hati nak check wallet, bila aku buka, nahhh, RM10 tak de!! aku cari2 dalam beg, dalam kotak tempat aku simpan beg, merata-rata tapi tak de. memang panik. RM10 pun berharga okay. aku risau takot tercicir atau mungkin aku dah terbagi kat mama tadi. cari punya cari, aku terus call mama. mama pun heran sebab aku tak bagi dia duit pun.. ermm. aku diamkan aje. aku tak nak bising2~

esoknya aku ada bagitau Lee. bagitau supervisor dia kata mungkin ada pelanggan masuk tempat cashier dan amik awak punya duit. persoalannya, macam mana la pelanggan boleh tau aku letak beg dalam kotak? dalam timbunan plastik. buku-buku, kertas-kertas. pelik kan.. lagipun staff lagi sorang tu kan ada, takkan dia tak marah kalau pelanggan masuk ke tempat cashier. fikir logik la.

aku diam lagi walaupun sampai sekarang aku rasa sakit hati.

dua tiga hari lepas tu, time aku cuti, Lee call dan bagitau duit RM50 pula hilang. arghh. aku terkejut, terjerit sebab terkejut. RM50 beb. dan tu duit dari kaunter. duit modal. berlaku apabila dia pergi ke kedai depan nak beli makanan, tak sampai 10 minit. dan staff tersebut tolong pulangkan duit pelanggan masa pelanggan bayar. heran. RM50 yang sepatutnya ada dua keping, tinggal sekeping. lepas tu terus keluar, pergi kedai. bila Lee balik, kira duit, short RM50. arghh. bila tanya dia, dia selamba cakap, mak u yang curi. memang mak Lee ada dalam kedai, sebab Lee bawak mak dia, Lee tak percaya staff tu. tapi dia kata mak Lee pulak yang curi. duit RM50 tu pun tak de kat mak Lee bila dicheck.



heran. sapa toyol dalam kedai tu. pekerja cuma 3 orang. yang lagi sorang kan dah berhenti. time hilang RM4, aku dan staff jaga kedai. Lee cuti. kedua pun sama. Lee cuti. ketiga, hilang RM50 bila aku cuti, Lee dan staff tu jaga kedai. aku dan Lee tak de di setiap kejadian, dia je ada.dia boleh tuduh mak Lee, sedangkan mak Lee tak de di setiap kejadian. hurm..


nak tuduh, tak de bukti. tapi tak apa la, sepandai-pandai tupai melompat, kalau dah jatuh ke tanah, balai polis kulim kami akan tuju dulu. kebenaran harus ditegakkan. Insyallah. mudah-mudahan.

happy deepavali!




Tuesday, October 25, 2011

PERASAAN SI TELUR..

salam..

telur, yang selalu kita makan. selalu ke? ada jugak yang tak suka makan telur. ada telur mata kerbau, yang tak de telur mata kucing.

argh.

aku ada perasaan. kau ada? telur pun ada perasaan ye. dan lagi comel pada korang. kehkehkeh


' asyik2 bahasakan diri b**a**r* . wekk nak muntah* =p

asal polis je mesti lukis misai.. hahaha..

tak sanggup tengokkkkkkkkkk *pejam mata*

'kerek ko ek. grrrrrrrrr'

' degil sangat kan, nah amik!'

' itu pun dia nak gelak' *sigh*

'apa pasai brader? ada yang tak baik ka? he he he'

' kami bersedia menentang musuh!'

' apa sudah jadi?'

' saya lain dari yang lain, saya comel. hahahah'

'alalalalala bestnya lepak sini.'

' jangannnnnnnnnnnnnnnnn!!'

' kau akan ku jadikan santapan buatku. huahuahua'

' apsal muka kita semua sama ek?'

' tak tau nak pilih mana satu, tak apa la, yang ketiga kan ada. huahuahua'

' dia pura-pura pengsan ke?'

' saya percaya saya akan sayangkan awak sampai bila-bila'

' kenapa ni???!!'

' teruknya! urgh!'

' hai hai hai, single lagi ke? toink toink'

' tak nak! tak nak!'

'alalala manja sayang ni..'

' indahnya waktu macam ni kan yang.'

' berani kau buat macam ni.. berani kau!!'


persoalannya : telur yang dah diconteng2 boleh makan tak? kehkehkeh

Monday, October 24, 2011

PENGIKUT ATAU PEMBACA?

salam..

pengikut atau pembaca? mana lebih penting?

bagi aku, dua2 penting laa. sapa kata pengikut tak penting? sapa kata pembaca tak penting?

pengikut ; follower
pembaca : reader

kehkeh

aku ada dua blog. ini blog personal. ada 1399 follower. blog contest ada 205 follower. ada orang kata, ada dua blog, follower ramai, macam mana?

macam mana ek nak tarik perhatian blogger untuk follow blog kita? err err..

aku pun tak tau sangat sebab aku tak de cara tersendiri atau lain dari yang lain untuk buat mereka follow kita. aku tak penah amalkan konsep ' i follow u, u must follow me back.' seingat aku tak pernah la aku taip macam tu. tapi tak tau la kot2 ada. huahua. dan aku jarang follow blog orang secara random! yess, its me!

takkannya aku nak cari 20 blog secara random, lepas tu followwwww semua dengan harapan bilangan follower aku akan meningkat 20 secara serentak la. kui3. itu bukan cara aku. bila aku blogwalking, aku akan baca post2 yang terbaru blogger tu dan kalau post blogger tu menarik hati aku, aku akan follow dia tanpa disuruh. ngeh2~

mungkin dengan cara aku kerap join contest/giveaway satu masa dulu, follower aku naik mendadak. serius. tak tipu.. haha. itu cara aku dan mungkin cara orang lain pulak. ada ramai blogger2 yang suka join contest/giveaway sama macam aku. siap ada blog khas untuk join lagi (aku pun dah lama ada. muahaha)

rasanya sebab tu la follower aku meningkat. =p dan mungkin ada sebab yang aku sendiri tak tahu. =,=

dan aku juga perlukan pembaca untuk setiap post aku. mesti kena ada pembaca. walaupun tak de komen ke apa, sekurang2nya ada la orang view. baca ke tak baca aku tak nampak la kan. haha pembaca senyap mesti ada. tambah2 anonymous. haha baca je tapi tak nak komen. yeah. penting. kalau pembaca tak penting, private je la blog tu, baca sorang2 okeh. haha..

cara aku, setiap kali aku buat post, aku akan promote di facebook. ada dalam 10 kot grup untuk ping blog. berlambak2 sebenarnya tapi yang itu je aku masuk. hehe dan yang boleh promote. dari situ la, pembaca makin meningkat2 di samping follower makin bertambah. ;D

cara yang paling berkesan untuk anda mendapat follower dan reader adalah, rajin2 la pergi blog orang, kenal blogger2 lain. komen post orang. rajin2 kan la diri anda. jangan malas2 dan mengharapkan mereka datang cari anda. tambah2 blogger2 baru, dengan cara itu anda akan lebih dikenali oleh blogger2 lain. usaha sikit ye!

lagi satu, sapa2 yang follow aku, aku akan follow orang tu balik. tak kenal ke ape ke, aku tetap akan follow. banyak kali dah aku jadi follower pertama blog blogger2 baru, haha tak apa2, aku tetap follow jugak. tak salah bagi support kan blogger2 yang lain yang bagi support kat kita kan? hehe., aku tak penah unfollow blog sesiapa lagi.. hee..

usaha tangga kejayaan!!



baru perasan, dah lama aku tak guna cara, letak gambar sendiri banyak2 kat setiap post dan label, ' posing jap, gambar hari ni.'. heheheh dah lama tak amik gambar sendiri kot =p

ARTIKEL RAKAN BLOGGER