Sunday, January 30, 2011

BUKAN KENA BAYAR MAHAL PUN KAN!

salam~

tadi aku check keyword nuffnang. ada orang taip *fasha sandha jangan jolok sarang tebuan* dan *jangan jolok sarang tebuan fasha*. kahkahkah gelak guling2 aku. sebabnya aku memang ada buat post pasal tajuk tu. klik SINI. tapi bukan la kisah fasha sandha. hahaha alahai. kisah pasal tu aku rasa tak perlu aku ulas lagi. malas nak amik tahu. biar je la. anggap je la dugaan. tu saja.

^__^ V peace!

huhu sesiapa yang ada facebook tu, boleh la join grup INI. klik dulu. baru tau grup apa. hakhak. semuanya bermula dari laman sosial myspace, lepas tu sekarang dah menular di kalangan2 blogger2 pulak. alahai. cepat betol. apa yang anda tulis di myspace, kat blog pun anda tulis. alahai. banyak dah aku jumpa. ada sorang dua aku tegur. lepas tu senyap macam tu aje.

korang suka tak kalau ada orang taip perkataan macam ni? ni antara gambar2 yang aku ambik kat grup tu dan yang aku cari kat google. aku tak kenal pun diorang. aku amik sebab nak jadikan contoh.


ni kat blog. aku tak nampak sangat tulisannya. gelap. anda zoom, anda dalam lihat apa yang dia tulis..

blog.

blog.

blog.

blog.

aku rasa yang ni paling teruk! lidah aku terbelit kalau aku baca sampai habis.

tagged kot. ke myspace ntah.


alahai..

formspring.


forum.

blog.
blog.

blog.


ni baru berapa persen saja. sebenarnya beribu2 yang suka tulis perkataan macam ni. kenapa? aku ada baca, diorang kata kalau tulis macam aku tulis ni, ayat skema. skema kah? peh, aku budak skema la. hakhak. bukan apa. skema skema jugak. jangan sampai merosakkan bahasa melayu. hari-hari laung bahasa jiwa bangsa tapi bila buat macam ni. alahai..

kebanyakan memang la budak sekolah. aku dulu pun penah jumpa jadi budak sekolah. tapi tak pernah lagi la aku nak tulis macam ni.. ni dah teruk sangat. semuanya berubah dan paling diorang suka tambah W kat belakang. kenapa? apa jadi apew, mana jadi manew, gila jadi gilew, aku jadi aq, aque, ak, macam2 la. bila aku baca walau pun dalam hati, aku rasa jugak lidah aku terbelit-belit.

wahai blogger2 baru atau pun lama, tolonglah, jangan menulis blog guna ayat macam ni. tolonglah. sebab sumpah tak paham. nak orang datang blog kita, nak tambah follower, nak orang komen apa yang kita postkan, tapi tulisan? alahai. aku kadang2 pangkah je sebab aku baru baca perenggan pertama dah tak paham. apa yang aku nak komen lagi kan? sakit kepala kalau baca sampai habis.. alahai..

jangan ingat kami yang tulis macam ni, tulisan yang bagi semua orang paham, adalah orang yang kolot okay. tak ikut peredaran zaman. semua ayat nak ditukarkan dalam bahasa sendiri. sampai buat orang sakit hati, meluat nak baca dan lantas memangkah blog anda saja. anda mesti tak nak kan? mesti tak nak diri sendiri merungut sebab tak ada orang nak komen post kita kan? betol tak?

berubahlah, jangan risau, korang takkan kena bayar mahal pun kalau tulis penuh2, bagi orang paham. kalau nak shortform sangat, okay la kot, mungkin sebab kejar masa nak cepat2, yela, busy sangat kalah menteri.. tapi biarlah orang paham. biarlah orang rasa selesa dan rasa sayang kat blog kita, rasa selalu ja nak baca blog kita.. jangan la menyakitkan hati blogger2 yang lain. kalau nak tulis kat myspace, pergilah. sekarang ramai dah kot yang tak aktif kat myspace. ramai yang aktif kat facebook dan blog. ni blog okay. kalau tak nak orang baca blog anda, privatekan saja. tak pun tak payah blogwalking atau pergi follow orang. dok diam2 sudah~ senang.

aku tulis penuh2 macam ni kat setiap post aku, tiap2 bulan aku bayar broadband tetap rm138. belum penah maxis mintak rm500++ sebab aku terlebih had tulis perkataan. tak kan? korang pun mesti sama kan? kan? tulis la penuh-penuh.tak salahkan? orang pun suka, anda pun senang hati dan lebih rasa semangat nak tulis blog..

sesiapa yang terasa anda menulis macam tu, cepat2lah ubah bahasa anda. bahasa jiwa bangsa. bahasa menunjukkan peribadi kita. tolong tolong tolong berubah sebelum ada orang bongkarkan sapa yang tulis macam tu. kang jadi kontroversi pulak. haha

sapa setuju? ke ada yang lebih selesa baca blog yang tulis ayat macam tu? rujuk kat gambar2 kat atas.

sapa2 yang rasa aku dah print screen dia punya blog, boleh pm aku kat komen. haha ^__^

nasihat kepada blogger2 yang suka tulis macam ni. ;) sayangilah pembaca blog anda! hehe

20 comments:

harisu-sama a.k.a RS said...

contohilah paten dan saya. *tiba2*

.:padie_eyla:. said...

sokong! sokong! benda boleh baca 5 saat jadi 5 minit tros. erk. mane datang laa bahasa2 mcam tu ntah. rase2 dulu mase skolah takde le plak ayat macam tu wujud. hek.

tulis ayat BM btol lagi best. sirius. terasa kepuasan dia. ;)

IzwanNie said...

serius..lidah sy pn terbelit2 bca ayat2 gitu.. huhu. xpaham..

Farhan Zulhusmi said...

xpatotnya diorang ckp begitu...diorang tu wt post dgn tulisan cm tu....lebih baek xpyh post...sape nak baca dan boleh baca..eii..geram betul......geram lah sgt..hehee

nice header baru..hehee

nelly said...

nely dulu tulis macam itu .
tapi , setelah ditegur , alhamdulillah ,.
sudah tukar bagi faham .
=)

CIK CIRA said...

betol2...nak singkat pun agak2 r...kesian bahasa melayu yang cantik2 ni dipendek2 kan..

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

klau shortfprm ak pham la jgak..
sbb slalu nye dh t'bse dlm msg @ chat..
tp klau yg eja pelik2 + tmbah 'www' n tulisan kecik besar mmg ak xpham..
+ bkn ke lg lmbat nk taip mcm 2??

Noor Liana Johari said...

yeahhhh...pening pala kot...depa ingat org tak pening ke?adeyh la

klo dlm blog aku ade words mcm tu, tolong tego ye:)

Ana Mardia said...

kami setuju!! kami xpenah tulis shortform dlm blog..haha

Rara Farah said...

giler pening baca...ada follow satu blog tapi sumpah..dye taip mmmg susah nak paham,nak baca..huhuhu...kejam tak kalu say unfollow dye...huhu

JIJI YU said...

muahhaha aku rase aku dulu pon camni jgk..eheh

NuSaNa NoSa 91 said...

setuju~~ keen pon sakit mata bc tulisan camni, xkira la kt mana2 pon.. dan sakit mata itu akan menjadi sakit ati.. ha3~ ^_^

F~CiCAk said...

ntah. agak2 la kan.. eiiii... bencinyew.. x sukew la.. euwww~~

platipus said...

gewdddiiiiikkkkkcxxxssss la mereka ni!

chiLleD...!! said...

saya masih cba memperbaiki bahsa yang digunakn..he

mie said...

gue memang xpaham langsung..
walaupun gue ni mat rempit...
hahaaaa

CahayaCintaIlahi said...

hahhaa dulu cahaya penah buat cenggini adehhhh

tapi takla truk sgt smpi ssh nak sebot ngeee

neway.. btol ckp fatin tu ssh org nak bace kalau da sebut satu2

rasa macam kene eja balek adehh

sahromnasrudin said...

alamak..itu bahasa mongolia ke?? susah betul nak memahaminya

nabilah_2908 said...

ini la yg dinamakan perosak bahasa..

mau tergeliat lidah membaca..biasanya..sy tk baca habis..pening kepala jer.. :)

tiba2 teringt pada sorang mamat kt fb sy..

mcm ni la gaya bahasanya...tp umur..dh sebaya bapak org..

ada juga org tegur...dia kata..ini bahasa manja..kauorang apa tahu..

lantak lah....huhu...


jom ke APA KATA HATI pulak,
HARI MENTERNAK LEMAK

aurora mokhtar said...

tersangat sokong! ingat tak kat mana kita berkenalan? HAHAHAHAHAH

ARTIKEL RAKAN BLOGGER