Monday, January 31, 2011

BELAJAR ATAU BERKAHWIN?

Salam

Hari ini dah isnin. dah pukul 5.30 petang pun. esok selasa. lusa rabu. errr apa ni? apa ni? haha semalam ahad kan? so abah beli dua paper, berita minggu dan berita mingguan. mesti la beli dua. kalau satu kang, tak best. haha aku tertarik nak tulis post pasal topik ni sejak aku baca dalam paper pancaindera dari mingguan malaysia.

Sesiapa yang dah beli, boleh la baca. sesiapa yang tak beli,meh aku nak cerita.topiknya belajar atau berkahwin. aku tak tau kisah ni berlaku kat mana tapi betol2 menarik perhatian aku untuk share dengan korang.

Kalau remaja berumur 16 tahun ke bawah yang ingin berkahwin, mereka perlulah mendapatkan kebenaran dalm mahkamah. betol tak? kisahnya bermula apabila sepasang kekasih berusia 15 tahun datang ke mahkamah syariah untuk mendapatkan kebenaran untuk berkahwin. hakim syari'e itu berkali-kali menanyakan soalan kepada pasangan berkenaan, adakah mereka betol2 bersedia untuk berumahtangga sedangkan umur mereka baru 15 tahun..

Hakim syari'e tersebut menanyakan satu soalan, sekiranya mereka dibenarkan berkahwin, dimanakah mereka akan tinggal? Ali, pasangan lelaki tersebut menyatakan mereka telah berbincang soal ini dan mengambil keputusan untuk tinggal di rumah Laila, pasangan wanita, kerana menurut beliau, bilik tidur Laila lebih besar dari bilik tidur Ali. Hakmi syari'e tersenyum dan berasa kagum kerana mereka telah memikirkan soal itu dari awal.

Kemudian, hakim syari'e menanyakan soalan lagi, 'Sekiranya kamu dibenarkan berkahwin dengan Laila, bagaimana kamu hendak menanggung Laila sedangkan kamu masih lagi bersekolah?'.Lalu Ali menjawab 'Yang Arif, kami mempunyai tabungan dan sekiranya tabungan tersebut disatukan dan kami berbelanja hanya rm10 sehari dan membawa bekal ke sekolah, kami akan dapat menampung kehidupan kami setelah berkahwin sehingga selesai peperiksaan PMR'.

Hakim benar2 kagum dengan jawapan pasangan tadi yang bersungguh-sungguh ingin berkahwin dengan pasangannya itu. dan hakim bertanya lagi,

'Oleh kerana kedua-dua kamu akan mengambil peperiksaan PMR pada hujung tahun ini, bagaimana kamu hendak pastikan yang Laila tidak akan hamil ketika tempoh tersebut?' Lalu dengan penuh senyuman dan kesungguhan, Ali menjawab ' Yang Arif jangan khuatir, kami telah pun melakukannya dan nasib kami baik kerana Laila tidak hamil langsung!'. Hakim terkejut dan menarik muka masam kerana tidak kagum langsung dengan jawapan itu.

Dalam hal ini siapa yang patut bertanggungjawab? pasangan itu atau kedua ibu bapanya? sehinggakan mereka sanggup melakukan perbuatan itu sebelum berkahwin. ibu bapa sekarang susah sangat kan nak bagi anak2 berkahwin dalam usia yang muda. betol tak? kebanyakkan mengharap anak mereka belajar di peringkat yang lebih tinggi, memperoleh kejayaan dan membalas jasa mereka. tetapi kalau sudah berlaku perkara tersebut?

pada pandangan aku la kan, peranan ibu bapa penting dalam mengawal situasi anak2. jangan bagi anak keluar sesuka hati dengan orang yang tak kenal. jangan terlalu sporting dan jangan terlalu mengawal. sebab ia akan memberi tekanan pada anak2. selalulah dekat dengan anak2 supaya mereka tidak akan pernah berasa tersisih.

si anak pulak, jangan terlalu ikut hawa nafsu. terutamanya kaum wanita. pandai2 la jaga diri kalau nak pergi sana sini dengan orang yang baru kenal. kalau boleh elakkan la. sebab kebanyakan lelaki suka amik kesempatan apabila lihat wanita ini lemah.. elakkan berjumpa kawan yang baru kenali, yang kita tak tau hati budi dia macam mana. elakkan la!

utamakan pelajaran, utamakan keluarga. bukan semua pasangan yang bercinta akan gagal dalam pelajaran. yang penting hati. semuanya bergantung kepada niat!

bagi korang macam mana? aku betol2 terkejut bila baca topik tu. sampai macam tu sekali. tak penah terfikir. hoho. moga2 kita dan keluarga kita dijauhkan dari semua itu. amin..

sumber: pancaindera mingguan malaysia. topik belajar atau berkahwin. diolah sikit2 guna ayat aku. aku tak copy sebijik2 okay!

9 comments:

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

owh ak de tgk kt tnye la ustaz sblum nie..
ustaz nie ckp parent kne bekal kn ilmu agama yg ckup tuk ank..
tp dlm mse yg sme knal kn ank ngn segala jnis hiburan/cabaran yg ade..
bkn tuk ajar bnde xelok..
tp spye xde istilah 'culture shock'..
dpan mak bapak pijak semut xmati..
blkg mak bapak sume bnde teringin nk try..
n ak rse cre 2 mmg berkesan pn..
sbb 2 la ape yg parents ak wt..
n alhamdulillah sme jdik org berguna.. =)

.:padie_eyla:. said...

woooo. better belajar + keje dulu sebelum kawin.. bukan ape, buat bekap. incase jadi ape2 kann. huhu. btol tk.?

Anonymous said...

http://hidayahrahman87.blogspot.com/2011/01/bercinta-sambil-belajar-eh-eh-ke.html
read this...hee

kindergartenlibrary said...

kahwin ?
nelly mahu belajar lagi .

Unknown said...

kalo kopi sebijik2 pon ok ape.ehhe

Unknown said...

belajarlah dulu sampai habis then baru kahwin...

mie said...

belajar tu bagus..
tapi jangan lupa untuk berkahwin..
hehehee

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

semua ckp better belajar dulu b4 kawen tapi kawen sebenarnya telah membuka pintu rezeki..hanya Allah yang tentukan rezeki seseorang..yang penting, jangan culas berusaha

nurul rasya said...

setuju dengan sahromnasrudin
rezeki Allah ada di mana2
budak2 sekarang jadi teruk sebab mak bapak tak bagi kahwin awal untuk further study dulu. last2 perut anak jadi buncit.
salah siapa?

ARTIKEL RAKAN BLOGGER