Monday, January 17, 2011

AKU INI WANITA

salam

join segmen ben ashaari lagi. hoyeh. kali ni berkenaan wanita. aku kan wanitaaaaaa. keh3



letak header ben ashaari



wanita. pahit sungguh aku rasakan. sepanjang aku bergelar wanita, aku sangat2 terkilan, dengan sikap lelaki yang berkawan dengan kita hanya kerana nafsu. dulu2 masa aku sekolah dan masa aku kat unikl, ramai yang menghulurkan tangan untuk mengenali kita, tetapi bila dah lama sikit, dah start mintak bukan2. aku pun tak paham. kenapa? kenapa kalau kawan je, nafsu yang mereka fikirkan? terutama yang dikenali melalui chatting. ada yang kata dia anak ustaz, ketua biro agama, macam2 la tapi siap plan kalau jumpa, nak pegang tangan, nak pegang pipi, nak cium2 sikit tanda kasih sayang. arghh. apa semua itu?

geram geram. kadang2 mereka pandang perempuan ni macam tak de maruah. mudah saja mereka merosakkan maruah. kadang2 bila aku dah start sayang kat seseorang tu, bila dia dah buat perangai dan mintak yang bukan2, bila aku dah tawar hati, aku tinggalkan macam tu aje. serius, masa aku umo 18 tahun, cinta aku hanya bertahan sebulan aje. sebulan lepas tu putus. kenapa? lepas sebulan tu la baru tau kehendak diorang.

syukurlah, sampai sekarang aku masih tak tercampak ke lembah hina. syukur sangat2, pengalaman mendewasakan aku. pengalaman jugak membuat aku semakin kuat menepis godaan lelaki yang hanya mahukan nafsu semata2. setiap kali aku kawan dengan lelaki, aku akan mintak pendapat mama aku dan mama aku akan bagi nasihat. nasihat supaya menjaga maruah sampai ke ahir hayat aku pegang sampai sekarang ni.

nasihat untuk lelaki, diharapkan bila anda berkawan dengan seseorang wanita, jangan la berkawan dengannya hanya kerana nafsu. kenali hati budi dia, kenali keluarganya, cintai dia kerana Allah bukan kerana nafsu. anda boleh kawal nafsu anda sendiri. semuanya berdasarkan hati. hati yang hanya fikirkan cinta kerana Allah yang akan meningkatkan keimanan itu. dan jangan sesekali menyakiti hati wanita yang anda sangat cintai...

perhatian: bukan semua lelaki sama macam yang aku katakan ya. ada yang baik, ada yang buruk. bukan semua lelaki :)

thanx abang ben! klik SINI untuk join. hehe

15 comments:

Unknown said...

Whoa!! amaran, kalau dgn lelaki ni, jgn sesekali bg pgg tangan/cium pipi skalipun, beliau akn minx lebih2.. serius duarius tigarius, krn gue juga lelaki.. hehe.. bile dah tak bagi mcm2 pulak, elakkan keluar berdua dgn die ke tempat pelik2.. takut kalau dgn rela tak hendak, dia paksa pulak; rogol etc.. berhatilah2 para wanita..

platipus said...

aku rasa sedih nak nangis plak baca entri ni weh

nur said...

Wah.. bagus.. moga kekal...
Jemput keALL IN ONE

shahjiehan said...

wanita ke gadis? hehhee

zaza ismail said...

zaza pon pnah rasa camtu..
lelaki ni sesetengah mmg xleh percaya

Adyp Ibrahim said...

wooot4...hello.!

Hmm.i like this entry..tol ckp fatin tu.xsume laki jht, n xsume yg baik.
agree3..~~

SAlam kenalan.i follow u.
Check out mine too ya..:)

Kip in touch

azzey said...

slm perkenalan . terjah dari blog ben..:)

cik violet said...

stuju..wanita kene pndai jge diri..jgn terpdaya dgn kata kata lelaki..huhu..


dr blog ben ;)

Un Phat Lee said...

boleh buat filem kisah lu nih...

za said...

sedih lak bce entri ni=(

Nur Liyana said...

bangga menjadi wanita wlaupun sering dipandang rendah.. :))

spesispenunggu? said...

smoga cinta awk yg nih berkekalan...^^

sye pun join segmen nih..

http://sayetetapsaye.blogspot.com/2011/01/aku-ini-wanita.html

Lulu Caldina said...

jaga diri bebaik...

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

jgn terlalu mudah bg cinta..
jgn sng2 bg pegang tgn etc.
klau die bole cinta kita tnpa pegang tgn skali pn..
then die mmg btul2 berbeza.. =)

Ismail52 said...

Kebanyakan student pompuan yg berhijrah ke KL atau dah jauh dari org tua mereka dah semacam rasa bebas nk wat ape pun boleh.....,

ARTIKEL RAKAN BLOGGER