Monday, January 31, 2011
BELAJAR ATAU BERKAHWIN?
BLOG BARU AKU!! ;D
Sunday, January 30, 2011
BUKAN KENA BAYAR MAHAL PUN KAN!







Saturday, January 29, 2011
MYDEMCOMIC DIALOG CONTEST!

WANITA PERLU TAHU RAHSIA CINTA LELAKI~

Friday, January 28, 2011
IN A RELATIONSHIP WITH ROBERT PATTINSON~

FOLLOW FOLLOW FOLLOW! AHAKS

BUBUR KACANG DAN ANGIN YANG KENCANG!






Thursday, January 27, 2011
BLOG BERWAJAH BARU!!
Wednesday, January 26, 2011
HOMEMADE : BEDAK SEJUK
pertama sekali, rendam beberapa tin susu beras. tak kira la beras apa pun. beras nasi la kan. rendam dalam satu bekas. macam ni. haha yang ni mama baru je rendam. 7jan haritu, siap catat tarikh takot lupa. keh3 rendam sehingga beras tersebut menjadi hancur. tapi ingat, setiap dua minggu, kita kena harus tukar air dalam tu. selalu la basuh beras tu. supaya beras tu nanti tak jadi busuk sangat2 dan masam. kena rajin okay, bab rajin ni aku serah kat mama aku. aku tak sanggup. ahaks.kalau korang tak basuh, nanti pakai bedak sejuk, muka akan jadi gatal-gatal. sebab air dalam tu kotor. euwww~ mama aku rajin basuh2 beras tu.. heeee
rendam selama 5 bulan. lebih kurang la.nak blender pun boleh. kalau nak cepat2 beras tu hancur. ingat tu. selalu basuh beras tu, jangan biar 5 bulan baru korang nak basuh. korang akan muntah bila bukak bekas tu nanti. haha! lepas blender, rendam lagi sekali. sampai betol2 hancur. selalula tukar air okay. rendam la lebih kurang sebulan.
perbezaan beras yang baru rendam dan setelah lama direndam. hehe
lepas tu toskan tepung tadi. tepung beras tu la. bukan tepung gandum. grr! buang air yang kat atas2 tu, ambil tepung nya saja. pastikan cair. jangan ler beku korang tuang dalam bekas. nak titik macam mana nanti. hehe macam gambar kat atas, bancuhan tepung yang sudah siap untuk dititik kan. hehe








CONTEST KAMI POSE COMEY..

ENAM PATUNG WANITA SILIKON DIJADIKAN TEMAN~

OTTAWA, Kanada - Seorang lelaki berusia 57 tahun, Dave Hockey membelanjakan wang sebanyak AS$25,600 (RM78,246) untuk mengembara ke seluruh dunia dengan enam patung wanita silikon, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia membawa patung silikon itu ke beberapa lokasi menarik di Stonehenge, Britain, Grand Canyon dan Niagara Falls di Amerika Syarikat (AS).
Bapa dua anak itu berkata: "Isteri saya memahami ia (patung-patung itu) merupakan satu hobi."
Hockey juga kini menghasilkan filem dokumentari pengembaraannya selama tujuh minggu dari rumahnya di Nova Scotia, Kanada ke San Diego, AS untuk berjumpa dengan pemilik patung lain.
Semasa pengembaraan itu, dia juga membawa patung silikon yang cantik Bianca yang dibeli dengan harga AS$ 3,246 (RM9,921) yang pernah muncul dalam filem Lars and the Real Doll. Patung itu turut dibawa untuk aktiviti terjun udara, menaiki kuda dan menjadi pembonceng motosikal Harley Davidson.
"Saya membeli patung pertama pada November 2006 kerana ia kelihatan menarik dan cantik. Lelaki yang menyatakan patung tidak cantik sebenarnya pembohong," katanya.
Dia sanggup berkelakuan sopan di depan patung wanitanya dengan mengungkapkan kata-kata meminta berjalan di depan patungnya selain membeli kasut dan aksesori lain untuk mencantikkan patung tersebut.
Beberapa patung itu seberat lebih 40.91 kilogram dan dia memerlukan sebuah kerusi roda untuk membawanya memasuki hotel dan di kawasan tarikan pelancongan.
Hockey kini dalam proses terakhir untuk menyunting dokumentari yang dihasilkannya itu tetapi dia berharap akan dapat menyiapkannya dalam masa enam minggu lagi. - Agensi
Tuesday, January 25, 2011
JANGAN LA CEMBURU BUTA! ARGH!

PERHATIAN!!
FASHA SANDHA DAN JEJAI SAH PUTUS CINTA
KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.
“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.
Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.
Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.
Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.
“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.
“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.
Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.
“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.
Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.


Monday, January 24, 2011
NORA DANISH NAFI DAPAT RUMAH MEWAH 10 BILIK!













