Saturday, December 25, 2010

HARRIS JUARA IDOLA KECIL 3!

salam.

Idola kecil 3 telah berakhir dengan jayanya dan hebatnya,. dan aku sangat2 la gembira sebab HARRIS jadi juara idola kecil 3! haha memang dari mula2 lagi aku dah ramal dia an menang, dan tak sangka sangat2. hehe

Aku ceritakan sedikit tentang grand finale idola kecil 3 ini. idola kecil 3 telah diadakan di sri pentas 2, plaza alam sentral, shah alam. dan siaran langsung di tv9. exclusive hanya di tv9. hehe. pengacara tetap beliau adalah alif sattar. juri tetap idola kecil 3 adalah atilia dan juri undangan pada malam ini adalah adnan abu hassan

Persembahan dimulakan dengan nyanyian lagu kalau berpacaran oleh peserta2 yang telah tersingkir dari idola kecil 3 iaitu diba, deera, farrah, angel dan afif. seterusnya sesi memperkenalkan finalis idola kecil 3 dan mereka sama2 menyanyikan lagu tersebut dan lagu tema idola kecil iaitu hidup penuh semangat.

Setiap peserta menyampaikan dua buah lagu iaitu satu lagu yang telah digubah khas utk mereka dan satu lagi lagu dari artis2 yang terkenal.

Peserta pertama iaitu Hadi telah menyampaikan lagu PELITA yang dinyanyikan oleh kumpulan API dan menyanyikan lagu kedua iaitu MAAFKAN KU TERLEWAT.

Peserta kedua iaitu Puteri telah menyampaikan lagu KATA MAMA iaitu sebuah lagu baru yang digubah khas untuk beliau. lagu kedua beliau adalah MENCARI KONKLUSI, iaitu lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan HUJAN.

Peserta ketiga iaitu Balqis telah menyampaikan lagu yang pernah dipopularkan oleh HAFIZ iaitu noktah cinta manakala lagu kedua yang beliau nyanyian adalah PERTAMA DAN KEDUA.

Peserta keempat iaitu Shazlin menyanyikan lagu DUNIA KHAYALAN yang telah digubah khas untuk beliau dan lagu kedua iaitu SELAMAT MALAM yang dipopularkan oleh FAIZAL TAHIR.

Dan peserta terakhir iaitu Harris telah menyampaikan lagu baru iaitu SAMPAI KE BULAN dan lagu kedua beliau adalah DRAMA KING.

Dan persembahan diakhiri dengan nyanyian lagu Di Akhir Garisan oleh kesemua peserta idola kecil 3!

Juara Idola Kecil 3 membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM10000 dan HARRIS membawa gelaran tersebut!

Pemenang Kedua Idola Kecil 3 ialah Puteri dan beliau membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM5000.

Pemenang Ketiga Idola Kecil 3 ialah Balqis dan beliau membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM3000.


ok? dah, hehe tahniah kpd harris, cukup2 la aku menjerit tadi. haha suka sangat2 sebab harris menang, sekurang2nya dapat ubati kekecewaan masa azzam dan aril yang tak dapat jadi juara dulu..heeee

gambar2 tak de. aku tengok kat tv aje. haha lain kali aku upload okay? :)

aku dah boleh tido dengan senyuman malam ni.. agaga ok2. stop sampai sini nak stop cerita Dennnis the menace christmas. bye!

12 comments:

Zeanne said...

wah sis betul2 mengikuti idola kecil ni..haha..tahniah la untuk mereka..hehe:)

platipus said...

yey!...aku pon suka harris menang

Elle Jay said...

ank memang pengikut tegar idola kecil...yang kali ne aku x tengok sgt...so tatau la sgt...hehe

Atika Natasha said...

huhu..xpnah neng0k pun rncngan id0la kcik ni..tp best kan,kecik2 dh byk duit..huhu

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

"memang dari mula2 lagi aku dah ramal dia an menang, dan tak sangka sangat2"

mcm dh sangka je.. =p

.:padie_eyla:. said...

ala ala ala. harris.? huk. hadi.????? =p tak tgk pon td. ngeh3~

Amni said...

tak tengok pon dear.. dengar kat radio je.. memang sangat minat la ni kan akalu dah buat entri ni... hehe... t nak tengok jugak kalau ada ulangan.. mana tau..

faiq said...

ang mst suke tengok AF gak kan?

Noor Fatin said...

anne: yup... dari tahun lepas lagi. hehe

platipus: yeay!

liana: heheheheh

atika: tau xpe. huhu

fadh; dlu aku sangka azzam dia xmenang jugak. hehe

eyla: hadi tak dapat apa2 pn..wuu

amni: mungkin ada ulangan tapi xtau bila. hoho

faiq: takk. aku xde astro. haha

Unknown said...

taun lpas mmg ikut gile2 la cte ni tp taun ni lgsg x ikut sbb dh xtgk tv sgt taun ni sbb sbok biznes. (http://amyamyshop.blogspot.com) tp taun ni dpt tiket tgk live.best kn?eh,,tv lg best! sbb leh tgk dkat2.hehe.tp xpela..kwn yg bg tiket tu.so amek jela.lgpun tgh xtau nk wtpe bile kuar smlm.hehe.suke btol dgr suara budak2 ni yg sdap ni.smlm sokong haris.die menang. wpun xsokong sape2 tp so proud of them. ^^

http://eringilegambar.blogspot.com

Faten Rosli said...

xdapat tengok lah smlm.. aduss.. -_-

Noor Fatin said...

amy: fuyoo! bestnya dapat tgk live! hehehe

fatin: haha mgkin ada siaran ulangan. hehe

ARTIKEL RAKAN BLOGGER