Tuesday, December 14, 2010

AMARAN HUJAN DI TERENGGANU DAN PAHANG~

14/12/2010 4:06pm


KUALA LUMPUR - Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Terengganu (Maran, Dungun dan Kemaman) dan Pahang

(Kuantan, Pekan dan Rompin) mulai Jumaat malam (17 Disember) sehingga Ahad malam (19 Disember).

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, keadaan itu boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah dan berdekatan tebing sungai.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran angin kencang tumur laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak setinggi 3.5 meter yang dijangka berlaku di perairan Codore Reef North dan Pulau Layang-Layang bermula Jumaat sehingga Ahad ini.

Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil, kegiatan rekreasi dan sukan laut, katanya. - Bernama

sumber kosmo


tahun lepas lagi, aku dah penah merasa banjir masa tahun pertama dok kat kemaman ni. rumah aku tak dinaiki air sebab atas bukit. kawasan bawah bukit tu la yang banjir..terputus hubungan jugak sebab kereta langsung tak boleh lalu.. huhu berjaga2 la selepas ini. jangan mandi kat pantai sebab air pasang. berhati2 kpd semua yang berada di pantai timur :)

2 comments:

cucu cik embun said...

dah penah rasa masa duk kuantan dulo.. musim hujan sgt susah... nak balik kulim kena redah banjir dulu....

Hanisah Safian said...

moga selamat segalanya.amin :)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER