KUALA LUMPUR - Gara-gara terpedaya dengan janji pendapatan lumayan dalam tempoh singkat melalui pelbagai skim pelaburan, lebih 3,000 orang kerugian berjuta-juta ringgit dalam tempoh enam bulan lepas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah berkata, kes terbaru yang dilaporkan membabitkan kerugian berjuta ringgit untuk perniagaan rumpai laut menggunakan mesin serbaguna, Mat Kiosk.
Beliau berkata, skim tersebut menjanjikan pulangan sebanyak RM2,000 sebulan dan syarikat terbabit telah membayar jumlah itu selama tiga bulan seperti yang dijanjikan.
"Bagaimanapun selepas gulung tikar, penganjur skim Mat Kiosk menghilangkan diri dan akhirnya mangsa-mangsa yang terlibat dalam pelaburan ini menderita dengan kerugian lebih RM100 juta," katanya pada sidang media aduan Skim Cepat Kaya di Ibu Pejabat MIC di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
peringatan lagi sekali kepada semua, tolonglahhhh jangan percaya lagi skim2 macam ni, kaum melayu, tolonglah jangan menipu kaum sendiri.. memalukan sungguh! ingat, Allah bayar cash. terkilan sangat2.. melayu jugak yang jadi mangsa, kejadian macam ni dah menunjukkan betapa lemahnya melayu.. kalau dah terlalu banyak duit, simpan ja dalam bank.. tak pun sedekah kan ke rumah anak2 yatim atau sumbangkan ke tabung bencana alam. pesan pada kawan2 dan jangan cepat terpedaya. peringatan utk diri sendiri dan kawan2 yang lain :)
1 comment:
macam macammm!!
meh tengok latest entri pasal warna2 pesbuk!! yeayyy! :)
Post a Comment