KUALA LUMPUR - Labur RM30,000 dapat RM60,000.
Ghairah mendengar keuntungan tersebut, seorang peniaga mendakwa akhirnya menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat jualan langsung dan kini terpaksa menanggung hutang kira-kira RM300,000.
Kes pertama: Sani (bukan nama sebenar), 23, mendakwa, pulangan lumayan selain keinginan hidup mewah menyebabkan ahli keluarganya sanggup membuat pinjaman bank untuk menyertai syarikat tersebut.
"Sudahnya saya dan ahli keluarga yang menyertai syarikat terbabit terpaksa bergolok bergadai apabila syarikat tersebut gagal menunaikan janji membayar balik wang yang dilaburkan.
"Lebih teruk lagi, hubungan saya dengan ahli keluarga semakin renggang kerana saya yang menarik mereka menyertai syarikat tersebut," katanya pada sidang akhbar di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini semalam.
Dakwa Sani, syarikat itu masih lagi beroperasi dan giat menjalankan kegiatan penipuan mereka menggunakan nama syarikat lain tetapi masih mengekalkan modus operandi yang sama.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
-aku masih tertanya2 sampai skrg, kenapa org mudah percaya dengan kata2 manis org lain? kenapa org skrg cepat terpengaruh dengan kemewahan yang dijanjikan ntah betol ntahkan tidak?? kenapa? beratus2 kali dah masuk dalam paper pasal ni, tapi still ada org jugak percaya. kawan2, xdak org yang bodoh nak bagi kita duit percuma ja, nak bagi kita cepat kaya. xdak sapa! ingatlah! nak cepat kaya senang,, belajar pandai2, dapat keje elok2, keje rajin2 dah boleh kaya. dah boleh merasa hasil titik peluh sendiri, kenapa perlu bergantung kpd org lain?? adesss.. pelik.. pelik..
peringatan kpd diri aku sendiri dan kawan2 yang disayangi..
10 comments:
betOl tue. kina pun pernah jadi mangsa penipuan.... huk..huk..huk...
moga kita tak ditipu :)
fatin: berhati hati.. kalau mudah terpengaruh naya nanti... takkan ada kerja goyangkaki dapat duit
ALL IN ONE
iya betul3x... jangankan pelaburan, MLM pun kalau boleh jangan ikutlah. tak ke mana juga bisnes2 menindas macam tu... Better kumpul duit, buat bisnes yang betul2 hasil usaha titik peluh kita...
tu la..mulut manis penipu ni senang perdayakan org..
nak2 zaman skrg ni semua pasal duit
nk g toilet pun kene bayar...
memang lah dunia materialistik..
tpakse la pk jalan tambah duit..
ni la salah satu keje dpat duit dgn senang kononnya..
trimas..fatin =D
atleast diorg ada peluang masuk paper...feymes2
smoga kes2 yg berlaku menjadi iktibar pd kite semua...
Dah tentu2 takde bende senang dalam dunie ni.. Mcam mane ade orang percaye betape senangnye melabur sedikit pastu dapat banyak. Takde bende boleh kite dapat tanpe usahe..
Kalau senang sangat nak jadi kaye, takdelah orang miskin dekat dunie ni..
kina: lepas ni hati2 tau :)
cgg: amin..harap2 bgtu :)
nur: btol tu awak.. xpenah ada mcm tuu..
gen2merah: btol awk. baik usaha sendiri dan kaya dengan usaha yang kita dah buat..
dayah: ramai jugak yang masih terpedaya.. pelik2!
nurul: sama2 :)
faiq: kakakaka..xbest
sri ayu: harap2 mcm tu la..
eean: harap2 la xde lagi kes2 mcm ni.. sedih la tgk melayu pulak tu yg selalu jadi mangsa
Post a Comment