Wednesday, December 22, 2010

AYAM.. BERMACAM AYAM,,,

salam

kalau korang nak tau, dulu aku kecik2 aku sangat takot ayam. hehe masa tu aku kecik lagi la. darjah1 kot. kalau balik kampung, mesti takot sebab kat kampung kan banyak ayammmmm... bapak ayam, ibu ayam. ayam piru, ayam belanda. tak payah nak cakap la kan. haha sampai je kampung, aku nampak ayam, aku tak kan turun dari motor abah aku. selagi abah aku tak kejar ayam2 tu pegi jauh2, hehe dasyatnya aku..

sampai la darjah 2 atau 3, aku tak ingat sangat, abah aku amik keputusan bela ayam kat umah. kat belakang umah. masa tu 1st time la kan org bela ayam kat taman. sejak tu abah start buat reban ayam, beli ayam. anak2 ayam. macam2 la. beli gandum utk ayam. dan abah aku cukup jaga reban dia, tak penah bersepah2 ayam dia. xpenah langsung. jaga dengan elok. ada jugak jiran2 yang ikut bela jugak tapi diorang tak jaga, tak pasal2 pihak berkuasa datang 'melawat' sebab komplain dari jiran2. abah aku je tak kena sebab abah aku cukup jaga kebersihan ayam2 diaa..

ayam aku ni spesel sikit sebab suka makan getah. getah yang dok ikat plastik tu. getak warna oren tu. sampai clear la getah kat umah abah bagi ayam2 makan. kah3! aku penah jugak tengok depan mata ayam bertelur, penah dukung ayam, macam2. wee.. sejak tu aku tak penah dah takot ayam! hehe aku pun penah kena patuk jugak sebab aku main acah2 anak2 ayam. tak sempat lari, ibu ayam patuk kat kaki aku.. kah3!

sampai darjah 4 je abah bela, sebab mama mengasuh alisya pulak. budak kecik kan. abah xnak bela dah la ayam. dah puas kitorang makan ayam yang kitorang bela sendiri.


style rambut aku menawan kan? aku suka. itu diri aku masa kecik2. haha nasib baik besar2 jadi perempuan. hik3!


bapak ayam yang paling2 aku sayang. dia mati masa 1 julai 1999. masa tu sakit. :( aku menangis2 dalam bilik air time mandi. special gila ayam ni sampai ari2 aku dukung ayam ni masuk tido dengan aku. serius dia pejam mata!! aku tak tipuu. haha mama aku pun penah tengok. sangat la manjaaa! aku sayang sgt2 sampai skrg xde yang boleh ganti ayam ni lagi. :(

yang boleh aku ingat pasal ayam2 ni, skrg kat belakang umah aku ada ayam2 terlepas. ntah sapa punya, haha ada 5 ekor kot. yang seekor aku dah sergah dah sebab nampak dia lalu depan umah aku.. kui3! jahat kan?

ingat tak, ada permainan budak2 dulu, yang baling getah melekat kat dinding tuu. ingat?? aku baling2 kat ayam. ada seekor ayam betina tu tertelan getah tu.. punyalah aku gelabah sampai paksa ayam tu minum air banyak2 supaya tak tercekik. kekekeke nasib baik tak matiiiii.. sihat je.

ayam boleh makan getah ke tak sebenarnya?

dan

betol ke kalau makan leher ayam, nanti kepala teleng time sanding? (aku percaya benda ni sampai skrg dan sampai skrg aku elak makan leher ayam!! haha)

8 comments:

Cik Embun said...

ayam tu xreti nak beza cacing ngn getah dah.. sian.....

Zeanne said...

sis pegang ayam tu?wow tabik!haha

NIA said...

suka kejar ayam.tapi bila kena kejar balik baru tau nk menjerit menangis segala KAHKAH.suka lagu ayam yang Jalil Hamid nyanyi :D

Faten Rosli said...

fatin org kg.. kecik2 dulu byklah ayam nenek bela..selalu g kejar tangkap ayam.. ^_^
tp skrg,, da pyh nak jumpa ayam kg org bela..huhu

faiq said...

hahaha..gns2...kalo rmbut kecik2 tu botak lg ngam :)

Noor Fatin said...

cik embun: hahaha mungkin la..sob3!

anne: dukung siap tido lagi atas dada.. kah3!

izzati: sama laa!! hahaha suka gak :)


fatin: aah.. jrg dah.. kat kg je selalu ada.. weee

faiq: botak?? errr

Natto said...

Ensemnyer masa kecik... kekeke

Noor Fatin said...

natto, ensem lagi dr jierah. hehe

ARTIKEL RAKAN BLOGGER