Friday, December 31, 2010

NAK 50K??

salam


nak tak 50k?? tak payah join MLM. xpayah susah2 labur duit ke, tak payah cari org. xpayah!!



senang kan? :P

kredit: google

GIVEAWAY DARI SHAWLSAYUCINTA

salam!!

aku tertarik sangat nak join giveaway ni. sebab? hadiahnya shawl!! wah. utk stok 3bulan tau.. wee. best weyh. aku tak tau kenapa aku suka sangat2 shawl ni. wakaka suka dowh. xtau kenapa. banyak kot koleksi aku. pashmina pun dah ada, shawl, mcm2 la. huu

aku sebenarnya mengenali shawlsayucinta ni dari fan pages beliau sendiri. dah lama dah aku LIKE. hoho aku tertarik sungguh. cantik gilakkk! shawl dia menarik2 sangat2. warna dia, jenis kain. semuanya cantik2. harga pun berpatutan! memandangkan aku betol2 xde duit skrg, aku tak order lagi la. hehe insyallah satu hari nanti aku akan order! pasti! tunggu dapat kerja nanti..heee



ni banner giveaway beliau~ tengok shawl tu.. cantik..uwaaaa.. nak!

syarat2:

1) tak payah susah2 beli shawl dekat aku.
2) follow dua2 blog shawlsayucinta dan ayucintakamu - dah follow!
3) like fanpage shawlsayucinta kat facebook - sudah! dah lama~ heee
4) buat 1 entry mengenai shawlsayucinta- sudah!
5) tag 3 org sahabat blogger- sudah!
6) hantar komen2 kat di entry ini 'saya dah join, sila klik saya'


tarikh tutup: 1/1/2011. maknanya esok la! hehe

tag:

nurhidayah
ana mardia
padie eyla

korang join tauuuuuuuuuu!!


kawan2, anda boleh dapatkan shawl yang cantik2 di SINI

kalau nak join giveaway ni, klik saja di SINI

done! :)

SELAMAT TINGGAL 2010

salam

esok dah 1 januari 2011. hari ini 31 disember 2010. bermulanya esok, tiada lagi tahun 2010 dalam hidup kita semua. selamat tinggal 2010! hehe kenangan manis kita abadikan dalam hati manakala kenangan pahit kita lupakan dan ambil pengajaran!

tahun 2010 akan meninggalkan seribu kenangan manis pada diri aku.


- aku berjaya abiskan diploma tahun ni jugak
- aku bahagia bersama
-aku mengenali sapa kawan sapa musuh masa sem6 kat msi
- aku dapat beli kamera sendiri
-aku dapat loan, bayar yuran pengajian sendiri, tak bebankan abah lagi
- aku berjaya buktikan aku tak bersalah pada mereka.
- aku mula mengenali negeri org
- aku dapat ramai kawan yang memahami..



-aku menjadi mangsa fitnah oleh kawan ku sendiri.
- aku gagal dalam subjek eng. science.
- aku gagal dapat yang terbaik masa fyp
- aku selalu buat  menangis
- aku tak belajar masak lagi
-aku selalu menangis, tak kuat semangat, hampir berputus asa
- aku hampir diragut
- aku terleka dengan seseorang :(
-aku tak kurussssss!! HAHA



aku nak lupakan segala kenangan pahit yang aku pernah lalui. aku anggap semua itu dugaan. dugaan yang kecik saja. org lain dapat dugaan yang lebih teruk lagi dan mereka tidak pernah berputus asa.


harapan tahun 2011

- aku nak cari kerja yang halal
- aku nak lebih dekatkan diri pada ALLAH
- aku nak kurangkan beban family, bayar hutang2
- aku nak belajar masak dan bagi family n  rasa masakan aku
- aku nak kurangkan boros!
- aku nak menjadi seorang anak,  dan pekerja yang bertanggungjawab
- aku mahu menjadi seorang yang matang dalam berfikir
- aku nak ubah sikap, apa yang ada dalam diri yang buruk2 ni
- aku berhati2 memilih kawan, jangan sampai difitnah lagi
- tahun 2011 alisya akan amik upsr. aku nak lihat dia berjaya dengan keputusan yang cemerlang
-konvo dengan jayanya. hehe

Insyallah, aku harap segalanya akan tercapai. aku mahu kehidupan aku lebih baik dari hari sebelumnya. Dengan berkat doa dan usaha, insyallah.. :)

Thursday, December 30, 2010

GEMPAR : ULAT DALAM BUBUR SEGERA

salam


masa mula2 tengok gambar ni, woi!! terkejut aku. semalam sebelum aku tido, sambil2 msj dengan, aku msj dengan abil. dia kata dalam bubur yang dia beli, bubur segera yang macam megi dalam cawan tu. just tuang air panas je pastu dah boleh makan. dalam tu ada ulatt!! fuh. dia kata dia upload gambar kat facebook tapi pagi tadi baru aku tengok.




korang nampak tak apa aku nampak? ULAT!!

korang sanggup tak nak makan? eii! kenyang terus bila lihat gambar ni. terus hilang kelaparan yang ada. ngeh3


bubur ini telah dibeli oleh kawan baik aku yang sedang belajar jauh nun di sarawak tuu. jauh gila. hehe rindu sgt kat dia..

ANIS NABILA atau abil



nasib baik dia tengok dulu sebelum makan. kalau tak, adoi. aku tak dapat bayangkan. anda bertindak pantas syg. hehe love you baby

kepada pembaca post ini, hati2 bila beli sebarang makanan segera, tengok dulu sebelum makan!


psst, aku xtau apa jenamanya. keh3! abil tak bagitau pun, aku rasa dia pun tak sempat nak belek! huhu

MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI AFF 2010!

salam

Alhamdulillah berkat doa semua rakyat Malaysia, akhirnya Malaysia menjadi juara Piala Suzuki tahun 2010 dengan beroleh kemenangan agregat 4-2 pada perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia.


Pemain Malaysia meraikan kejayaan Safee Sali menjaringkan gol awal ketika menentang Indonesia pada perlawanan akhir kedua, Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia Jakarta pada malam ini.

Pasukan Malaysia meraikan kejayaan gemilang merangkul Piala Suzuki AFF buat kali pertama setelah menewaskan Indonesia secara agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta di sini.

nah, ni yang menjadi pujaan ramai sekarang ni!!
KHAIRUL FAHMI CHE MAT!

Tahniah! Prestasi beliau sangat2 cemerlang!


Perlawanan akhirnya tamat dengan keputusan 1-2. Malaysia 1, Indonesia 2.

Penyerang negara, Mohd Safee Sali dinobatkan penjaring terbanyak selepas mengumpul lima gol.Manakala permain terbaik perlawanan dimenangi oleh pemain tengah Indonesia, Firman Utina.


MALAYSIA BOLEH!!

gambar: google dan mstar online

Wednesday, December 29, 2010

HARIMAU MALAYA! AUMM~!

salam



SEMOGA MALAYSIA BEROLEH KEMENANGAN PADA MALAM INI!
KITA RAKYAT MALAYSIA BERDOA BANYAK2 SEMOGA MALAYSIA MENANG PADA MALAM INI. INGAT, SEGALANYA KETENTUAN ALLAH. KITA HANYA MAMPU BERDOA .
TERIMA SEADANYA APA YANG BAKAL TERJADI!

GO MALAYSIA GO! KAMI DOAKAN ANDA!

:)

6ixth Sense - Cinta Matiku ( Ost Hani Lestary TV3 )

salam


lagu ni best sangat2. aku suka sangat2. wah. happy dowh setiap kali lagu ni berkumandang kat tv setiap kali cerita HANI disiarkan! hoyehh~

jom kita dengar sama2!!:P




korang suka tak lagu ni dan cerita HANI tu?? ryzal sangatlah ensem!

AWARD DAN TAG LAGI! ;D

salam

post ni aku mahu melangsaikan tag yang blogger telah tag nama aku dan award yang mereka bagi. hehe thanx sangat2! dari dulu sampai skrg aku tak henti2 terima award dan tag! hik3! thanx pada yang masih ingat aku ni haaa.. hoho :P

1st, award dari cik lavender harum wangi. aku kenal dia kat facebook, group kaki blogger. hehe bestt!

klik SINI utk jejak ke blog beliauu~



Nama Teman?




Kenapa pilih dia sebagai teman?




Dah berapa lama anda bersama dia?



Apa pendapat anda tentang orang yang memberi anda award ini?

Sweet sgt2! ika sweet! hehe

Thanx yaa! LAVENDERHARUMWANGI


2nd, award dari cik TIM. hehe klik SINI utk terjah blog beliau.



ada syarat2nya pulak. hehe


1) thanks to the sender of the award and linked this entry to the sender.

nak ucap banyak2 terima kasih kat cik tim kerana memilih blog ini utk menerima award yang best ini. hoho nak kenal cik tim boleh klik SINI

2) share 8 facts about yourself

1) anak tunggal~
2) sudah berpunya
3) suka memendam rasa dan kadang2 menjadi pendendam
4) suka warna pinkkk.. kalau boleh semuanya nak warna pink! haha
5) tak reti masak buat masa skrg! fakta weyh! bukan auta! keh3!
6) tak ada alat mekap. cuma ada lipstik dan bedak
7) pakai kasut size 5
8) benci perampas! fakta nih!

3) Give this award to the other bloggers who deserve it

LYNNA
HIDAYAH
ANA MARDIA


:)

yang terakhir iaitu dari NADIAH. klik SINI utk berkenalan2 dengan beliau~


thanx banyak2 sebab bagi award ni okay? cantik. haha. cuma soalan2 dalam warna pelangi. aisey, akak kena pakai kanta pembesar utk baca soalan tu sampai habis. kui3! rabun warna dah rasanya.. agaga XD

1) sila beritahu nama penuh kamu tak kisahlah sampai nama datuk moyang kamu

Noor Fatin Bt Othman Bin Mat Zain Bin Hussien Bin......

2) Kamu suka warna pink tak?

suka!

3) Kalau kamu ditakdirkan bertemu dengan pemberi tag, apa kamu nak cakap pada dia?

dik, jangan buat tulisan warna warni lagi. akak pening. hik3! ok x? hehe

4) siapa paling comel? maher zain atau kamu?

dua2 comel. kan? fakta weh! HAHAHA

5) Mana lagi sedap.. kek atau aiskrim?

KEK.

6) Bila tarikh lahir si pemberi taggie ni? kalau kamu ingat kamu hebat!

6 march 1997. ada kat profile dia. hoho

7) Ain Maisarah, sapa kah dia?

ntah. sapa tu?

8) Ceritakan sejarah kamu membuat blog.

setelah mendapat kekecewaan dan terpengaruh dengan balqis

9) apabila harijadi kamu, kamu nak saya *pemberi taggie* beri apa kat kamu?

belanja pizza hut dah cukup. keh3!

10) wajib tag sepuluh org!

sepuluh org pertama yang jejak kat sini, tag ini utk korang! tau tau! amikkk. hehe


ok dah! tamat! keh3! :)

PROMOTE TWITTER SAT~

salam

selamat malam! ye eh, pagi sudah. tapi mesti ramai yang tak tido lagi kan. kan?? hik3!! aku pun dah nak tido.. sebelum tu aku nak bagitau korang, aku dah aktif twitter balik! lama dah aku buat twitter. syaira dah 9k, jierah dah 4k diorang tweet. orang lain tak tau lagi. aku baru 4 ratuss. hehe 2bulan lepas aku on kejap, sebelum tu 3bulan aku peram. keh3!

jom follow twitter aku~ anda boleh promote twitter anda jugak ye kat sini! hehe ;D




ok? follow je okay. esok aku approve sorang2. jangan fraud click pulak, kena banned kang. muahahaha

daa :P

Tuesday, December 28, 2010

PENANGAN IDOLA KECIL~

salam

tengok gambar2 di bawah. gara2 post aku berkaitan idola kecil dan anugerah skrin, nuffnang aku melonjak naik! gilakk ar. terkejut aku. hehe


klik utk nampak lagi besarrrrrrrr

post harris idola kecil 3 mengatasi contest yang aku pernah buat dulu. haha! hebat. padahal baru 3 hari je idola kecil 3 berlalu.. hehe baru 3 hari!

nuffnang naik mendadak pada 25 dec dan 26 dec. haha 27dec dah jadi seperti biasa. hehe


mesti harris pun baca blog aku kan?

SAYA BLOGGER TERENGGANU

salam!

nak join segmen yang dibuat oleh blog pilihan malaysia ni! nak jugak berkenalan2 dengan blogger2 tempat sendiri. ye dak? hehe

Nama anda: Noor Fatin

Status anda: bujang lagi. belum berkahwin. sudah ada buah hati ;D

Cara hubungi: emel saya, fatin_uniklmsi@yahoo.com.
facebook: search nama Fatin Vavavoom

Daerah/ Jajahan: Kemaman

Tempat tinggal: Bukit Mentok, Chukai, Kemaman

Apa yang menarik kat tempat anda:

1) pantai teluk mak nik/ pantai kemasik/
2) kepok, sata dan otak2 yang sangat sedappp!
3) Mesra Mall, ada pawagam, ada bowling, yang penting ada big apple
4) TATIUC
5) kawasan perindustrian
6) kuala kemaman- tempat dapat ikan yang fresh2! cenderamata yang best2 contoh siput

Pantai Teluk Mak Nik

Pantai Kemasik

macam2 lagi yang menarik yang ada kat kemaman ni. datang dulu okay?! hehe

selamat berkenalan dengan blogger2 terengganu :D

nak join: klik saja di SINI

Monday, December 27, 2010

SEDAP TAK?

salam!

minggu ni aku makan sedap2. waa. sedap sangat2. hehe tambah2 mama yang masak. memang aku makan banyak la kan. kalau kat kedai makan sikit je. percaya tak? korang rasa aku tipu ke tak? mestila yaa! haha rugi woo bayar mahal2 makan sikit..keh3

mama aku macam biasa masak nasi daging lagi. hoho. dari aku kecik2 sampai aku besar ni, mama selalu masak nasi daging. sapa yang rasa, mesti nak lagi! hahaha. suka2! nyum2!

gambar di bawah. macam biasa. teringat kata2 lynna, *pic paten.. tak sah kalau xde makanan. haizzz =,= lapar* keh3 check it out babe


ni sambal tumis daging. hehe


ayaq asam. org kedah kata. sedap woii! kena cuba ni! haha

menu utama: nasi daging. aku penah beli kat kulim dulu. tak sedap. wuu. mama aku buat lagi sedap.

yang hujung tu sambal belacan, memang complete set la kan. sedap2!


masa 25/12 tu, mama aku buat ketupat. teringin nak makan katanya. hehe selalunya time raya je baru jumpa ketupat kan. hehe ni tak.. dapat jugak makan ketupat. ketupat pulut okay. bukan nasi impit. hehe aku boleh la sikit2 balut ketupat. sekali dua jadi la. haha

ketupat pulut. kat terengganu ada ketupat goreng tau. hehe

ni pulak rendang ayam. hehe rendang daging aku lupa nak snap pic. hoho semuanya sedap2!



hehe sedap tak? suka tak? hehe kalau nak cuba boleh la datang umah aku yang jauh dari bandar ni. hik3! sure korang nak lagi!! promote2!

JALAN2 KAT GIANT KIJAL, MESRA MALL DAN PANTAI KEMASIK, KEMAMAN~

salam!

sejak2 giant kijal dibuka pada 16/12/2010 yang lalu, aku tak pernah pergi lagii. punyalah org kat sini cerita sangat hebat la giant tersebut. haha semangat berkobar2 makin meluap-luap bila abah kata nak bawak kitorang pergi sana. dalam fikiran aku.. bowling? pawagam? waa. pizza hut? kfc? hehe mcm kat kulim :P


macam biasa, gambar akan menceritakan segalanya.

sempat snap banner tu. hehe

lebih kurang setengah jam aje dah sampai dari umah aku. hehe dari jauh dah nampak. hehe



bagi aku tak best sangat la sebab kedai makan tak banyakk. xde pizza, xde bowling. hehe banyak barang dapur je la. aku bukan surirumah nak beli semua tu, stok kat umah banyak lagi. haha jalan2 boleh la. kecik ja. kulim lagi besar :P tapi ramai giler orangggg.. nak parking kereta pun susah.


tak sampai sejam pun jalan2 kat situ, kitorang keluar. ni otw nak pegi kat kereta la ni. hehe

aku beli waffer ni. rm3.50

dan yang ni, aku ingatkan big apple. rupanya bukan. satu rm1 je. aku beli rm2 je.hee


lepas tu abah bawak pulak pegi mesra mall. wah! yang ni memang best la kan. haha suka2! jauh jugak la dari rumah aku.. weeeeee. mesra mall ni jadi tumpuan rakyat2 terengganu ni la..

ada pawagam okay? hehe sayangnya jauh dari umah aku. hoho. kalau dekat pegi selalu tauu..weee

pintu masuk


kat depan pintu masuk ke dalam mesra mall.

1 malaysiaa! yeah! hehe cantikkan?
tak dapat beli tangkap gambar pun jadilah. hehe

yeahh! yang ni yang aku suka sangat2! aku dapat beli big appleeeeeeee! tak sangka kat mesra mall ada big apple! sangat tak sangka okay. hahahah gua suka. gua menjerit menangis guling2 kat situ.. wee. dapat la 4 bijik. RM9.20


4 bijik kongsi dengan mama. sedapppp. nikmatt. rindu kat faiq. haha


kitorang makan big apple kat pantai kemasik pulak. tak jauh dari mesra mall tuu.. lepak2 sambil makan kepok. hehe

ni la pantai kemasik. best. boleh mandi manda. lupa bawak baju spare. haha

batu ni tinggi okay. rajin aku dan abah panjat. haha

ada 4 orang lelaki kacak2 tengah mandi. best sangat. haha rasa nak joinn.. keh3!

budak2 pun ada yang mandi. ombak tak kuat sangat. biasa2 je.

pasangan yang romantik. hoho cina rasanya. hehe

ramai keluarga lepak sini petang2. best2!

cantik kan.
seronok bila dok kat sini. sikit2 ombak datang. hehe


sexy auw~ hehe


kat situ ada jeti. hehe boleh lepak2 sambil tengok pantai kemasik.


kelihatan dari jauh, perkampungan nelayan.



kami tiga beranak. hik3!

aku panjat benda ni, dah la tinggi. tinggi bagi aku yang tak cukup ketinggian ni. haha

bye bye pantai kemasik! hehe lain kali jumpa lagiiii~!


balik tu, semua macam nak pengsan. penat. sempat lagi singgah makan kat kedai kat chukai ni. huu.

jom la datang terengganu! best! kuala terengganu lagi bestt tauu! aku dah pernah pergi! tapi masa tu xde kamera lagi. haha terengganu memang best! patut ramai yang suka bercuti kat sini.. heeeee

psst, gambar selebihnya aku upload kat facebook.

:)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER