Tuesday, June 7, 2011

NASI PUTIH + AYAM GORENG CINONET = RM4.20!!

salam..

apa khabar hari ni? sihat? kemaman cuaca panas la. lama dah tak hujan. wuu. aku masih tak sihat sepenuhnya lagi. mana nak baik, ubat dah lupa nak makan, minuman berais hari-hari. :P panas kan. so dahaga la :P

gambar ni aku baru je dapat dari abah aku. ni dia snap guna handphone dia. hehe gambar masa on the way nak pergi jengka hari tu. ada benda yang aku tak cerita lagi kat korang. saja peram dulu :P

on the way nak pergi jengka, kitorang berhenti rehat kat RNR Temerloh kalau tak salah aku la kan. hehe yayaya, betol la tu. satu tempat je kitorang berhenti. lapar punya pasal. so nak makan nasi. jauh lagi nak sampai jengka.

pegi satu kedai, tengok ayam goreng dia besar2, peh terliur aku. tapi nasi pulak habis. nak tunggu masak tak tau bila =,= pergi kedai lain, ada ikan keli , ayam goreng dan ada jgak nasi. so beratur la walaupun panjang. mama bagi kat aku duit RM10. sementara dia pegi beli mee kari dan abah pegi beli air dan roti..

aku usha2 kuah, tak de pun gulai. aku tanya mak lang, apa tu kuah warna kuning tu, macam sedap. dia kata tu masak lemak tempoyak ikan patin..woo. memandangkan hanya kat kedai tu, ada satu hidangan berkuah aje, aku tak de pilihan lain..wuu..

serius aku tak boleh makan nasi tanpa kuah langsung. tak boleh2. tercekik! hehe. kena sedar diri yang aku berada di tempat orang.. lepas tu aku order nasi putih dan ayam goreng. kecik gila. dan tambah kuah..

'RM 4.20'

ha? berapa?

'RM 4.20'

*menghulurkan duit RM10.*

peh, aku fikir yang aku amik tadi tu bukan ayam goreng. mesti ikan patin yang sememangnya mahal. arghh. mahal gila. aduhh. menyesal rasanya. sementara nak cari tempat duduk, melilau jugak aku cari mak aku., gahaha. ramai orang kan. mak aku lambai2 je dari jauh. mak aii jauhnya. jalan2 nak pegi kat mak aku, aku terbau benda yang busuk sangat..wuu..

sampai je kat mak aku, terus aku tanya, benda apa yang berbau ni? aku bau nasi aku, pehh nak pengsan aku rasa. mama tanya aku amik kuah apa ni. aku cakap entah, apa tempoyak entah, tak de kuah lain. tapi serius berbau gila! fikirkan mahal, takkan aku nak buang pulak. nak tak nak, aku makan jugak la. mama kasi kuah mee kari dia banyak2 kat aku supaya tak berbau sangat nasi aku..wuu..

aku makan la ayam goreng tu. memang sah ayam goreng. aku fikir ikan patin ke sebab mahal sangat. aku usha la resit dia. aku tengok harga, ayam goreng, rm3.50. nasi putih, rm1.20. peh mahal!!

selayaknya ayam goreng sebesar tu kalau dijual di pasar malam, RM1 je kot. sebab ayam goreng rm1.20 kat pasar malam lagi besar. haha.. isi sekali dua cubit, habissss.. wuu. aku makan jugak la nasi tuu, tinggalkan sikit. sebab lapar kan. nasib baik la mama bagi kuah mee kari. kalau tak, wuu..


aku tengah sembang dengan mama masa ni. hehe abah yang snap..

masa ni dok ratah2, gigit2, ayam tu. rasa tak puas..wuu.hehe minum teh o ais limau. pin tudung aku tercabut masa ni. hilang masa aku tengah beratur,sebab tu shawl tu terburai dan nampak telinga. haha..

nasi sikit tak abis, tu ayamnya. keciknya. tak berbaloi rm3.50 seketul. ayam goreng kat kafe aku dulu paling mahal pun rm2.00. tu pun besar gila. :(

pasal apa mahal sangat. kalau rm2.00 aku boleh terima lagi. ni rm3.50. sama dengan makan nasi goreng pattaya. haa..

kalau nak untung pun, buat la yang sedap2.. :(

abah kata, nasib baik tak amik ikan patin, kalau tak berpuluh2 ringgit le jawabnya. silap2 boleh rebah kat situ jugak! ;D

nama je fatin, nak makan ikan patin belum tentu. kuahnya pun buat aku rasa nak pengsan. hehe lain orang masak, lain citarasanya kot..

17 comments:

ezy.fia said...

meh la join ni yunk..
=)

http://lemonribena.blogspot.com/2011/06/cik-ezy-nak-bagi-hadiah-ni-cepat-join.html

NIA said...

huhuhu.bese mknn dkt rnr memanglah mahai smpai nk pengsan rse ble tgk harga dia T____T.tapi ikan patin sedAP!hihihi~

nuyui a.k.a miss YUI said...

kdg2 sje nek kan hrga!!

mmg ntah pape..

Bunga said...

kadang2 harga naik tapi kita xperasan..:)

merahitujambu said...

makan mana x mahal.tambah2 dekat R&R tu yang..memang mahal habis la...

Efa Nur said...

mahal nye lahaiii..huhu
sabor jew laa ye.. hehe :D

Blog Efa Nur :)

zacky786 said...

waa... mahal lorr ~

tia @ Ini Kisah Tia said...

mak aih . cekik darah . mahal gilossss !

btw , artis yang Tia cerita dalam blog tu ialah Daim dalam cerita juvana . entah apa nama dia . blog dia pun Tia tak ingat sebab tak minat . hehe ;)

Fendy TZM said...

Kadang-kadang peniaga ni jual makanan tak ikut spesifikasi tertentu. Main suka kira je kan.. Ish ish..

kindergartenlibrary said...

uik ?
mahal ! kalau nelly , ni kali pertma n terakhir makan situ ~~~

Hanif said...

memang kecik gila ayam tu..hehe

puteraduyong said...

hehe...bawak bekal...masak sendiri kat umah... :)

NasQ said...

ayam mahal la sekarang ni... ayat klise peniaga! huh!!!

Kakzakie Purvit said...

Itulah lumrah harga makanan sekarang Fatin. Kena redha kerana harga baragn mentah sekarang sungguh melambung tanpa sedar....

norain.ibrahim said...

Yang, food memang mahal la sekarang... Ringgit Malaysia sudah jatuh nilainye.. (=

Noor Fatin said...

cik ezy.. sudah ;D

sizuka, kenapa ikan patin kat situ berbau lain mcm je..wuu., hilang selera nak makan. hehe

nuyui, tu la pasal. mau tak terkejut

bunga, mmg pun. nak pengsan sy rasa. haha makan tempat lain xmcm ni pun:P

merahitujambu, yg ni paling terkejut sy penah rasa. heheh

efa, sabar je la.heeeeee. xmakan dah :P

zacky, tau xpe. terlalu mahal la. sbb kecik. kalau besar, berbaloi!

tia, kenapa la jadi mcm tu? wuu. ok2 kenal2 :P

ery, mgkin dah semua ditetapkan mcm tu.wuu

nelly, sama la. heehe ;D

hanif, yup. kecik. kalau bsar, xterasa lgsg. haha.

putera, yeah akan datang kena buat mcm tu ;D

nasriq, agak2 le nak mahal sampai mcm tu..

kak zakie, sbb kat tempat lain xsemahal tu, tu yg terkejut. hehe mgkin tmpt lain lmbt naik kot ;D

►içéq◄ said...

ikan patin masak tempoyak sedap!!! :D

mesti sakit hati kan bila dia charge mahal2.. aku aritu kena gak, beli ayam masak merah kena rm3.50.. >.< nasib baik nasi masak sendiri, jimat la juga rm1.. huuuu~~

ARTIKEL RAKAN BLOGGER