Monday, June 6, 2011

KASUT SEKOLAH KESUKAAN AKU

salam..

jom mengimbas kenangan zaman persekolahan. entah kenapa aku teringat pulak. hehe teringat segala kisah silam aku. dia, engkau, kamu, mereka dan semuala. tak salahkan. saja ingat2, hehe orang yang aku sayang pun tak ingat aku. hihihi..

benda pertama yang aku nak cerita adalah kasut sekolah. tipu la kalau korang pergi sekolah tak pakai kasut. haha. kan kan kan. kasut sekolah aku ini dari kecik2 patternnya tetap sama. sampai la habis sekolah.

dari aku darjah 1 sampai tingkatan 5, abah tiap2 tahun beli kasut sekolah baru. kadang2 2 tahun sekali. aku ni ganas, haa. tak koyak tak nama fatin la kan. hehe..

kasut yang aku tak pernah pakai dari darjah 1 sampai tingkatan 5 adalah...


sumber : google

jenis yang bertali. aku tak suka. kehkeh


aku pakai yang ni...



'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'


'
'

'
'
'
'
'




sumber : google

serius aku tak tipu. haha sapa yang sekolah sama dengan aku tau la kan :P

sebab pertama aku tak suka pakai kasut sekolah yang bertali adalah, aku tak suka nak belit2 tali, lambat. nak kena menunggu. arghh. semua itu menyusahkan. haha lagipun aku tak biasa. penah abah beli masa aku form 3 kot, aku pakai sehari je. lepas tu tak pakai dah. simpan je la kasut bertali tu sampai reputtttttttt. hahah..

aku suka pakai kasut sekolah gam tu sebab senang. kadang2 terus sarung tanpa perlu bukak pelekat tu. mudah dan jimat masa.

tipu la kalau aku kata aku tak penah kena kutuk dulu., biasalah zaman sekolah. kahkah..

yang kebiasaan akan mengutuk aku adalah lelaki yang nakal2 dan suka mengusik perempuan..

'eeeeiiii, fatin pakai kasut kanak-kanak ribena'

'biar ar. bapak aku beli, bukan bapak kau'

wahaha. selalu sangat la aku kena. terutama kalau nak masuk perpustakaan, kena tinggalkan kasut kat luar, aku selalu sorok kasut aku belakang pintu. takkannya nak letak kat rak. haha diorang kata kasut macam aku ni takkan pernah ada orang nak curi.. dulu ada jugak kehilangan kasut sekolah. hehe.. tapi aku tak pernah kena la..

malu? kenapa mesti malu? heheh aku bukan pakai benda yang jijik pun, hahaha oh maklumlah, aku sekolah kat KL, kalau kat kulim, mungkin orang tak kata sangat, KL tak KL, kasut aku bapak aku beli. bukan bapak kau. keh3

aku dah lupa la letak kat mana gambar2 sekolah aku. kat dalam majalah sekolah pun ada. nampak aku pakai kasut tu. sampai la aku habis spm. haa. betol. tak tipu. dari darjah 1 sampai form5, sehari saja aku pakai kasut sekolah bertali. hehe..

orang mesti akan kata budak-budak, haha ah kisah apa, tak mengganggu pelajaran pun. aku buat tak tau je la. haha..

bila aku tengok filem aku tak bodoh, tengok si bapa berusaha belikan beg sekolah untuk anak lelaki dia, walaupun beg sekolah tu selayaknya dipakai oleh budak darjah 1, tapi si anak lelaki tu pakai jugak sampai besar. tu pun selepas ayah dia meninggal dunia..

asalkan mak abah aku yang beli, aku bersyukur sangat dah.. tak penah sekali pun kasut aku hitam kalau nak ke sekolah. dari dulu mama akan pastikan kasut aku akan sentiasa nampak putihhhhhhhhhh. kalau hitam, kena tukar pakai yang lain, abah mesti akan beli 2 atau 3 pasang. takkannya dia nak beli satu je. keh3

kenangan kan? bila umur 22 tahun ni, ingat kenangan lama..

haa ada tak yang pakai kasut sekolah bergam dari darjah 1 sampai form 5?? meh bagitau aku. kui3..


18 comments:

Unknown said...

relax ah..pemberian mereka memang kne hargai..hehe btw, ayie nek sekolah men jer kne pky kasut itam dh xad kasut putih..hehe kasut itam berkulit and biase ah kne bertali..hoho

Lydia Miza said...

sis hentam jek..ikut mana yg popular masa tu..time trend bertali sis pun nak tali gak..haha

sahromnasrudin said...

kasut pallas jazz jua pujaan hatiku huhhuhuhuhh

Mawar Berduri said...

ada2.. kamu la orangnya.. hee.. rindu zaman sekolah..

asfira aminuddin said...

babe i prefer kasut bertali. tapi mama i selalu belikan yg mcm u suka tu la. sbb mama kata i lembab. hihi.

merahitujambu said...

zaman kasut sekolah dh berakhir....tpi suka palas jaz..serius..ahaha

Custom Term Paper said...

Wow, layout blog fantastis! Berapa lama Anda telah blogging for? Anda membuat blog terlihat mudah. Tampilan keseluruhan dari situs web Anda besar, serta konten. Thnaks untuk berbagi.

NIA said...

suka bata jugak!bata best!heeee.

NasQ said...

aku pakai dulu ok jea... hoho... lantak la orang nak kata pe pun...

HaNa Hani said...

haha..dlu kat sekolah hana
kasot bertali ckup popular aiiihh
semua pakat nak bli jename same...tapak wane merah
beria pakai satu geng
^_^

ezy.fia said...

rindu plak kat sekolah..
huhu

Pink said...

kahkahkah! kekanak gilaa doh kasut ngko. chomel sangat! ;)

Bunga said...

suka kasut sekolah bertali..

Kak Imun said...

Salam, fatin. Selera fatin memang sama dgn ke empat2 anak2 kak. Semua nak kasut yang ada gam.....:D

Nur Liyana said...

hahaha......hahhha..emsti comel nie...hahha

yana tiru kakak yana sebab dia pkai kasut tali so, yana tiru dia la..haha

emarieys said...

akak dah lupa jenama apa kasut sekolah dulu2...tp beli kat anak jenama bata juga.... memang leceh pakai kasut bertali ini..akan buat tersandung bila terpijak tali kasut....

velasrizal said...

comel bangat la kasut ni hehehe

Noor Fatin said...

cucu umie.. oo. saya dlu pengawas pakai kasut hitam gak, tapi yang sarung je, xbeli yang bertali :P

lydia.. mana2 pn mesti pakai yg bertali.. hehee

sahrom.. ramai pelajar suka pakai kasut tu.. hehe

mawar, saya sorg je. haha..

asfira, saya xsuka yg bertali. renyah :P

merahitujambu.. haha. lama sgt dah tggl sekolah, rindu la..

custom, terima kasih..

sizuka, terkenal sampai skrg! hehe

nasriq,, tau xpe. haha.

hana, wahh. hehe best tuuuuu. semua sama je pakai..

cik ezy, saya jugak! rindu..

dee, nama pun budak2 kan :P

bunga, wah bestnya ;D

kak imun, salam. senang kan kak ;D

liyana, saya anak tunggal. xleh nak ikut sapa2. hehe ;D

mama ema, itu la. tmbh2 budak2 kcik kan. wuu..

velasrizal, hehehe tau xpe ;D

ARTIKEL RAKAN BLOGGER