Saturday, June 25, 2011

KENAPA AKU SUKA SEPAH?

salam..

aku kenal sepah pun bukan dari raja lawak., tapi aku tau la diorang ni menang raja lawak. aku kenal pun sebab download drama kot kat kawan aku, sepah jadi pelakon utama. aku dah lupa la tajuk tu. hehe so memang aku kenal dengan sepah ni. amir dengan jihan pun ada berlakon dalam tu. tapi aku dah lupa nama dia. hehe

dulu kalau aku layan youtube, aku layan nabil aje. haha yang lain2 aku tak penah layan. jujur. johan ke zizan ke, aku tak kenal. aku kenal johan pun sebab dia pernah berlakon dalam filem bohsia. masa tu dia kurusnya, ekeke..

masa mula2 tengok maharaja lawak, aku sokong jozan. seronok sangat. rumah aku tak de astro. aku layan kat youtube aje la. tapi bukanlah tiap2 minggu. bila internet laju, aku tengok la. aku penah tido pukul 4 pagi gara2 dok tengok maharaja lawak ni yang part2 ada yang aku tak tengok lagi. kebetulan internet aku laju.

kenapa aku sokong? pertama, sebab diorang serasi. mana diorang pergi, apa diorang cakapkan, semuanya serasi. susah rasanya kalau nak serasi ni tambah2 ada tiga orang. kalau berdua pun belum tentu. kalau sorang2 macam nabil, payah jugak kan =,=

kedua. sebab setiap lawak yang sepah berikan tiap2 minggu pasti buat aku gelak! dafi la apa la. macam2. semuanyaaaaaaaaaa. sejak dari minggu ke berapa entah, aku tak ingat, aku dah start sokong sepah.

dulu aku peminat setia jozan. tapi sebab satu minggu tu aku langsung tak gelak masa dia buat lawak, aku terus tawar hati. tapi kalau sepah, memang gelak guling2 la. eekkeke..

begitu jugak jambu, dulu aku suka sangat2, hehe tambah2 yang aksi macam dalam kolam renang tu. memang pecah perut la... tapi minggu ke berapa ntah aku rasa macam tak best. so aku tak gelak.

malam aku tido lewat tu aku layan sepah sampai pukul 4 pagi. semua aku tengok. sumpah, semua video dia aku gelak guling2, tak de satu pun yang boring!! haha. serius. jujur la dari hati aku. aku kan kalau baru lepas nangis, mesti nak tengok maharaja lawak, hehe. gelak2 jugak akhirnya. lupa masalah..

dan aku la insan yang paling gembira bila sepah menang. HAHA sebab apa? merata2 dah aku tengok peminat jozan. siap kutuk2 sepah. haha aku tak la kata aku tak minat jozan. minat jugak. aku minat nabil dan jambu jugak. tapi yang aku harapkan sepah la yang menjadi juara. yang lain2 nanti ek :P

ada satu komen tu aku baca, sorang budak lelaki, dia bagitau dia dah undi jozan RM500 dah bersama family dia. dia kata kalau jozan tak jadi juara, sia2 saja dia undi. whoaa. terkejut aku. aku memang minat sangat kat sepah. tapi aku tak undi pun. sebab rasa macam rugi pulak. hehe pesan, tak payah undi. kalau ada rezeki diorang menang, menang la. hehe memang rezeki diorang ;D

aku terfikir pulak apa agaknya jadi dengan family tu yang undi RM500 tu. malam ni punya entah berapa la diorang undi nak pastikan jozan menang. hoho. tapi aku pasti diorang mesti la dari golongan berada, tak mungkin la biasa2 aje. takkan nya nak abiskan duit untuk mengundi. RM500 tu kan macam2 benda boleh buat. kenduri pun boleh.. :)

aku dulu2 ada jugak undi. aku penah undi nabil mentor, lebih rm2 kot, yang menang, pija. aku frust. rugi duit aku. HAHAH..

aku penah undi ILA mentor, tersingkir jugak. frust. haha

so aku amik keputusan tak nak main undi2 lagi. haha menang, menang la. tak menang nak buat macam mana. ;D

tahniah kepada sepah!! rezeki anak shuib. jep dan mamat. hehe korang tetap di hati ;D

jozan , nabil dan jambu.. love you ;D


sedikit gambar mengenai si juara maharaja lawak..








habis madu sepah tak habis2 ;D


mungkin anda berminat??

jemputan istimewa untuk pembaca pertama.. KLIK SINI

tips untuk dapatkan samsung galaxy yang terkini! KLIK SINI

lirik lagu Born This Way by Lady Gaga. KLIK SINI

pandai menari?? nak belajar? KLIK SINI

24 comments:

JIJI YU said...

siap ade n3 khas lagi uh..

Gen2Merah said...

saya tetap kecewa JOZAN tak jadi juara walaupun lawak mereka kdg2 hambar.. huhuhu

Balqis Riza said...

sepah deserves to win..but i will always love jozan! haha

tia @ Ini Kisah Tia said...

hahaa . yaa , sepah menang dan bersepahlah entri untuk dorang ..

AYApunyaCINTA said...

peminat SEPAH juge disini! ;)

raihana said...

Saya peminat jozan!!!!
tapi sepah yang menaghm
tension wooo.

iniialahaku said...

samal..aku dari dulu lagi layan sepah je...kurang minat sikit yang lain2 tu...jambu lagila aku xminat..hhaha

Kakzakie said...

Rajin Fatin tengok walau melalui You-Tube. Kakak pun tak ada astro. So memang tak mengikuti dan tak kenal sangat. Ketinggalan bebenar bab ini...

jia said...

bangga lah tu..
kumpulan yang fatin sokong menang..
heeeee..
=')

tahniah buat sepah dan peminat2nya..

sizuka[Izzati] said...

whoahhhh dorg nih memg lawak gila kot.haha.memang layak menang.teeeheeehee~

Nasriq said...

confirm bersepah sepah lagi lepas ni... hik hik hik...

LeMaNtO said...

dafi..baek punyee....uhukz

industri lawak(ML@RL) lg best dari industri nyanyian (AF)..

Nur Farah Hani said...

waaaa... minat betul die.. fara tak tengok sebab tak minat.. ehehehe..

apa apapun tahniah juga buat mereka semua... xd

Scya Lollita said...

sep sep . sukaaaaaaaaaaaaa bangat !

syira said...

syira pun suka sepah. tapi tak undi jugak. ngeh ngeh..

Siti Mashitah Saidin said...

owh.. umah aku tak da astro.. dan malas nak tgok kt youtube.. :P

kay_are said...

sepah memang terbaik r.. konsisten tiap2 minggu.. tapi memang tak percaye gak sepah menang sebab awal2 tengok jozan atas sekali.. ape pun sepah memang layak menang!!

teyn teyn said...

kite undi , yg kaya penerbit.. hahahah

alinac lover said...

tahniah la sepah!

Hans said...

yups
aku sokong
sepah memang layak menang sebab mereka best dan persembahan dari episod pertama sampai akhir sentiasa konsisten menarik dan penuh mesej

Kumpulan Sepah Juara Maharaja Lawak 2011

Positif_Man83 said...

sepah memang layak untuk jadi juara.....memang mantap.....tapi saya x berapa suka kat jep tu....cara gaya dan sikap dia tu tak syok la....ade aje yang tak kena kat mata ni.....lawak dia pun bukan nya menjadi pun......

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
generasi kawasaki ninja dan kips

yupppp yang menang tu orang kampung aku tu.... but semmg nya dia yg terbaik malam tu... tahniahhhh lahh pada mereka

bunga said...

bunga mg sokong jozan n sepah..tapi lebih pada jozan..tapi ttp xfrust snagat sbb sepah yang menang..hehe lau jambu n nabil menanga mmg frus la..ehhee

Mawar Berduri said...

rm500? gulppp...


baru jew tgk siaran ulangan tadi.. huhu..

ARTIKEL RAKAN BLOGGER