Sunday, June 19, 2011

ABAH YANG TERBAIK!

salam..

hari ni hari bapa. hari bapa setahun sekali. pertengahan bulan jun dan pada hari ahad. ni entry khas aku buat untuk abahku. abahku sorang saja. dunia akhirat. hehe :)

abah berkahwin dengan mama atas pilihan keluarga. bapa abah yang tentukan. dan kedua2 pihak ( abah dan mama) tak menolak. dan mereka bertunang 6 bulan sahaja dan dinikahkan pada 1 februari tahun 1988.

walaupun berkahwin bukan atas dasar cinta, mereka bahagia sampai sekarang. bertambah bahagia dengan kehadiran puteri yang disayangi iaitu AKU! ;D cinta yang berputik selepas perkahwinan bukan tidak menjamin kebahagiaan ye.


sorang pakai baju merah. sorang pakai baju biru. hehehe. yela, tak berjanji. cuma jumpa pada hari bersanding saja. mama kurusnyaaaaaaaaaaaaaaa. :(

mudanya abah. hik hik


dah 22 tahun abah jaga aku, bimbing aku, bela aku sampai besar ;D dan semuanya dilakukan dengan abah.. aku paling sedih kalau dengar cerita kawan yang tak pernah rasa kasih sayang abah, menitis air mata, tambah2 kalau kawan tu kata, abah dia meninggal dunia masa dia kecik2, langsung tak sempat nak rasa kasih sayang abah..


aku bertuah sebab punyai abah lagi..



kat pantai kemasik kot :P abah tak perasan orang amik gambar dia. hehehe



abah seorang yang tegas. tapi tak la garang, tak la pukul2, tak laaaaaaa, tegas bermaksud dia tak bagi buat sesuatu yang dia tak suka dan membahayakan diri aku. contoh : dia tak kasi aku keluar dengan kawan2 masa aku sekolah dulu. pegi jusco pun tak kasi. haha. langsung tak. dia kata bahaya.


sakit hati aku kalau balik kampung, orang kata aku dok KL ni bersosial. nak keluar malam pun tak kasi, keluar tanpa mama abah pun tak boleh. apatah lagi nak berfoya-foya.


dan abah jugak tegas kalau aku nak apa2, dia tak boleh nak kasi, dulu2 aku nak handphone, masa form3, dia kata sekolah lagi. teringin sangat :( sampai ke sudah dia tak kasi, walaupun aku berselisih faham dengan dia, jiwa remaja kan..


dia janji lepas je abis spm dia akan belikan handphone...



pantai teluk mak nik :P mama yang amik gambar ni..


dan dia tunaikan. lepas ja spm, dia belikan., rm100 je. yang handphone biasa tu, second hand. tu pun aku melompat2 dah, bersyukur sangat2 sebab dapat jugak aku miliki handphone. hehehe. walaupun lepas spm.


budak2 sekarang kalau time spm tak de handphone lagi, tipu la kan? kekekeek. 1% je kot yang tak de, lain semua ada..


dia tak manjakan aku. mama manjakan aku. kalau aku nak beli majalah je, mama akan kasi. tapi abah tak. dia tak kasi. kalau keluar dengan dia, aku nak macam2, dia kata guna duit sendiri. budak2 masa tu kan tak de duit lagi. haha abah kata haa macam tu la ajar,. tak payah turut :P



gambar bertiga ;D


aku pernah lihat sekali abah menangis. masa bapa dia meninggal. iaitu tok wan aku. tok wan meninggal tahun 2003 rasanya. masa tu kitorang baru 2 bulan pindah KL. pak lang telefon, cakap tok wan sakit, dia nak jumpa abah, ingat lagi malam tu kami balik naik bas. sampai dalam pukul 2 pagi. waktu subuh tu tokwan meninggal. 1st time aku nampak abah menangis :(


selepas tu tak lagi. mesti ada kan, cuma aku tak penah tengok..


abah pun tak boleh tengok kalau aku menangis. terutama pasal lelaki. dia jadi trauma, al-kisahnya dulu masa sekolah aku ada boifren. boifren aku ni jenis suka maki2, tengking, entah apa ntah, baran gila, satu hari dia marah2, maki2 dan aku menangis teruk, petang la. aku menangis dalam bilik. lepas tu tak sangka pulak kebetulan abah balik kerja. abah terus masuk bilik aku. dia marah la..


abah telefon ex aku tu, tanya dia, kalau dia nak sangat kat aku, mai la masuk meminang. tau tak ex aku cakap apa? dia cakap, 'saya kawan je dengan anak pak cik, bukan nak kahwin dengan dia'. lepas tu abah aku menentang sekeras2nya kalau aku berkawan lagi. aku tetap kawan sorok2, tapi lepas masuk belajar kat kulim, kitorang pun putus..


abah cakap dekat mama, takot fatin dipermainkan. sebab nampak sangat la kan. abah tak boleh terima anak dia kena maki macam tu sedangkan seumur hidup abah tak penah maki2 kat aku..



masa ni nak pergi sambut tahun baru kat kemaman :P


dari aku kecik2, aku memang rapat dengan mama aku. dengan abah kurang la, so semua cerita aku akan cerita kat mama aku, bukan abah. dan masa aku start je masuk belajar, abah ada cakap, kalau ada apa2 bagitau je la abah. bukan dia nak marah. dia pun nak tau jugak hal anak dia. hehee selalu aku suruh mama yang bagitau apa2 :P


tahun 2002, kitorang pindah sg petani. sebab abah kerja sana. tension kerja situ. aku dengan mama pun tension dok rumah tu. macam2 hantu ada, siap berbunyi lagi. hehehe awal tahun 2003, abah pindah KL. tahun 2009 abah pindah kemaman. naik pangkat je pindah, naik pangkat je pindah. aku pandai loghat kedah dan KL, terengganu failed.


pindah sana sini buat aku banyak bergaul dengan ramai orang yang bukan sama asal dengan aku. hehe luas perpindahan, banyak pengalaman, aku kutip2 dan jadikan cabaran :D



makan bubur kacang :P


yang paling rasa susah time aku belajar diploma ni la. loan aku kena sekat gara2 pointer teruk. bayangkan setahun abah tanggung yuran pengajian dan sara diri. setahun yuran pengajian RM8000!! abah berhutang sana sini sebab kat tempat aku, pesen kalau tak bayar, tak boleh amik result la, tak boleh daftar sem la, tak boleh amik exam la. macam2. nak tak nak, kena bayar jugak. susah woo time tu. sedih bila aku ingat balik. aku belajar rajin2, cuma keputusan tak membanggakan :( masa tu aku rasa susah sangat, duit memang jimat gila2, sangat2 jimat, abah selalu kol tanya aku ada duit tak, aku cakap ada, padahal yang ada untuk makan dua hari ja, aku kesian sangat..


sampai sekarang jasa tak terbalas lagi.. sampai sekarang aku tak mampu nak sara abah aku lagi..


makan kat restoran bangkok, kat kemaman :P


masa aku dapat loan banyak2, sebelum aku habis belajar tu ( loan aku berjalan seperti biasa lepas pointer naik), abah pesan, jangan habiskan duit beli handphone mahal2.. simpan. hehe aku beli kamera digital je. murah aje. abah tak marah pun, dia selalu pinjam kamera aku. hehe bagus jugak beli kamera, boleh guna satu keluarga. kalau beli handphone, aku je la boleh pakai.



abah masuk pertandingan kupas kelapa. heeheh


kadang2 aku protes jugak, nak balik kulim tapi tak boleh sebab abah tak dapat cuti. nak buat macam mana, kerja banyak. orang kat sini memerlukan abah. mama selalu nasihat aku, faham abah, kerja abah, sabar banyak2. rancang berbulan2 nak balik, memanjang tak jadi, baru2 ni rancang nak balik hujung bulan jun, tak jadi pulak. pertengahan bulan julai baru balik. :( sedih sangat2 tapi nak buat macam mana.


abah pulak takkan pernah bagi aku balik sendiri. takkan pernah.


selama ni aku dok kemaman, dia langsung tak bagi aku kerja kat sini. tu pasal aku mengganggur sampai sekarang. sebab apa? aku tak tau. dia kata, nanti balik kerja kat kulim, bukan kat sini. aku tak tau sebab apa, mungkin ada sebab yang aku tak tau. dia kata dok sini dok rumah aje, abah boleh bela, sara, bagi makan. nak kerja balik kulim. bukan aku tak nak kerja, abah tak bagi. kat sini aje la. kat kulim tak apa. hehehe..


terlalu banyak jasa,pengorbanan yang abah bagi kat aku. dan semuanya tu aku tak mampu balas lagi. tak sabar2 aku nak balik kulim, nak kerja, nak sara abah balik. nak bayar semua segala susah payah memang tak kan termampu sampai bila2, tapi itu niat aku. nak balas budi mereka..


 mirip abah aku. sebijik, sikap sama. tegas dan tak manjakan aku sangat, kalau dia kata hitam, hitam la,. hitam takkan berubah jadi putih. sama macam abah, 


esok hari bapa. aku tak dapat nak bagi apa2, tak apa, tahun depan, ada 29.2.2012 kan? abah lahir hari tu la. 29/2/1960. 4 tahun sekali. sudah lama aku tunggu saat ini, nak rai dengan abah. dan hari bapa akan lebih istimewa nanti..


selamat hari bapa. jasamu akan dikenang sampai bila2. dunia dan akhirat. takkan pernah ada pengganti sampai bila2.


selamat hari bapa jugak kepada kaum bapa di seluruh dunia, anak2, hargai bapa ketika beliau masih bernafas dan masih bersama anda :)





aku dah daftar churp churp, korang bila lagi??

16 comments:

Anonymous said...

:) anak yg solehah. :D

Nur Farah said...

teruja membacanya.. untung manusia yang punya bapa kan.. yang tak reti nak emnghargai tu tak tahu la nak jadi apa.. apa apa pun hapie fathers day to your father ;p

Imran nyambek said...

kacak ah bapak lu.

merahitujambu said...

selamat hari bapa...besyukur dgn kurniaannyaa...terima kasih menjadi bap di dunia ini..=)

Faiq Roslan said...

nak perahu! hahaha :P
dah tau semua ni,jangan dok melawan abah. jangan marah sangat kalau dia kata tak boleh balik kulim lagi. dia kerja. nak bayar hutang,nak jaga mama dengan sayang. tau.. jangan melawan mama abah.. luv u!

NIA said...

selamat hari bapa, abah fatin :)

Farah Shamsudin said...

Selamat Hari Abah untuk abah fatin ye..

Nur Liyana said...

selamat hari abah untuk abah fatin....bnyk nyer kenangan!!!fatin kan anak tunggal kan?

Kak Imun said...

Selamat Hari Bapa buat seluruh bapa2 di Malaysia. Semoga abah fatin bahagia di samping fatin dan mak fatin......:)

Lydia Miza said...

ye lah fatin,ayah mana yg sanggup tgk anaknya di maki dan di marah2 camtu.dah la takda ikatan.mesti ayah fatin sedih kan?

cik azeya said...

fuh! comel lah fatin dengan abah. yg bf suke maki2 tu takle blah. ee tak kene belasah dengan abah fatin, dah untung rasanye. -.-

btw, selamat hari bapa untuk kaum kaum bapa semua. hehe. :)

scya lollita said...

selamat hari abah ^_^

tia @ Ini Kisah Tia said...

seronok dapat ayah macam tu :)

Woofer Storm said...

abah kita mmang terbaik kan fatin..selamat hari bapa^^

Afzainizam said...

ayah..aku rindu dgn semua kenangan kita sewaktu kecil.
ayah selalu mengajak ku bermain, ayah selalu menceritakan aku dongeng2 sampai aku terlelap tidur.
semua kebahagian telah ayah berikan pada ku.
dan sebaliknya kebahagiaan apa yang telah aku persembahkan untuk ayah.
hanya cinta, sayang n doa yang bisa aku persembahkan pada mu ayah.
Dalam hati kecil ku selalu berkata n berharap..
semoga aku bisa membahagiakan ayah n berbakti pada ayah..
ayah, Doa kan anak mu ini smg bisa selalu memberikan kebahagian pada ayah..baik di dunia dan akhirat..
Aminn..

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip beli kereta terpakai

Balqis Riza said...

niceeeee

ARTIKEL RAKAN BLOGGER