Wednesday, June 15, 2011

TAK AKAN SESEKALI KEPIT BULU MATA LAGI

salam..

kering idea aku dah nak update blog. kehkeh kadang2 rasa banyak idea. kadang2 rasa tak de idea. haa. kalau time idea datang mencurah2 sampai tak tau nak cerita yang mana satu dulu. kui3. air mata je belum kering lagi. haha..

tau tak pengepit bulu mata? aku tanya balqis, orang panggil eyelash curler. aku panggil pengepit bulu mata aje la eh. keh2 korang paham kan? ke orang panggil nama lain? err



ni la pengepit bulu mata tu. para gadis mesti ada. lelaki tak tau pulak. kui3

ada secebis kenangan yang masih segar dalam kepala aku. yeah, pasal pengepit ni la. aku fobia tau tak. grr

masa aku form4, aku kan sekolah kat setiawangsa tu. lepas balik sekolah, aku dengan kawan aku pergi makan kat nasi kandar apa ntah dekat dengan giant tu. lepas makan aje, ada 2,3 orang kakak datang menyapa. dia kata kitorang free tak? lepas tu kitorang tanya kenapa. dia ajak kitorang ikut diorang. aku dengan kawan aku dan boyfriend dia, bincang punya bincang akhirnya kitorang amik keputusan ikut aje la..

diorang cakap nak cari model untuk makeup. lagipun kitorang budak sekolah lagi. muka pun muda lagi kan. so dia nak kitorang la. diorang ada jugak cakap diorang ni lepasan kolej kot. tengah praktikal pasal makeup2 orang ni. kos apa aku tak tau la. yela, sekolah lagi kan..

ramai kakak dalam kedai tu. macam salun la. mewah punya tempat. ekeke. lepas tu diorang bawak kitorang masuk dalam satu bilik untuk dimakeup..

tu la 1st time seumur hidup aku kena makeup dengan orang. haha selama ni alat makeup aku cuma bedak dan lipstik. sampai sekarang. haha..

makeup punya makeup, aku rasa muka aku tebal sungguh. time dia pegang pengepit bulu mata tu, aku tanya.. nak buat apa tu? dia kata nak kasi bulu mata aku lagi lentik. erkk..

aku ingat lagi ramai orang kata bulu mata aku dah lentik. haha aku cakap la, kakak tu kata, nak kepit jugak. bagi nampak lagi cantik. hahaha..


lantas dia pun mengepit..

aku dengan pantas berkata..

' aduh aduh sakit kak. sakittttttttt..'

' hah? terkepit isi ke dik?'

'tak la, seriau la. wuu'

dia kepit lagi.............

' aduh aduhhhhhhhh. ahh. sakitt kak'..

kakak tu pun stop. kahkah

dan dia pun berkata..

'1st time aku dapat customer menjerit time bulu mata kena kepit'

aku gelak guling2 dalam hati..


laa. sungguh. tak sakit. tapi entah, aku rasa macam nak sakit. wakaka. kesian akak tu. kawan aku cool aje kena makeup. aku je banyak cakap. hahaha.. masalahnya aku tak suka bulu mata kena kepit. bulu mata aku dah lentik dah! kekeke..

last sekali dia gariskan eye liner, berair mata aku terus beb! hahaha. rasa sangat air mata nak jatuh, aku tahan2. dah siap makeup, dia bawak aku jumpa bos dia, bos dia kata cantik dia makeup. dan bos dia tanya, aku nak nangis ke? haha aku kata tak la. mata berair je.

lepas tu snap2 pic terus balik dengan muka makeup. dah la balik naik bas rapid KL! orang punya pandang kami pakai baju sekolah dengan makeup tebal kat muka. kah3..

itulah kali pertama dan kali terakhir bulu mata kena kepit dan pakai eye liner. sehingga hari ini, tidak penah lagi..

aku bukan apa, aku rasa seriau. aku tengok rumate aku pakai, tak payah tengok cermin, main kepit je, main garis je. suka hati dia aje, aku rasa berderau darah aku. haha.. tambah la nak pakai contact lens!

sekarang aku kalau makeup cuma pakai bedak, lipstik dan blusher. aku baru jumpa blusher mama aku. aku pun pakai la. ekeke.

aku tak nak orang kepit bulu mata aku lagi, paham?

HAHAHA..

mama aku pun pandai pakai eyeliner dan dia ada satu. =,=


27 comments:

Cik Ezy said...

keh3..
tkot la nk gune..
mmg sllu je tersalah kepit mate sndiri..
hahakk

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

ahakz..samela,xleh nk kepit dah..

bulu mata dh xmampu terima kepit =)

sizuka[Izzati] said...

HAHAHA tak pernah pakai dan tak pernah ada :P

Cik Rose Cute said...

Pernah pakai..sampai sekarang ada lagi and still pakai hehehe..

Faten Rosli said...

teringin nak guna..tapi takut la..
bulu mata kita pun dah lentik..
nnt lentik2 sgt.. lain plk jd..hoho

Umedia Network said...

kepit2. eheh.

*Miss Syahnia* said...

skang tak payah kepit2 da kak
kita pakai bulu mata palsu je
snang..hihihi
cam rozita che wan gitu ;)

wahida said...

klaka baca n3 ni...heheh...

saya pun tak pandai nak pakai pengepit bulu mata ni...huhu...

cik azeya said...

aku tak penah guna lagi bende alah tu . takot jugak. sebab bulu aku senang tercabut. kang tercabut bulu mata aku, terus tak ade langsung. hahaha.

asfira aminuddin said...

babe, i mmg penah try guna sekali. i pn mcm u menjerit jgk sbb sakit lah. tak suka dahhh. hihi.

ini aku? said...

adoi ahahaha. aku kepit bulu mata ngn tangan je.

merahitujambu said...

jgn laa jerit2..teperanjat.kang x pasal terus tekepit isi kang..ngeee~sy pakau maskara cukup laa

Siti Mashitah Saidin said...

tak yah kepit, pakai maskara ja~ :P

HaNa Hani said...

kedengaran over disitu
hana pown xsuke kepit2 bulu mate
kdg2 terkepit isi skit
malas nak gune dah
^_^

Scya Lollita said...

ak pown pena gunaaa mse blakon drama prostar .
muahahaha

pastu mmg x pakai2 dah

Nasriq said...

aku tak pernah pakai pun... pelik la kalau aku pakai kan kan kan...

Dee Chicuita said...

aku tade pengepit bulu mata steady jek. kehkehkeh

nelly said...

nasiblah nelly ni tak kepil2 ..sebab memang melentik ~
hehe

nazirah said...

hehe.. mgkn fatin tak biasa tu hehe
cci pun pes time cmtu gak pastu lame2 bese bes lak hehehe

Onitsuka_hana said...

takut kepit buu mata..kang xpasal2 tercabut or gugur bulu mata..

syira said...

syira pun tak suka kepit2 bulu mata ni..
rasa cam berguguran je bulu mata tuh. sungguh!
takpe la. kita simpan wajah tulus kita ni utk make up masa kahwin.
erk!boleh ke cenggitu? hehe

Cik Embun said...

mai sini aku kepitkan.. sure x sakit even bulu mata tuh dah tercabut.. aku akan handle with care punya.. percaya laa... hahahhhaahhahaa

farhana said...

sy pong spesis seriau ile kepit bulu mate..kadang2 nk ketawa pon ade sebeb bulu mate pong ade nk xde jee..haha

sahromnasrudin said...

sebut paal bulu mata, terus teringat kat rozita che wan...dia punye bulu mata sangat lentik kan huhuhuhhh

Mawar Berduri said...

kehkehkeh.. kalau mawar, takde kepit bulu mata, tak mascara.. macam tak lengkap plak rasanya kalau nak kuar berjalan.. hee..

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
اسلام عليكم

http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
kembara mahkota johor 2011 daulat tuanku

uihhhhh ada nampak lelaki pakai benda tu katanya jaga bulu mata....biar kasi lentik

MamaEma said...

lentik pakai berus masacara jer pun dah okey...hehee

ARTIKEL RAKAN BLOGGER