salam..
aku tak sihat. demam. menggigil badan ini. makan ubat pun tak kebah. tak apa la, online kejap la. mana tau baik kan. hik hik
al-fatihah kepada arwah mr teh sharifuddin kerana meninggal dunia pada pukul 1.20 pm tadi. terkejut sangat. arwah mengajar aku subjek BI di unikl msi selama 3 sem. sem terakhir aku dapat A. alhamdulillah. dia banyak tolong aku dalam BI ni. al-fatihah. semoga rohnya dicucuri rahmat.
entry kali ini aku nak bercerita pasal kisah aku pergi jengka, pahang 28mei yang lepas. hehe sori lambat. satu2 nak kena cerita. gambar2 banyak dah aku upload kat facebook. kat sini adalah gambar yang ingin dikongsikan bersama pembaca blog aku..
jom layan2 pic masa kat jengka ;D
ni pic kat rumah pak lang, kat balakong. ;)
kami bertolak pada pukul 7.45 rasanya. sampai ja kat jengka tepat pukul 11. cepatkan. tak la jauh sangat dari KL.
tapi malangnya sesat!! hehe ni pertama kali abah dan pak lang ke jengka. jengka kat sini banyak ye. ada jengka 1, 2, 3, 4 sampai la ke 25 kot. ke ada lagi entah. jarak dari satu jengka ke jengka yang lain memang jauh la. hehe kitorang nak pegi ke jengka 7..
berpuluh2 orang dah kami berhenti tanya tapi tetap tak jumpa jugak signboard ke jengka 7. yang ada jengka 10, 9, 8. tetiba jengka 7 hilang. terus keluar ke jengka 5. hahaha mahu tak panik kan..
so berhenti kejap la. masa ni dah hampir pukul 12. sejam berlegar2 dalam jengka tu..
abah tengah bincang dengan pak lang..
cari punya cari, jumpa signboard ni. hahaha rasa nak pengsan..
akhirnya pukul 12.15 kot, baru la jumpa jengka 7. lompat girang tak terkata la. makeup yang pakai dari pagi tadi terus cair. pagi2 comel je semua, dah sampai, comot habis!
inilah felda jengka 7. abah suruh snap pic ni buat kenangan. hehe
kawasan jengka 7..
sampai di dewan.. hehe kenduri ni buat kat dewan ya..
sampai je sana, terus makan. haha kebetulan mama dapat makan sekali dengan pengantin. semua adik beradik sebelah mama la. aku dan abah dapat dok meja VIP. kami berdua saja untuk satu meja. apa lagi, lauk punya la sedappppppp. layanan yang diberikan amat bagus sekali. lebih 3 pinggan kot makan, ratah lauk. ekeke. macam2 la. sedap + lapar..
ni semua sepupu2 aku..
mak ngah dan pak ngah. kak shaliza tu la sepupu aku. aku tak dapat pergi kenduri kat skudai 1mei hari tu. jadinya kitorang pergi kenduri sebelah pihak lelaki. kat jengka ni..
makanan punya la sedap2. puas makan!
acara memotong pulut kunyit. kedua2 lelaki itu adalah kembar. sebelah kiri pasangan hery dan shaliza. sebelah kanan aku lupa nama nya. huhu.
suap menyuap pulak. kak shaliza tu kembar jugak dengan abg sharil. cuma dia belum kawin. tak sangka, jodoh kembar bertemu kembar ;D
amik gambar dengan pengantin..
pengantin dengan pak lang, mak lang dan mak ngah..
ni la keluarga pihak lelaki. ramai kan. hehe sungguh layanan yang diberikan amat baik. berbudi bahasa betol adik beradik abg hery ni. :)
lagi 3 tahun, aku pulak akan duduk di kerusi tersebut. agaga..
aku dan akak :)
mama dan akak :)
mama dapat coklat. hanya utk yang makan di meja pengantin je. nyum2. sedappppppppp..
ini adalah untuk satu kotak. souvenier untuk tetamu vip. kami dapat 5 kotak. hehe punya la banyak. :) air tu sedapppppp..
kami dapat jugak :)
lepas tu, kitorang balik dalam pukul 2.30. balik ke rumah homestay yang mak ngah sewakan untuk adik beradik sebelah akak shaliza. cantikk. rm60 je semalam. berbaloi sangat. tuan rumah siap sediakan kuih muih dan layanan yang diberikan pun baik :)
pukul 3 lebih, bertolak balik ke kemaman..
esoknya............. err kisah esok aku akan sambung pada entry yang akan datang ye. kui3.
kembar bertemu kembar. best kan? hehe ;D abang sharil je tak kahwin lagi. aku pun. keh3
12 comments:
besh tgk kembar kawen2..
tmbh2 lau satu pelamin!!cute aje..
wahhhhhhh baju pun sedondon.comelllll~
tak lama lagi fatin pulak :P
wah. kembar dengan kembar? bestnyeeeeeeeeeeee. teringin~! huhu
comelnye kembar kawen..
hihikk..
suke tgok..
bez ek kalau ada kmbar ? bole kawen same2.. hehehe
comelnya kembar dgn kembar kawin. sgt unik. semoga mereka berkekalan selamanya. ;)
jimat duit kalau kawen sekali camni kan. hehehhehe
jimat duit kalau kawen sekali camni kan. hehehhehe
kembar x kembar = kembar kuasa dua... huhu... banyaknya anak dapat nanti...
wow..perkahwinan kembar..nanti x konpius ke tu?hehehe :)
teringin nak kahwin jugakk..
heheh
:)
wah bestnye kembar..
huhu jgn tertukar suda hehe
p/s : tw takpe bikin gempak je adinda evans tu kan huhu
Post a Comment