Friday, February 4, 2011

SYHH. DIAM2 SUDAH.

salam

ni entry luah perasaan. mungkin panjang sampai ke lantai. mungkin pendek secoet. haha pasal kawan. tetiba aku nak update pasal kawan. semalam aku mimpi kawan-kawan. hehe

bagi aku la, ikut cara aku, aku jenis suka mendiamkan diri kalau kena perli, kena maki, kisah hidup dijaja dari tingkat 1 ke tingkat 4, aku jenis suka mendiamkan diri. dalam banyak2 situasi, aku tengok mendiamkan diri saja yang boleh bersihkan nama kita. meh aku nak cerita pengalaman aku.

situasi 1

masa sekolah, satu hari aku pernah dipulau oleh geng sendiri. aku tak tau apa salah aku. masa tu aku rasa hidup aku kosong sangat sebab kami dalam kelas, puak-puak. aku dengan geng aku, orang lain dengan geng sendiri. so ada dua puak. ketua geng aku tu memang anti gila dengan bebudak lain. sampai kan bila ada birthday party dalam kelas yang membabitkan geng lain, bila budak tu pelawa kitorang makan, dia siap cakap, 'tak kebulur la aku nak makan kek tu'. dan dia memang cantik dan pandai. tapi suka burukkan2 orang. mangsa pertama aku la, aku kena dulu. masa tu balik sekolah, nangis je. rasa tak mau pergi sekolah lagi. minggu pertama tu aku jadi macam tak keruan, tak de geng, rehat sorang2. tapi korang tau, budak2 geng lain tu la yang kawan dengan aku. tegur aku. tak sisihkan aku. masa tu aku bukak mata luas2, sampai bila aku nak hidup dalam keadaan puak-puak tu. ketua aku tu manusia jugak. perempuan jugak. bukannya raja. aku diamkan je la. aku belajar hidup sorang, pergi makan sorang, pergi library sorang. apa2 keje buat sorang. diam je la. last2 apa jadi? setelah ketua geng tu pulau aku, dia pulau pulak, orang lain. antara geng aku sendiri. lepas sorang, sorang kena. lepas aku nangis, budak lain nangis, yang lagi sorang pun. last2 kitorang buat apa? pulau dia balik!! masa tu semua orang dah tau dia jahat, hasut orang lain jangan kawan dengan aku. siap bagi syarat, kalau kawan dengan aku, jangan kawan dengan dia lagi. last2 kena batang hidung sendiri. abis semua orang pulau dia sebab masing2 dah terkena dengan perangai dia~ masa tu baru la bf dia nak datang serang la. tapi bagus, sebab last2 dia berubah. baik dengan semua orang. belakang aku tak tau la kan.

situasi dua

kat asrama dulu, ada seorang budak ni, suka sangat2 burukkan orang lain. contoh aku bagi nama A, A ni suka sangat hasut orang, cerita buruk pasal orang, termasuk aku, termasuk bff dia sendiri, sampaikan aku penah kena pulau, orang pandang aku jijik, hina, padahal aku tak penah cari pasal dengan diorang. tak penah pun. aku pun pelik. apa salah aku? sampaikan ada yang berpaling muka bila aku tanya diorang. sampai macam tu sekali la. yela, dan si A burukkan aku setengah mati, orang lain mesti rasa jijik jugak kan? aku diam je la. xpe la, nak buat macam mana. nanti orang akan tau jugak perangai dia. aku pujuk diri aku. setelah beberapa lama., abis semua bergadoh2, last2 baru semua orang buka mata, sebenarnya si A yang jahat. mulut jahat. suka perburukkan orang. orang yang dah tau perangai dia, tegur aku balik, cakap dengan aku balik, senyum dengan aku balik. aku pun senyum je la, buat macam tak da apa2 berlaku. aku tak penah pun pegi tanya diorang, apsal diorang tak nak cakap dengan aku. walau aku dah tau perangai A macam mana. tapi aku diamkan jeeeeee. terpulanglah orang nak buat apa punn. last2 dia yang rasa sengatannya. kan dah kena pulau. aku bersyukur, walaupun lambat sangat orang buka mata, tapi sekurangnya orang sedar sapa yang salah..


situasi tiga

aku ada dua orang bff, dan kami penah bertengkar, bergadoh, bermasam muka, berbulan-bulan okay. bukan sekejap. masa tu aku tau sebenarnya terjadi salah faham. dan ada budak lelaki amik kesempatan melagakan kami. so aku buat tak tau aje la. kena perli ke apa ke, aku diamkan je. lalalala~ macam tu mood aku. aku tak cukup kuat untuk bagitau kisah sebenar. biarlah, lama2 diorang akan tau jugakk. betol x? aku diamkannnnn jeeeeeeee. last2 diorang akhirnya bukak mata, dah sedar rupanya semuanya salah paham, dan kitorang bertiga saling mintak maaf dan hubungan tu kembali pulih. tengok, sebab aku diam, aku tak pegi maki diorang, perli diorang, tak terukkan jadinya. sebab aku tak marah diorang, sebab aku tau bukan salah diorang pun. cuma diorang tak sedar ada orang lain yang melagakan kami. alhamdulillah, berkat kesabaran aku dan aku diam lama2 akhirnya semua kembali pulihh..

situasi empat

ada sorang budak ni. dari dulu sampai sekarang tak suka aku. aku paling meluat dan jijik dengan orang yang dekat aku cakap lain, dekat orang lain cakap lain. peh, sesaat fakta berputar. memang gua pangkah awal2 kan. okay fine.aku dah buat pengakuan terbuka, aku cakap aku tak nak kawan dengan dia. siap tulissssss besar2 nama dia. last2 nama dia langsung aku tak ingat dah. dah aku cakap xnak kawan, xnak la kan. sekarang ni tetiba dia bangkit balik. ungkit kisah lama. caci aku, maki aku, hina aku, hina gila2., mulut macam **** ayam. sumpah. kurang ajar.aku? buat tak tau sudah, diamkan je laaaaaaaaaaaaaa. kalau aku balas balik, tandanya aku sama babi macam dia. cukup je la dia. kan? dan berkat aku diamkan dia n tak cakap pasal dia kat orang lain, orang lain yang xrapat dgn aku boleh rapat dengan aku. sebab aku diam! aku tak mengamuk hari2, tak tacing hari2, tak menjaja cerita orang hari2, bukan setakat tulis status, siap tag nama kawan dengan harapan orang tu pun benci aku. peh. aku nak orang menilai pasal aku, biarlah dia je gila. aku cool sudah. selagi dia tak kacau duit aku, diamkan jeeeeeeeeeeeeeeee... jiwa dia jugak tak tenang. dan bukan dengan aku je dia buat macam tu, ramai lagii. so ramai sangat dah bukak mata dengan perangai dia. aku jalani kehidupan aku macam biasa. happy dengan kawan2. kalau sapa2 yang nak kawan dengan aku, kawan la. aku tak kisah. orang yang betol2 rapat dengan aku, akan tau perangai aku macam mana. dan moralnya, bila aku diammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.. orang semua tau perangai dia yang macam ****..


4 situasi ni menyedarkan aku, elok jugak berdiam diri. sebab dengan berdiam diri, walau selama mana pun, mungkin bertahun2, tapi lega sebab last2 orang akan buka mata dan tau sapa diri aku. dan tau sapa yang jaja kisah orang. dan tau perangai aku macam mana. aku tak suka la cari gadoh ni kan. selagi kau buat hal kau, tak babitkan aku dalam hal kau, aku cool je.

kawan2 aku kata aku lembut sangat. sebab tu ramai pijak kepala aku. aku kata buat apa nak gadoh2, buang masa je. buang tenaga, tambah dosa. diam lebih bagus! sebab bila diam je, orang akan tau menilai!

sekarang ramai kawan2 aku dah besar, bukan budak2 lagi, mereka tau menilai. kalau betol salah aku, kalau betol kisah tu datang dari aku, sila pulaukan aku. aku tak kisah. bagitau je xnak kawan dengan aku. abis ceritaaa! aku terima je.

betol tak? nak gado2, caci maki aku kat sana sini buat apa. tak penat ke? haha! dah tu,apa aku tulis, dia terasa. perasann. konon2 aku tulis pasal dia. tolonglah. cukuplah perasan dengan rambut cantik ko. jangan perasan dengan tulisan aku. aku tak de masa nak fikir pasal sorang budak je. aku banyak benda nak fikir. bukan sorang je aku nak fikir. haha!

hargai lah kawan2 yang ada dengan anda. dan aku rasa, kalau korang penah kena caci maki ke, abaikan je. diamkan diri, sampai bila dia nak meroyan macam tu? mungkin sampai mati? berbakul2 dosa dia akan tanggung. kita chill sudah!!

tulisan aku ni umum okay. aku luah apa aku rasa tentang kawan. aku dah praktik cara ni banyak kali dan alhamdulillah berkesan. allah makbulkan doa aku. untuk orang lain melihat kebenarannya :)

aku sayang semua kawan2 akuuuuuuuuuuuuuuu. cukuplah entry agak emo aku ni. aku luahkan sebab aku xnak pendam. haha okay dah luahkan. dah kosong2 dalam diri aku ni haa. dah, sekarang aku nak happy 100%. tak de masa nak fikir pasal orang yang tak penting pun..

ok salam :)

1 comment:

chiLleD...!! said...

mcm lebih kurng jer kite..sy pon pnh kena pulau..last2 amik kptusan watpe nk ikot org..sy lebih suka bergerk sendiri, sorng..senang, xbnyak karenah..lg stu, kwn2 sekeliling suka mngta stu sma lain..bile berdepan sgtlah hipokrit..tuk elakkn diri dr diumpat, baik jauhkan dri trus..sbb kite dh thu cnner prgai diorg..=)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER