Wednesday, February 16, 2011

SATU KEMESTIAN MEMAKAI STOKIN KETIKA TIDUR

salam

sejak2 penghujung bulan 12 hari tu, aku tido malam-malam mesti pakai stokin. yela, hari tu kan musim hujan. sejukkkkkkkkkkkkkk. adoiii. dulu-dulu dalam bilik confirm kena pasang kipas angin, bukak 1 pun dah cukup. asalkan ada. kalau tak panas, langsung tak boleh tido. sejak2 hujan lebat dan banjir aritu, mama sarankan aku pakai stokin!

sejak dari hari tu sampai la sekarang dah pertengahan bulan 2, setiap malam aku tido pakai stokin. setiap malam!! mama mesti akan ingatkan aku. hehe lepas tu mesti ada selipar kat luar bilik mandi. senang. kalau terjaga tengah malam, nak pergi toilet, pakai aje selipar tu. tak payah la bukak stokin. hehe

dan semalam, aku betol2 terlupa pakai stokin. selalunya mama ingatkan, malam tu, mama pun terlupa daa.. adess. abah pulak tak balik lagi. keje malam. lepas tu aku tak tido lagi, baring2 aje, lepas tu tetiba rasa kaki sejuk sangat, aku sorok kaki aku bawah bantal. haha rupanya baru tersedar aku tak pakai stokin rupanya malam tuu. waaaa. punyalah sejuk. aku dah la penakut nak bangun malam2. ahaks. aku tunggu abah, tak balik lagi. aduh. aku sorok kaki bawah bantal dan tertido.

tapi asyik2 terjaga je, sebab selimut terselak. kat kaki mesti tak de selimut. huhu entah la, bila aku pakai stokin, aku tak rasa sejuk sangat walau selimut hilang dari badan. bila tak pakai stokin, wawawawawawa sejukk. mula la kaki aku 'tarik mengkarung'. jadi kejang. orang kedah kata 'tarik mengkarung'. masa kat KL dulu diorang panggil ' simpul biawak'. tak tau la korang panggil apa. harap paham la no. kehkehkeh


aku nak cari stokin macam ni la. warna dia mengancam. haha




aku pakai stokin macam ni. haha gambar dari google ni. tapi macam ni la stokin aku. ada macam2 kaler. pink paling banyak.. auww~~


aku beli stokin macam tu kat giant setiawangsa dulu 99sen aje. hik hik ada kaler pink, oren, biru, hijau, putih dan macam-macam.


korang pakai la stokin time tido. confirm tido nyenyak tanpa gangguan ;D

19 comments:

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

kwn ak gelak bile ak ckp 'tarik mengkarung'..
mgkin sbb meng-KL-kan loghat utara kot..
huhuhuhuhu

Atsuko Ichirou said...

hihihii...
tido lesak noh...
pakai slimut pon bole terselak...
huhuu

merahitujambu said...

kalau panas ada ganguan jugakkan..heee

ab@h_Izz said...

selamat dari gigitan nyamuk juga..

JIJI YU said...

muehehe..dulu je aku pakai skang ni..dah tak sempat..

*luv Syahnia* said...

org ckap..pakai stokin
time tido nak elakkan masuk
angin kat kaki..

so bdn jd sihat..
ye ker???

Chuck said...

kalau chuck pakai stokin mesti member2 gelak guling2. =="

Nur Farah Hani said...

wah pakai stokin!! hehehe...

fara lak memang tak suka pakai stokin.. bersukan pun kalo boleh tak nak pakai.. biar nampak kaki baru seksi.. hahahah.. okeyh tipu.. tapi cute gak kan tidur pakai stokin.. cam baby.. hehehehe...

lavender harum wangi said...

oi~ sama la dgn aku.. aku sejak form 1 lagi dah start pakai stokin time tido. aku jenis kurang suka guna selimut, so aku pakai stokin je time nak tido~ :D

aNnE said...

hahah . comel gilak stokin warna warni . macam budak kecik . hehe

nelly said...

pakai stokin masa tidur ?
tak pernah pula .

DuniakuAbstrak said...

aku kaLau demam tido pakai stokin tapi kena tahan teLinga dari segaLa kutukan member2 La.."Ibu mengandung La"...org "eskimo La"..sejuk weh seLimut pun tak dapat menampung kesejukan tubuhku ini

sahromnasrudin said...

teringat masa mula2 kerja dulu..dihantar kursus ke hotel..tak biasa tidur hotel sampai pakai stokin coZ sejuk sgt

muhdzahari said...

teringin jugak nak cari stokin yang ada jari macam tu.
stokin aku pakai buang je. beli rm1 sepasang. then koyak. hehehe..

ada kenangan jugak aku pasal stokin ni dengan beliau. err..err

oya said...

colourful & berdesign abih la stockin2 nih

cik teynteyn said...

nanti na try jugak la pakai stoking .
wahaha +__________+

Firdaus Kasim said...

kalo bulu kaki lebat, x pyh pakai pun xpew.. hehe.. kak, jom tukar link blog nk?

nur amira Bolhassan said...

jom lah amalkan tidur pakai stokin,best tuk tdo,x yah nk gna slmut klau x sjok sngt.sbb bg mira lg sng nk bergerk.hehee sbb mira dh pkai since kecik lg smpai skrng,n klau xpkai x slesa plak rsanya.

nur amira Bolhassan said...

jom lah amalkan tidur pakai stokin,best tuk tdo,x yah nk gna slmut klau x sjok sngt.sbb bg mira lg sng nk bergerk.hehee sbb mira dh pkai since kecik lg smpai skrng,n klau xpkai x slesa plak rsanya.

ARTIKEL RAKAN BLOGGER